10 Kedai Coklat Langkawi Wajib Singgah (Konfem BEST!)

Langkawi ni selain terkenal dengan tempat-tempat menarik dan hotel mewah yang cantik, ianya juga sangat terkenal dengan coklat. Kalau sebut je tentang nak pergi Langkawi, mesti ada je jiran-jiran, sedara-mara, rakan-rakan nak kirim suruh beli coklat langkawi kan?

Di Langkawi, coklat mereka memang murah-murah jika nak dibandingkan dengan tempat lain kerana kedai-kedai coklat duty-free ataupun bebas cukai. Langkawi memang syurga bagi penggemar coklat. Dahlah murah-murah belaka, pilihan yang ada juga banyak. Coklat-coklat yang anda tak pernah nampak pun ada untuk dicuba. Memang rugi kalau tak beli sedikit untuk bawa balik.

Ada di sini kami senaraikan 10 kedai coklat di Langkawi yang boleh anda cuba. Mereka ni antara kedai-kedai coklat Langkawi duty free yang murah dan terbaik. Harga memang murah-murah belaka. Nak borong coklat Langkawi pun boleh.

10 Kedai Coklat Langkawi yang Wajib Singgah


1.  Kedai Coklat Haji Ismail Group (HiG)

coklat hig langkawi

Perniagaan Haji Ismail Group (HiG) merupakan kedai coklat terbesar dan yang paling terkenal di Langkawi. Siapa je yang tak kenal dengan kedai ini kerana mereka merupakan kedai wajib pergi kalau ingin membeli coklat Langkawi. Memang macam-macam jenis coklat ada sini tau. Anda boleh dapatkan coklat Hershey, coklat Mars, coklat Daim, Pepero dan macam-macam lagi. Coklat-coklat yang rare pon boleh didapatkan di sini. Murah harga coklatnya memang susah nak dapat di tempat lain.

Kalau nak datang tu lebih baik datang pada hari bekerja kerana pada hari minggu ataupun ketika hari cuti, kedai ni memang penuh dengan penggemar-penggemar coklat yang bepusu-pusu nak membeli. Dah alang-alang ada sini tu mesti orang nak borong coklat murah. Maklumlah, susah nak dapatkan coklat yang sebegini di luar Langkawi. Mereka juga ada beberapa cawangan di dalam Langkawi. Anda boleh juga dapatkan coklat Langkawi ini di Shopee.

Alamat: Jalan Pandak Mayah, Pusat Bandar Kuah, 07000 Kuah, Kedah

Waktu Operasi: 9.00am – 9.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: +6049672714


2.  Ole Ole Duty Free Chocolate

ole ole coklat langkawi

Di Ole Ole Duty Free Chocolate yang terletak di dalam Cenang Mall turut menjual banyak jenama-jenama terkenal coklat yang biasa didengari. Mereka juga ada menjual jenama-jenama yang tidak berapa famous di Malaysia dan jenama yang memang susah nak dapat kat tempat lain. Kedai coklat Langkawi ini ada juga coklatnya yang lebih murah sedikit berbanding kedai-kedai coklat lain. Anda memang kena pandai bandingkan harga. Nak beli ole-ole bawa balik tu, anda boleh singgah ke sini.

Anda yang sambil-sambil mencari coklat dan nak beli barang keperluan lain di Cenang Mall memang wajib singgah di sini. Mereka juga tidak terlampau sesak ketika hari minggu. Servis layanan yang diberikan oleh pekerja-pekerja kedai ini juga sungguh memuaskan.

Alamat: 16, Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm

Lokasi | Ulasan Bisnes 


3.  Coco Valley Sdn. Bhd

coco valley duty free

Lepas pergi berseronok melihat ikan di Underwater World Langkawi, anda tak perlu pergi jauh-jauh untuk membeli coklat murah ya. Anda boleh sahaja singgah ke Coco Valley ni. Di sini, harga juga lebih kurang sama dengan HiG. Pilihan coklat memang banyak dan nampak sangat menyelerakan. Mereka ada menjual coklat-coklat yang jarang dilihat juga di sini. Akan tetapi, kadang-kala, stok coklat mereka agak terhad terutama sekali jika anda pergi semasa hari cuti.

Selain menjual coklat, mereka juga ada jual banyak barang lain pada harga murah seperti barangan rumah. Sambil-sambil tengok coklat tu bolehlah juga anda tengok barangan rumah yang anda perlukan.

Alamat: 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: +601129104969

Whatsapp Coco Valley Sdn. Bhd.


