Top 10 Kafe “AESTHETIC” di Sungai Petani, Kedah

Bila dah abad ke-21 ni, memang banyak inovasi yang terjadi, termasuk juga dekat kedai-kedai makan di seluruh Malaysia. Kafe pun salah satu daripada tempat tumpuan yang sering diubah-suai untuk sesuaikan dengan citarasa rakyat masa kini. Siapa sangka, dekat Sungai Petani Kedah pun banyak sungguh kafe yang didirikan dengan tema ‘aestetik’ atau dalam bahasa senang, ada hiasan bercirikan seni yang unik dan lain daripada yang lain. Sekarang semua mahu jadi antara kafe yang tenang dipandang oleh pelanggan sambil menawarkan menu yang sedap dengan harga berbaloi.

Kalau anda memang orang Sungai Petani, orang Kedah atau rakyat negeri lain yang akan ke negeri ni satu hari nanti, cuba luangkan satu hari singgah ke kafe-kafe sekitar Sungai  Petani ni. Recommended sebab harga yang berpatutan dan suasana yang buatkan ramai berkenan. Nak cerita lebih nanti panjang pula, jadi ambillah masa baca artikel kami ni ya!

Kafe Menarik Sekitar Sungai Petani


1. Mijies Cafe & Nurseri

Kalau anda nak makan minum di kafe yang moden dengan konsep ala-ala berada di luar negara tapi dalam masa sama ada tekak Malaysia, mesti nak masakan lokal juga. Jangan risau sebab dekat Mijies Cafe & Nurseri, mereka hidangkan makanan barat dan makanan tempatan. Nak bagi contoh masakan berasal dari barat la kan, ada Spaghetti Aglio Olio, Lamb Grill dengan pencuci mulut iaitu kek Biscoff. Memang dah kecur kan kalau baca je? Masakan Melayu pula ada Nasi Goreng Tenggiri Masin, Nasi Ayam Bakar, dengan Nasi Lemak.

Nama kafe ni ada sekali ‘nurseri’ sebab dekat ruang makan outdoor, ada banyak betul pokok-pokok bunga cantik sebagai peneman pelanggan bila tengah makan. Memang nak katakan makan buka table dekat tengah-tengah nurseri atau garden. Makanan dekat kafe ni pun sihat, sebabnya mereka tak pakai MSG dalam makanan, lepas tu minyak masak pun akan ganti setiap kali masak. Lagi satu, nak makan dekat sini boleh datang waktu sarapan, makan tengah hari serta makan malam.

Alamat: Pejabat RISDA, Taman Sejati, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 8.00 am – 10.30 pm (Isnin-Ahad, kecuali Jumaat), 8.00 am – 11 pm (Jumaat)

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-897 1080

Whatsapp Mijies Cafe & Nurseri


2. Rayyan’s Cafe & Restaurant

Kalau dekat Mijies Cafe & Nurseri ada hidangkan makanan barat & lokal, dekat Rayyan’s Cafe & Restaurant pun sama, cumanya dessert dekat sini pun berkonsepkan lokal. Nak tahu apa yang lokal sangat pasal dessert dia? Tengok gambar yang kami dah lampirkan dekat atas. Itulah ais kacang yang memang jadi best seller dekat kafe yang ni. Kalau anda nak menu ringan yang lain, ada juga sate, minuman macam Iced Mocha dan Iced Latte, dan juga french fries. Sekali nak hadam makanan berat untuk lunch ke dinner pun boleh aje, orderlah nasi putih dengan asam pedas, mac & cheese, Spaghetti Seafood Aglio Olio, atau tomyam.

Walaupun makanan ada yang sampai dengan side dish macam fries, tapi masih banyak portion dia walaupun bukan menu utama. Dalam kafe mesti anda rasa tenang dengan musik yang terpasang, dengan alunan lembut. Rayyan’s Cafe & Restaurant di Sungai Petani ni berkonsep terbuka, tapi selesa dengan sususan meja yang sesuai dan tak selalu sesak. Tambahan lagi, servis dekat kafe ni selalu dipuji dek stafnya yang peramah dengan sifat suka membantu.

