Isi Kandungan
Berbasikal merupakan salah satu kaedah aktiviti fizikal yang sangat sesuai dijalankan secara mudah sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian. Tahukah anda bahawa Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut menyarankan golongan dewasa berusia 18 hingga 64 tahun melakukan aktiviti fizikal sederhana sekurang-kurangnya 75 minit seminggu bagi mengurangkan tekanan darah tinggi, risiko penyakit jantung, menambahbaikan kesihatan mental, mencegah obesiti, dan membantu kita mengawal berat badan. Sebelum anda membeli basikal idaman, pastikan anda memahami tips membeli basikal.
Panduan berguna untuk anda sebelum membeli basikal baharu:
- Elakkan beli basikal hanya kerana ada promosi menarik kerana jenama tidak menjanjikan keselesaan buat anda.
- Ketahui matlamat menunggang anda. Anda seharusnya beli mengikut kesesuaian dan saiz mengikut ketinggian anda.
- Jangan beli sebelum anda cuba mengayuhnya.
- Pastikan beli alat keselamatan dan keperluan lain seperti topi keledar, sarung tangan dan lampu belakang untuk berbasikal. Hal ini penting bagi melindungi diri anda daripada kecederaan.
Berikut merupakan beberapa jenis basikal yang anda boleh cari dari kedai yang terpapar dalam artikel ini: basikal lipat, basikal murah, basikal bmx, basikal budak, basikal tua, basikal senaman, basikal mountain bike, basikal roadbike, dan basikal gear.
Kedai Basikal Best di Pandan Indah
1. PedalSpot Pandan Indah, Kuala Lumpur
PedalSpot mempunyai 2 cawangan lain yang wujud di Selangor, iaitu Subang Jaya dan Petaling Jaya. Kedai basikal Kuala Lumpur ini ditutup pada hari rabu. Antara produk yang ditawarkan ialah basikal kanak-kanak, komponen basikal, aksesori, dan set pakaian berbasikal dari jenama yang terkenal. Kakitangan perkhidmatan kedai basikal Pandan Indah ini yang berpengetahuan dengan senang hati menawarkan semua nasihat berbasikal yang anda perlukan secara percuma. Tambahan pula, laman web mereka sentiasa dikemaskini dengan barangan dari jenama terbaik dan berkualiti.Â
Alamat: No 2, Jalan Pandan Indah 1/23d, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Selangor
Waktu Operasi: Rabu (tutup), Khamis – selasa: 10.30am – 7.30pm
Lokasi | Laman web |Â Instagram | Facebook | Shopee | Email |Â Ulasan Bisnes | Phone: +603-92028533
Whatsapp PedalSpot Pandan Indah
2. Sonicbike (M) Sdn Bhd, Taman Komersial
Sonicbike (M) Sdn Bhd menjual aksesori dan pakaian berbasikal dengan harga mampu milik. Kedai ini terletak di Taman Komersial dan mendapat pelbagai ulasan positif dari pelanggan mereka. Anda berminat untuk membeli barangan mereka? Anda boleh melawati laman e-commerce Shopee dan Lazada Sonicbike. Shopee Sonicbike turut mempunyai pengikut sehingga 11.8k dan terkenal di kalangan mereka yang meminati aktiviti berbasikal.
Alamat: Taman Komersial, 9, Jalan 6/9, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Selangor
Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 11.00am – 6.30pm
Lokasi | Laman web | Shopee | Lazada | Ulasan Bisnes | Phone: +6012-2782290
Whatsapp Sonicbike (M) Sdn Bhd
Kedai Basikal Best di Wangsa Maju
3. Recyclo, Jalan Wangsa Delima
Kedai Recyclo dibuka pada setiap hari kecuali hari ahad. Kedai basikal Wangsa Maju ini menjual basikal dan menawarkan perkhidmatan membaiki basikal. Antara barangan yang ditawarkan ialah basikal untuk pelbagai kegunaan, komponen basikal, pakaian, cermin mata, sarung tangan, topi keledar, jersi, aksesori, beg, lampu basikal, perlindungan basikal, dan lain-lain. Anda boleh membuat pembelian secara dalam talian melalui laman web mereka.
Alamat: 7-1, Jalan Wangsa Delima 2A Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – khamis: 11.00am – 7.00pm, Jumaat: 11.00am – 12.30pm & 2.45pm – 7.00pm, Sabtu: 1.00pm – 7.00pm
Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Email | Ulasan Bisnes | Phone: +603-4142 6171
Kedai Basikal Best di Kepong
4. Sons Procycle, Taman Ehsan
Sons Procycle mempunyai pengetahuan dalam semua jenis basikal dan mekanik mereka memiliki 30 tahun pengalaman dalam bidang penjualan dan teknikal. Kedai ini menawarkan konsultasi percuma untuk anda dalam memilih basikal terbaik untuk keperluan dan kegunaan harian. Selain itu, menawarkan khidmat membaiki basikal, menjual basikal, alat ganti, aksesori, pembuatan basikal khusus, mengecat basikal, dan perkhidmatan panduan jejak basikal Taman Botani FRIM. Mereka mampu mencipta basikal mengikut impian anda, mengajar cara menunggang, serta memasang tayar rata sehingga siap sebuah basikal impian anda. Kedai ini terletak di lokasi yang strategik kerana berhampiran Taman Botani Frim, yang terkenal sebagai destinasi berbasikal paling popular di Malaysia dan dikenali penduduk setempat serta mempunyai pemandangan hutan hujan tropika FRIM yang sangat indah. Sons Procycle turut menganjurkan aktiviti berbasikal secara santai di sekitar bandar KL pada waktu malam setiap hari jumaat dan anda boleh menyewa basikal bersama mereka dengan harga yang berpatutan.
