Kedai buat banner murah

Banyak kali juga mencari kedai buat banner murah kat KL dan Selangor akhirnya jumpa juga. Sebagai pengusaha kereta sewa ni bukan setakat marketing online yang perlu dibuat, secara offline pun perlu.

Dan kos untuk kedua-dua jenis memang lain bergantung kepada bajet bulanan. Kalau offline ni, kos utama yang diperlukan ialah buat banner iklan untuk diletak kat kereta. Kalau banner yang macam dalam gambar atas 4×6 ni harga dia cuma RM12 sekeping. Memang bagi saya kalau compared dengan sesetengah kedai buat banner lain memang kedai ni jauh lagi murah. Nak tahu nombor telefon kedai buat banner ni sila tengok di akhir perenggan artikel ini ye.

kedai buat banner murah

Saya ada order banner-banner ni dalam pelbagai jenis saiz, 2×2, 3×2 dan yang paling besar 8×10. Yang 8×10 order satu je nak try tengok besar mana. Memang besor !! RM24 sahaja sekeping. Banyak jugak kos habis bulan ni untuk offline marketing. Tambah pulak dengan satu kereta myvi yang baru langgar tiang tu.

Habiskan bajet bulanan untuk banner

Nampak gaya bulan ni fokus kepada offline marketing je lah. Nak melabur untuk online marketing rasa macam over budget pulak untuk bulan ni !

kedai banner murah selangor

Ni antara variasi-variasi banner-banner yang telah diorder dan ternyata yang banner paling kiri jugak paling menyerlah untuk waktu siang dan malam. saje buat banyak-banyak nak test. Bukan mahal pun, RM 3 jer sekeping.

Cara buat banner yang betul

Saya cuma design sendiri banner-banner ni dengan menggunakan gimp jer. Tak yah photoshop sebab berat dan leceh. Buat simple-simple jer banner-banner sebab kata orang Keep It Simple Stupid Sayang.

Penting untuk peniaga-peniaga bukan sahaja offline malah online juga untuk membuat perbandingan melihat sendiri banner mana yang lebih jelas dan convert lebih power.

Kalau offline ni susah sket lah nak track banner mana yang CTR lebih tinggi.

Sebenarnya senang je nak test design banner yang paling memberi conversion paling tinggi, caranya setiap banner yang berlainan corak letak no telefon yang berlainan. Nanti kiralah nombor telefon mana yang lebih banyak orang kol. Kitaorang tak buat lah kot macam tu sebab bisnes pun kecik-kecik jer.

Banner iklan yang fail

kedai banner kl murah

Ni contoh satu banner kereta sewa yang paling fail !! Dah lah kereta merah, font pulak merah, dah lah font tu fancy-fancy ada bintik-bintik. Bajet lawalah sangat, pui kalau buat adwords atau fbads konfem CTR hancur. Ni pun belajar daripada sifu-sifu saya.

Apa-apa pun kita orang bedal je pakai sebab alang-alang dah buat kan. Membazir pulak nak buang banner-banner ni.

Kedai banner yang murah tu?

Duk syok cakap pasal banner-banner tu lupa pulak nak cakap kedai tu kat mana. Kat Cheras je. Kalau betul nak tahu sila email atau komen nanti saya balas. Tak nak ramai-ramai tahu kedai banner ni nanti lambat pulak siap banner-banner saya yang akan ditempah setiap bulan. Dia buat kerja pun seorang dua jer.

Kemaskini April 7 – Ramai sangat yang tanya pasal lokasi kedai banner murah ni, :) Sila lihat gambar dibawah. Good luck

buat banner murah

/s Kalau korang ada tahu kedai banner yang lagi cun harganya sila komen yer.

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

61 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

61 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Hj man
Hj man
5 years ago

Blh bg no tel owner/kedai

Fathin razak
Fathin razak
5 years ago

Boleh bagi location detail ? Tqsm

Jeff
6 years ago

Saya nak tlong ws 0189193096

achai
achai
6 years ago

nak banner murah boleh call 0198095150

kamarul
kamarul
6 years ago

tlg bg detail price

Auda
Auda
7 years ago

Nak tAudaahu no tel kedai tu. Terima Kasih

Abuzar
Abuzar
7 years ago

Sy berminat nk buat bunting yg RM3 sekeping tu. Pls contact 01123045621

Hubungi Kami

61
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x