Isi Kandungan
Kita sering memandang ringan terhadap keadaan aircond kereta kita. Tanpa kita sedar, ianya membuatkan prestasinya menurun dan kemungkinan akan rosak. Warga Shah Alam pastinya tiada masalah untuk mencari pusat servis yang membaiki aircond kereta, tapi awas dengan segelintir kedai yang meletakkan harga yang tidak munasabah. Oleh itu, kami telah sediakan 8 kedai aircond kereta Shah Alam yang boleh membantu anda.
8 Kedai Aircond Kereta di Shah Alam
1. Champion Auto Aircond & Foreman Garage, Seksyen 25
Champion Auto Aircond merupakan pakar dalam bidang aircond kereta. Bengkel ini sentiasa mengekalkan kualiti yang terbaik dan hasil kerja yang teliti sehingga ia menjadi tarikan utama mereka.
Tidak kira kereta berjenama tempatan mahupun import, kedai aircond dan pusat servis ini sering menjadi antara pilihan utama buat warga Shah Alam dan kawasan sekitarnya.
Walaupun sering menjadi tumpuan utama, mereka tetap menawarkan khidmat dengan harga yang berpatutan! Jadi, berilah mereka peluang untuk memberikan servis terbaik buat anda. Kami pasti anda tidak akan berpaling ke tempat lain lagi!
Alamat: No 21, Jalan Gigih 25/41, Seksyen 25, 40400 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (8.30 am – 6.00 pm), Jumaat (Tutup)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-6648425
WhatsApp Champion Auto Aircond
2. ABG J Aircond, Kampung Padang Jawa
Terletak di Kampung Padang Jawa, Shah Alam, kedai ini terkenal dengan kepakaran menyelesaikan masalah aircond kereta. Jika anda merasa panas ketika dalam kereta, datanglah ke sini untuk membuat pemeriksaan, pastinya kereta anda akan sejuk seperti berada di Genting Highlands!
Bijak mengambil peluang mengikut peredaran zaman, mereka menggunakan platform media sosial seperti Twitter dan Tiktok untuk menarik minat pelanggan. Mereka sering memuat naik content yang bermanfaat dan mengikut trend terkini supaya kedai mereka lebih dikenali.
Alamat: No 5, 646, Jalan Mat Raji, Kampung Padang Jawa, 40200 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (Tutup)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-766 3656
3. KK Car Aircond Service, Kota Kemuning
Kedai aircond KK, singkatan bagi “Kota Kemuning”, merupakan antara kedai servis aircond kereta yang terbaik di Shah Alam. Kualiti kerja yang memuaskan dan juga tawaran harga yang lebih murah merupakan sebab utama kedai ini sering menjadi tumpuan.
Selain itu, kedai ini juga menerima pelanggan mereka yang datang pada last minute. Namun, anda tak perlu risau kerana anda tidak akan dikenakan sebarang cas tambahan!
Walau bagaimanapun, anda digalakkan merancang jadual anda sebaik mungkin untuk mendapatkan perkhidmatan di sini. Hal ini kerana kedai ini sering dipenuhi dengan ramai pelanggan, terutama pada waktu puncak.
Alamat: 10, Jalan Anggerik Vanilla Af 31/Af, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Jumaat – Rabu (9.30 am – 8.00 pm), Khamis (Tutup)
Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-631 6402
4. SP Cool Car Aircond Specialist & Car Maintenance, Bandar Setia Alam
Mendengar sahaja pada namanya, sudah pasti dapat meyakinkan anda bahawa kedai ini mampu memberikan perkhidmatan yang bagus. Mula beroperasi sejak tahun 2018, kedai ini terbukti mempunyai banyak pengalaman dalam membaiki aircond kereta di Shah Alam.
Malah, kedai ini sering menjadi buah mulut pelanggan. Ini kerana anda akan diberikan penerangan terperinci tentang setiap masalah yang anda hadapi dan cara penyelesaiannya. Jadi, anda bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah aircond kereta anda, anda turut dapat mempelajari sesuatu yang baharu!
