Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Basikal Kuala Terengganu & Kemaman yg Best

Kenapa generasi muda suka aktiviti berbasikal? Kami ada jawapannya untuk anda. Hal ini kerana berbasikal sangat mengagumkan bagi mereka yang mencari bentuk latihan kardio atau aerobik selain berlari. Tambahan pula, anda akan membakar banyak kalori hanya dengan mengayuh basikal. Ia juga lebih mudah pada sendi anda daripada berjalan. Selain itu, basikal juga memberi anda akses ke laluan dan kawasan yang tidak dapat dilalui oleh kereta. Sekiranya anda menyukai pemandangan yang indah dan menakjubkan, anda pasti suka aktiviti berbasikal. Ringkasnya, hampir semua orang boleh melakukannya. Anda tidak perlu menjadi atlet yang hebat hanya untuk menunggang basikal. Anda boleh meluangkan masa dan melakukan semuanya mengikut kadar anda sendiri, bahkan masa serta tempat juga anda yang tentukan.

Adakah anda dapat sesuatu? Mula tertarik untuk mencuba aktiviti berbasikal? Jika ya, senarai kedai basikal Kuala Terengganu & Kemaman yang best dan murah ini antara pilihan yang terbaik buat anda. Kedai basikal Kuala Terengganu & Kemaman juga patut dikunjungi oleh anda. Kedai basikal tersebut juga mendapat ulasan yang bagus, dipercayai orang ramai, harga yang berpatutan, dan basikal yang dijual juga dijamin berkualiti.

 

Kedai Basikal Kuala Terengganu


1. Kayoh Bike Store, Jalan Gong Badak

kedai basikal terbaik

Staff jualan yang peramah dan mereka akan memberi panduan kepada anda dalam memilih basikal yang terbaik mengikut apa yang anda inginkan. Kedai basikal yang bagus dan antara yang terbaik di Kuala Terengganu. Kayoh Bike Store juga menawarkan model dan aksesori terkini untuk penunggang basikal. Menurut halaman Facebook, seorang pelanggan setia mereka telah memborong sehingga 9 buah basikal dari kedai basikal ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kedai ini antara kedai yang terbaik di Kuala Terengganu. Antara jenama basikal yang dijual di sini ialah Raleigh Race, Trinx, Trs Skyline Mtb, Folding Xlite, Scott, Cannondale, dan sebagainya. Selain itu, kedai basikal Kuala Terengganu ini juga menjual bahagian, aksesori, dan topi keledar yang dibenarkan. Penjual alat ganti untuk keperluan pakaian antarabangsa seperti Shimano, Topeak, Schwalbe, Fizik, Komponen, komponen Wolf Tooth, FSA, Cateye, Maxxis, Vision, dan banyak lagi. Kedai basikal Kuala Terengganu ini sememangnya wajib dikunjungi peminat basikal. 

Alamat: 16322-C, Tingkat bawah, Jalan Gong Badak, Kg. Wakaf Tembesu, 21300, Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Jumaat (tutup), sabtu – khamis: 10.00am – 6.30pm

Lokasi | Laman web | Shopee | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 09-6661480

Whatsapp Kayoh Bike Store

 

2. Kedai Basikal Mohamad Bin Omar, Kampung Tok Ku

Kedai Basikal Mohamad Bin Oma

Kedai Basikal Mohamad Bin Omar menawarkan basikal biasa, basikal lipat, basikal jalan raya, dan basikal gunung. Kedai basikal ini juga dikenali sebagai kedai Pok Usop oleh masyarakat setempat. Kedai basikal Kuala Terengganu ini terletak di depan Masjid Tok Ku Cabang Tiga Kuala Terengganu. Antara basikal yang ada di kedai ini ialah Hello Kids, Htg, Cyber, Fixie, Velcro, Topaz, dan lain-lain. Kedai basikal yang sesuai untuk kanak-kanak, golongan remaja, dan dewasa. Pelanggan mereka juga berpuas hati dengan perkhidmatan kedai ini.

