11 Kedai Makan Menarik di Sungai Petani – Anda WAJIB CUBA!

Sebut saja Sungai Petani, pasti ramai yang membayangkan kehijauan sawah padi dan bendang yang terbentang seluas mata memandang. Tapi, bukan itu sahaja yang ada di Sungai Petani. Kedai makan menarik pun ada banyak untuk anda cuba sepanjang berada di sini. Teruskan bacaan untuk 11 kedai makan menarik yang wajib untuk anda cuba di Sungai Petani!

11 Kedai Makan Menarik di Sungai Petani – Anda WAJIB CUBA!


1. Santai By The Garden

Kedai makan best Sungai PetaniSumber: WorldOrgs

Kalau anda ingin makan-makan hidangan buffet steamboat bersama keluarga dan rakan-rakan pada harga yang berpatutan, anda wajib singgah ke Santai By The Garden. Lokasi restoran ini terletak di persimpangan selepas Tol Sungai Petani Selatan, susur keluar Taman Sejati serta terletak betul-betul bersebelahan Pasaraya Giant Sungai Petani. Restoran ini sangat popular dengan pelbagai pilihan hidangan buffet yang pastinya anda akan rambang mata.

Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan lebih awal kerana restoran ini sentiasa dipenuhi pengunjung, terutamanya pada hujung minggu. Jika anda walk-in sahaja, anda perlu menunggu kekosongan terlebih dahulu sebelum boleh menjamu selera. Harga untuk dewasa adalah RM 32.90, kanak-kanak bawah 12 tahun adalah RM 17.90 dan percuma untuk kanak-kanak bawah 5 tahun. Anda boleh makan sepuas-puasnya di sini dengan aneka pilihan hidangan laut, daging, sayur-sayuran serta hidangan ringkas seperti bihun goreng, spaghetti, macaroni yang disediakan pada harga cukup berpatutan.

Rugi ya kalau anda tak cuba hidangan yang ada sini, berbaloi-baloi dengan harga yang anda bayar. Jadi, jangan lupa untuk singgah ke Santai By The Garden apabila anda berada di Sungai Petani!

Alamat: JALAN PADANG TEMUSU, MUKIM SUNGAI PASIR, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: Setiap Hari (5:30 PM – 12 AM)

Baca lagi: Menu, Promo, Lokasi & Waktu Perniagaan Santai by the Garden


2. Kenny’s Burger & Shakes

Kedai makan best di Sungai Petani

Teringin nak makan burger dan hidangan Barat? Kenny’s Burger & Shakes ada jawapannya! Restoran ini menyediakan hidangan burger dengan bahan-bahan yang disediakan segar buat para pengunjung. Lokasi restoran ini pula adalah di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani.

Menu yang wajib anda cuba di sini ialah variasi burger dan hidangan Barat yang sedap dan menarik seperti Crispy Chicken Burger, Spaghetti Bolognese, Spaghetti Carbonara serta Aglio Olio. Sekali anda cuba, pasti datang lagi. Pilihan minuman juga tidak kurang menarik di sini dengan aneka milkshake yang enak seperti Chocolate Java Chips, Strawberry Marshallow dan Blueberry Cheesecake. Tengok nama pun dah tahu sedap, kan?

Jadi, pastikan anda singgah ke Kenny’s Burger & Shakes untuk hidangan yang pasti buat anda datang lagi ke sini!

Alamat: 11, Persiaran BLM 6/2, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: Rabu (Tutup), Khamis – Selasa (3 PM – 10 PM)

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes 


3. Restoren Top D’Gurun

Kedai makan best di Sungai Petani

Restoren Top D’Gurun dikatakan sebagai antara restoran paling ‘meletup’ di negeri Kedah. Kehebatan restoran ini terletak pada beberapa cawangan yang telah dibuka di sekitar negeri Kedah dan Pulau Pinang. Jika anda berada di Sungai petani, bolehlah anda singgah ke cawangan Restoren Top D’Gurun yang terletak di Bandar Laguna Merbuk, Sungai Petani.

Menu yang cukup dikenali di sini ialah menu sotong buncit jahat. Nama menu pun dah luar biasa, kan? Menu ini dinamakan sebegitu kerana menurut pekerja di situ, sotongnya buncit dengan telur sotong dan jahat kerana harganya yang mahal. Seekor sotong buncit jahat boleh mencecah harga puluhan ringgit bergantung kepada saiz. Restoran ini juga terkenal dengan menu lain yang tidak kurang hebatnya seperti bawal goreng panas, kari kawah berapi, daging salai, ulam-ulaman dan pelbagai lauk-pauk kampung yang pastinya membuat anda kecur air liur apabila sampai di sini.

