Jeti Kuala Perlis – Ayuh ke Langkawi!

Malaysia ni memang tak lekang dengan tempat berjalan-jalan yang cantik-cantik untuk dikunjungi terutamanya Pulau Langkawi. Pulau ini merupakan antara destinasi di Malaysia yang sering menjadi tumpuan pelancong. Kalau cuti sekolah je, memang ramai akan ke Pulau Langkawi. Maklumlah, banyak hotel-hotel murah yang cantik di sini.

Pelancong boleh pergi ke Langkawi melalui jalan udara ataupun jalan air. Jika melalui jalan air, anda boleh menaiki feri di salah satu jeti iaitu Jeti Kuala Perlis. Jeti ini merupakan pilihan utama pelancong untuk ke Pulau Langkawi kerana lebih cepat berbanding feri di Jeti Kuala Kedah.


Tempat Makan Berdekatan

tempat makan jeti kuala perlis

Jeti Kuala Perlis memang menjadi pilihan pelancong untuk ke Pulau Langkawi. Kepada anda yang datang awal dan mencari tempat makan di kawasan ini, ada beberapa tempat yang anda boleh cuba. Kedai-kedai makan di sini banyak walaupun kawasannya kecil. Mereka juga menjual makanan yang sedap-sedap terutama sekali juadah berasaskan ikan. Maklumlah, dekat dengan laut, jadi mestilah banyak juadah makanan laut di sini terutama sekali ikan bakar.

Kalau anda nak mencari makan di kawasan ini, anda boleh pergi ke kedai-kedai makan yang tertera di bawah. Menu-menu masakan juga pelbagai dan berbaloi untuk dicuba. Kalau nak makan lain tu kenalah pergi jauh sedikit.


Hotel Berdekatan

hotel kuala perlis

Kepada anda yang ingin datang awal ke Jeti Kuala Perlis dan ingin berehat sehari dua, anda boleh pergi je ke hotel-hotel berdekatan jeti. Banyak juga hotel yang ada di sini. Anda boleh datang ke hotel-hotel berdekatan dan rehat sebentar selepas berjam-jam mengambil perjalanan untuk ke Kuala Perlis. Harga yang ditawarkan juga murah-murah belaka, lagi-lagi ketika musim cuti dan mereka membuat promosi. Rumah tumpang pun ada juga untuk anda yang datang dengan kumpulan yang besar. 

Anda boleh membuat tempahan secara atas talian di mana-mana tempat penginapan di bawah. Semuanya memang berdekatan sahaja dengan jeti.


Kenderaan Awam ke Jeti

Bas Ekpres

bas ekpres

Untuk pergi ke Jeti Kuala Perlis anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ekspres. Bagus juga naik bas daripada memandu kereta kerana anda boleh rilek dan tidur je dalam bas. Anda yang ke sini akan turun di Terminal Bas Kuala Perlis tau. Dari situ, anda boleh bergerak sendiri ke Jeti Kuala Perlis. Jangan risau, jaraknya hanya beberapa minit sahaja kalau jalan kaki. Memang tak jauh pun.

Bagi anda yang datang dari jauh, lebih baik anda mengambil bas malam supaya anda boleh tiba ke jeti ini pada waktu pagi. Memang orang selalunya ambil yang malam lah. Anda juga dinasihatkan untuk membeli tiket pulang di kaunter bas pada hari ketibaan anda agar anda dapat balik pada waktu yang diinginkan.

Lokasi | Ulasan Google | Phone: 049855666

Kereta Api (KTM ETS)

ktm ets

Kalau anda nak menaiki kereta api ke jeti ini anda perlu turun di Stesen Arau, Perlis. Memang stesen terdekat untuk ke jeti ialah di Arau. Selepas itu, anda perlu menaiki teksi ke Jeti Kuala Perlis. Perjalanan mengambil masa kurang daripada 30 minit bergantung kepada keadaa trafik ketika itu. Harga teksi juga bergantung, tetapi memang lebih dari RM20. Anda memang kena pandai ‘nego’ dengan pakcik teksi tu. Kalau guna Grab pun boleh juga. 