Alamat: Jalan Tok Ku, Kampung Tok Ku, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Jumaat (tutup), sabtu – khamis: 9.00am – 5.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-10278338

Whatsapp Kedai Basikal Mohamad Bin Omar

 

3. DEE World Trade Centre Bicycle Shop, Jalan Gong Badak

gudang basikal & tikar getah

Gudang ini berhadapan dengan KHP Roofing Terengganu Sdn. Bhd. Pelbagai pilihan basikal sesuai untuk kanak-kanak, remaja, dan dewasa. Selain menjual basikal dan aksesori basikal, mereka juga menjual alas meja dan tikar getah Maslino dengan 27 meter segulung. Tikar getah tersebut sangat tahan lasak dan berkualiti tinggi. Gudang basikal dan tikar getah ini sangat luas dan mampu membuatkan anda rambang mata dalam memilih. Sekiranya anda berminat untuk melihat koleksi mereka, anda boleh berkunjung ke gudang ini.

Alamat: Pt 38184, Jalan Gong Badak, Kawasan Perindustrian Gong Badak, 21300, Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Jumaat (tutup), sabtu – khamis: 10.00am – 5.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 09-6601147

Whatsapp DEE World Trade Centre Bicycle Shop

 

4. Chop Keng Huat Bicycle Shop, Kampung Tok Ku

basikal harga berpatutan

Chop Keng Huat Bicycle Shop menjual basikal dengan harga yang berpatutan. Kedai basikal ini terletak di persimpangan lampu isyarat Simpan Tok Ku. Selain itu, pemilik kedai ini telah menjalankan perniagaan ini lebih daripada 40 tahun. Perkhidmatan membaiki basikal juga disediakan oleh kedai basikal ini. Malahan, harga basikal juga boleh dirunding.

Alamat: Kampung Tok Ku, 20050, Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Jumaat (tutup), sabtu – khamis: 9.30am – 6.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-9423835

Whatsapp Chop Keng Huat Bicycle Shop

 

5. Batu Enam Maju Jaya Trading, Jalan Kelantan

kedai basikal di batu 6

Batu Enam Maju Jaya Trading terletak berdekatan Klinik Aishah dan Akma. Anda tidak perlu risau mengenai parking kerana di hadapan kedai ini ada parking yang luas dan tidak berbayar. Kedai basikal ini menjual basikal untuk kanak-kanak dan remaja. Permainan kanak-kanak juga dijual di sini dengan harga yang berpatutan. Mereka yang tinggal sekitar batu enam amat mengenali kedai ini.

Alamat: 30, Rumah Kedai SEDC, Batu 8, Jalan Kelantan, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Jumaat (tutup), sabtu – khamis: 10.00am – 6.00pm

Lokasi | Ulasan Bisnes | Phone: 017-9337994

 

Kedai Basikal Kemaman


6. Route 50, Jalan Abdul Rahman

Kedai basikal Kemaman

Kedai basikal Kemaman ini terletak di belakang Pasaraya Cola. Selain menjual basikal, perkhidmatan bike spa, pemasangan basikal, dan penyusunan roda mengikut basikal antara perkhidmatan lain yang diberikan untuk pelanggan. Aksesori dan kelengkapan basikal termasuklah kasut Smarco Mtb, tiub basikal, bearing, Morph Ospw, pelatih roller basikal, Wend wax, botol air, sarung tangan, jersi berbasikal, dan produk lain turut dijual oleh kedai basikal Kemaman ini.

