Isi Kandungan
Krabi ialah destinasi yang popular untuk meneroka perairan biru yang jernih sambil menikmati pelbagai aktiviti seperti snorkelling, berenang, dan berjemur di pantai terpencil. Krabi menawarkan banyak pilihan pantai dan pulau yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Di sini, anda berpeluang untuk memilih pakej island hopping yang tersedia disekitar pantai ataupun melalui pakej agensi pelancongan pilihan bagi memudahkan perancangan aktiviti anda. Aktivti island hopping di Krabi adalah aktiviti yang wajib dilakukan semasa melancong ke sini. Nak tahu apa dia? Mari kami terangkan untuk anda apa keistimewaan pulau-pulau di Krabi yang ditawarkan untuk kita!
6 Pulau Terkenal untuk Aktiviti Island Hopping di Krabi, Thailand
1. Ko Tub (Tub Island)
Ko Tub, atau dikenali sebagai Tub Island, adalah destinasi yang terkenal dengan sandbar yang muncul semasa air surut. Kemunculan sandbar di Ko Tub ini menampilkan satu laluan khas yang menghubungkan kawasan pantai Ko Tub dengan Ko Kai (Chicken Island). Pulau ini sangat ideal untuk aktiviti island hopping kerana anda dapat melakukan pelbagai aktiviti seperti snorkeling dan bersantai di pantai sambil menikmati air laut yang jernih. Pemandangan di sini sungguh indah dengan tebing kapur yang megah dan hijauan yang cantik menjadikannya tempat yang sempurna untuk melihat kecantikan semula jadi di Krabi.Â
Alamat: XR66+7PC, Ao Nang, Amphoe Mueang Krabi, Krabi, Thailand
Hotel Terdekat | Lokasi |Â UlasanÂ
2. Ko Poda (Poda Island)Â
Ko Poda, atau Poda Island, merupakan salah satu pulau tarikan pelancong untuk aktiviti island hopping. Pelancong gemar untuk berada di kawasan pulau ini sedikit lama semasa aktiviti island hopping kerana suasananya nyaman dan pantainya yang berpasir putih di sini adalah tempat yang ideal untuk berehat dan bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan. Selain daripada itu, Ko Poda juga menawarkan peluang snorkelling yang menarik, di mana anda dapat melihat coral reef yang berwarna-warni dengan kehidupan marin yang pelbagai. Aktiviti sukan air seperti kayaking dan menaiki banana boat juga sangat sesuai untuk dilakukan di sini.Â
Alamat: Mueang Krabi District, Krabi, Thailand
Hotel Terdekat | Lokasi |Â UlasanÂ
3. Ko Kai (Chicken Island)
Ko Gai atau Ko Kai (Chicken Island) adalah destinasi ikonik dalam melakukan aktiviti island hopping dalam kalangan pelancong. Pulau ini menjadi destinasi ikonik di Krabi kerana ia mempunyai rupa bentuk batu yang menyerupai kepala dan leher ayam. Hanya memiliki rupa bentuk tersebut, destinasi ini telah menjadi destinasi popular di kalangan pelancong terutama sekali untuk destinasi yang tersenarai dalam aktiviti island hopping ini. Selain itu, pulau ini turut terkenal dengan aktiviti snorkelling di mana anda dapat melihat keindahan bawah laut yang mengagumkan. Anda juga boleh bersantai di pantai berpasir dan menikmati ketenangan alam sekitar, menjadikannya tempat yang sempurna untuk berehat dan bersantai di Krabi.
Alamat: XR34+HPW, Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi 81000, Thailand
Hotel Terdekat | Lokasi |Â UlasanÂ
4. Ko Mor
Seterusnya, destinasi yang sering menjadi pilihan pelancong semasa menjalankan aktiviti island hopping adalah Ko Mor. Terletak antara Ko Poda dan Ko Kai, pulau ini adalah salah satu pulau yang menakjubkan di Krabi dan terkenal dengan keindahan sandbar yang hanya muncul semasa air surut. Apabila air surut, anda dapat menikmati percutian yang unik dengan berjemur di tengah-tengah laut, berjalan-jalan di atas pasir putih sambil meneroka air laut yang jernih. Pulau ini sangat sesuai untuk aktiviti berenang dan snorkelling, dengan pemandangan bawah laut yang memukau. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Ko Mor semasa ber-island hopping di Krabi!
Alamat: Ao Nang, Mueang Krabi District, Krabi, Thailand
Hotel Terdekat | Lokasi |Â UlasanÂ
5. Ko Thap
Ko Thap, destinasi island hopping yang sesuai untuk aktiviti snorkelling dengan kehidupan marin yang unik. Pulau ini popular kerana memiliki perairan yang kaya dengan flora dan fauna bawah laut yang indah. Berbanding dengan beberapa pulau lain yang mungkin lebih sesak dengan pelancong, Ko Thap lebih sunyi dan menawarkan suasana yang tenang. Jadi, jika anda mencari tempat yang aman untuk aktiviti island hopping yang santai, sesuai untuk melakukan snorkelling dan merasai kedamaian alam semula jadi, Ko Thap adalah pilihan yang terbaik.
Alamat: Mueang Krabi District, Krabi, Thailand
Hotel Terdekat | Lokasi |Â UlasanÂ
6. Ko Hong
Saving the best for last. Jika anda mahukan pengalaman yang istimewa dan penuh keajaiban alam, Ko Hong adalah destinasi island hopping yang ideal khas untuk anda! Ko Hong adalah destinasi yang menarik dengan air laut yang jernih, sesuai untuk aktiviti snorkelling yang membolehkan anda menikmati keindahan bawah laut yang kaya dengan pelbagai spesis marin. Selain itu, pulau ini juga menawarkan peluang untuk melakukan aktiviti hiking yang mengujakan! Disebalik bukit-bukit, terdapat panorama pemandangan laut yang menakjubkan sebagai latar belakang kawasan ini. Antara tarikan utama Ko Hong adalah kehadiran lagoon yang tersembunyi, menjadikannya sebuah ‘hidden paradise‘ di pulau ini yang patut anda terokai sepanjang anda ber-island hopping di sini.
Alamat: Mueang Krabi District, Krabi, Thailand
Hotel Terdekat | Lokasi |Â UlasanÂ
Krabi adalah destinasi hebat untuk ber-island hopping dan menerokai alam bawah laut yang menakjubkan. Jadi, jangan lepaskan peluang ber-island hopping di Krabi dan nikmati pengalaman yang mengagumkan ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda!Â
Ingin tahu senarai pantai yang berbaloi dilawati untuk lakukan aktiviti island-hopping? Klik sini!