Alamat: 108, Jalan Legenda 4, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 12.00 pm – 9.30 pm (Isnin-Khamis, kecuali Selasa), 4.00 pm – 11 pm (Jumaat), 1.30 pm – 9.30 pm (Sabtu & Ahad)

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-492 0556

Whatsapp Rayyan’s Cafe & Restaurant


3. Rumah Sarapan

Rumah Sarapan di Sungai Petani memang wajar dinamakan sebegitu rupa sebab pemilik pun memang buka kafe atau kedai makan ni dekat sebuah rumah. Kena ingat, walaupun berada dekat rumah, tapi tempatnya ideal walaupun ada juga meja-meja diletakkan di luar kawasan rumah tu. Apa yang ditekankan untuk konsep dekat kafe ni memang gaya 80-an macam tu, dengan kerusi meja klasik dan kawasan kejiranan yang ramah dan memahami. Lebih-lebih lagi semua orang, tak kira bangsa makan dalam satu tempat yang sama, perpaduan yang susah nak dapat masa kini. Memang sesuailah dengan nama Rumah ‘Sarapan’ sebab kafe pun buka sampai tengah hari aje. Jadinya, anda kena datang cepat kalau taknak sesak. Pukul 8 sampai 9 mungkin sempat dapat meja.

Makanan-makanan dia semua nostaljik, dengan nasi lemak, mee kari, bubur nasi, mee goreng dan roti bakar dengan scrambled egg. Kalau bawa anak-anak bolehlah order kid’s menu, nanti portion dia sesuai untuk kanak-kanak, jadi tak adalah membazir kan. Minuman dia, walaupun kafe ni popular, masih lagi harga standard dan murah macam di kedai mamak.

Alamat: C182, Lorong 12, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 7.30 am – 12.30 pm, kecuali Selasa

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-1323 0047

Whatsapp Rumah Sarapan


4. Kedai Kopi Hahn’s 

Dekat Kedai Kopi Hahn’s, anda boleh pilih nak duduk indoor ke outdoor ikut keselesaan masing-masing. Yang tak perlu risau, semua sudut, semua ruang dekat kafe ni ideal kalau anda nak posing lepas tu post dekat Instagram ke Facebook. Kalau dekat luar, ada kanopi dekat setiap meja, jadi tak ada lah kena cahaya matahari atau silau. Nak ambil gambar pun best sebab nampak keliling tu macam ada dekat Europe dan background kedai Hahn’s yang berseni. Antara kafe-kafe dekat Sungai Petani, Kedah ni boleh kata Hahn’s antara kafe yang tawarkan harga terendah untuk menu-menu dia. Contohnya, Buttermilk Rice dengan portion berbaloi pun baru RM10. Lepastu anda boleh order Cheesy Nachos, Flavoured fries, semua bawah RM10.

Nak menu lain ada juga pasta macam aglio olio, chicken chop, dengan Grilled Chicken with Cheese dan banyak lagi. Tak habis makanan, boleh take away sebab portion pun banyak. Sebelah ada kedai cucian kereta dan bengkel, jadi sambil-sambil tunggu boleh lah lepak dekat kafe ni.

Alamat: Lamago Tyre Centre, Tepi Perodua Laguna, PT22391, Jln Lencongan Barat, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Waktu Operasi: 10.00 am – 10.00 pm, kecuali Isnin

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-5502 2805

Whatsapp Kedai Kopi Hahn’s


5. Biggy & The Ahli Kopi

Mesti ramai yang dah penat tengok harga minuman dekat kafe-kafe selalunya yang asyik atas RM10 je kan? Cuba datang Biggy & The Ahli Kopi di Sungai Petani ni lepastu order Frappe Jalan Patani ataupun Malayan Latte. Dengan nama beraspirasikan ciri-ciri tempatan dan saiz yang cukup besar, padat, memang berbaloi beli dengan harga bawah RM10. Mereka katakan tidak kepada syrup untuk maniskan minuman-minuman ni, sebab pemanisnya ialah Gula Melaka. Kalau rasa sedap sangat kopi dia, pemilik jual juga kopi dalam botol, tinggal nak minum je. Bukan kata minuman yang tu je bawah RM10, minuman lain semuanya pun murah macam tu.

Sebab dia kafe, mesti ada juga pastri-pastri, contohnya egg tart, kek, dengan puff. Nak breakfast pun ada pancake dengan toast. Lunch atau dinner boleh order burger daging atau Chicken Finger Sandwich. Disebabkan kafe ni memang jadi tumpuan orang ramai, mestilah berebut bila dah hujung minggu tu. Jadi, datang hari biasa sebab parking pun limited.

