Isi Kandungan
Ramai akan bertanya, kenapa kerusi gaming (gaming chair) diperlukan padahal kerusi biasa juga boleh digunakan dengan harga yang jauh lebih murah? Adakah kerusi gaming penting? Kenapa kerusi gaming mengagumkan dan kenapa ia begitu popular di kalangan gamer di Malaysia?
Jawapannya amat ringkas, kerusi gaming adalah amat penting untuk menyokong postur badan yang betul supaya tulang belakang tidak menjadi tak seimbang dan cedera bila duduk dalam masa yang lama.
Jadi, luangkan sedikit masa untuk membuat tinjauan dalam mencari kerusi gaming murah dan sesuai untuk anda di Malaysia.
Kedai Jual Kerusi Gaming Lembah Klang
1. Tomaz (Selangor & KL)
Kerusi Gaming Tomaz merupakan kerusi yang paling popular untuk gamer di Malaysia. Kerusi Tomaz selalu dipuji untuk reka bentuknya yang cantik dan moden, selesa diduduk dan yang paling penting, harganya yang amat berpatutan dan murah jika berbanding dengan jenama kerusi gaming yang lain di Malaysia.
Banyak outlet Tomaz boleh dijumpai di kebanyakan pusat membeli belah, anda boleh datang ke outlet untuk mencuba, Tomaz juga mempunyai web store di TTracing, Shoppee dan sebagainya, anda digalakkan untuk survey harga dari beberapa web store supaya boleh dapat harga yang paling rendah.
Produk: Kerusi gaming, jam tangan, beg tangan, kasut, aksesori gaming dan sebagainya.
Alamat: 29, Jalan USJ 9/5N, Subang Jaya, Selangor, 47620, Malaysia.
Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-80118382
2. Todak (Cyberjaya)
Keselesaan merupakan antara faktor yang paling penting apabila mencari kerusi gaming. Kerusi Gaming Todak dapat menjamin pengguna dengan harga yang berpatutan, kerusi yang berkualiti tinggi dan tahap keselesaan yang tinggi!
Kebanyakan kerusi gaming todak dapat dilaraskan dari segi ketinggian kerusi, lengan dan belakang badan, ia memberi pilihan untuk mencari postur yang sesuai dan selesa untu setiap pengguna.
Produk: Kerusi gaming, pakaian, kasut, aksesori dan sebagainya.
Alamat: No.10, Jalan Autoville 2, Persiaran Multimedia, Cyber 10, 63000 Cyberjaya, Selangor. Malaysia
Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 03-86899779
3. Secret Lab (Sunway)
Produk: Kerusi gaming Secret Lab
Alamat: B-03-01, Sunway Geo Avenue, Jalan Lagoon Selata, Bandar Sunway, Selangor, Malaysia
Waktu Operasi: 10.30am – 6.30pm (Isnin – Jumaat), 10.30am – 5.30pm (Sabtu)
Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 03-5612 8584
Secret Lab Sunway merupakan sebuah experience center yang menyediakan demo unit sahaja, untuk pembelian, sila rujuk Laman Web yang tertera di atas.
4. Impulse Gaming (Sunway)
Produk: Kerusi gaming, game, konsol, aksesori game, patung gundam dan sebagainya.
Alamat: 79, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Waktu Operasi: 11am – 9.30pm
Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes
5. Jawecom PC (Setia Alam)
Produk: Kerusi gaming, aksesori komputer, laptop, router dan sebagainya.
Alamat: 24-2f, Jalan Setia Perdana BE U13/BE, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm
Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Bisnes
6. Heavyarm Store (Subang Jaya)
Produk: Kerusi gaming, aksesori komputer, game, speaker, monitor dan sebagainya.
Alamat: A8, First Floor, Jalan SS 15/8a, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.
Waktu Operasi: 9.00am – 7.00pm
Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-56312489
7. Alterseat (Bukit Jalil, KL)
Produk: Kerusi gaming, kerusi ergonomik, kerusi pejabat, aksesori kerusi dan sebagainya.
Alamat: B-1, 20, Jalan Persiaran Jalil 1, Bukit Jalil, 57000, Kuala Lumpur, Malaysia.
Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm
Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Bisnes
8. Lucro PC (Cyberjaya)
Produk: Kerusi gaming, PC binaan khas, aksesori komputer dan sebagainya.
Alamat: E2.05.08, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Cyber 11, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia.
Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm
Lokasi |Â Facebook | Ulasan Bisnes
9. Ideal Tech PC (Ampang Jaya)
Produk: Kerusi gaming, PC binaan khas, aksesori komputer dan sebagainya.
Alamat: No 17, Jalan Pandan Prima 1, Dataran Pandan Prima, Malaysia.
Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm
Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Bisnes
10. C-Zone (Lowyat Plaza)
Produk: Kerusi gaming, aksesori komputer, game, software dan sebagainya.
Alamat: 2 – 042, 043 & 045, 7, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm
Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Bisnes
Kerusi Gaming Second Hand
Untuk gamer yang tidak kisah menggunakan kerusi gaming second hand, ini merupakan satu cara yang amat bagus untuk mendapat kerusi gaming yang berkualiti tinggi dengan harga yang rendah di Malaysia. Tetapi, anda harus membuat tinjauan yang teliti supaya tidak membeli kerusi gaming terpakai yang rosak atau bermutu rendah.
Sekiranya anda membeli kerusi gaming second atas talian, anda harus meminta gambar terkini dan video live untuk kerusi tersebut, ini membolehkan anda meneliti kualiti kerusi gaming tersebut dengan seberapa banyak yang mungkin.
Harga Kerusi Gaming
Harga kerusi gaming di Malaysia boleh menjejak RM2,000 dan kerusi gaming murah dapat dicari serendah RM200++ untuk kerusi baru. Harga boleh dijadi satu faktor pemilihan, tetapi, adalah amat penting untuk pengguna utamakan keselesaan dan kesesuaian kerusi mengikut saiz dan postur badan.
Harga kerusi gaming juga akan ditentukan mengikut reka bentuk, jenama, tempat berasal, kualiti bahan yang digunakan dan sebagainya. Bukan semua kerusi gaming murah adalah tidak bermutu, pengguna harus membuat timbangan mengikut beberapa faktor yang kami rekomen di atas. Harga rendah selalunya boleh didapat melalui web store yang menjual kerusi gaming di Malaysia, ia amat penting untuk membuat bandingan harga sebelum membuat keputusan. Kami juga perasan harga runtuh kerusi gaming boleh didapati semasa jualan akhir tahun dan jualan pertengahan tahun.
Untuk kerusi gaming second hand di Malaysia, anda boleh berunding menurut keadaan kerusi tersebut. Kerusi gaming terpakai tidak mempunyai harga pasaran, tetapi anda boleh mengambil harga kerusi baru untuk perbandingan, ia selalunya 40-50% lebih rendah selepas 1 tahun diguna, dan turun lagi 8-10% untuk tahun yang seterusnya.