4.  Eastern Duty Free Shopping Langkawi

eastern duty free

Jika ingin membandingkan harga coklat bebas cukai di Langkawi, Eastern Duty Free Shopping boleh dikatakan lebih murah. Walaupun beza tak banyak, namun kalau beli borong tu memang akan terasa perbezaannya. Dari luar kedai anda akan nampak macam-macam jenis coklat yang sedap-sedap. Pepero ada, Daim ada, Cadbury ada, memang bayaklah coklat di sini.

Mereka juga ada menjual banyak barangan bebas cukai yang lain. Jika anda berminat, boleh sahaja pergi ke kedai ini nanti. Kedai ni memang kadang-kala sesak kerana selalu sahaja bas pelancong singgah ke sini. Jadi, kalau nampak bas pelancong tu, anda kena tahanlah masuk bersesak-sesak dalam tu.

Alamat: 26, Jalan Pandak Mayah 6, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 10.00 am – 10.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: +6049660378


5. Rams Home Decor Sdn. Bhd.

rams home decor

Memang dari nama kedainya tak nampak macam mereka ada jual coklat kan?. Akan tetapi, anda jangan risau, mereka bukan sahaja menjual perkakas rumah malah ada juga menjual coklat. Pilihan coklat yang ada di kedai ini juga agak banyak dan sudah tentu harganya juga murah-murah. Anda memang wajib beli banyak-banyak untuk bawa pulang.

Kedai ini memang ada jual banyak perkakas rumah dan ianya merupakan fokus utama mereka. Ada cadar, langsir, alas meja dan banyak lagi. Selain itu, mereka turut ada menjual banyak minyak wangi yang memang murah dan berbaloi untuk dibeli. Sambil-sambil beli coklat tu anda mesti rambang mata melihat barang-barang yang ada sini.

Alamat: No. 43, Persiaran Dayang 2, Dayang Business Center, Pekan Rabu, 07000, Kedah

Waktu Operasi: Isnin – Khamis: 9.30am–9.30pm, Jumaat – Ahad 9.30am – 10.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: +60125056255

Whatsapp Rams Home Decor Sdn. Bhd


6. Billion Duty Free Supermarket (Langkawi)

billion duty free langkawi

Billion memang ada di banyak tempat dan agak terkenal juga di Malaysia. Jadi, tak hairanlah kalau mereka ada cawangan bebas cukai di Langkawi. Di sini, anda boleh dapatkan coklat-coklat yang murah dan sedap-sedap. Harga lebih kurang sama je macam tempat lain. Anda cuma kena pandai bandingkan je. Tapi, kalau nak beli barang runcit sambil-sambil beli coklat, memang ke Billion lah jawabnya.

Mereka ni kan supermarket, jadi, memang banyak perkakas rumah, barang runcit dan makanan ada di sini. Anda boleh membeli-belah barangan mereka yang agak murah ni. Kalau nak beli baju-baju serta cenderamata pun boleh juga.

Alamat: Kuah, Persiaran Putera, 07000 Langkawi, Kedah (Langkawi Fair Shopping Mall)

Waktu Operasi: 10.30am – 10.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: +6049663535


7. Teow Soon Huat Duty Free Sdn. Bhd.

teow soon huat duty free sdn. bhd.

Teow Soon Huat Duty Free ini terletak di Langkawi Parade yang merupakan pusat membeli-belah. Untuk anda yang berkunjung ke sana, anda boleh masuk ke tempat ini untuk mencari coklat yang sedap-sedap dan murah-murah. Anda boleh ke supermarket mereka untuk mencari coklat-coklat yang anda inginkan. Kalau nak beli barangan runcit pun, anda boleh cari di sini. Memang banyak pilihan yang ada.

Disebabkan mereka ni shopping mall, jadi, anda boleh dapatkan banyak barang-barang lain juga. Anda boleh dapatkan cenderamata, baju-baju dan banyak lagi untuk dibawa pulang. Nak beli keychain untuk bagi orang pun ada juga.

Alamat: a-14, pokok asam, 07000 Langkawi, Kedah (Langkawi Parade)

Waktu Operasi: 10.00am – 9.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: +6049665018


8. Thien Sheng Duty Free Chocolate Shop

thien Sheng Duty Free Chocolate Shopthien Sheng Duty Free Chocolate Shop

Tengok dari nama pun dah tahu yang Kedai Coklat Thien Sheng Duty Free ni ada menjual banyak coklat. Memang masuk je kedai ini anda akan terpesona dengan coklat-coklat yang ada. Pasti susah untuk anda membuat pilihan. Anda ambil je masa untuk tengok-tengok, pilih-pilih coklat yang ada di sini. Antara yang ada ialah Godiva, Hershey, Cadbury dan M&M.

