7 Kedai Makan Artis di KL Selangor – Sedap ke tak?

Ramai artis-artis di Malaysia ini bukan sahaja melibat diri dalam seni hiburan, malah turut tidak ketinggalan untuk menceburkan diri dalam cabang perniagaan. Salah satu yang menarik ialah dalam industri restoran dan makanan. Mari kita lihat beberapa kedai makan artis di Kuala Lumpur dan juga area Selangor.

Manalah tahu, kalau datang makan di restoran dan cafe di bawah ini anda berpeluang bersua muka dengan mereka dan juga ber’selfie’ sebagai kenang-kenangan.


7 destinasi kedai makan artis di Kuala Lumpur dan Selangor

1. BurgerByte

kedai makan artis malaysia-LZizan Razak tidak ketinggalan untuk menjadi salah satu rakan kongsi untuk BurgerByte yang bertempat di Damansara Perdana.

Bertemakan dengan makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu burger, BurgerByte menawarkan pelbagai jenis burger yang di’grill’.

Selain burger, hotdog juga ada di sini. Selain aneka burger dan hotdog, di sini juga menawarkan pelbagai makanan berat lain seperti nasi arab dan juga pasta.

 

Alamat BurgerByte Damansara: No 47830, 10, Jalan PJU 8/3a, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor.


2. Kids and Creamer

kedai makan aaron aziz-LPelakon terkenal tanahair yang berasal dari Singapura, Aaron Aziz membuka sebuah kedai makan yang berkonsepkan ala-ala western yang bertempat di Setia Alam berdekatan dengan Setia City Mall.

Konsepnya juga mesra kanak-kanak dan pilihan menu makanan western yang ada untuk dewasa dan juga kanak-kanak pun banyak. Dan yang menariknya, kanak-kanak juga boleh menghabiskan masa dengan menyertai baking class yang terdapat di sini. Ikuti perkembangan mereka di sini.

Alamat Kids & Creme: No 5, Jalan Setia Dagang u13/ak , Setia Alam 41070 Shah Alam, Selangor.

3. Hot Burger Fizo Omar

restoran artis malaysiaSeorang pelakon yang sering mewarnai drama dan filem-filem hebat di tanahair, Fizo Omar juga merupakan peminat burger seperti Zizan Razak. Dan yang lainnya, cawangan burger Fizo Omar ini lebih berkonsepkan kepada gerai yang terdapat di merata-rata pelusuk tanah air.

Setiap cawangan dan gerai yang menggunakan nama HotBurger menggunakan resepi daging atau patty yang dibuat dan disalurkan oleh saudara Fizo Omar sendiri. Bagi yang bercadang ingin membuka gerai burger, bolehlah menyertainya dan segala nasihat dari yang pakar turut disediakan. Maklumat lanjut sila rujuk fanpage HotBurger.

Alamat? : Satu malaysia ada !


4. RK Recipe Cafe

kedai makan artis di kuala lumpur-LDimiliki dan diuruskan sendiri oleh seorang pelakon drama tempatan tanahair yang sangat popular di kaca tv iaitu Riezman Khuzaimi. Cafe atau restoran yang terletak di Taman Melawati yang menawarkan pelbagai menu makanan Melayu dan Jawa yang menarik seperti Nasi Jenganan, Mee Siam, Nasi Ambeng dan sebagainya.

Dan untuk pecuci mulutnya, di sini terdapat aneka kek dan brownie yang sedap-sedap untuk dicuba. Memandangkan kedai ini diuruskan sendiri oleh Riezman, mana tahu anda mungkin terserempak dengannya apabila ke sini dan berpeluang ber’selfie’ dengan beliau. Boleh rujuk di fanpagenya di sini.

Alamat RK Recipe Cafe: B7-G-2, Gaya Commercial Centre, Lorong Kelantan, Pusat Bandar Melawati, Taman Melawati, 53100 Ampang, Kuala Lumpur


5. Misicafe & Shoppe

tempat makan artis malaysia-LRestoran atau cafe ini dibuka oleh seorang artis dan penyayi pada era 80 an iaitu Datin Ramziela. Kebanyakan menu makanan di sini menggabungkan masakan western dan juga Melayu. Antara jenis menu makanan yang boleh didapati ialah steak, chicken chop, meatball, bubur teochew dan aneka pilihan makanan bergoreng.

