Utama Tempat Makan Best Malaysia Tempat Makan Best Melaka Ikan bakar Melaka Terbaik – 12 Tempat makan Ikan Bakar yg Popular

Ikan bakar Melaka Terbaik – 12 Tempat makan Ikan Bakar yg Popular

21
149230
Ikan Bakar Melaka di Sungai Duyung

Hari tu bercuti ke Melaka, baru tahu yang Melaka memang banyak tempat makan yang best dan sedap. Kalau nak makan malam, destinasi yang dicadangkan sudah tentulah ke medan ikan bakar. Tapi mana yang TERBAIK?

Jom kita tengok 12 destinasi ikan bakar Melaka terbaik yang menjadi pilihan orang ramai. Satu kesimpulan yang boleh dibuat di 12 destinasi ikan bakar di Melaka makanan mereka semua sedap-sedap dan ikan juga segar-segar.


12 Restoran & tempat makan ikan bakar Melaka yang Terbaik

1. Ikan Bakar Muara Sungai Duyung

ikan bakar muara sungai duyung

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Ada dua kedai ikan bakar di area Sungai Duyong ini iaitu Anjung Muara Sungai Duyung dan satu lagi ialah Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung. Yang sering menjadi pilihan orang ramai kalau nak makan ikan bakar Melaka terbaik ialah di Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung. Jangan tertukar pulak yer. Lokasinya betul-betul di area kuala/muara Sungai Duyung.

Kalau di hari hujung minggu atau cuti umum, memang di sini sungguh ramai pelanggan dan kena beratur panjang. Walaupun dah tahu kena beratur panjang, tapi masih ramai pelanggan tetapnya yang datang. Ini kerana servisnya agak laju kalau dibandingkan dengan jumlah pengunjung yang ada di sini.Kebiasaannya anda kena beratur 2 kali, pertama kena beratur untuk mengambil meja makan. Seterusnya bila dah dapat meja makan, kena beratur sekali lagi untuk order ikan bakar. Apa boleh buat, kalau dah namanya kedai ikan bakar Melaka yang paling sedap katanya, semestinya ramai orang.

Peta LokasiJarak+60126362339

Alamat: Jalan Padang Temu, 75050 Melaka

Waktu Operasi: 4.00 pm – 11.30 pm


2. Ikan Bakar Parameswara Umbai Melaka

ikan bakar umbai melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Satu lagi destinasi ikan bakar Melaka yang sering menjadi terjahan pengunjung ialah di Ikan Bakar Melaka Umbai atau juga dikenali sebagai Ikan Bakar Parameswara. Jenis masakan yang disediakan juga pelbagai sama ada seafood ala thai, kerabu, goreng-gorengan dan lain-lain yang biasa kita dengar. Ada juga makanan santai yang lain yang menjadi pilihan pelanggan di sini seperti otak-otak Melaka. Seperti juga di medan ikan bakar lain di Melaka, di sini juga menyediakan nasi lemak bungkus sebagai alternatif lain untuk nasi putih. Memang macam gitu kot orang Melaka makan ikan bakar dengan nasi lemak. Pelik tapi benar dan sedap.

Lokasinya juga sangat menarik yang mengadap ke arah Selat Melaka, dan kalau time senja nan merah, memang ‘port baik punya’ untuk tangkap gambar atau swafoto. Ruangan kedai makan pun luas, terbuka dan sesuai untuk datang berdua atau secara berkumpulan. Salah satu kedai ikan bakar di Melaka yang popular dan selalu ramai orang. Jadi, kalau kena menunggu lama dan beratur panjang, jangan ‘ketat muka’ sudah.

Peta LokasiJarak+60123152301

Alamat: Medan Ikan Bakar, Pengkalan, 75460, Melaka

Waktu Operasi: 5.00 pm – 11.30 pm


3. Medan Ikan Bakar Melaka Serkam

medan ikan bakar melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Satu lagi destinasi ikan bakar yang juga popular di kalangan pelancong ialah di Medan Ikan Bakar Serkam yang terletak di Merlimau, Jasin dan berdekatan degan Masjid Jamek Serkam. Jaraknya sekitar 30 km dari bandar Jasin. Jauh sikit dari bandar Melaka kalau nak dibandingkan dengan lokasi di Sungai Duyong dan Umbai, tetapi kalau anda dari Muar, di sinilah destinasi ikan bakar yang akan anda jumpa dulu.

