7 Kedai Kucing Wajib Dikunjungi Pencinta Kucing di Kuala Lumpur!

Kucing merupakan haiwan yang comel dan manja dengan manusia. Tingkah laku dan gelagatnya sering mencuit hati bagi pencinta kucing. Walaupun begitu, bagi mereka yang membela kucing, mereka memerlukan penjagaan, perlindungan dan makanan yang terbaik agar kucing berasa selamat, nyaman dan kekal aktif. Oleh itu, kami telah menyediakan 7 kedai kucing yang wajib dikunjungi pencinta kucing di Kuala Lumpur. Jadi, tunggu apa lagi, jom kita lihat senarai kedai yang disediakan!

7 Kedai Kucing Wajib Dikunjungi Pencinta Kucing di Kuala Lumpur


1. Only Pets, Lotus’s Selayang

Kedai Kucing Only Pets, Lotus's Selayang

Kedai yang menjadi pilihan pencinta kucing di Kuala Lumpur adalah Only Pets di Pasaraya Lotus’s Selayang. Kedai kucing yang luas dan bersih ini memiliki banyak peralatan kucing dan banyak jenis makanan dari pelbagai jenama. 

Bukan itu sahaja, aksesori canggih, permainan, ubat-ubatan untuk kucing juga ada. Malah, harga yang ditawarkan untuk barang itu juga berpatutan tau! Pastinya berbaloi untuk anda kunjungi.

Waktu operasi bagi kedai Only Pets bermula jam 10.00 pagi hingga 9.30 malam pada setiap hari. Bagi anda yang berhampiran di kawasan Selayang, pastinya akan teruja apabila kunjungi ke kedai ini.

Alamat: Lot MA4, Level 1, Tesco Extra Selayang 1081, Jalan Sultan Azlan Shah, Selayang, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 pagi – 9.30 malam)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6243 5639

WhatsApp Only Pets


2. Kedai Kucing Chaq, Jalan Klang Lama

Kedai Kucing Chaq, Jalan Klang Lama

Kedai kucing Chaq yang terletak di Jalan Klang Lama ini merupakan kedai yang sering dikunjungi pelanggan. Banyak keperluan barangan kucing seperti makanan kering dan basah, pasir kucing, peralatan mainan dan banyak lagi di jual di sini. Anda juga boleh dapatkan harga promosi sekiranya anda membeli lebih dari 2 beg pasir kucing! 

Kedai kucing ini kelihatan kemas dan bersih walaupun memiliki banyak barang. Pemiliknya juga ramah dan rajin membantu pelanggan dalam mengesyorkan barangan yang bersesuaian dengan kucing mereka. Jadi, jika anda inginkan dapat makanan dan peralatan untuk si comel anda, jangan lupa datang ke kedai ini.

Yang paling menariknya, menurut laman Facebook mereka, kedai ini turut menyediakan perkhidmatan penghantaran keperluan kucing secara percuma kepada kawasan yang terpilih dengan minimum pembelian 50 ke atas. Menarik, kan? Jadi, jika anda tidak ada masa untuk datang ke kedai mereka, bolehlah anda menggunakan perkhidmatan ini.

Alamat: No 11, Jalan 1B/133, Taman Sri Sentosa, Batu 6 ½, Jalan Klang Lama, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 pagi – 8.00 malam)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Kedai Kucing Chaq


3. Paws & Claws Pet House, Sentul

Paws & Claws Pet House, Sentul

Di kawasan Sentul, terdapat sebuah kedai haiwan yang menjual kucing kacukan, burung, makanan haiwan dan juga sangkar. Bukan itu sahaja, kedai ini juga ada haiwan lain seperti arnab, hamster dan banyak lagi. Bagi pelanggan yang berminat untuk membela kucing dan haiwan-haiwan yang comel, anda disyorkan untuk datang ke kedai ini.

Menurut ulasan pelanggan, kedai Paws & Claws Pet House menawarkan harga yang murah dan berpatutan jika dibandingkan dengan kedai lain. Bukan itu sahaja, pemilik kedai dan staf di sini juga ramah dan membantu pelanggan. 

Rata-rata pelanggan yang pernah singgah di kedai ini berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Jadi, kepada warga Sentul, jika anda ingin dapatkan makanan untuk si bulus dan haiwan peliharaan anda, cepat-cepat datang ke sini ya.

Alamat: 714, Jalan Sentul, Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 pagi – 9.00 malam) & Ahad (9.00 pagi – 7.00 malam)

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Paws & Claws


4. K & K Pet Shop, Wangsa Maju

K & K Pet Shop, Wangsa Maju

Kedai kucing seterusnya yang wajib dikunjungi oleh pencinta kucing di Kuala Lumpur ialah K & K Pet Shop. Kedai kucing ini memiliki 4 cawangan, termasuk satu cawangan di kawasan Wangsa Maju, Kuala Lumpur. 