Alamat: K-746, Jalan Abdul Rahman, 24000 Kemaman, Terengganu

Waktu Operasi: Jumaat (tutup), sabtu – khamis: 10.30am – 7.30pm

Lokasi | Shopee | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-9442266

Whatsapp Route 50

 

7. Jass Cycles Trading Sdn Bhd, Jalan Penghiburan

kedai basikal Jass Cycles

Anda juga mampu mendapatkan basikal baru MTB Speedgear 27.5 Frame Alloy 24speed dengan harga serendah RM799. Basikal lipat Masstar yang dilengkapi tempat duduk di belakang juga ada dengan harga serendah RM599. Kini, anda tak perlu risau, anda boleh mengayuh basikal bersama anak-anak di taman dan pada masa yang sama menyihatkan badan. Bagi anda yang mencari basikal bajet bawah RM 2500 ke bawah, kedai ini antara pilihan tepat buat anda. Antara basikal lain yang ada di sini ialah Crossmac, Raleigh Vico, Argus, Capriolo Sparrow, dan lain-lain. Adakah anda berada di luar Terengganu, tetapi berminat dengan basikal yang dijual? Jika jawapannya ya, jangan risau kerana kedai basikal ini turut menawarkan perkhidmatan penghantaran menggunakan j&t dan anda hanya perlu whatsapp mereka.

Alamat: 11-22-A, Jalan Penghiburan, Depan Masjid Sultan Ahmad, 24000 Kemaman, Terengganu

Waktu Operasi: Sabtu – khamis: 8.00am – 7.00pm, jumaat: 3.00am – 6.00pm

Lokasi | Instagram | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-4448665

Whatsapp Jass Cycles Trading Sdn Bhd

 

8. Cyclestream Bike Centre, Kerteh

kedai basikal di bandar baru Kerteh

Cyclestream Bike Centre terletak di bandar baru Kerteh sebelah klinik Zakaria. Menurut ulasan dari pelanggan, kedai ini tidak mengenakan sebarang bayaran untuk perkhidmatan memeriksa tayar basikal jalan raya miliknya. Pelbagai jenis basikal yang dijual oleh kedai basikal ini, antaranya ialah Black Snow Pangaea, MTB, Argon, Marin Nicasio, dan lain-lain. Selain dari basikal, mereka menjual aksesori basikal dan termasuklah juga Gps jenama Garmin. Anda yang berada sekitar Kerteh, Paka, Kemaman, dan Dungun boleh datang ke kedai basikal ini.

Alamat: 764-1A, Kampung Baru, 24300 Kerteh, Terengganu

Waktu Operasi: Jumaat (tutup), sabtu – khamis: 10.00am – 6.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 014-5226863

Whatsapp Cyclestream Bike Centre

 

Kedai basikal Dungun


9. IBK Bike Centre, Jalan Baru Pak Sabah

IBK Bike Centre

IBK Bike Centre merupakan pusat sehenti basikal terbaik untuk penunggang basikal di Dungun. Antara jenama basikal yang dijual oleh kedai basikal Dungun ini ialah Frame Benotto Full Carbon, Pardus Mtb, Geometric CR – LITE, Trs Wave, dan lain-lain lagi. Antara peralatan basikal yang dijual ialah Airbone Aluminum Super light Pump, Rhc whellset, Gps mini, Kcnc Cage Pulley, dan sebagainya.

Alamat: Jalan Baru Pak Sabah, 23000, Kuala Dungun, Terengganu

Waktu Operasi: Jumaat (tutup), sabtu – khamis: 10.30am – 6.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone:010-4006223

Whatsapp IBK Bike Centre

 

10. MD Sport Centre, Kampung Pak Sabah

kedai basikal Dungun

MD Sport Centre juga antara kedai basikal di Dungun yang mendapat ulasan yang baik dari para pelanggan. Kedai basikal ini berdekatan dengan Dungun Pet Shop. Kedai basikal Dungun ini menjual pelbagai jenis basikal untuk semua peringkat umur. Adakah anda tinggal di Dungun dan ingin tahu basikal apa yang dijual? Jika ya, anda boleh datang ke kedai ini atau menghubungi nombor yang tertera.

Alamat: No 225A, Jalan Baru, Kampung Pak Sabah, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Waktu Operasi: Jumaat (tutup), sabtu – khamis: 9.00am – 4.00pm

Lokasi | Ulasan Bisnes | Phone: 013-9590046

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x