6 Kedai Cat Kereta di Shah Alam dengan Servis Terbaik

Anda bosan dengan warna kereta anda? Inginkan kelainan agar tampak lebih bergaya dan menarik? Tunggu apa lagi, anda boleh menukarkan warna kereta mengikut keinginan dan warna kegemaran anda supaya kereta kelihatan baharu dan elegan. Jom kita lihat 6 kedai cat kereta di Shah Alam dengan servis terbaik. Semoga membantu!

6 Kedai Cat Kereta di Shah Alam


1. Hap Seng Star Body & Paint Centre, Seksyen 23

Hap Seng Star Body & Paint Centre, Seksyen 23

Hap Seng Star Body & Paint Centre merupakan pusat body and paint kereta di Seksyen 23, Shah Alam. Ia juga merupakan pengedar sah untuk kenderaan mewah Mercedes-Benz di Malaysia sejak tahun 1969.

Selain menjadi pengedar kenderaan berjenama mewah, Hap Seng Star juga memiliki bangunan khas hanya untuk membaik pulih body kenderaan dan juga mengecat kenderaan.

Ramai pelanggan berpuas hati dengan mutu kerja yang dilakukan di sini, juga dikatakan mereka mempunyai pekerja yang mahir dalam menyiapkan hasil kerja yang diberikan. Mereka juga pakar dalam urusan membaik pulih kenderaan yang ditimpa kemalangan.

Bukan itu sahaja, pekerja di Hap Seng Star Body & Paint Centre juga mesra pelanggan dan sentiasa membantu pelanggan dalam memberikan pendapat dan cadangan yang baik.

Sekiranya anda ingin menukar warna kereta anda,  kedai ini sangat disyorkan kerana ianya mendapat banyak ulasan yang positif dari pelanggan-pelanggan di Google. 

Alamat: Block 13, Hap Seng Industrial Park, No.12, Persiaran Perusahaan, Seksyen 23, 40300 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 pagi – 5.30 petang), Sabtu (8.30pagi – 12.30 tengahari), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5543 1369


2. SPK Autocoat Workshop, Kampung Subang Baru

SPK Autocoat Workshop, Kampung Subang Baru

SPK Autocoat Workshop merupakan kedai ataupun bengkel kereta yang terletak di Kampung Melayu Subang, Shah Alam. Bengkel ini menawarkan perkhidmatan mengetuk, mengecat, kimpalan dan baik pulih badan kenderaan. Ramai pelanggan yang telah memilih bengkel ini untuk mengecat dan membaiki  kenderaan mereka.

Pelanggan juga mengatakan pemilik serta pekerja bengkel ini memberikan servis yang terbaik dan menepati masa yang dijanjikan. Nak tahu lebih lanjut? Hanya kunjungi akaun media sosial bengkel ini di facebook dan instagram untuk melihat hasil kerja yang mereka lakukan. 

Ramai pelanggan telah mendapatkan servis di bengkel ini. Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan layanan dan servis yang diberikan. Kedai ini dibuka pada setiap hari kecuali Ahad.

Alamat: Lot 3518, Kampung Subang Baru, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 pagi – 7.00 petang), Sabtu (9.30 pagi – 6.00 petang), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon : 013-322 2198

WhatsApp SPK Autocoat Workshop 


3. Lai BodyPaint Auto Care, Glenmarie

Lai BodyPaint Auto Care, Glenmarie

Kedai Lai BodyPaint Auto Care terletak di Jalan Penulis U1/42 Temasya Industrial Park, Shah Alam ini merupakan pakar dalam kerja-kerja mengecat kenderaan, mengetuk, polish, wax serta menjual bodykit. Banyak kereta-kereta yang berjenama mendapatkan servis di kedai ini.

Pekerja di kedai ini dikatakan mesra pelanggan dan berjaya memuaskan hati pelanggan mereka. Kesemua pelanggan memberikan ulasan yang positif dengan harga yang ditawarkan juga servis yang dilakukan. Hasil polish yang dilakukan kelihatan cantik seperti kereta baharu. Wah, menarik kan! 

Pemilik kedai ini sentiasa mengemaskini hasil kerja mereka di laman sosial facebook dan instagram. Jadi kepada anda yang berada di sekitar Glenmarie, Shah Alam, anda boleh mendapatkan servis mengecat, polish dan wax kereta anda!

Alamat: No.67 Jalan Penulis U1/42 Temasya Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10.00 pagi – 5.30 petang), Sabtu 10.00 pagi – 5.00 petang), Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-386 3755 

WhatsApp Lai BodyPaint Auto Care


4. Bengkel Kereta Foo Chew, Klang

Bengkel Kereta Foo Chew, Klang

Lokasi seterusnya pula di Jalan Meru, Klang, Selangor. Bengkel kereta Foo Chew ini merupakan bengkel cat kereta yang juga mempunyai banyak ulasan positif dari pelanggan. Dikatakan harganya juga berpatutan. Bukan sahaja cat kereta, kedai ini turut menawarkan perkhidmatan seperti ketuk, repair body dent car dan sebagainya. 

Kedai ini mula beroperasi jam 8.00 pagi pada hari Isnin sehingga Sabtu dan tutup pada hari Ahad. Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan hasil yang dilakukan pantas, teliti dan harga ditawarkan juga berpatutan. Jadi, kepada penduduk di sekitar Klang, anda boleh memilih bengkel ini untuk mendapatkan perkhidmatan cat, baiki dan sebagainya. 

Alamat: 1595, Jalan Teruntum 12, Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Khamis (8.00 pagi – 6.30 petang), Jumaat & Sabtu (8.00 pagi – 7.00 petang), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-236 9771 

WhatsApp Bengkel Kereta Foo Chew


5. Bro Autopaint Garage, Seksyen U6

Kedai Cat Kereta Bro Autopaint Garage, Seksyen U6, Shah Alam

Kedai cat kereta Bro Autopaint Garage ini terletak di Kampung Melayu Subang, Seksyen U6, Shah Alam. Bukan sahaja boleh menukarkan warna kereta, malah kedai di Shah Alam ini juga menawarkan perkhidmatan seperti ketuk dan cat, car detailing, bodykit dan aksesori, flushing aircond, clear dan smoke coating dan juga water transfer. 

Kedai ini mendapat banyak ulasan yang positif dari pelanggan dan juga dikatakan pemiliknya mesra pelanggan. Hasil kerja yang dilakukan juga terbaik dan kemas, jadi kedai ini disyorkan oleh banyak pelanggan yang telah mendapatkan perkhidmatan cat dan smoke coating kereta mereka. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. 

Alamat: Lot 4027, Jalan 1D Kampung Baru Subang, Seksyen U6, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 pagi – 6.00 petang), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-525 6876 

WhatsApp Bro Autopaint Garage


6. Jebat Painting Body Spray Works, Kampung Jalan Kebun

Kedai Cat Kereta Jebat Painting Body Spray Works, Kampung Jalan Kebun, Shah Alam

Bengkel cat kereta Jebat Painting Body Spray Works dibuka pada hari Isnin sehingga Sabtu bermula pada jam 9.00 pagi. Lokasi bengkel ini terletak di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam. Bengkel ini menawarkan perkhidmatan cat kereta, spray engine bay dan touch up.

Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan hasil cat pada kereta mereka. Pekerja di bengkel ini juga peramah dan sentiasa membantu pelanggan dalam memberikan pandangan dan cadangan yang baik. Untuk polish dan wax kereta yang bersaiz kompek hanya RM150 manakala kereta bersaiz sedan RM200 dan kenderaan mpv hanya RM250. Harga murah dan berpatutan kan! Jadi, tunggu apa lagi, jom cantikkan kereta!

Alamat: Kampung Jalan Kebun, 40460 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin (9.00 pagi – 6.30 petang), Selasa – Sabtu (9.00 pagi – 7.00 petang), Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-784 4872

WhatsApp Jebat Painting Body Spray Works


Di sini, kami telah menyenaraikan 6 kedai cat kereta di Shah Alam dengan servis terbaik. Kami berharap agar artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memilih kedai/bengkel kereta yang berdekatan dengan lokasi anda di Shah Alam. 

Jangan lupa untuk membuat penilaian dan tinjauan terlebih dahulu agar anda dapat menjimatkan kos perkhidmatan yang ditawarkan. Jika anda juga sedang mencari pusat servis motosikal di sekitar Kuala Lumpur anda boleh melayari artikel kami dimana kami telah menyenaraikan 10 Kedai Motor di Kuala Lumpur dengan Servis yang Terbaik.

 

4.8/5 - (11 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Kedai Cermin Kereta dengan Servis Tiptop di Batu Caves!

Cermin kereta yang bersih dari sebarang kekotoran dan retakan amat penting untuk memastikan pemanduan berjalan dengan lancar dan selamat. Tapi, kemalangan kecil seperti batu-batu...

6 Kedai Tayar di Rawang Dengan Servis Tiptop!

Anda perlu lakukan alignment dan balancing untuk tayar kereta? Tapi terlalu banyak kedai tayar di Rawang sehinggakan anda tidak tahu nak pilih yang mana...

10 Kedai Tayar Subang Jaya Terbaik

Di Subang Jaya, terdapat beberapa kedai tayar yang menawarkan harga yang baik dan perkhidmatan yang memuaskan. Semua kedai tayar Subang Jaya ini sangat disyorkan...

9 Kedai Motor dengan Servis Terbaik di Shah Alam

Kesesakan jalan raya merupakan perkara yang tidak asing lagi bagi penduduk Shah Alam. Maka, ramai yang memilih untuk menaiki motosikal demi memudahkan perjalanan. Oleh...

8 Kedai Aircond Kereta di Shah Alam yang Murah Tapi Superb!

Kita sering memandang ringan terhadap keadaan aircond kereta kita. Tanpa kita sedar, ianya membuatkan prestasinya menurun dan kemungkinan akan rosak. Warga Shah Alam pastinya...

10 Kedai Tayar Port Klang Paling BEST

Jika anda tinggal di kawasan Port Klang dan belum menemui kedai tayar Port Klang terbaik, anda boleh dapatkan senarai kedai tayar terbaik dengan mengikuti...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x