Kalau anda perasan, konsep destinasi di kebanyakan ikan bakar di Melaka yang popular lebih kurang sama. Tepi pantai/muara dan ada ‘Medan’. Kalau anda di Medan Ikan Bakar Serkam, cari gerai nombor 1 dan sebelah surau (Gerai Mohd Nizam bin Abdullah). Tempat letak kereta di sini juga luas dan senang selain ada kemudahan asas lain seperti tandas awam dan surau. Selain itu pantai pun dekat, anda boleh juga bersiar dan berjalan ambil angin pantai kalau rasa nak berkejaran di gigian pantai.

Peta LokasiJarak0677845211

Alamat: Jln Medan Ikan Bakar, 77300 Merlimau, Malacca

Waktu Operasi: 5.00 pm – 12.00 am


4. Medan Ikan Bakar Alai Crytal Bay, Melaka

ikan bakar alai

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Satu lagi medan ikan bakar di Melaka yang turut tidak ketinggalan menjadi terjahan-terjahan para pelancong iaitu Ikan Bakar Alai di Crystal Bay, Alai, Melaka.Kalau nak cerita bab menu masakan dan seafood apa yang ada di sini, memang semuanya ada dan segar-segar belaka. Keunikan menu masakan di sini semuanya lebih kurang sama. Banyak gerai di sini dan yang sering menjadi pilihan pengunjung ialah di gerai Seri Muara Alai Hj.Nasir Ikan Bakar. Ikan bakar alai Hj. Nasir ni memang best kerana rasa ikan yang tidak hanyir dan kuah cicah yang sedap.

Peta LokasiJarak+60122725310

Alamat: 8, Jalan Km 2, 75460 Melaka

Waktu Operasi: 6.00 pm – 12.00 am


5. D’Anjung Ikan Bakar

ikan bakar melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau anda menacari kedai makan ikan bakar Melaka yang bukannya medan selera, anda boleh ke D’Anjung Ikan Bakar. Mereka merupakan sebuah restoran makanan laut yang sedap dengan harga yang berpatutan. Tempat makan mereka ni memang luas dan sesuai untuk anda datang beramai-ramai bersama keluarga. Disebabkan itu, pada hujung minggu kadang-kala servis mereka agak lambat kerana ramai orang.

Di sini, anda boleh memilih jenis dan saiz ikan yang anda dambakan untuk dijadikan ikan bakar. Harga juga mengikut saiz dan jenis ikan yang ada pilih. Selain untuk dijadikan ikan bakar, anda juga boleh memilih ikan masak 3 rasa, ikan masak stim limau, dan asam pedas. Undang galah, ketam, sotong dan lala juga boleh dipilih untuk dijadikan apa-apa masakan pilihan anda.

Peta LokasiJarak+60122248494Facebook

Alamat: km. 15, Jalan Jeti Anjung Batu, 77300 Merlimau, Melaka

Waktu Operasi: 4.30 pm – 12.00 am


6. Hub Nelayan Medan Ikan Bakar Segar Hj. Musa

hub nelayan ikan bakar

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Memang luas-luas medan ikan bakar sedap di Melaka ni. Antara yang paling luas dan besar ialah Hub Nelayan Medan Ikan Bakar Segar Hj. Musa, Medan ikan bakar ni terletak hanya lebih kurang 10 minit je dari Bandaraya Melaka. Bila anda dah puas berjalan-jalan di Bandaraya Melaka, terus sahaja singgah ke sini untuk menikmati ikan bakar serta makanan laut lain yang segar-segar dan menyelerakan. Anda boleh pilih nak makan ikan siakap, ikan pari, sotong, kerang mahupun udang. Mereka akan masakkan juadah pilihan anda tu. Medan ikan bakar Melaka ni memang besar disertakan tempat letak kereta yang banyak. Memang wajarlah kalau anda datang beramai-ramai untuk menikmati juadah mereka bersama keluarga ataupun geng-geng anda.

Peta LokasiJarak+60172072836Facebook

Alamat: Kompleks Nelayan Sungai Duyong, 75050 Melaka

Waktu Operasi: 5.00 pm – 12.00 am


7. Restoran Ikan Bakar Malim

restoran ikan bakar malim

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Di Ayer Keroh, anda boleh cuba makan dia Restoran Ikan Bakar Malim untuk mendapatkan ikan bakar yang sedap. Retoran mereka berkonsepkan layan diri, jadi anda nak makan apa-apa tu sila ambil sendirilah ya. Anda boleh pilih ikan bakar mereka yang baru dimasak serta menu-menu masakan Melayu lain. Antaranya masak lemak siput sedut, asam pedas, kari kepala ikan, gulai kawah dan banyak lagi. Mereka juga ada aneka kuih muih dan murtabak.

Kedai ikan bakar Melaka ini terletak berhampiran MITC yang membuatkan ramai orang selalu beratur makan ketika makan tengah hari. Mereka memang bakar banyak ikan bakar, jadi cukup agakya untuk pelanggan mereka yang ramai ni.

Peta LokasiJarak+6062514234Facebook

Alamat: Jalan TU 40, Ayer Keroh, 75350 Ayer Keroh, Melaka

Waktu Operasi: 8.00 am – 6.00 pm


8. Deli Muara Ikan Bakar

deli muara melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Cakap je tentang ikan bakar dan masakan laut, Deli Muara Ikan Bakar memang sentiasa menjadi pilihan orang Melaka. Ikan bakar di sini memang sedap dan ikan mereka segar-segar belaka. Memang masakan mereka tak rasa hanyir. Masakan-masakan mereka yang lain juga tidak kurang hebatnya. Antara menu istimewa wajib cuba ialah udang celup tepung dengan pencicah istimewa, siakap black pepper, dan kupang masak ala cina.

Servis makanan di sini memang cepat walaupun pelanggan mereka ramai. Tempatnya juga luas dan bersih, sesuai menjadi port makan malam seisi keluarga.

Peta LokasiJarak+60172556650Facebook

Alamat: Restoran Deli Muara Ikan Bakar KM10, Muara Sungai Punggor, 75460, Melaka

Waktu Operasi: 5.30 pm – 12.00 am


9. Restoran Ikan Bakar Terapung Fort Supai

makanan laut

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda mencari tempat makan ikan bakar sedap di Melaka dengan pemandangan laut yang cantik, apa kata anda cuba di Restoran Ikan Bakar Terapung yang terletak di Fort Supai. Restoran ini terletak di atas air dan memang best untuk dijadikan tempat menikmati pemandangan matahari terbenam. Sambil-sambil tunggu makan malam siap, anda boleh menikmati suasana romatis bersama pasangan anda.

Menu-menu di sini adalah menu masakan laut dan makanan laut tersebut boleh dipilih sendiri saiz dan jenisnya. Kalau anda buntu, anda boleh sahaja meminta pelayan di sini untuk membantu anda membuat pilihan dengan memberikan pandangan mereka mengenai jenis masakan yang mereka sediakan. Servis mereka memang mantap jadi anda tidak perlu risau ketika bertanya.

Peta LokasiJarak+60123939324Facebook

Alamat: Fort Supai, Kampung Kuala Linggi, Melaka.

Waktu Operasi: 5.30 pm – 12.00 am


10. Ikan Bakar Pantai Kg. Hailam Tanjong Kling

ikan bakar sedap melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Di sini memang banyak juadah yang boleh anda dapati selain daripada ikan bakar mereka yang sememangnya lazat. Kedai ikan bakar Melaka ini ada juga menyediakan pelbagai jenis makanan untuk anda seisi keluarga. Lempeng, oden, sate dan nasi ayam adalah antara menu lain yang boleh dipilih disamping ikan bakar mereka yang segar. Selepas makan tu anda juga boleh berjalan-jalan menikmati pemandangan malam di jeti kampung ini. