Isi Kandungan
Aircond kereta anda sudah lama tidak dibaiki? Anda rasa panas dan bahang di dalam kereta? Jangan lengah-lengahkan, segera baiki aircond kereta untuk keselesaan diri sendiri dan keluarga! Teruskan membaca untuk mengetahui 6 kedai aircond kereta di Johor Bahru untuk anda datang dan dapatkan aircond kereta anda diselenggarakan oleh profesional.
6 Kedai Aircond Kereta di Johor Bahru
1. F&T Car AirCond & Auto Accessories Enterprise, Taman DayaÂ
Lokasi F&T Car AirCond & Auto Accessories Enterprise terletak di Jalan Sagu 31, Taman Daya dan dibuka setiap hari mengikut waktu operasi. Dengan rating setinggi 5.0 di Google, kedai ini mendapat banyak maklum balas yang positif dari pelanggan yang datang.Â
Bukan itu sahaja, kedai aircond kereta di Johor Bahru ini turut menyediakan servis dengan harga yang berpatutan membuatkan pelanggan rasa berbaloi untuk menerima perkhidmatan di sini.Â
Di sini, semua pekerja dan tuan kedai sangat membantu dari segi penyelenggaraan aircond kereta. Mereka juga tidak lokek berkongsi tips dan pengalaman tentang penjagaan kereta.
Alamat: 5, Jalan Sagu 31, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.30 am – 8.00 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-663 4178
2. Yi Feng Car Electronic & Air Cond, Taman Bukit Indah
Yi Feng Car Electronic & Air Cond menjadi bengkel kereta tumpuan penduduk di sekitar Nusajaya, Iskandar Puteri dan Gelang Patah kerana lokasinya di Taman Bukit Indah. Kedai aircond ini juga dibuka setiap hari kecuali pada hari Ahad dari 9 pagi hingga 7 malam.Â
Buat pengetahuan anda, tuan kedai ini sering dipuji oleh pelanggan kerana sikapnya yang jujur dan baik hati memberi keterangan tentang kerosakan aircond kereta pelanggan.Â
Kedai ini juga tidak meletakkan caj berlebihan kepada pelanggan dengan membaiki bahagian yang rosak sahaja. Rata-rata pelanggan rasa sangat senang dengan perkhidmatan yang disediakan oleh kedai ini.
Alamat: 75, Jalan Indah 1, Taman Bukit Indah, Nusajaya, 79100 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (tutup)
Lokasi | Facebook | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-666 3644
3. JS Professional Aircond Car Service, Taman Setia Indah
JS Professional Aircond Car Service terletak di Taman Setia Indah menjadi antara kedai aircond kereta Johor Bahru pilihan ramai. Kedai ini buka setiap hari untuk melancarkan operasi serta memudahkan pelanggan untuk datang pada hari cuti bekerja mereka.Â
Tambahan pula, kedai ini agak sibuk kerana sering mempunyai ramai pelanggan. Ini membuktikan kualiti servis dan layanan mereka sehingga sentiasa mendapat ramai pelanggan. Kedai ini juga terkenal dengan servis penggantian gegelung penghawa dingin kereta.
Anda tidak perlu risau kerana memang banyak pelanggan yang memberi ulasan positif dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja dari kedai aircond ini. Selain itu, kebanyakan pelanggan juga telah berkata mereka amat berpuas hati dengan layanan dan servis yang ditawarkan di sini.
Alamat: No. 19, Jalan Setia 12/2, Taman Setia Indah, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 8.00 pm)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-767 7875
WhatsApp Js Professional Aircond
4. Bengkel Kereta dan Service Aircond AW Autowork, Taman Dato Onn Jaffar
Kedai aircond AW Autowork yang terletak di Taman Dato Onn Jaffar ini menawarkan perkhidmatan membaiki aircond kereta di Johor Bahru dan sekitar Larkin. Kedai ini buka dari hari Ahad hingga Jumaat dan tutup pada hari Sabtu.
Bestnya di sini, terdapat warung yang berdekatan dengan kedai aircond kereta ini. Jadi, bolehlah anda makan dan minum di warung berdekatan sambil menunggu kereta anda selesai servis.Â
Kedai aircond kereta Johor Bahru ini juga dikatakan antara kedai servis aircond yang terbaik kerana pekerja akan memberi keterangan tentang masalah dan kerosakan sebelum membuat sebarang penukaran bahagian kereta atau membaikinya. Hal ini membuatkan pelanggan lebih gemar untuk datang ke kedai aircond kereta ini.
Alamat: 46, Jalan Langkasuka, Taman Dato Onn Jaffar, 80350 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Ahad – Jumaat (9.30 am – 6.30 pm), Sabtu (tutup)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-788 8297
5. Bengkel Kereta Azaman Workshop – Pusat Servis, Aircond & Battery, Taman Abad
Bengkel Kereta Azaman Workshop yang terletak di Taman Abad ini dibuka setiap hari kecuali pada hari Sabtu. Kedai aircond di Johor Bahru ini bukan sahaja boleh membaiki kerosakan aircond, tetapi boleh juga membaiki masalah kereta di bahagian lain seperti enjin dan brek.Â
Kebanyakan pelanggan yang telah datang juga amat berpuas hati dengan perkhidmatan dari kedai ini walaupun mereka tidak mempunyai ramai pekerja. Kerja pembaikian juga agak pantas dan servis mereka dicaj dengan harga yang berpatutan.
Alamat: 54 H, Jalan Abad, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Ahad – Jumaat (9.45 am – 6.45 pm), Sabtu (tutup)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-739 0007
6. Fresh Air Conditioning & Refrigeration (Car Aircond), Jalan Yahya Awal
Lokasi Fresh Air Conditioning & Refrigeration (Car Aircond) sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru. Kedai ini juga dibuka setiap hari kecuali pada hari Ahad. Pekerja di kedai ini sangat berpengalaman dengan sistem aircond kereta.
Pekerja mereka akan menerangkan tentang kerosakan aircond kereta anda dan bahagian yang mereka perlu baiki untuk pengetahuan pelanggan supaya caj dan servis yang diberikan berbaloi serta mengikut kepuasan hati pelanggan.Â
Dengan banyak ulasan yang positif di Google , kedai aircond kereta di Johor Bahru ini adalah antara kedai yang berbaloi untuk anda kunjungi jika aircond kereta anda memerlukan penyelenggaraan.
Alamat: 13, Jalan Yahya Awal, Bandar Johor Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.30 am – 5.00 pm), Ahad (tutup)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-2072677
Dilengkapi rating dari Google dan maklum balas dari pelanggan, sudah terbukti senarai kedai aircond kereta di Johor Bahru di atas merupakan antara pilihan terbaik untuk anda menghantar membaiki dan menyelenggara aircond kereta anda.Â
Anda dari Shah Alam dan memerlukan perkhidmatan membaiki aircond kereta? Tidak perlu susahkan diri datang ke Johor Bahru untuk kereta anda, kami ada penyelesaiannya! Anda boleh layari artikel kami di mana kami telah menyenaraikan 8 Kedai Aircond Kereta di Shah Alam yang Murah Tapi Superb.