4 Cadangan Itinerari Percutian Menarik Ke Koh Lipe!

Koh Lipe sebuah pulau tropika yang menakjubkan di Thailand merupakan destinasi impian bagi para pelancong yang mencari ketenangan di pantai. Sekiranya anda merancang untuk ke sana bersama keluarga, rakan-rakan atau pasangan bulan madu, namun tidak tahu apa yang ingin dilakukan, di sini kami menyediakan itinerari ke Koh Lipe khas untuk anda!


4 Cadangan Itinerari Percutian Menarik Ke Koh Lipe, Thailand Khas Untuk Anda Sesuai Dilakukan Bersama Keluarga, Rakan-Rakan & Honeymooners!

1. Itinerari Koh Lipe 3 Hari 2 Malam

Hari Pertama:

Itinerari Koh Lipe - Tasneem Halal Food & Fireshow
Restoran Tasneem Halal Food dan pertunjukan api (fireshow)
  • Tiba di Koh Lipe dan daftar masuk ke penginapan
  • Makan malam di restoran halal, Tasneem Halal Food
  • Melihat pertunjukan api (fireshow) yang berdekatan

Hari Kedua:

Itinerari Koh Lipe - Nee Papaya Thaifood & Snorkeling
Restoran Nee Papaya Thaifood & BBQ di Walking Street & aktiviti watersport snorkeling
  • Menikmati sarapan lazat di hotel/resort
  • Melakukan aktiviti air seperti snorkeling, menyelam (diving) dan sebagainya – peralatan snorkeling dan menyelam boleh disewa dari Satun Dive
  • Aktiviti santai – free & easy
  • Pada waktu petang, berjalan-jalan, membeli-belah atau mencuba makanan di gerai-gerai di sekitar Walking Street
  • Menikmati makanan laut segar dan masakan Thai di Nee Papaya Thaifood & BBQ untuk makan malam
  • Aktiviti santai selepas makan malam dan berehat

Hari Ketiga:

Itinerari Koh Lipe - Pantai
Jalan-jalan di sekitar pantai yang berdekatan dengan hotel
  • Sarapan di hotel/resort
  • Berjalan dan bersantai di kawasan pantai yang berdekatan
  • Daftar keluar hotel/resort dan pulang dari Koh Lipe

Hotel Terdekat


2. Itinerari Koh Lipe 4 Hari 3 Malam

 Hari Pertama:

Itinerari Koh Lipe - Penginapan & Tasneem Halal Food
Penginapan berdekatan pantai, Anda Lipe Resort & Restoran Tasneem Halal Food
  • Tiba di Koh Lipe dan daftar masuk ke penginapan/hotel
  • Makan malam di restoran halal, Tasneem Halal Food
  • Melihat pertunjukan api (fireshow) yang berdekatan

Hari Kedua:

Itinerari Koh Lipe - Menyelam & Walking Street
Aktiviti menyelam & Walking Street
  • Menikmati sarapan lazat di hotel/resort
  • Melakukan aktiviti air seperti snorkeling, menyelam (diving) dan sebagainya – peralatan snorkeling dan menyelam boleh disewa dari Satun Dive
  • Aktiviti santai – free & easy
  • Pada waktu petang, berjalan-jalan, membeli-belah atau mencuba makanan di gerai-gerai di sekitar Walking Street
  • Menikmati makanan laut segar dan masakan Thai di Nee Papaya Thaifood & BBQ untuk makan malam
  • Bersantai dan berehat

Hari Ketiga:

Itinerari Koh Lipe - Koh Hin Ngam & BungRoon 3
Aktiviti Island hopping di Koh Hin Ngam & makan malam di BungRoon 3
  • Menikmati sarapan lazat di hotel/resort
  • Berjalan-jalan dan bersantai di kawasan pantai yang berdekatan
  • Aktiviti Beach Tours atau Island Hopping di pulau-pulau sekitar Koh Lipe
  • Makan tengah hari dan bersantai
  • Pada waktu petang, berjalan-jalan, membeli-belah atau mencuba makanan di gerai-gerai di sekitar Walking Street
  • Makan malam di BungRoon 3 dan mencuba menu lazat mereka iaitu pad thai seafood, siakap steam dan pelbagai makanan laut
  • Bersantai dan berehat

Hari Keempat:

Itinerari Koh Lipe - Anda Lipe Resort
Sarapan di hotel Anda Lipe Resort dan jalan-jalan sekitar pantai
  • Sarapan di hotel/resort
  • Berjalan dan bersantai di kawasan pantai yang berdekatan
  • Daftar keluar hotel/resort dan pulang dari Koh Lipe

