Isi Kandungan
Tahu tak dekat mana, ibu bapa boleh bershopping atau menikmati secawan kopi sambil melihat dan menunggu anak-anak menghabiskan masa mereka bermain di dalam taman permainan? Jawapannya adalah di Jungle Gym yang mana ia adalah sebuah taman permainan di dalam bangunan. Siapa sangka kan dalam pusat membeli belah terdapat indoor playland untuk anak-anak bermain?
Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai tempat best di Kuala Lumpur ini, anda perlu terus mengikuti perkongsian ini di mana kami akan membawa anda mengembara ke dunia keseronokan kanak-kanak iaitu di Jungle Gym!
Jungle Gym, Dunia Idaman Kanak-kanak
Mengikut sejarahnya, tempat menarik di Kuala Lumpur, Jungle Gym ini merupakan permainan kanak-kanak yang dibina menggunakan besi, paip atau tali di mana kanak-kanak boleh memanjat, bergantung dan duduk di atasnya.
Ia juga dikenali dengan nama ‘Climbing Frame’. Jungle gym yang pertama dibina ialah pada tahun 1920 dan sehingga sekarang permainan seperti ini masih wujud namun ianya berubah mengikut peredaran zaman.
Di Malaysia, Jungle Gym ialah antara indoor playland terbesar di Malaysia.
Sehingga kini tempat best di Kuala Lumpur ini telah melebarkan sayapnya untuk menggembirakan lebih ramai kanak-kanak ke 5 lokasi yang berlainan.
5 lokasi tersebut ialah di Bangsar Shopping Centre, Atria Shopping Gallery, Sky Avenue, Genting, KL East Mall dan KL LALAPORT.
Jom Riang Ria Tanpa Batasan di Jungle Gym
Di sini, kanak-kanak dapat bebas bermain dan belajar. Dari memanjat, melompat, meluncur menuruni gelongsor dan bergayut, semuanya boleh dilakukan disini.
Mereka boleh meneroka semua permainan yang ada di sini dalam suasana yang selamat dan selesa.
Kemudahan dan semua permainan di sini sesuai untuk kanak-kanak bawah 4 tahun sehingga 12 tahun.
Anda tidak perlu risau akan keselamatan anak-anak anda semasa bermain, kerana semua peralatan di tempat menarik Kuala Lumpur ini direka mengikut standard keselamatan antarabangsa.
Kepelbagaian Permainan di Jungle Gym
Dengan lebih daripada 10 jenis permainan menarik, Jungle Gym menawarkan suasana yang penuh kegembiraan dan cabaran kepada para pengunjung.
1. Ball Pit: Tempat Seronok Bermain Bola di Jungle Gym
Satu daripada permainan yang paling popular di tempat best Kuala Lumpur ini ialah Ball Pit.
Dengan kolam bola yang besar, kanak-kanak dapat merasai keseronokan melompat-lompat di tengah-tengah bola berwarna-warni.
Ini tidak hanya melibatkan keseronokan tetapi juga membina koordinasi motorik dan keupayaan sosial kanak-kanak.
2. Slides yang Menyeronokkan: Kecepatan dan Kesenangan
Slides datang dalam pelbagai saiz dan bentuk, menyediakan pengalaman unik setiap kali kanak-kanak meluncur ke bawah.
Dengan berbagai tingkat ketinggian, kanak-kanak dapat memilih level kesukaran yang sesuai dengan tahap keyakinan mereka.
Slides tidak hanya menyeronokkan, tetapi juga membina keberanian dalam kanak-kanak.
3. Terowong Merangkak: Menguji Kecekapan Motorik Kasar
Bagi kanak-kanak yang gemar mencabar diri, terowong merangkak adalah jawapan yang sempurna.
Terowong yang berliku dan sempit ini memerlukan kesabaran dan kecekapan motorik kasar untuk melaluinya.
Ini bukan sahaja memperbaiki koordinasi, tetapi juga memberikan kanak-kanak pengalaman yang menyeronokkan.
4. Air Guns: Menembak dengan Keseronokan
Bagi yang berminat dengan aktiviti menembak, Jungle Gym menyediakan permainan Air Guns yang menarik.
Kanak-kanak dapat menunjukkan kecekapan menembak mereka sambil bersaing dengan rakan-rakan.
Ini bukan hanya permainan menyeronokkan tetapi juga membina fokus dan ketepatan.
5. Climbing Structures: Menentang Ketinggian di Jungle Gym
Climbing Structures memberikan cabaran kepada kanak-kanak untuk menguji keberanian dan ketahanan mereka.
Dengan pelbagai pegangan dan platform, permainan ini membangunkan kekuatan fizikal dan keberanian kanak-kanak.
6. Trampoline: Melompat dengan Gembira
Trampoline tidak hanya menyeronokkan tetapi juga menyumbang kepada kecergasan fizikal kanak-kanak.
