Isi Kandungan
Barang elektrik merupakan barang keperluan untuk setiap rumah. Walaupun terdapat banyak kedai elektrik di Kajang, anda pasti mencari kedai yang menjual barang elektrik yang berkualiti dan sesuai dengan bajet anda. Di sini, kami senaraikan 7 kedai elektrik yang berkualiti dan murah sekitar Kajang untuk anda kunjungi. Semoga bermanfaat!
7 Kedai Elektrik Paling Berkualiti di sekitar Kajang
1. Rozi Electrical & Services, Seksyen 1
Kedai Electrical & Services yang terletak di Seksyen 1 ini dibuka setiap hari dari pukul 8.45 pagi hingga 9.00 malam. Waktu operasinya yang sangat lama, membolehkan semua pelanggan datang pada waktu mereka tidak sibuk, lebih-lebih semasa cuti atau pulang dari kerja.Â
Kedai ini agak kecil, tetapi masih mempunyai banyak barang elektrik dan perkakasan rumah. Barang elektrik yang paling popular dijual ialah kipas, tidak kiralah kipas dinding atau kipas siling.
Kedai ini juga sering mendapat ulasan positif yang mengatakan cara pemasangan dan servis yang sangat berkualiti. Selain itu, semua barang di kedai ini juga dijual dengan harga yang berpatutan. Berbaloi datang ke kedai ini!
Alamat: 21, Jalan Melor 1, Seksyen 1, 43000 Kajang, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.45 am – 9.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan PelangganÂ
2. Hing Seng Electrical Trading, Taman Sri Reko
Hing Seng Electrical Trading terletak di Taman Sri Reko yang dibuka setiap hari dari pukul 8.30 pagi hingga 7.00 malam. Pada hari Ahad, waktu operasi kedai ini adalah berlainan iaitu dari pukul 10 pagi hingga 1 petang.Â
Terdapat banyak peralatan elektrik dan perkakasan seperti kipas, lampu, wayar dan lain-lain. Anda boleh mendapati barang elektrik yang pelbagai dengan harga yang rendah dari kedai ini. Tuan kedai juga sangat mesra dan memberikan servis yang terbaik.
Berdasarkan ulasan Google Review, kedai ini menawarkan pelbagai produk elektrik dengan harga yang berpatutan. Staf di Hing Seng Electrical Trading juga diketahui ramah dan selalu bersedia untuk menawarkan nasihat yang berguna.Â
Dengan layanan yang cemerlang dan produk yang berkualiti, Hing Seng Electrical Trading merupakan destinasi yang sempurna untuk keperluan elektrik anda di Kajang!
Alamat: 68, Taman Sri Reko, 43000 Kajang, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.30 am – 7.00 pm), Ahad (10.00 am – 1.00 pm)
Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8736 8279
3. Pusat Letrik Rick Kee, Bandar Kajang
Pusat Lektrik R ick Kee ini terletak di Bandar Kajang dan dibuka setiap hari mengikut waktu operasi di bawah. Kedai yang besar ini mempunyai pelbagai barang elektrik seperti televisyen, periuk nasi, peti sejuk dan sebagainya.Â
Anda boleh mendapati barang-barang elektrik dari pelbagai jenama dari kedai ini seperti Samsung, Panasonic, Sharp dan lain-lain. Dengan rating 4.5, kedai ini menerima ulasan positif seperti servis pekerja yang sangat membantu dan berpengetahuan dalam barang yang mereka jual.
Alamat: No 8 & 9, Jalan Raja Haroun, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 7.00 pm), Ahad (11.00 am – 4.00 pm)
Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8737 7688
WhatsApp Pusat Lektrik Rick Kee
4. Fix It Hardware & Electrical, Bandar Seri Putra
Kedai elektrik Fix It Hardware & Electrical yang terletak di Bandar Seri Putra, Kajang ini dibuka setiap hari mengikut waktu operasi seperti di bawah. Kedai elektrik ini menjual perkakasan rumah seperti mentol, kipas, soket dan banyak lagi.
Walaupun kedai ini agak kecil, tetapi stok barang di dalamnya sangat banyak untuk anda buat pilihan dan mencari barang yang diperlukan. Bukan itu saja, tuan kedai dan pekerja di kedai ini sangat peramah juga sedia membantu pelanggan untuk mencari barang dan mengajar cara pemasangan barang elektrik.
