Isi Kandungan
Terdapat salah tanggapan umum bahawa jika anda tidak belajar menunggang basikal semasa kecil, anda telah terlepas peluang anda. Namun begitu, tanggapan anda semestinya salah kerana walaupun anda kini telah dewasa anda juga boleh belajar menunggang basikal dan sifat yang diperlukan dari dalam diri anda ialah sikap keberanian. Anda sememangnya perlu menjadi seorang yang berani dan tidak takut untuk terjatuh ketika menunggang. Malahan, belajar menunggang basikal sebagai orang dewasa tidak lebih sukar daripada belajar sebagai seorang kanak-kanak selagi anda mengambil pendekatan langkah demi langkah yang sama untuk proses itu dan menolak rasa takut. Apa yang anda perlukan hanyalah basikal dan tempat yang selamat dan terbuka luas untuk berlatih, seperti tempat letak kereta kosong atau taman. Dan jika anda mempunyai akses kepada basikal dan ingin keluar untuk menunggang jarak fizikal di sekitar kawasan kejiranan anda, sekarang adalah masa yang tepat untuk keluar semula untuk perjalanan yang mudah. Kedai basikal Butterwoth dan Bukit Mertajam yang best dengan harga mampu milik untuk anda. Rating kedai basikal Butterwoth dan Bukit Mertajam yang sangat bagus dan mampu memenuhi impian anda. Kedai basikal Butterwoth dan Bukit Mertajam yang best ini pilihan terbaik anda.
Hal yang paling pertama, pastikan anda boleh berdiri di atas basikal anda tanpa tiub atas menekan anda. Jika anda tidak boleh, anda perlu memilih saiz basikal yang lebih kecil. Seterusnya, anda sepatutnya boleh mencapai hendal dan brek dengan selesa. Untuk melekapkan basikal, condongkannya ke arah anda semasa menekan brek supaya ia tidak bergolek atau bergoyang. Gunakan brek sekali lagi apabila anda turun dari basikal. Biasakan diri anda dengan brek dan pastikan anda memberikan tekanan sama rata pada kedua-dua brek. Di samping itu, lihat ke arah mana anda mahu pergi, bukannya fokus pada halangan untuk dielakkan. Jauhkan mata anda dan sentiasa melihat ke hadapan dan bukannya ke bawah. Perkara ini akan membantu anda mengekalkan keseimbangan dan mengikut garis penglihatan anda.Â
Sebaik sahaja anda dapat mengekalkan keseimbangan semasa meluncur dan telah menguasai brek serta memastikan penglihatan anda stabil, anda sudah bersedia untuk mengayuh. Mulakan dengan satu kaki di atas tanah dan kaki bertentangan pada pedal dalam kedudukan pukul dua untuk memberi anda sedikit momentum apabila anda menolak. Kemudian tolak pedal ke bawah dan tambahkan kaki anda yang lain semasa anda bergerak ke hadapan. Anda akan perasan lebih cepat anda mengayuh, lebih mudah untuk mengekalkan keseimbangan anda. Berlatih mengayuh bulatan di sekitar taman atau tempat letak kereta. Sebaik sahaja anda membina keyakinan, turun dari basikal dan gerakkan tempat duduk anda supaya kaki anda mencapai pedal dengan hanya membengkokkan sedikit. Berlatih menavigasi kon atau halangan sehingga anda memahaminya. Tahniah, anda berjaya menunggang basikal dengan jayanya. Semoga panduan di atas dapat membantu anda. Apa lagi, jom tinjau kedai basikal Butterwoth dan Bukit Mertajam yang best serta murah ini. Anda lebih menginginkan kedai basikal lain di Penang, anda boleh intai kedai basikal yang tertera dalam artikel ini.
Kedai Basikal Butterworth
1. YTH Bicycle Butterworth Shop (bbs), Kampung Bagan Jermal
Perkhidmatan yang hebat dari pemilik Kedai basikal Butterworth ini dan kakitangan yang mesra. Basikal berprestasi tinggi dengan harga yang berpatutan. Kedai basikal yang disyorkan untuk anda yang tinggal di Butterworth. Ciri-ciri basikal apa yang anda mahu ada di sini sama ada untuk isteri, anak-anak, dan bapa pun boleh. Harga basikal sangat bagus dan memuaskan. Kedai basikal Butterworth ini bersebelahan Xtreme bikers spa & cafe. Basikal roda 3 pun ada untuk kanak-kanak yang dijual dengan harga serendah RM120. MTB dijual dengan harga serendah RM599 dan basikal lipat serendah RM400. Anda boleh datang ke Kedai basikal Butterworth ini untuk memilih basikal pilihan anda.