Alamat: No 1, Jalan Patani, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 8.00 am – 12.00 am, kecuali Selasa

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 010-3200950

Whatsapp Biggy & The Ahli Kopi


6. The Kafeina Depot

Kalau nak describe lah kan suasana dalam kafe The Kafeina Depot ni, anda akan rasa macam berada dekat kafe zaman dulu sebab hiasan dan konsep retro dia. Nanti anda boleh nampak basikal yang diletakkan dekat tepi, radio lama lagi, lepastu ada pula typewriter. Dekat sini biasanya customer datang untuk makan dinner, jadinya ada banyak masakan berat. Mereka hidangkan lamb & chicken grill, semua jenis pasta, Cheese Beef Burger, Irie Lamb Burger, udon dan banyak lagi. Nak makan ringan sikit pun boleh, sini ada meatball, nachos, Beef Wrap dengan wedges. Semua menu bawah RM20 kecuali lamb grill, yang mana memang sangat murah untuk sebuah kafe.

Minuman berkafein yang boleh order ada Espresso, Americano, dengan Affogato kalau nak dessert berkopi macam tu. Coffee art dekat kafe Sungai Petani yang ni selalu dipuji sebab unik dan kemas. Siapa nak post media sosial dipersilakan, make sure ada masukkan juga kek blueberry dia yang sedap. Yang tak sempat makan di kedai boleh order delivery atau take away di kedai terus.

Alamat: 2, Lebuh Zamrud, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 5.00 pm – 12.00 am, kecuali Rabu

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-408 3218

Whatsapp The Kafeina Depot


7. Pallet Cafe

Kalau yang tak biasa ke Pallet Cafe atau bukanlah orang Sungai Petani yang asal, memang confuse juga jalan masuk ke kafe ni. Sebabnya, anda kena naik tangga baru jumpa kafe yang tersorok belah atas ni. Sesuai sangat untuk mereka yang nak celebrate apa-apa dengan keluarga atau kawan-kawan sebab staf sediakan servis decoration. Keliling kafe pun memang aestetik dengan hiasan yang kebanyakannya diperbuat dari palet kayu, sama macam nama dia. Pelik kan kalau cakap kafe ni walaupun kena naik tangga, ada ruang makan outdoor? Tapi itulah hakikatnya, dan boleh kata keunikan kafe ni yang tersendiri. Resipi tersendiri untuk masakan-masakan dia pun jangan cakaplah, mantap semuanya.

Bila dah bawa family datang makan sini bolehlah order Family Box yang ada chicken chop, spaghetti, nugget dan banyak lagi side dish. Tak pun order Seafood Platter, berbaloi juga makan ramai-ramai. Best nak pilih menu dekat sini sebab ada juga pizza, ada salsa, ada Tuna atau Shrimp Salad, salad itik pun ada. Mushroom soup dia pun buat sendiri, bukan yang jual dalam paket tu. Biasanya kafe sesak , tapi apa salahnya anda berkorban demi makanan sedap kan.

Alamat: 162, 1st floor, Jalan Lagenda 6, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 11.00 am – 11.00 pm (Isnin-Ahad, kecuali Sabtu), 12.00 pm – 11.00 pm (Sabtu), Rabu cuti

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 04-424 0661


8. Overstepped Cafe Sejati

Siapa je taknak kan kalau servis kafe tu terlampau bagus sampai makanan pun sampai cepat dekat meja? Overstepped Cafe Sejati Sungai Petani memang wajar dipuji, dengan staf yang baik hati, persekitaran yang selesa dan portion makanan yang berpatutan. Wi-fi percuma pun ada untuk kemudahan customer, memang padu lah kan. Kalau tertarik nak makan sini cubalah makan Chicken Parmigiano atau yang suka pedas-pedas, order Bombay Chicken Chop. Nak pasta-pasta pun ada Salmon Linguine dengan Spaghetti Carbonara. Dessert-dessert yang selalunya susah jumpa tempat lain pun boleh order sini, ada creme brulee dengan pavlova.

Anda yang nak ke sini kena naik tangga ya sebab kafe terletak tingkat atas. Nak cari dia, kena letak Emerald Putri Hotel jadi landmark sebab Overstepped Cafe Sejati belakang hotel letaknya. Walaupun kafe taklah besar, tapi meja-meja dia banyak dan cukup untuk pelanggan yang ramai. Antara menu minuman yang recommended dekat kafe ni termasuk latte dengan teh buah Markisa.