Alamat: 2420, Jalan E 3/6, Taman Ehsan, Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Selangor
Waktu Operasi: Khamis (tutup), Sabtu – rabu: 10.00am – 9.00pm, Jumaat: 2.30pm – 9.00pm
Lokasi | Instagram | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: +6012-2101247
5. Salam Bicycle Shop, Kepong Baru
Kedai ini dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 8 malam. Selain menjual basikal, kedai ini turut menyediakan servis membaiki dan menyewa basikal. Basikal kanak-kanak dan basikal untuk remaja ditawarkan dengan harga berpatutan. Kedai ini terletak di Kepong Baru, Kuala Lumpur.
Alamat: Jalan Lang Kuning, Kepong Baru, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin – ahad: 9.00am – 8.00pm
Lokasi | Ulasan Bisnes | Phone: +6016-3216884
6. Foresttrek Cycle Centre, Taman Perindustrian Ehsan Jaya
Kedai basikal Kepong ini mempunyai pelbagai jenis pilihan basikal bandar / komuter, gunung, jalan raya, dan alat ganti untuk memenuhi anggaran kewangan anda. Antara basikal yang ditawarkan ialah BMX, basikal elektrik, basikal kanak-kanak, basikal kargo, dan juga trikes dewasa. Sekiranya kedai ini tidak mempunyai stok yang anda mahukan, mereka akan memesannya khas untuk anda. Kedai basikal kepong ini turut menyediakan perkhidmatan menyewa basikal untuk bukit dan jalan raya. Selain itu, menjual peralatan basikal, aksesori untuk basikal dari Shimano, ShPlus, Bell, Cateye, dan pakaian berbasikal serta produk terbaik untuk anda.
Alamat:Â No. 169 Jalan 16, Taman Perindustrian Ehsan Jaya, 52100 Kepong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin – sabtu: 9.00am – 7.00pm, Ahad: 9.00am – 5.00pm
Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: +6011-37673423
Whatsapp Foresttrek Cycle Centre
Kedai Basikal Best di Melawati
7. Kedai Basikal Melawati, Taman Melawati
Kedai ini telah bertapak di sini selama 20 tahun bermula dari tahun 1999. Kebanyakan pengunjung datang dari kawasan Lembah Klang dan sekitar kawasan Melawati. Kedai ini menjual pelbagai jenis basikal dari kanak-kanak hingga orang dewasa. Basikal yang dijual sesuai untuk kegunaan sehari-hari, menunggang gunung, atau lumba. Selain menjual basikal, kedai ini turut menawarkan khidmat membaiki basikal dan menjual bahagian aksesori. Harga basikal di kedai ini bermula antara RM200 hingga RM1,500 atau lebih bergantung pada spesifikasi dan pilihan pelanggan.
Alamat: Fasa 6, Lot 5426, Jalan J 9, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Â Isnin – ahad: 11.30am – 6.30pm
Lokasi | Laman web | Ulasan Bisnes | Phone: +6017-2825195
Whatsapp Kedai Basikal Melawati
8. WMS Adventure, Wangsa Melawati
Kedai basikal WMS Adventure terletak di Taman Melawati dan lokasinya dianggarkan 10km dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan bersebelahan dengan Daikin. Pelbagai jenis basikal berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan untuk anda. Basikal yang ditawarkan sesuai untuk kegunaan di jalan raya dan bandar. Selain itu, kedai ini menjadi pengedar sah jenama global terkemuka seperti Merida Bikes, Tern, Marin Bikes California, Polygon Bikes, Dahon, dan lain-lain. Aksesori basikal turut ditawarkan seperti Elite, Cateye, Shimano, Bryton, Muc-Off, Topeak, Brooks England, dan sebagainya.
Alamat: No. 49, Jalan Wangsa Setia 1, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Â Isnin, selasa & khamis – sabtu: 8.00am – 6.00pm, Ahad: 10.30am – 6.00pm, Rabu (tutup)
Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Shopee | Ulasan Bisnes | Phone: +6016-2113183
9. Cycleism, Taman Melawati
Kedai ini menyediakan khidmat servis basikal, menyediakan alat ganti, menjual aksesori basikal, dan mereka juga telah menyewa basikal gunung ke laluan. Mereka mempunyai pengikut yang ramai di Shopee dan sekiranya anda berminat untuk membaiki basikal serta membeli produk mereka, berkunjunglah ke kedai ini. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Kedai ini ditutup pada hari ahad dan dibuka pada hari isnin hingga sabtu.
Alamat: #5442, Jalan J9, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 10.00am – 7.00pm
Lokasi |Â Instagram | Facebook | Shopee | Lazada | Ulasan Bisnes | Phone: +603-41611230
10. Bicycle World Sdn Bhd, Taman Melawati
Kedai Bicycle World Sdn Bhd turut dikenali sebagai kedai Apollo, kerana menjual basikal jenama tersebut. Kedai ini terletak bersebelahan dengan farmasi Caring, 7-Eleven (Taman Melawati), dan berhadapan dengan Melawati Medan Selera. Pelanggan yang berkunjung berpuas hati dengan pelbagai pilihan basikal, saiz, dan warna yang ditawarkan oleh kedai ini. Pelanggan terdiri daripada kanak-kanak, remaja, dan golongan berusia. Anda semestinya akan rambang mata dalam memilih dan kakitangan mereka akan membantu anda dalam membuat pilihan.
Alamat: 9178, Jalan Negara, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Selasa(tutup), Isnin, rabu – sabtu: 10.00am – 7.00pm, Ahad: 11.00am – 5.00pm
Lokasi | Laman web | Facebook | Email | Ulasan Bisnes | Phone: +603-41066749