Alamat: Jalan Kampung Gajah, Kampung Bagan Jermal, 12300 Butterworth, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Isnin – sabtu: 9.00am – 7.00pm, Ahad: 9.00am – 6.00pm
Lokasi |Â Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 018-3514917
Whatsapp YTH Bicycle Butterworth Shop (bbs)
2. Basikal Penang, Taman Seri Pinang
Kedai Basikal Penang ini hanya mengambil masa kurang dari 5 minit untuk menukar tayar basikal salah seorang pelanggannya. Kedai basikal terbaik di Butterworth dan pelbagai pilihan basikal ada untuk anda dari kanak-kanak hingga dewasa. Di samping itu, basikal lipat gear untuk ibu dan anak bersaiz 20 inci juga ditawarkan untuk pelanggan dengan 4 pilihan warna yang menarik. Kanak-kanak juga akan menyukai kedai basikal ini dan mereka akan ranbang mata dalam membuat pilihan. Kedai basikal Penang ini amat disyorkan untuk anda, anda harus datang ke sini dan memilih sendiri basikal pilihan anda.
Alamat: No 5 Jalan Seri Pinang, Taman Seri Pinang, Sungai Puyu, 13020 Butterworth, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Setiap hari: 10.00am – 9.00pm
Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-4413533
Kedai Basikal Bukit Mertajam
3. Teoh Bicycle, Taman Hwa Seng
Menurut salah seorang pelanggan, pemilik kedai ini membantunya menyelenggara basikal hibridnya kepada keadaan tip-top. Caj untuk perkhidmatan juga berpatutan. Selain itu, dia juga membantunya memastikan basikal miliknya dalam keadaan terbaik. Malahan, basikal untuk kanak-kanak dan remaja juga ditawarkan untuk anda dengan harga yang berpatutan. Selain dari menjual basikal, perkhidmatan menyelenggara dan membaiki basikal juga ada untuk anda. Kedai basikal Teoh ini terletak bertentangan dengan Wonderful Supermarket dan Maybank.
Alamat: 2684, Tingkat Kancil, Taman Hwa Seng, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-4582684
4. Kedai Basikal Bukit Mertajam, Taman Koperasi Guru
Kedai basikal Bukit Mertajam ini mempunyai pekerja yang sangat mahir dalam menyediakan servis basikal buat pelanggan yang berkunjung ke sini. Harga basikal yang murah dan berbaloi. Pemilik kedai basikal seorang bumiputera dan peramah dalam melayani pelanggan mereka. Bagi anda yang tertanya-tanya mengenai jenis basikal yang ditawarkan untuk anda, anda boleh terus ke kedai basikal Bukit Mertajam ini. Rating kedai basikal Bukit Mertajam juga sangat bagus dan sangat dipercayai pelanggan.
Alamat: Taman Koperasi Guru, 14000 Bukit Mertajam, Penang
Waktu Operasi: Jumaat (tutup), sabtu – khamis: 10.00am – 7.00pm
Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-4444335
Whatsapp Kedai Basikal Bukit Mertajam
5. Pink Bike Cycle, Taman Impian Ria
Pelbagai jenis basikal dan produk berkaitan basikal dijual untuk anda di Pink Bike Cycle. Kakitangan mereka yang mesra. Perkhidmatan pelanggan yang hebat. Kedai berkonsepkan basikal yang umumnya baik (dari segi persediaan fizikal dan produk yang tersedia). Basikal, topi keledar, dan kasut juga ditawarkan untuk anda. Pink Bike Cycle merupakan pengedar basikal terkemuka di Malaysia. Selain itu, kedai basikal ini telah ditubuhkan pada tahun 2006. Cawangan pertama mereka terletak di Pusat Perniagaan Farlim, Pulau Pinang yang telah bermula pada 2011 dan mereka telah memindahkan cawangannya ke Pekan Basikal di Bukit Gambir sejak Jan 2015. Pink Bike juga menjual pelbagai jenis basikal Road, MTB dan Lifestyle yang terbaik. Mereka mempunyai mekanik yang terlatih dan berpengalaman untuk menangani masalah teknikal anda yang juga cekap dalam membantu penunggang basikal dari semua jenis sama ada bagi pemula atau pro dalam aktiviti berbasikal. Pink Bike juga merupakan pusat perhatian bagi anda yang meminati aktiviti berbasikal.
Alamat: 2100, Jalan Rozhan, Taman Impian Ria, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 10.00am – 7.30pm
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 04-5883537