Isi Kandungan
Jeti Mersing (Mersing Harbour Centre) yang terletak di Kota Tinggi Johor, merupakan jeti yang paling sibuk di kawasan selatan untuk laluan ke kepulauan Johor & Pahang, termasuk Pulau Tioman, Pulau Besar, Pulau Rawa, Pulau Aur dan Pulau Pemanggil.
Jeti ke Pulau Tioman
Terdapat dua jeti yang beroperasi untuk laluan Ke Pulau Tioman. Disebabkan lokasi jeti masing masing, Jeti Mersing merupakan jeti yang paling disukai oleh pengunjung dari Johor dan Singapura, manakala Jeti Tanjung Gemok disukai oleh pengunjung yang datang dari kawasan pertengahan dan utara seperti Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan sebagainya.
Jadual feri ke Pulau Tioman
Jeti Mersing adalah jeti yang paling popular untuk pelawat ke Pulau Tioman. Di sini, lebih banyak feri beroperasi dan lebih banyak pilihan masa untuk bertolak ke Pulau Tioman. Pada musim puncak (Mac – Okt), sekurang kurangnya 3 kali sehari feri bertolak dari jeti ini. Pada musim tengkujuh, feri beroperasi bergantung kepada cuaca dan kebenaran dari Jabatan Laut.
Disebabkan oleh air pasang surut, feri ke Pulau Tioman mungkin akan bertolak pada masa yang tidak teratur:
Masa terawal feri bertolak dari Mersing ke Tioman – 5am
Masa terlewat feri bertolak dari Mersing ke Tioman – 6pm
Peringatan untuk pelawat:
- Pelawat dinasihatkan supaya menyediakan makanan ringan dan makanan untuk kanak-kanak yang secukupnya demi menghadapi kelewatan yang bakal dihadapi, terutamanya pada hari cuti atau akhir minggu.
- Singgah di jeti sekurang kurangnya 2 jam sebelum bertolak untuk pendaftaran dan mengambil boarding pass. Kadang kadang feri akan bertolak awal mengikut ramalan cuaca, penumpang mungkin akan terlepas feri sekiranya singgah lambat di jeti.
- Mengambil makanan dengan kuantiti sederhana supaya tidak mabuk laut masa perjalanan. Feri boleh jadi goyang masa cuaca buruk dan ombak bergelora.
Terdapat 2 pengedali feri beroperasi di jeti ini untuk laluan ke Pulau Tioman, yang utama – Bluewater Express dan yang kedua – Cataferry. Kedua duanya mempunyai kelebihan dan keburukan untuk servis masing masing, anda boleh melayari pautan yang diberi untuk ulasan yang diberi dari penumpang melalui tripadvisor.
Jadual feri ke Pulau Tioman dengan Bluewater Express & Cataferry boleh didapatkan di pautan di bawah.
Whatsapp utk Tiket Feri Tioman
Lokasi Jeti | Jadual Feri Mersing
Harga tiket feri ke Pulau Tioman
Dewasa | Kanak Kanak | |
Bluewater Express |
RM60 sehala |
RM55 sehala |
Cataferry | RM80-150 sehala | RM70-130 sehala |
Whatsapp utk Tiket Feri Tioman
Jeti ke Pulau Rawa
Jeti Mersing merupakan pintu masuk utama untuk Pulau Rawa. Tiket bot biasanya diaturkan oleh agensi pelancongan dan terkandung dalam Pakej Percutian Pulau Rawa.
Jadual bot ke Pulau Rawa
Jadual bertolak dari Jeti Mersing ke Pulau Rawa akan diberitahu 1-2 hari sebelum bertolak atau semasa membuat penempahan pakej percutian. Masa bertolak akan ditentukan mengikut keadaan air pasang surut dekat jeti.
Pakej percutian termasuk tiket bot ke Pulau Rawa, tiket bot biasanya tidak dijual berlainan.
Perjalanan bot dari jeti ini ke Pulau Rawa akan mengambil masa 30-45 minit, manakala ia akan mengambil lebih lama masa sekiranya cuaca kurang memuaskan pada hari tersebut.
Jeti ke Pulau Besar
Pelancong yang hendak mengunjung Pulau Besar perlu bertolak dari Jeti Mersing. Kebanyakan pelancong yang datang ke Pulau Besar selalunya membeli pakej pelancongan yang disediakan oleh agensi pelancongan, disebabkan itu, tiket bot ke Pulau Besar jarang dijual berasingan. Tetapi, servis bot charter sedia diberikan untuk pelancong yang datang pada waktu di mana bot biasa tidak beroperasi, kos charter lebih kurang RM500-600 sehala.