Anda kena berhati-hati sikit bila naik teksi tu dan pastikan anda betul-betul jelas dengan harga mereka. Kadang-kala ada yang tak guna meter dan mengakibatkan anda terpaksa bayar harga teksi yang melampau. Anda juga boleh menggunakan servis bas tempatan yang jauh lebih murah di depan stesen tetapi anda perlu menaiki dua bas dari stesen ke Terminal Bas Kangar, kemudian tukar bas ke jeti. Kekerapan bas juga tidak menggalakkan.

Lokasi | Ulasan Google 


Cara Ke Jeti Kuala Perlis

Bas Ekspres

Anda hanya perlu berjalan beberapa minit untuk ke Jeti Kuala Perlis daripada Terminal Bas Kuala Perlis. Memang dekat je kedua-dua tempat ini.

Dari Ipoh, Perak

Jika anda bertolak dari Ipoh, Perak anda boleh menaiki bas ekspres di Terminal Bas Amanjaya dan turun ke Terminal Bas Kuala Perlis. Perjalanan akan mengambil masa melebihi 4 jam 30 minit. Harga tiket pula bermula daripada RM28.

Dari Butterworth, Pulau Pinang

Dari Butterworth anda perlu pergi ke Penang Sentral untuk menaiki bas ekspres dan membeli tiket ke Kuala Perlis. Anda boleh mendapatkan tiket serendah RM19. Dari Butterworth ke Kuala Perlis biasanya kurang 3 jam sahaja.

Dari KL & Selangor

Untuk anda yang datang dari KL & Selangor anda boleh ke beberapa terminal bas yang ada untuk ke Kuala Perlis. Anda boleh ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan), Terminal Bas Kajang, Terminal Bas Hentian Duta dan Terminal Bas Shah Alam. Harga tiket biasanya melebihi RM50 dan perjalanan pula melebihi 7 jam.

Dari Kuala Terengganu, Terengganu

Tiket bas ekspres dari Terminal Bas Kuala Terengganu ke Terminal Bas Kuala Perlis adalah dalam RM60 ke RM70. Bas akan mengambil masa selama lebih 10 jam untuk sampai. Oleh itu, anda disarankan mengambil bas malam agar dapat sampai pagi ke tengah hari.

Dari Kota Bharu, Kelantan

Di Kelantan, anda boleh menaiki bas ekspres di Terminal Bas Kota Bahru. Pilihan syarikat bas ekspres di sini agak terhad sikit jadi anda cuma ada beberapa pilihan untuk membandingkan harga tiket yang bermula dari RM45. Perjalanan ke Kuala Perlis mengambil masa selama kurang dari 7 jam bergantung kepada kesesakan lalu lintas.

Kereta Api (KTM ETS)

Anda perlu turun di Stesen Arau, Perlis. Seterusnya, anda menaiki teksi ke Jeti Kuala Perlis yang menelan kos melebihi RM20. Jarak kedua-dua tempat itu sepatutnya dalam 20 ke 30 minit sahaja. Bas tempatan juga ada untuk anda naik dan stesen berada di depan laluan keluar stesen. Akan tetapi anda perlu naik dua bas, satu dari stesen ke Terminal Bas Kangar dan satu lagi ke jeti.

Dari Ipoh, Perak

Anda boleh menggunakan perkhidmatan ETS di Ipoh untuk ke stesen KTM Arau. Perjalanan bakal mengambil masa lebih kurang 3 jam dan harga tiket pula bermula dari RM45. Memang kalau naik ETS ni mahal sikit tapi lebih selesa dan selamat dari naik bas.

Dari Butterworth, Pulau Pinang

Dari Butterworth ke Arau tiada ETS dan hanya ada KTM sahaja. Jadi, anda tidak dapat untuk menempah tiket awal. Harga tiket pula tidak sampai RM10. Perjalanan menaiki kereta api dijadualkan selama 1 jam 33 minit, mungkin lebih dan mungkin kurang.

Dari KL & Selangor

Kalau dari KL & Selangor, anda perlu pergi dulu ke ETS KL Sentral. Anda akan berada di dalam kereta api selama lebih 5 jam untuk sampai ke Arau. Harga tiket berbeza mengikut servis yang anda gunakan dan bermula dari RM73 untuk dewasa dan RM41 untuk kanak-kanak.


Tempat Parking

Mencari tempat letak kereta di Jeti Kuala Kedah ni bukanlah mudah, lagi-lagi tempat letak kereta yang selamat untuk meninggalkan kereta anda selama beberapa hari. Ada je disediakan parking untuk pelanggan yang menaiki feri. Akan tetapi, selalunya di situ memang penuh, lagi-lagi waktu cuti. Kalau anda nak cuba cari boleh je tapi bersedialah untuk dikecewakan. 