Hotel Terdekat


3. Itinerari Langkawi – Koh Lipe 5 Hari 4 Malam

Hari Pertama:

Itinerari Koh Lipe - Pulau Langkawi
Kredit Gambar: Laman Web Summer Bay Resort
  • Tiba di Langkawi dan daftar masuk penginapan di Langkawi
  • Bersantai (free & easy)

Hari Kedua (pilihan 1 – penginapan berdekatan Jeti Kuah, Langkawi):

Itinerari Koh Lipe - Langkawi Fish Farm & Wildlife Park
Restoran Langkawi Fish Farm dan Langkawi Wildlife Park

Hari Kedua (pilihan 2 – penginapan berdekatan Jeti Telaga Harbour marina, Langkawi):

Pantai Kok Beach & Tapaz Restaurant
Jalan-jalan di sekitar Pantai Kok Beach dan makan malam di Restoran Tapaz
  • Menikmati sarapan lazat di hotel atau kawasan sekitar
  • Jalan-jalan di sekitar Jeti Kuah seperti Pantai Kok Beach
  • Melawat Langkawi Skybridge dan menikmati keindahan flora dari atas
  • Jalan-jalan dan makan tengah hari di sekitar Oriental Village
  • Menikmati makan malam di Tapaz Restaurant
  • Bersantai dan berehat (free & easy)

Hari Ketiga:

Tasneem Halal Food & Jeti Koh Lipe
Restoran Tasneem Halal Food di Walking Street dan Jeti Koh Lipe
  • Daftar keluar dari penginapan di Langkawi dan bertolak ke Jeti Kuah/Jeti Telaga Harbour Marina untuk ke Koh Lipe
  • Menaiki feri dari Jeti di Langkawi:Jeti Kuah – Berlepas pada jam 11.00 pagi (waktu Malaysia) dan perjalanan selama 1 jam 30 minitJeti Telaga Harbour Marina – Berlepas pada jam 10.30 pagi (waktu Malaysia) dan perjalanan selama 1 jam 30 minit
  • Tiba di Koh Lipe dan daftar masuk ke penginapan
  • Aktiviti santai (free & easy)
  • Berjalan-jalan, membeli-belah atau mencuba makanan di gerai-gerai di sekitar Walking Street
  • Menikmati makanan laut segar dan masakan Thai di Nee Papaya Thaifood & BBQ untuk makan malam
  • Aktiviti santai selepas makan malam dan berehat

Hari Keempat:

Walking Street & Bung Roon 3
Walking Street dan Restoran BungRoon 3
  • Sarapan di hotel/resort
  • Berjalan dan bersantai di kawasan pantai yang berdekatan
  • Melakukan aktiviti air seperti snorkeling, menyelam (diving) dan sebagainya – peralatan snorkeling dan menyelam boleh disewa dari Satun Dive
  • Menikmati makan tengah hari
  • Aktiviti Beach Tours atau Island Hopping di pulau-pulau sekitar Koh Lipe
  • Bersantai (free & easy)
  • Pada waktu petang, berjalan-jalan, membeli-belah atau mencuba makanan di gerai-gerai di sekitar Walking Street
  • Makan malam di BungRoon 3 dan mencuba menu lazat mereka iaitu pad thai seafood, siakap steam dan pelbagai makanan laut
  • Bersantai dan berehat

Hari Kelima:

Jeti Kuah & Jeti Telaga Harbor
Jeti Kuah dan Jeti Telaga Harbor, Pulau Langkawi
  • Daftar keluar dari penginapan di Koh Lipe
  • Menaiki feri dari Koh Lipe:Ke Jeti Kuah – Berlepas pada jam 9.30 pagi (waktu Thailand) dan perjalanan selama 1 jam 30 minitKe Jeti Telaga Harbour Marina: Berlepas pada jam 10.30 pagi (waktu Thailand) dan perjalanan selama 1 jam 30 minit
  • Tiba di Jeti Kuah atau Jeti Telaga Harbour Marina
  • Kembali ke Langkawi dan pulang

Hotel Terdekat


4. Itinerari Hat Yai – Koh Lipe 5 Hari 4 Malam

Hari Pertama:

Khlong Hae Floating Market & Songkhla Central Mosque
Pasar Terapung Khlong Hae dan Masjid Songkhla di Hat Yai
  • Tiba di Hat Yai pada waktu tengah hari atau petang
  • Daftar masuk ke penginapan di Hat Yai

Hari Kedua:

