Utama Kedai Elektrik 7 Kedai Elektrik Terbaik di Puchong yang Boleh Anda Kunjungi!

7 Kedai Elektrik Terbaik di Puchong yang Boleh Anda Kunjungi!

0
7830
7 Kedai Elektrik Terbaik di Puchong yang Boleh Anda Kunjungi!

Perkakas elektrik merupakan kemudahan asas yang dapat membantu anda melakukan aktiviti harian. Sekiranya anda adalah pasangan yang ingin memulakan kehidupan di kediaman baru, barangan elektrik seperti mesin basuh dan peti sejuk pastinya perlu ada dalam checklist anda. 

Selain itu, tidak dinafikan barangan elektrik juga kadangkala mudah untuk rosak apabila sudah lama digunakan. Jadi, kami ingin membantu anda dengan menyenaraikan 7 kedai elektrik terbaik di Puchong yang boleh anda kunjungi. Semoga membantu!

7 Kedai Elektrik di Puchong


1. Natural Victory Sdn Bhd, Bandar Puchong Jaya

Natural Victory Sdn Bhd, Bandar Puchong Jaya

Terletak di Bandar Puchong Jaya, kedai elektrik Natural Victory Sdn Bhd menawarkan pelbagai aksesori elektrik yang boleh anda pilih. Menurut pelanggan yang telah memberi rating 5 bintang di Google Review, kedai ini menjual pelbagai jenama terkenal bagi suis elektrik. 

Bukan itu sahaja, para pelanggan juga gembira dengan layanan oleh pekerja kedai yang sangat membantu dalam proses pembelian. Paling menarik, antara barang elektrik yang dijual adalah lampu LED dengan pelbagai warna menarik yang semestinya akan memberi kelainan pada ruang yang ingin anda hias. 

Kami sertakan nombor yang boleh anda hubungi sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang barang yang dijual. Anda juga boleh mengunjungi kedai ini di Bandar Puchong Jaya seawal 8:30 pagi. 

Alamat: No.18, Jalan Kenari 1, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8:30 am – 6:00 pm), Sabtu (8:30 am – 4:00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5882 7662


2. TWK Electrical, Jalan Puchong 

TWK Electrical, Jalan Puchong 

Terkenal dalam kalangan pembeli dengan harga barang yang murah, TWK Electrical mungkin menjadi kedai elektrik pilihan anda. Mereka menjual barang elektrik yang berpatutan berbanding kedai elektrik lain di pasaran. Hal ini menjadikan ia antara kedai elektrik yang terkenal dalam kalangan penduduk di Jalan Puchong, Kuala Lumpur. 

Bukan itu sahaja, pekerja kedai akan memeriksa barang berada dalam keadaan yang baik sebelum membuat penghantaran kepada pelanggan. Kedai ini juga ada menjual alat gantian bagi barang elektrik. Jadi anda tidak perlu risau sekiranya barang elektrik anda rosak dan memerlukan alat ganti. 

Selain itu, perusahaan keluarga ini juga menjadi pilihan pembeli kerana mempunyai jurujual yang mempunyai pengetahuan tinggi tentang barangan elektrik yang dijual. Mereka akan memberi panduan yang jelas kepada para pelanggan tentang maklumat dan cara penggunaanya. 

Sekiranya anda ingin membeli barang elektrik dari kedai yang terletak di Jalan Puchong ini, anda juga boleh bertanya melalui WhatsApp terlebih dahulu. Kami sertakan nombor telefon dan WhatsApp bagi TWK Electrical di bawah. 

Alamat: No. 3146C, Batu 6 1/2, Jalan Puchong, 58200 Puchong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (11:00 am – 6:00 pm), Ahad (12:00 pm – 4:00 pm)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-848 8223

WhatsApp TWK Electrical


3. Soe Electrical Trading, Pusat Bandar Puchong

Kedai Elektrik Soe Electrical Trading, Pusat Bandar Puchong

Soe Electrical Trading adalah kedai elektrik terbaik di Puchong sekiranya anda ingin mencari barang elektrik secara pukal. Seperti anda sedia maklum, pembelian secara pukal membolehkan pembeli mendapatkan harga barang dengan lebih murah.

Selain itu, kedai ini juga adalah pilihan terbaik untuk mencari barang-barang pendawaian. Wayar, PVC dan pelbagai lagi barang untuk membaiki sistem pendawaian rumah anda ada di sini. 

Terletak di Pusat Bandar Puchong, lokasi kedai ini sangat mudah untuk ditemui. Terdapat tempat parkir kenderaan yang memudahkan anda untuk pergi ke kedai ini. Bukan itu sahaja, lokasinya yang berada sebaris dengan kedai cat Nippon, menjadikan kedai ini tumpuan utama bagi mereka yang mempunyai kediaman baru. Paling menarik, berbanding kedai lain, Soe Electrical Trading beroperasi seawal jam 8:30 pagi.

Alamat: 35-G, Jalan Bandar 12, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8:30 am – 5:00 pm), Sabtu (8:30 am – 4:00 pm), Ahad (9:00 am – 1:00 pm)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5882 5889


4. Mega Electric, Taman Puchong Perdana

Kedai Elektrik Mega Electric, Taman Puchong Perdana

Malang tidak berbau, barangan elektrik anda boleh rosak pada bila-bila masa sahaja. Namun jangan risau, Mega Electric Puchong beroperasi setiap hari termasuk hujung minggu bermula jam 10 pagi sehingga jam 8 malam.