Kanak-kanak dapat melompat dengan gembira sambil membina kekuatan otot dan koordinasi.
7. Papan Aktiviti: Pembelajaran Sambil Bermain di Jungle Gym
Papan aktiviti dirancang untuk menyediakan pengalaman pembelajaran sambil bermain.
Kanak-kanak dapat mengasah kemahiran kognitif mereka melalui pelbagai permainan dan teka-teki yang menarik.
8. Water Bed: Ketenangan Selepas Bermain
Setelah lelah bermain, kanak-kanak boleh mengalami ketenangan di Water Bed.
Pengalaman ini memberikan keselesaan dan ketenangan kepada mereka, membantu pemulihan selepas sesi bermain yang aktif.
9. Football Court: Untuk Pembangunan Sukan
Tidak hanya menawarkan permainan dalaman, tetapi juga padang bola.
Ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengembangkan kemahiran sukan mereka dan menyuburkan minat dalam aktiviti fizikal.
10. Monkey Ball Tree : Cabaran Gaya Tarzan
Monkey Ball Tree memberikan pengalaman seperti Tarzan. Kanak-kanak boleh mengayuh dari satu bola ke bola lain, menguji kekuatan dan kecekapan mereka.
Pentingnya Pengawasan Penjaga di Jungle Gym
Walaupun tempat best di Kuala Lumpur ini menawarkan pelbagai permainan yang menyeronokkan, penting untuk memastikan pengawasan yang berkesan oleh penjaga.
Keselamatan kanak-kanak adalah keutamaan utama, dan penjaga perlu sentiasa memantau aktiviti mereka.
Menikmati Santapan di The Foodtree Restaurant
Setelah penat bermain, pengunjung dapat menikmati hidangan lazat di The Foodtree Restaurant.
Dengan suasana yang selesa, restoran ini menyediakan pelbagai hidangan yang memuaskan selera, menjadikan pengalaman di tempat menarik Kuala Lumpur ini lebih lengkap.
Peraturan yang Perlu Dipatuhi di Jungle Gym
Sebelum memasuki tempat menarik di Kuala Lumpur ini terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh anda juga anak anda.
Antaranya ialah setiap pengunjung yang ingin memasuki tempat bermain, pemakaian stokin adalah diwajibkan buat kanak-kanak juga penjaga.
Selain itu, kanak-kanak dinasihatkan untuk memakai seluar panjang untuk mengelakkan sebarang luka atau tercalar.
Untuk peraturan-peraturan lain anda boleh rujuk pada laman web mereka sendiri.
Ini adalah demi untuk memastikan keselesaan dan keselamatan semua yang berada di dalam playland ini.
Tempat untuk Majlis Keraian
Selain bermain dan meneroka semua permainan di sini, anda juga boleh meraikan sebarang majlis istimewa bersama kawan-kawan dan keluarga.
Contohnya, meraikan hari ulang tahun anak anda.
Pihak pengurusan telah menyediakan pelbagai tema yang boleh dipilih mengikut jenis majlis dan juga bajet anda.
Pastinya anak anda akan teruja dengan sambutan hari lahirnya pada hari tersebut.
Menariknya lagi, pihak pengurusan juga turut menyediakan hidangan seperti yang anda inginkan. Seronok kan?
Anak anda pasti akan menyukai tempat best di Kuala Lumpur ini. Silap-silap tak nak balik ke rumah!
Maklumat Lengkap Jungle Gym
Alamat
- Jungle Gym Bangsar – 4th Floor, Bangsar Shopping Centre, 285, Jalan Maarof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
- Jungle Gym Atria – 2nd Floor, Atria Shopping Gallery, Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi
- Jungle Gym Bangsar & Atria – Setiap hari (10 pagi – 7 malam)
Tiket masuk Jungle Gym Bangsar
Hari Bekerja / Normal
- Kanak-kanak (bawah 2 tahun) RM25
- Kanak-kanak (2 tahun ke atas) RM48
Penjaga  RM10
Hujung minggu / Cuti Umum / Cuti Sekolah
- Kanak-kanak (bawah 2 tahun) RM35
- Kanak-kanak (2 tahun ke atas) RM66
- Penjaga  RM10
Untuk maklumat lanjut mengenai harga dan lokasi Jungle Gym yang lain, sila layari laman web rasmi mereka.
Kebahagiaan anak adalah kebahagiaan sebenar ibu bapa. Jadi, jangan lupa datang ke tempat best di Kuala Lumpur ini untuk menggembirakan anak anda.
Sekali lagi untuk diingatkan, kepada anda semua yang ingin berkunjung ke sini diingatkan untuk membawa stokin anda sendiri untuk bermain!
Baca juga:Â 10+ Tempat Percutian Keluarga Plg BEST di Malaysia