Kalau sudah sampai ke Sungai Petani, tak lengkap perjalanan anda jika tidak menjamu selera di restoran ini yang cukup dikenali di negeri Kedah. Sampai saja di Sungai Petani, ayuh ke Restoren Top D’Gurun!

Alamat: 8A, Lorong BLM 1/2, Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: Jumaat (Tutup), Sabtu – Khamis (8 AM – 7 PM)

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes 

Whatsapp Restoren Top D’Gurun


4. Sloppy Burgwich

Kedai makan best di Sungai Petani

Jika anda inginkan makanan yang diinspirasikan daripada hidangan Mexico, singgahlah ke Sloppy Burgwich! Restoran ini menampilkan keunikan menu Mexican-style yang pastinya mengujakan deria rasa anda.

Antara menu wajib cuba di sini ialah Trio Tacos di mana anda boleh merasai perisa ayam, daging dan kambing dalam satu hidangan serta Sloppy Joe iaitu burger signature yang ada di sini. Lihat saja pada gambar di atas, mana mungkin tak terliur, kan? Anda juga perlu mencuba menu sandwich dan burger yang lain seperti BBQ Pulled Beef, BBQ Burger, Beef Quesadillas dan Ciabatta Beef. Harga menu di sini boleh dikatakan premium tapi sekali anda dah rasa kesedapan menu di sini, pasti anda akan datang lagi.

Alang-alang dah sampai ke Sungai Petani, apa kata tukar selera anda kepada hidangan Mexican-style yang cukup menyelerakan, hanya di Sloppy Burgwich!

Alamat: Lorong 4, Taman Ria, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: Rabu (Tutup), Khamis – Selasa (3 PM – 8 PM)

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes 


5. At Satay Semeling

Kedai makan best di Sungai PetaniSumber: Terryph , Nysa Y

Sebut saja berkenaan satay di Sungai Petani, pasti ada yang bercadang untuk singgah ke At Satay Semeling. Lokasi kedai makan ini terletak di Bedong dalam daerah Kuala Muda, 12 kilometer utara bandar Sungai Petani dan sering menjadi pilihan utama buat penggemar satay untuk menjamu selera. Kalau anda teringin nak makan satay di Sungai Petani, tak perlu susah-susah mencari, singgah saja ke At Satay Semeling.

Sampai saja di sini, anda pasti akan rambang mata dengan pilihan satay di sini. Ada satay ayam, daging, perut, kambing, rusa dan arnab untuk anda cuba dengan kuah kacang yang cukup padu rasanya. Pasti anda menambah-nambah. Kedai makan ini sentiasa dipenuhi pengunjung jadi anda bolehlah merancang perjalanan anda terlebih dahulu. Kalau tak mahu makan satay, hidangan lain juga ada seperti masakan panas, aneka sup, makanan laut segar serta makanan Barat untuk anda cuba.

Ayuh singgah ke At Satay Semeling untuk merasai kesedapan satay yang ada di sini yang cukup dikenali di negeri Kedah.

Alamat: Lot 10, Taman Desa Semeling, 08100 Bedong, Kedah

Waktu Operasi: Selasa (Tutup), Rabu – Isnin (2 PM – 12 AM)

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes 

Whatsapp At Satay Semeling


6. Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak

Kedai makan best Sungai Petani

Kalau anda ingin menjamu selera sambil melihat pemandangan indah di tepian pantai, pastikan anda singgah ke Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak. Kedai makan ini terletak di Kuala Muda, Sungai Petani tapi tidak mudah ya untuk sampai ke sini. Anda harus meredah ke ceruk kampung untuk sampai ke sini tapi jangan risau, perjalanan anda pasti berbaloi!

Seperti namanya, kedai makan ini terkenal dengan hidangan signature iaitu Mee Udang Laut. Tengok gambar pun dah tahu, mesti sedap kan? Pengunjung dari luar negara pun ada yang singgah ke sini untuk mencuba kesedapan Mee Udang Laut di sini. Sudahlah hidangan pun sedap, boleh makan di tepi pantai pula sambil tengok matahari terbenam, memang rugi kalau anda tak datang. Anda boleh juga mencuba menu lain seperti Nasi Goreng, Nasi Goreng Ketam dan Set Bawal yang tidak kurang hebatnya.

Kalau dah sampai ke Sungai Petani, pastikan anda singgah Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak, confirm datang lagi!