Jadual bot ke Pulau Besar
Bot dari Jeti Mersing ke Pulau Besar biasanya dijadualkan bertolak pada 1030am dan pulang dari Pulau Besar pada 1230pm.
Tempoh perjalanan kira kira 30-45 min untuk satu hala.
Jeti ke Pulau Aur & Pulau Pemanggil
Pulau Aur dan Pulau Pemanggil merupakan pulau yang amat popular untuk penggemar memancing. Jeti Mersing merupakan satu satunya tempat untuk bertolak ke syurga memancing tersebut.
Jadual bot ke Pulau Aur & Pulau Pemanggil
Tiada masa yang tertentu untuk bot bertolak dari Jeti Mersing ke Pulau Aur dan Pulau Pemanggil disebabkan oleh keadaan air pasang surut di jeti. Pakej percution ke Pulau ini biasanya mengandungi tiket bot, tetapi pelancong juga boleh membeli tiket bot melalui agensi pelancongan dengan harga RM70-90 sehala.
Perjalanan bot dari Jeti Mersing ke Pulau Pemanggil – 1 Jam 30 Min dengan bot laju.
Perjalanan bot dari Jeti Mersing ke Pulau Aur- 2 Jam 30 Min dengan bot laju.
Peringatan untuk pelancong: Jika bot tiket diaturkan berlainan, sila pastikan bot tiket yang dibeli adalah dengan bot laju, bukan bot nelayan. Perjalanan dengan bot nelayan mengambil masa yang lebih panjang dan tidak menyenangkan.
Stesen bas yang terdekat dengan Jeti Mersing
Terminal Bas & Teksi Bandar Mersing merupakan stesen pengangkutan awam yang terdekat dengan jeti ini. Teksi dan Grab boleh didapatkan dari stesen ini dan ia hanya memerlukan 5 minit perjalanan ke jeti ini. Pelancong juga boleh berjalan kaki dari Stesen Bas Mersing ke jeti ini kalau tak kisah untuk berjalan selama 15-20 minit.
Lokasi Terminal Bas & Teksi Bandar Mersing
Airport yang terdekat dengan Jeti Mersing
Airport atau lapangan terbang yang paling dekat dengan jeti ini adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (Senai International Airport). Tetapi, ia memerlukan lebih kurang 3 jam dengan pengangkutan darat. Pelancong perlu menginap 1 malam di sekitar Mersing atau Johor Bahru kalau datang dengan kapal terbang. Ini terutamanya untuk mereka yang mengambil feri awal dari jeti ini.
Pelancong harus juga mengambil kira kos pengangkutan dari Senai Airport ke Jeti Mersing, untuk Grab/Teksi, kosnya lebih kurang RM250-300 sehala, manakala untuk van, bayaran selalunya dikenakan dalam linkungan RM500-700 sehala mengikut kapasiti van.
Lokasi Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
Tempat parking berdekatan Jeti Mersing
Selain daripada tempat parking yang khas disediakan untuk VIP, terdapat juga satu parking awam di jeti ini.
Waktu operasi Parking Jeti Mersing – 8am ke 6pm setiap hari
Kos parking di Jeti Mersing – RM15 sehari
Pelawat juga boleh menempatkan kereta mereka dekat Car Park Pulau Rawa yang bersebelahan dengan Mersing Harbour Centre. Car Park ini disediakan khas untuk pelawat ke Pulau Rawa sahaja dan hanya boleh digunakan oleh orang awam sekiranya ia tidak penuh.
Kos parking di Jeti Pulau Rawa- RM18 sehari
Untuk pemilik kereta yang perlukan tempat parking yang mempunyai perlindungan, mereka boleh email Mersing Harbour Centre 7 hari sebelum datang untuk buat tempahan slot.
Jeti ini juga menyediakan Car Park untuk orang kurang upaya.
Kemudahan di Jeti Mersing
Banyak kemudahan ditawarkan di jeti ini untuk kegunaan orang awam. Dari kedai makan, kiosk makanan ringan, tandas, kubikel mandi, bilik sembahyang ke bahagian hilang dan jumpa, Jeti Mersing merupakan satu jeti yang amat tip top di Malaysia.
Tempat penginapan berdekatan dengan Jeti Ini
Mersing menawarkan banyak pilihan untuk penginapan, merangkumi homestay, backpacker hostel ke hotel bertaraf bintang. Mersing mempunyai pilihan penginapan yang sesuai untuk semua jenis pelancong.