Alamat: C97&98 tingkat, 1, Jalan Indah 2, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 12.00 pm – 10.00 pm, kecuali Isnin

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 04-430 0187


9. Kami The Cafe

Kami The Cafe tak akan terima aduan lah pasal portion mereka kecil ke tak cukup ke lapar balik ke, sebab portion dia memang terbukti sangat besar dan puas makan. Tempat makan dekat luar memang dapat rasa suasana ramah sebab susunan meja dia pun sesuai untuk jadi port lepak. Lagi-lagi sebab owner pasang musik-musik tenang, jadi hati anda pun tenang je masa menjamu selera. Decoration keliling kafe Sungai Petani yang ni memang bertemakan rock, dan terletak juga action figurine dengan anak-anak patung. Dekat sini memang sesuai untuk semua had umur makan-makan sambil tengok keliling kafe dengan konsep freestyle.

Menu-menu sedap dekat sini, mestilah ada chicken chop yang besar, spaghetti Aglio Olio yang famous, nasi goreng tok wan dengan ayam, lamb chop dan banyak lagi. Boleh nampak pinggan dia besar-besar, tapi makanan dia tetap tutup permukaan pinggan yang besar tu. Disebabkan sifat pemurah owner dalam penyediaan makanan, makanya personaliti staf pun peramah belaka.

Alamat: Lorong 12, Kampung Teroi, Kampung Sungai Layar, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 3.00 pm – 11.00 pm, kecuali Ahad

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-506 6712

Whatsapp Kami The Cafe


10. Reez’s Coffee and Cafe

Apa yang Reez’s Coffe and Cafe tawarkan sebagai hidangan dekat kafe ni termasuk pasta, burger dengan sandwich. Sandwich tu bukanlah macam sandwich yang jual dekat koop sekolah anda tu ya, tapi sandwich yang kaya dengan seafood atau ayam. Kalau anda order minuman dekat sini, pilihan syrup dia ada Tiramisu syrup dengan Creme Brulee syrup. Tak biasa dengar kan syrup jenis tu? Jadi pergilah cuba dekat kafe di Sungai Petani ni. Lagi satu, untuk caramel dia, selalunya kafe-kafe lain letak Caramel Drizzle, yang nipis aje. Tapi dekat sini, caramel dia curahkan Caramel Sauce yang pekat tau. Green tea dia pun memang buatan sendiri, termasuklah susu dia. Kopi signature di Reez’s Coffe and Cafe ni mestilah Reez’s latte.

Bab makanan pula, ada pastri untuk buat santapan ringan macam tart, croissant ataupun rolls. Baked Chicken dengan sos blackpepper atau chicken chop dengan sos cendawan pun ada. Hiasan dalam kafe berkonsepkan minimalis dan terang, memang sesuai kalau ada student yang buat revision atau assignment dekat sini.

Alamat: 43, Jalan Tuanku Haminah 1, Taman Tuanku Haminah, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 10.00 am – 10.00 pm, kecuali Isnin

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 04-446 1764


Semestinya banyak kafe-kafe aestetik yang anda boleh pergi cuba sekitar Sungai Petani, Kedah yang akan berikan anda pengalaman bermakna. Sambil menikmati kopi dan makanan, anda pun boleh melilau mata tengok hiasan-hiasan yang berseni dan kreatif hasil idea pemilik yang berani. Jadi, marilah support pemilik-pemilik kafe dengan berkunjung ke Sungai Petani sekarang!

4.5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Senarai 12 Homestay Sungai Petani Sememangnya MURAH

Sungai Petani tidak dinafikan lagi dikenali sebagai sebuah bandar di dalam negeri Kedah Darul Aman. Walaupun ramai mengaitkan ‘Petani’ dalam namanya dengan kegiatan bertanam,...

Stesen Bas Sungai Petani – Jom Melawat Kedah!

Sungai Petani adalah bandar kedua terbesar di Kedah. Ia memainkan peranan penting sebagai pusat perniagaan yang berkembang pesat dengan banyak pusat membeli-belah fesyen, kedai...

11 Kedai Makan Menarik di Sungai Petani – Anda WAJIB CUBA!

Sebut saja Sungai Petani, pasti ramai yang membayangkan kehijauan sawah padi dan bendang yang terbentang seluas mata memandang. Tapi, bukan itu sahaja yang ada...

Santai By The Garden, Sungai Petani

Kalau anda terasa nak makan BBQ Grill tapi dalam masa yang sama anda nak rasa makanan seafood. Santai By The Garden adalah tempat yang...

Top 10 Kereta Sewa Sungai Petani & Kulim Yang Best & Murah

Adakah anda ingin bercuti tetapi memerlukan kereta sewa tetapi tidak menemui agensi yang sesuai di Kedah? Jika ya, anda boleh cuba menyemak senarai kedai...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x