Mereka juga merupakan salah satu pemborong coklat Langkawi. Untuk anda yang ingin memborong coklat-coklat Langkawi, anda boleh borong di sini. Harga borong mereka memang murah jika dibandingkan dengan kedai lain.

Alamat: Jalan Pantai Kok, Kampung Batu Ara, 07100 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: 11.00am – 10.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 0124912819

Whatsapp Thien Sheng Duty Free Chocolate Shop


9. TS Duty Free Shop

ts duty free shop

Anda yang masuk ke TS Duty Free Shop ni memang akan nampak coklat dulu. Sudah pastinya macam-macam coklat ada disini yang kecil, yang besar, yang petak, yang bujur. Memang boleh dikatakan semua ada lah di sini. Kedai ni terletak di tepi jalan je. Signboard pun besar. Anda pasti takkan terlepas kedai ni. Tempatnya takdalah besar sangat macam HiG tu, tapi coklat di sini tetap banyak.

Servis yang mereka berikan memang mantap tau. Pekerja-pekerja di sini juga peramah dan baik. Harga barangan kedai ini memang murah juga. Mereka ada jual barangan rumah dan beberapa barangan lain selain coklat. Jadi, bolehlah cari benda lain juga.

Alamat: No. JP7 & JP8, Persiaran Pelangi, Kelibang, 07000 Kuah, Kedah

Waktu Operasi: 10.30am – 10.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: +60123099404

Whatsapp TS Duty Free Shop


10. Jetty Point Duty Free Sdn. Bhd.

jetty point duty free

Kalau anda mencari coklat Langkawi berdekatan dengan jeti Langkawi, anda pergi sahaja ke Jetty Point Duty Free ni. Di sini memang ada banyak kedai yang menjual barang-barang bebas cukai. Sudah tentulah coklat pun ada ya. Coklat di sini murah tu memang murah tapi takdalah murah sangat. Akan tetapi, memang macam-macam coklat anda boleh jumpa di sini. Yang anda tak pernah nampak, yang anda pernah nampak, semua ada di sini.

Selain itu, anda juga boleh membeli belah barang-barang lain. Di dalam ini terdapat kedai lain juga seperti Guardian, Yubiso dan kedai barang cenderamata. Anda boleh beli cenderamata dan beri kepada kawan-kawan atau keluarga yang kempunan tak dapat pergi tu.

Alamat: Kuah, 07000 Langkawi, Kedah (Jetty Point complex)

Waktu Operasi: 8.00am – 6.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: +6049667560


Memang banyak pilihan kedai coklat bebas cukai yang murah-murah di Langkawi ni. Tidak hairanlah kenapa Langkawi menjadi lubuk penggemar coklat memborong coklat. Anda kalau dah ada kat sini, memang wajib bawa balik sekurang-kurangnya satu plastik bag coklat. Dahlah susah nak datang, jadi alang-alang tu belilah banyak-banyak kan? Nanti boleh bagi-bagi kepada rakan-rakan atau saudara-mara.

 

4.5/5 - (11 votes)

Anda Mungkin Berminat

15 Tempat Makan BEST di Langkawi yang WAJIB TRY

Percutian ke tempat menarik di Pulau Langkawi dan menginap di rumah tradisional tidak akan lengkap tanpa mengisi perut dengan makanan-makanan yang sedap. Jom kita...

Jeti Kuala Kedah – Jom Pergi ke Langkawi!

Bercuti di Pulau Langkawi memang seronok. Anda dapat melakukan banyak aktiviti-aktiviti yang menarik di sana. Boleh naik kereta kabel, boleh beli coklat murah-murah, dan...

50+ Tempat Menarik di Langkawi Paling Menarik – Panduan Bercuti di Pulau Langkawi

Destinasi percutian di Malaysia yang tidak asing lagi, iaitu Pulau Langkawi menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pelancong lakukan. Jika seumur hidup tidak pernah bercuti...

Jeti Kuala Perlis – Ayuh ke Langkawi!

Malaysia ni memang tak lekang dengan tempat berjalan-jalan yang cantik-cantik untuk dikunjungi terutamanya Pulau Langkawi. Pulau ini merupakan antara destinasi di Malaysia yang sering...

10+ Kereta Sewa Di Langkawi Yang TERBAIK & Murah

Langkawi merupakan sebuah tempat pelancongan yang sering menjadi pilihan pelancong dari dalam mahupun luar negara. Permata Kedah ini mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang wajib...

Harga Tiket Cable Car Langkawi bagi Pemegang MyKad

Bagi anda yang bercuti ke Pulau Langkawi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba menaiki SkyCab atau lebih sinonim dipanggil cable car yang dianggap yang terbaik di Malaysia...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x