Disebabkan itu, ada beberapa tempat letak kereta lain yang anda boleh gunakan. Harga tempat-tempat parking di sini bermula daripada RM10 sehari. Walaubagaimanapun, anda perlu berhati-hati dengan ‘ulat parking‘ yang akan mengenakan cas yang tinggi kepada pelanggan.

1. Jeti Kuala Perlis

Bayaran Masuk: dari RM10

2. Yusof Bee Parking Enterprise

Alamat: Pekan Kuala Perlis, 02000 Kuala Perlis, Perlis

Bayaran Masuk: Berbumbung dan berpagar (RM15 sehari)

Lokasi | Ulasan Google 

Whatsapp Yusof Bee Parking

3. Parking Berbumbung Kuala Perlis

Alamat: 17 kg perak, Kampung Perak, 02000 Kuala Perlis, Perlis

Bayaran Masuk: Berbumbung (RM20)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Google

Whatsapp Parking Berbumbung Kuala Perlis


Kemudahan Jeti 

Di sini, ada beberapa kemudahan yang dapat anda nikmati sambil menunggu kedatangan feri ke Langkawi. Ada banyak kedai yang menjual barang-barang keperluan serta cenderamata kepada pengunjung. Kemudahan untuk warga emas dan orang kurang upaya juga terdapat di sini. Selain itu, di kawasan ini ada beberapa kedai runcit, mesin ATM dan kedai makan yang boleh anda singgah sebentar.

Yang bestnya, tempat menunggu memang luas walaupun pada hari cuti anda terpaksa duduk di lantai. Tempatnya juga bersih dan dijaga rapi.


Tempat Jalan-Jalan

Sambil-sambil nak ke Langkawi tu anda boleh lah pergi ke tempat-tempat menarik di Perlis ni. Tempat jalan-jalan yang agak dekat dengan jeti pun ada beberapa yang boleh anda pergi. Salah satu yang paling menarik ialah Masjid Terapung Kuala Perlis. Masjid ini menarik kerana reka bentuknya begitu cantik dan best untuk solat serta bergambar. Untuk yang nak makan, di sini memang banyak kedai ikan bakar yang boleh anda pergi. Ikan memang segar-segar di sini.

Pada waktu malam pula, anda boleh pergi ke Dataran Kuala Perlis. Banyak aktiviti yang sering dilakukan penduduk sekitar ni. Memang hidup dataran ni pada waktu petang ke malam.


 

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Kedai Coklat Langkawi Wajib Singgah (Konfem BEST!)

Langkawi ni selain terkenal dengan tempat-tempat menarik dan hotel mewah yang cantik, ianya juga sangat terkenal dengan coklat. Kalau sebut je tentang nak pergi...

Jeti Kuala Kedah – Jom Pergi ke Langkawi!

Bercuti di Pulau Langkawi memang seronok. Anda dapat melakukan banyak aktiviti-aktiviti yang menarik di sana. Boleh naik kereta kabel, boleh beli coklat murah-murah, dan...

15 Tempat Makan BEST di Langkawi yang WAJIB TRY

Percutian ke tempat menarik di Pulau Langkawi dan menginap di rumah tradisional tidak akan lengkap tanpa mengisi perut dengan makanan-makanan yang sedap. Jom kita...

Harga Tiket Cable Car Langkawi bagi Pemegang MyKad

Bagi anda yang bercuti ke Pulau Langkawi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba menaiki SkyCab atau lebih sinonim dipanggil cable car yang dianggap yang terbaik di Malaysia...

50+ Tempat Menarik di Langkawi Paling Menarik – Panduan Bercuti di Pulau Langkawi

Destinasi percutian di Malaysia yang tidak asing lagi, iaitu Pulau Langkawi menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pelancong lakukan. Jika seumur hidup tidak pernah bercuti...

10+ Kereta Sewa Di Langkawi Yang TERBAIK & Murah

Langkawi merupakan sebuah tempat pelancongan yang sering menjadi pilihan pelancong dari dalam mahupun luar negara. Permata Kedah ini mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang wajib...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Amira
Amira
2 years ago

Nak tanya, ada disediakan troli ke di jeti perlis?

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x