Alamat: 59-G, Ground Floor, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.30 am – 6.30 pm), Ahad (9.00 am – 2.00 pm)
5. Foong Hing Electrical, Dataran Pekan Lama Kajang
Lokasi kedai elektrik Foong Hing Electrical agak mudah dicari kerana terletak di Dataran Pekan Lama Kajang. Kedai elektrik ini dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga 6.30 petang pada setiap hari kecuali hari Ahad.Â
Kedai ini menjual barangan elektrik seperti kipas, periuk nasi, water heater, soket suis dan sebagainya. Rata-rata pelanggan mengatakan Foong Hing Electrical menjual barang elektrik yang murah namung tetap berkualiti. Walaupun kedainya agak kecil, stok barang elektrik di kedai ini sentiasa banyak.Â
Alamat: 37, Jalan Tukang, Dataran Pekan Lama Kajang, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.30 am – 6.30 pm), Ahad (tutup)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8736 1257
6. Kedai Barangan Elektrik Toong King, Bandar KajangÂ
Kedai Barangan Elektrik Toong King terletak di Jalan Besar, Bandar Kajang dan dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu. Kedai elektrik ini menjual pelbagai barang elektrik seperti peti sejuk, mesin basuh, televisyen dan lain-lain dari banyak jenama terkenal.
Kedai ini menawarkan rangkaian produk elektrik yang luas dengan harga yang sangat berpatutan. Jadi, anda tidak perlu ragu-ragu untuk membeli barang elektrik dari kedai elektrik ini.
Selain itu, Kedai Barangan Elektrik Toong King di Kajang ini juga mendapat pujian daripada pelanggan dalam ulasan Google Review. Pelanggan sering memuji layanan mesra dan bantuan yang diberikan oleh staf yang berpengetahuan.Â
Jika anda mencari kedai elektrik yang menyediakan produk berkualiti tinggi serta perkhidmatan yang cekap di Kajang, Kedai Barangan Elektrik Toong King adalah antara pilihan yang sesuai untuk memenuhi keperluan elektrik anda.
Alamat: No 6, Jalan Besar, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 8.00 pm), Ahad (tutup)
Lokasi | Ulasan Pelanggan |Telefon: 03-8737 5501
7. Unity Power Electrical, Bangi
Kedai elektrik seterusnya ialah Unity Power Electrical yang terletak di Taman Kajang Impian, Bangi, lebih kurang 30 minit daripada Kajang. Kedai elektrik yang agak kecil ini dibuka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 7.30 malam.Â
Unity Power Electrical menjual peralatan elektrik rumah, mentol lampu, jualan runcit perkakasan dan cat. Bukan itu sahaja, kedai ini juga menyediakan khidmat pemasangan elektrik di rumah anda. Pekerja di kedai ini juga sangat membantu dan berpengalaman dalam pemasangan barangan elektrik.Â
Jika anda ingin alternatif kepada kedai-kedai elektrik di Kajang, anda boleh singgah ke kedai elektrik di Bangi ini pula. Sudah pastinya kualiti barangan di sini terjamin!
Alamat: 45G, Jalan Kajang Impian 1/11, Taman Kajang Impian, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 7.30 pm)
Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-222 3909
Sebagai kesimpulan, terdapat banyak kedai elektrik berkualiti dan murah di sekitar Kajang yang boleh memenuhi keperluan anda. Artikel ini telah menyenaraikan beberapa kedai yang terkenal dengan perkhidmatan cemerlang, produk berkualiti tinggi, dan harga berpatutan.
Tujuh senarai kedai elektrik di atas adalah merupakan pilihan yang terbaik untuk anda yang berada di sekitar Kajang atau berdekatan dengannya. Apabila anda memerlukan peralatan elektrik atau perkhidmatan, jangan ragu untuk melawat mana-mana kedai di sekitar Kajang yang disenaraikan dalam artikel ini.Â
Dengan pilihan yang tepat, anda pasti akan menemui pengalaman membeli-belah barangan elektrik yang memuaskan dan berbaloi serta mendapatkan perkhidmatan di kedai elektrik yang mesra pelanggan di Kajang!
Namun, jika anda penduduk di sekitar Shah Alam, anda boleh layari artikel kami Top 10 Kedai Elektrik Shah Alam & Klang yg Best untuk rujukan anda mencari barang elektrik yang terbaik di kawasan itu. Semoga membantu!