K & K Pet Shop menjual banyak makanan kering, basah, suplemen, aksesori dan mainan untuk kucing. Banyak juga jenama terkenal seperti Royal Canin, Orijen, Sheba terdapat di sini.

Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan harga yang ditawarkan. Malah, dikatakan barangan yang dijual di sini sangat murah dan berpatutan. Staf juga turut membantu dalam memberikan servis yang terbaik.

Berita baik kepada pelanggan yang berada di luar kawasan Wangsa Maju, anda boleh ke cawangan yang lain ataupun beli sahaja di laman e-dagang Shopee. Mudah kan? Jadi, jom dapatkan makanan yang terbaik dan berkualiti untuk si bulus anda.

Alamat: No 25, Jalan Wangsa Delima 10, Seksyen 5 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Ahad (11.00 pagi – 9.00 malam)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Shopee | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4149 2828

WhatsApp K & K


5. Kooi Lim Pet Kingdom, Jalan Klang Lama

Kooi Lim Pet Kingdom, Jalan Klang Lama

Kooi Lim Pet Kingdom merupakan kedai yang menjual peralatan, makanan, ubat-ubatan untuk haiwan peliharaan. Kedai yang terletak di Jalan Klang Lama ini adalah besar dan mempunyai banyak jenis makanan, aksesori dan lain-lain lagi.

Di samping itu, semua barangan yang dijual dengan harga yang berpatutan. Bukan itu sahaja, kedai ini juga menawarkan perkhidmatan grooming untuk kucing anda. Wah, menarik, kan? Anda yang berhampiran, jom datang ke kedai ini!

Alamat: Bersebelahan Am Bank, 14333, Jalan Klang Lama, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Ahad (11.00 pagi – 8.00 malam)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Kooi Lim


6. Pet Lovers Centre, Sunway Putra Mall

Pet Lovers Centre, Sunway Putra Mall

Sebut sahaja Pet Lovers Centre, sudah pasti ramai yang tahu kerana ia sering dikunjungi oleh pencinta haiwan. Mana tidaknya, kedai ini memiliki 55 cawangan di seluruh Malaysia!

Cawangan kedai ini di Sunway Putra Mall ini menjual makanan haiwan, sangkar, suplemen, aksesori dan banyak lagi. Semua jenis barangan yang dijual adalah terbaik dan berkualiti tinggi agar haiwan peliharaan anda sentiasa sihat dan aktif.

Di Pet Lovers Centre juga, juga terdapat perkhidmatan grooming untuk kucing dan anjing pada 5 cawangan yang terpilih sahaja. Bukan itu sahaja, anda boleh dapatkan maklumat dan nasihat tentang penjagaan haiwan seperti kucing, anjing, arnab, burung dan juga ikan di kedai ini.

Alamat: Unit LG1-A, 100 Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 pagi – 10.00 malam)

Lokasi | Facebook | Instagram | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4041 1233

WhatsApp Pet Lovers Centre


7. Petsmore, Wangsa Melawati

Kedai Kucing Petsmore, Wangsa Melawati

Kedai terakhir yang menjadi pilihan pencinta kucing adalah Petsmore di kawasan Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Petsmore memiliki 2 lagi cawangan di Cheras Mahkota dan juga Kota Damansara.

Kedai yang besar dan luas ini bukan sahaja menjual barangan keperluan kucing yang berkualiti, malahan terdapat playground, grooming, hotel dan spa untuk kucing dan anjing. Menarik bukan?

Rata-rata pelanggan yang pernah kunjungi ke tempat ini memberikan ulasan yang positif dengan servis yang dilakukan. Jadi, anda yang berkelapangan, jangan lupa bawa kucing anda merawat dan bermain di sini.

Alamat: Dataran Wangsa Melawati, No 27, Jalan Dataran Wangsa 1, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.30 pagi – 8.30 malam)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Petsmore


Kuala Lumpur adalah syurga untuk pencinta kucing. Dengan banyak pilihan kedai barangan kucing, pasti ada sesuatu untuk setiap pencinta kucing. Kesemua kedai yang disenaraikan tawarkan produk berkualiti tinggi. Jadi, anda boleh yakin bahawa kucing anda mendapat yang terbaik.

Selain itu, kunjungan ke kedai-kedai ini juga memberi peluang berinteraksi dengan komuniti pencinta kucing. Pertukaran cerita dan pengalaman sesama para pemilik kucing peliharaan boleh menjadi sumber inspirasi anda untuk terus memberikan hanya yang terbaik untuk si bulu anda. 

Akhir kata, teruskan mencintai dan menjaga kucing anda. Semoga artikel ini membantu dalam mencari kedai-kedai terbaik. Selamat berbelanja!

Sekiranya anda dapati haiwan peliharaan anda sakit dan tidak bermaya, jangan lupa untuk membaca artikel kami berkenaan 7 Klinik Haiwan di Shah Alam Terbaik yang Anda Patut Pergi. Diharapkan membantu dan moga manfaat!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x