Alamat Misicaffe & Shoppe: Sime Darby Pavillion, 2A Persiaran Tebar Layar, Section U8 Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor. 


6. Thymes Cafe

kedai makan hafiz suip-MNama kafe Hafiz Suib ini memang agak susah nak sebut sampai tergeliat lidah. Cara sebut betulnya akan bunyi seperti ‘Times’ dan thymes ini merupakan sejenis herba yang kebiasaannya digunakan dalam masakan dan juga untuk perubatan.

Thymes Cafe yang terletak sebelah je dengan Giant Equine ini merupakan sebuah restoran yang menyediakan kebanyakannya makanan ala western dan ada juga beberapa menu tempatan lain terutamanya daripada Sarawak. Ruangan kafe dengan dekorasi yang moden siap ada meja bersofa memang satu tempat makan yang menarik kalau nak santai-santai sambil buat kerja depan laptop. Wifi pun free.

Alamat Thymes Cafe: No 16-G Block C, Pusat Perniagaan The Atmosphere Bandar Putra Permai, 43300, Sri Kembangan, Selangor.


7. Laman Grill Shah Alam

kedai makan chef zubir-MSelebriti ini bukannya seorang penyanyi ataupun pelakon tetapi seorang chef selebriti yang cukup terkenal dalam rancangan Master Chef di saluran tv tempatan iaitu Chef Zubir.

Chef Zubir semestinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menggunakan kemahirannya yang ada untuk membuka kedai makan yang diberi nama Laman Grill. Terdapat beberapa cawangan di KL dan Selangor. Kalau anda mahu mencuba resepi ala barat hasil sentuhan Chef Zubir sendiri, bolehlah datang ke sini.

Alamat: G33, BLOK 5 LAMAN SERI BUSINESS PARK, PERSIARAN SUKAN SEKSYEN 13, 40000 SHAH ALAM, Selangor


Semoga memberi anda idea untuk makan-makan di salah satu kedai makan artis di Malaysia kelak dan mana tahu, boleh bersalam dan bersua muka depan depan. Selamat mencuba. Wassalam.

4.2/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

55+ Tempat Menarik di Kuala Lumpur Yang POPULAR Untuk Dilawati

Kuala Lumpur, ibu kota negara tercinta Malaysia menawarkan pelbagai destinasi percutian menarik untuk kita terokai. Walaupun saiz geografinya tidaklah sebesar majoriti negeri-negeri lain di...

40+ Tempat Makan BEST di KL – Restoran & Warung Makan Menarik Mesti Cuba

Kuala Lumpur sememangnya dikenali sebagai syurga makanan bagi pelancong ke Malaysia. Hampir kesemua makanan popular negeri-negeri di Malaysia terhidang di sini. Bahkan, pilihan restoran...

Masakan Cina Halal di De Templer

Kebanyakan orang Melayu yang beragama Islam memang agak ragu-ragu nak masuk restoran cina sebab was-was dengan kehalalan masakan mereka. Seperti jugak CD dulu-dulu, memang...

Muzium & Tempat Bersejarah di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur kaya dengan tarikan bersejarah yang sangat banyak bahkan mungkin lebih banyak daripada kebanyakan negeri lain di Malaysia. Di bawah merupakan kesemua tempat...

12 Destinasi Menarik di Kuala Lumpur yang PERCUMA untuk dilawati

Tanggapan yang salah yang sering diletakkan kalau bercuti ke Kuala Lumpur adalah kos yang tinggi yang perlu dibelanjakan seperti harga tiket masuk yang mahal dan sebagainya....

Zoo & Taman Haiwan di Kuala Lumpur

Bagi yang inginkan aktiviti melihat binatang atau haiwan yang unik ketika melancong ke Kuala Lumpur, di sini menawarkan beberapa destinasi menarik yang boleh dilawati. Salah...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Noriza Rahman
9 years ago

Huish semuanya sedap belaka…bila Mv nak mencuba ni

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x