Mereka menjual barangan elektrik yang berkualiti dengan harga mampu milik. Bukan itu sahaja, kedai elektrik yang terletak di Puchong ini juga menawarkan khidmat penghantaran apabila anda membeli di kedai mereka. 

Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan kualiti barang dan perkhidmatan jualan oleh kedai elektrik ini. Servis penghantaran yang pantas dan jurujual yang ramah menjadikan Mega Electric sebagai pilihan favourite penduduk Puchong.

Dari barang kediaman sehinggalah telefon bimbit model terkini, semuanya ada dijual disini. Menarik lagi, anda juga boleh membuat pembayaran secara ansuran apabila membeli telefon bimbit dan komputer riba. 

Selain di Puchong, Mega Electric turut mempunyai 5 lagi cawangan lain yang terletak di Banting, Dengkil, Kajang, Nilai dan Melaka untuk anda lawati. 

Alamat: 42, Jalan Kekwa 2, Taman Puchong Perdana, 47100 Puchong, Selangor

Waktu operasi: Ahad – Isnin (10:00 am – 8:00 pm)

Lokasi | Shopee | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Mega Electric


5. TBC Puchong, Bandar Puteri

Kedai Elektrik TBC Puchong, Bandar Puteri

Kedai Elektrik TBC merupakan kedai elektrik yang terletak di Bandar Puteri, Puchong. Jika anda ingin mencari produk elektrik yang tahan lama dan berkualiti, kedai elektrik ini menyediakan lebih daripada 30 jenama barang elektrik lokal dan antarabangsa.

Selain itu, penghantaran barang ke rumah anda juga boleh dilakukan pada hari yang sama dengan pembelian. Pelanggan berpuas hati apabila membeli belah di kedai ini kerana mereka mampu mendapatkan keseluruhan barangan kediaman dengan lengkap. Dari dapur elektrik sehinggalah penghawa dingin untuk bilik tidur, semua ada!

Tambahan lagi, anda juga berpeluang mendapatkan hadiah percuma yang disertakan dengan pembelian. Menarik bukan? Kebanyakan pembeli yang pernah membeli di kedai ini pasti akan datang berulang kali kerana berpuas hati dengan pembelian pertama mereka. 

Alamat: No. 31 & 33, Jalan Puteri 2/1, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10:00 am – 9:00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8061 9668

WhatsApp TBC


6. Lai Electrical Sales & Services, Taman Damai Utama

Lai Electrical Sales & Services, Taman Damai Utama

Lai Electrical Sales & Services bukan sahaja menjual barangan elektrik, tetapi juga merupakan pusat servis bagi barang elektrik seperti penghawa dingin. Menurut pelanggan yang membuat belian di kedai ini, Lai Electrical Sales & Service menawarkan servis perkhidmatan yang terbaik.

Selain itu, anda juga tidak perlu risau tentang ketiadaan stok barang yang ingin dicari. Hal ini kerana, kedai ini akan memastikan stok barangan elektrik mereka sentiasa tersedia untuk pembelian pelanggan.

Menurut pelanggan lagi, pekerja di kedai ini juga sangat bertanggungjawab terhadap pelanggan. Sangat recommended bagi mereka yang ingin membuat temujanji bagi khidmat servis barangan elektrik. 

Alamat: 20, Jalan Damai Utama 1, Taman Damai Utama, 47180 Puchong, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9:30 am – 7:00 pm), Ahad (11:30 am – 2:00 pm)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8070 3576


7. One Living, Taman Kinrara

Kedai Elektrik One Living, Taman Kinrara, Puchong

Pemilihan jenama semasa membeli barang elektrik adalah penting. Kedai elektrik yang terletak di Taman Kinrara, Puchong ini menawarkan barangan elektrik dari pelbagai jenama terkenal seperti LG, Samsung, Dyson dan banyak lagi.

Sekiranya anda gemar menonton filem, One Living turut menjual televisyen berkualiti tinggi dari jenama terkenal Sony. Anda juga boleh membeli pembesar suara dan sistem bunyi yang akan memberikan pengalaman yang sama seperti menonton filem di panggung wayang.

Menurut pembeli, One Living merupakan kedai elektrik terbesar di kawasan tersebut. Bukan itu sahaja, terdapat dua cawangan kedai Elektrik One Living di Puchong. Tidak hairanlah sekiranya kedai ini terkenal dalam kalangan penduduk setempat.

Kebanyakan pembeli juga memuji kecekapan pekerja di kedai ini. Sekiranya barangan elektrik yang dibeli mempunyai masalah, mereka akan membantu anda memeriksa dan membaiki barang tersebut.

Alamat: K2A, K3, K5, Jalan TK 1/11a, Taman Kinrara, 47180 Puchong, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10:30 am – 9:00 pm), Ahad (10:30 am – 8:00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-366 2990

WhatsApp One Living


Tunggu apa lagi? Kunjungilah kedai elektrik terbaik Puchong yang telah kami senaraikan di atas sekiranya anda sedang mencari barang elektrik yang berkualiti dan berbaloi dengan harga yang berpatutan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi nombor telefon dan nombor pejabat yang telah kami sertakan bagi setiap kedai. Anda juga boleh lawati laman web mereka untuk ketahui lebih lanjut mengenai kedai-kedai tersebut serta barangan yang mereka menjual. 

Selain kedai elektrik, sekiranya anda ingin mencari kedai lampu di sekitar Puchong, anda boleh baca artikel yang telah kami sediakan, Top 10 Kedai Lampu Puchong yang Murah & Best. Semoga bermanfaat!

5/5 - (4 votes)
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x