Alamat: Kompleks Bilik Sejuk Fama, K639,, Kampung Teluk Chengai

Waktu Operasi: Setiap Hari (10 AM – 10 PM)

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes 

Whatsapp Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak


7. Arab Kitchen Sungai Petani

Kedai makan best di Sungai Petani

Kalau anda rasa teringin nak makan hidangan shellout yang confirm sedap dengan keluarga atau rakan-rakan, Arab Kitchen Sungai Petani ada jawapannya! Tapi, jangan tertipu dengan nama kedai makan ini kerana makanan Arab tidak disediakan di sini, ya. Menu utama yang ada di sini ialah hidangan shellout seafood, seafood bakar, western dan juga asam pedas pun ada.

Tengok saja dalam gambar di atas, penuh dengan pelanggan di Arab Kitchen Sungai Petani. Kalau teringin nak makan shellout, memang di sini lah tempatnya. Cuma seafood segar sahaja yang digunakan di sini untuk menjaga kualiti sampai tutup kedai ya kalau bekalan makanan laut dah habis. Bagi menu shellout, Cuma 1 set shellout yang disediakan di sini dan boleh dikongsi 2-3 orang. Setiap set shellout didatangkan dengan kuah sambal dan nasi. Pelanggan yang pernah berkunjung ke sini ramai memuji kesedapan kuah sambal yang cukup dengan rasa berempah, pedas manis dan sesuai untuk kanak-kanak.

Teringin nak makan ramai-ramai bersama kawan-kawan atau keluarga di Sungai Petani? Singgahlah ke Arab Kitchen!

Alamat: 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: Setiap Hari (5 PM – 12 AM)

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes 

Whatsapp Arab Kitchen Sungai Petani


8. Big Mouth Republic

Kedai makan best di Sungai Petani

Jika anda sedang mencari port untuk makan hidangan Western yang sedap dengan harga yang cukup berpatutan, pastikan anda memilih Big Mouth Republic sebagai lokasi anda seterusnya. Restoran ini cukup terkenal di Sungai Petani dan sering menjadi pilihan utama para pengunjung yang ingin menjamu selera dengan hidangan Western dan Oriental Fusion.

Menu di sini disediakan dengan dua jenis saiz, iaitu Regular atau Big. Saiz hidangan Big sememangnya sesuai untuk mereka yang berselera besar. Anda boleh mencuba pelbagai menu di sini seperti Fisherman’s Plate, Cowboy’s Plate dan Chicken Grill dan pastinya hidangan di sini akan memenuhi selera anda. Restoran ini juga unik dengan hidangan dalamannya yang bercirikan tema klasik dan vintage buat para pengunjung. Restoran ini terbahagi kepada dua tingkat jadi anda boleh memilih ruang mana yang anda inginkan sebelum menjamu selera.

Kalau anda sudah berada di Sungai Petani, pastikan anda singgah ke Big Mouth Republic. Pasti berbaloi!

Alamat: C-123, Lorong 10, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: Selasa (Tutup) , Rabu – Isnin (11 AM – 11 PM)

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes 

Whatsapp Big Mouth Republic


9. Arros Kitchen

Kedai Makan Best Sungai Petani

Alang-alang dah sampai ke Sungai Petani, rugi kalau tak singgah ke Arros Kitchen. Tak perlu nak pening kepala mahu makan apa di sini kerana pelbagai menu menarik boleh anda cuba di sini. Lokasi restoran ini terletak bersebelahan Tol Sungai Petani Utara dan juga bersebelahan Hotel Aman Jaya dan berhadapan Perodua Laguna.

Menu yang dihidangkan di sini terdiri daripada Ala Thai, Western, Fusion, Burger dan Pasta. Banyak, kan? Pasti anda akan rambang mata dengan aneka menu yang ada di sini. Portion hidangan di sini pun besar tau jadi memang berbaloi dengan harganya yang juga berpatutan. Apa-apa saja yang anda order di sini, pasti anda akan berpuas hati kerana saiz hidangannya cukup besar dan anda pasti akan pulang kekeyangan.

Kalau anda masih tercari-cari mahu makan di mana bila dah sampai di Sungai Petani, tak perlu susah-susah, terus saja datang ke Arros Kitchen.