Kim Yong Market & Asean Night Bazaar
Kim Yong Market & Asean Night Bazaar
  • Jalan-jalan di Kim Yong Market dan kawasan sekitar
  • Singgah di Dimsum Chabura untuk makan tengah hari
  • Jalan-jalan di sekitar bandar Hat Yai
  • Bersantai (free & easy)
  • Jalan-jalan di sekitar Asean Night Bazaar dan makan malam
  • Bersantai dan berehat

Hari Ketiga:

Walking Street & Tasneem Halal Food
Walking Street dan Tasneem Halal Food
  • Daftar keluar dari penginapan di Hat Yai
  • Bertolak dari Hat Yai ke Jeti Pak Bara dengan menaiki mini bas/van/kereta selama 2 jam perjalanan
  • Menaiki feri dari Jeti Pak Bara untuk ke Koh Lipe (feri berlepas pada jam 11.15 pagi waktu Thailand dan perjalanan selama 1 jam 30 minit)
  • Tiba di Koh Lipe dan daftar masuk penginapan
  • Makan tengah hari di sekitar Koh Lipe
  • Berjalan-jalan, membeli-belah atau mencuba makanan di gerai-gerai di sekitar Walking Street
  • Makan malam di Tasneem Halal Food untuk menikmati hidangan Thai dan mencuba menu popular mereka iaitu seafood somtam
  • Bersantai dan berehat

Hari Keempat:

Diving & Koh Yang
Aktiviti watersport menyelam (diving) dan Koh Yang
  • Sarapan di hotel/resort
  • Berjalan dan bersantai di kawasan pantai yang berdekatan
  • Melakukan aktiviti air seperti snorkeling, menyelam (diving) dan sebagainya – peralatan snorkeling dan menyelam boleh disewa dari Satun Dive
  • Menikmati makan tengah hari
  • Aktiviti Beach Tours atau Island Hopping di pulau-pulau sekitar Koh Lipe
  • Bersantai (free & easy)
  • Pada waktu petang, berjalan-jalan, membeli-belah atau mencuba makanan di gerai-gerai di sekitar Walking Street
  • Makan malam di BungRoon 3 dan mencuba menu lazat mereka iaitu pad thai seafood, siakap steam dan pelbagai makanan laut
  • Bersantai dan berehat

Hari Kelima:

Jeti Koh Lipe
Jeti Koh Lipe di Pattaya Beach
  • Daftar keluar dari penginapan di Koh Lipe
  • Menaiki feri dari Koh Lipe: (feri berlepas pada jam 9.30 pagi waktu Thailand dan perjalanan selama 1 jam 30 minit)
  • Kembali ke Hat Yai dan pulang

Hotel Terdekat

Perkara menarik untuk anda baca:


Dengan itinerari ini, anda dapat merasai pelbagai memori indah di Koh Lipe. Setiap saat di Koh Lipe akan membawa kenangan tak terlupakan yang akan anda kenang selamanya. Jom merancang percutian anda ke Koh Lipe!

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

24 Hotel Menarik Berdekatan Pantai Di Koh Lipe

Selamat datang di Koh Lipe, salah satu destinasi pulau terindah di Thailand! Jika anda mencari pengalaman pantai yang istimewa lagikan romantis, maka Koh Lipe...

10 Tips Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ke Koh Lipe, Thailand

Keindahan pantai-pantai di Koh Lipe atau gelarannya ‘Maldives of Thailand’ akan membuatkan anda berasa tenang dan santai. Untuk pengetahuan anda, ramai pelancong yang memilih...

7 Tempat Menarik Di Satun, Bandar Berdekatan Hat Yai

Terletak di bahagian selatan Thailand, Satun adalah wilayah yang diberkati dengan keindahan semula jadi yang luar biasa. Dengan ekosistemnya yang pelbagai, pantai yang bersih...

7 Tempat Menarik Di Kuala Perlis, Bandar Berdekatan Koh Lipe

Kuala Perlis mempunyai banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi apabila singgah di negeri terkecil di Malaysia. Negeri di sempadan Malaysia-Thailand ini mempunyai pemandangan...

21+ Aktiviti yang Anda Tidak Mahu Ketinggalan Di Koh Lipe

Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Koh Lipe. Pulau kecil ini terletak jauh di selatan Thailand dan menjadi syurga kepada pengembara-pengembara. Dengan air...

Jom Tengok 25 Makanan Perlu Dicuba Di Koh Lipe

Koh Lipe adalah destinasi ideal buat para penggemar makanan laut di mana pelancong akan menemui banyak hidangan makanan laut di sekitar pantai dan Walking...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x