Alamat: No 43-G, Jalan Setia Utama AR U13/AR, Bandar Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (Tutup)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-220 0029
5. SJ Automotive Pakar Repair Aircond Kereta Shah Alam, Setia Alam
Kedai ini khusus buat mereka yang ingin membaiki servis aircond kereta. Hal ini kerana SJ Automotive Pakar Repair Aircond Kereta mahir mengendalikan masalah aircond untuk pelbagai jenis kereta.
SJ Automotive menjadi pilihan kedai kegemaran buat warga Shah Alam kerana kedai ini menawarkan pemeriksaan aircond kereta percuma untuk mengesan punca kerosakan. Anda hanya perlu membayar seandainya ada sebarang kerosakan yang perlu dibaiki.
Menariknya kedai ini, mereka memberi anda salah sebuah kereta mereka untuk kegunaan anda sementara kereta anda diservis. Menarik bukan? Ayuh, tak perlu bazirkan masa anda mencari kedai terbaik kerana ini adalah pilihan yang tepat buat anda servis aircond kereta!
Alamat: 9-G, Jalan Setia Utama AT U13/AT, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 7.00 pm), Ahad (Tutup)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-3672 3269
6. Weng Hong Car Accessories & Air-Cond Centre, Seksyen U3
Pemilik kedai ini, Mr Ah Hong, merupakan seorang yang mahir dalam bidang membaiki segala kerosakan yang berkaitan dengan aircond kereta. Beliau juga turut disenangi para pelanggan kerana sikapnya yang mesra dan tidak pernah lokek berkongsi segala pengetahuan yang dimiliki.
Bagaimana acuan, begitulah kulitnya. Jika anda tidak dapat peluang untuk berjumpa dengan pemiliknya, jangan risau! Kerana semua staf di sini telah dididik oleh Mr Ah Hong untuk bersikap mesra pelanggan.
Kami pasti anda akan mendapat layanan seperti raja sekiranya membuat servis di sini. Jadi, jom tekan link di bawah dan berhubung dengan kedai ini untuk membuat tempahan awal!
Alamat: No. 19 G, Jalan Dinar B U3/B, Seksyen U3, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 7.30 pm), Ahad (10.00 am – 5.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7842 3558
7. Firdausi Auto Specialist Pakar Aircond No. 1 Shah Alam Selangor, Seksyen 23
Kedai kereta aircond ini pastinya tidak asing lagi buat warga Shah Alam. Lihat saja pada namanya, sudah pasti dapat menarik perhatian ramai orang. Firdausi Auto Specialist sentiasa dipenuhi pelanggan tidak kira dari pagi ke petang.
Walaupun kedai ini menyatakan bahawa mereka adalah pakar nombor satu di Shah Alam, ramai pelanggan dari luar Shah Alam sanggup datang ke kedai mereka ini semata ingin mendapatkan khidmat servis aircond kereta.
Terbuktilah bahawa kedai ini menawarkan servis dan kualiti yang amat baik! Jadi, anda tak perlu tunggu lagi, klik saja lokasi di bawah dan rasailah pengalaman servis aircond kereta yang memuaskan di sini!
Alamat: No, 96, Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23, 40300 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9.15 am – 7.30 pm), Ahad (9.15 am – 4.00 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-330 0069
8. Casa Auto Air Cond Accessories/Continental CN Auto Air Cond Accessories, Seksyen 13
Jangan keliru dengan nama baru, kerana kedai ini dulu dikenali dengan nama Continental CN Auto Accessories. Namun, walaupun namanya sudah ditukar, kualiti servis dan perkhidmatannya masih tiptop seperti biasa!
Walaupun servisnya laju dan ternyata berjaya membaikpulih banyak masalah, kedai ini masih mengekalkan harga mampu bayar. Jadi, anda tak perlu ikat perut untuk tampung kos servis aircond kereta anda, hantar saja kereta anda ke sini!
Alamat: No.1, 5,7, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (Tutup)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-373 5533
Secara keseluruhannya, aircond merupakan salah satu komponen yang penting bagi kereta anda. Oleh itu, luangkanlah sedikit masa untuk kunjungi salah satu dari kedai aircond kereta di Shah Alam yang telah kami senaraikan di atas. Semoga membantu!
Jika anda juga sedang mencari kedai tayar di sekitar Shah Alam, anda boleh melayari artikel kami di mana kami senaraikan 10 Kedai Tayar Best di Shah Alam, Murah & Pro!