Alamat: NO 29, Jalan Melati 1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: Setiap Hari (5 PM – 11 PM)

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes 

Whatsapp Arros Kitchen


10. Suca Hot Pot Riverfront City

Kedai makan best di Sungai Petani

Buat para penggemar hidangan steamboat hotpot, anda wajib singgah ke Suca Hot Pot Riverfront City! Lokasi ini wajib anda terjah untuk hidangan steamboat hotpot yang sedap pada harga yang berpatutan. Restoran ini menampilkan steamboat hotpot dengan cara moden yang pastinya memberi lebih kepuasan kepada para pengunjung yang datang ke sini.

Hidangan steamboat hotpot di sini disediakan secara buffet dengan harga RM 26.90 untuk dewasa, RM 13.90 untuk kanak-kanak (5- 12 tahun) dan percuma untuk kanak-kanak bawah 4 tahun. Murah betul, kan? Susah tau nak cari restoran steamboat dengan harga yang murah dan sedap pula tu! Memang rugi kalau anda tak datang ke sini. Sekali bayar, boleh makan sepuas-puasnya tau! Siap dapat percuma Sushi dengan Aiskrim lagi. Lokasi sangat selesa dengan penghawa dingin dan surau juga disediakan.

Pendek kata, memang rugi lah kalau anda tak singgah ke Suca Hot Pot Riverfront City. Ajak keluarga dan kawan-kawan untuk datang ke sini dan makan sepuas-puasnya!

Alamat: 180, Riverfront Rd, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: Setiap Hari (12 PM – 12 AM)

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes 

Whatsapp Suca Hot Pot Riverfront City


11. Bara Steamboat

Kedai makan best Sungai Petani

Kalau anda peminat steamboat dan sudah berada di Sungai Petani, ayuh singgah ke Bara Steamboat, salah satu lokasi restoran steamboat yang cukup dikenali di Sungai Petani. Lokasi ini sering menjadi pilihan pengunjung untuk hidangan steamboat dengan bahan-bahan segar pada harga yang cukup berpatutan.

Sampai saja di sini, anda boleh makan sepuas-puasnya pada harga RM 30 untuk dewasa, RM 27 untuk warga emas, RM 17 untuk kanak-kanak dan percuma untuk kanak-kanak bawah 5 tahun. Sekali bayar dan anda boleh makan tanpa had. Setiap bahan yang disediakan di sini cukup segar dan pastinya berbaloi dengan harga yang anda bayar. Ruang yang disediakan juga cukup selesa jadi anda boleh datang ke sini beramai-ramai dan menjamu selera Bersama yang tersayang. Restoran ini juga menjadi antara pilihan utama untuk hidangan steamboat yang pasti anda akan berpuas hati.

Kalau masih tak pasti mahu makan steamboat di mana, ayuh ke Bara Steamboat dan makan sepuas-puasnya dengan harga yang cukup berpatutan untuk anda semua!

Alamat: 18176, Jalan Kelab Cinta Sayang, Taman Ria Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: Setiap Hari (5:30 PM – 12 AM)

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes 

Whatsapp Bara Steamboat


Banyak kan kedai makan best dekat Sungai Petani. Kalau dah sampai ke sana, tak perlu pening-pening lagi nak makan di mana. Rujuk saja senarai di sini, terus boleh menjamu selera dengan hidangan sedap-sedap yang ada di Sungai Petani. Selamat mencuba!

 

 

3.9/5 - (16 votes)

Anda Mungkin Berminat

Stesen Bas Sungai Petani – Jom Melawat Kedah!

Sungai Petani adalah bandar kedua terbesar di Kedah. Ia memainkan peranan penting sebagai pusat perniagaan yang berkembang pesat dengan banyak pusat membeli-belah fesyen, kedai...

Top 10 Kereta Sewa Sungai Petani & Kulim Yang Best & Murah

Adakah anda ingin bercuti tetapi memerlukan kereta sewa tetapi tidak menemui agensi yang sesuai di Kedah? Jika ya, anda boleh cuba menyemak senarai kedai...

Senarai 12 Homestay Sungai Petani Sememangnya MURAH

Sungai Petani tidak dinafikan lagi dikenali sebagai sebuah bandar di dalam negeri Kedah Darul Aman. Walaupun ramai mengaitkan ‘Petani’ dalam namanya dengan kegiatan bertanam,...

Top 10 Kafe “AESTHETIC” di Sungai Petani, Kedah

Bila dah abad ke-21 ni, memang banyak inovasi yang terjadi, termasuk juga dekat kedai-kedai makan di seluruh Malaysia. Kafe pun salah satu daripada tempat...

Santai By The Garden, Sungai Petani

Kalau anda terasa nak makan BBQ Grill tapi dalam masa yang sama anda nak rasa makanan seafood. Santai By The Garden adalah tempat yang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x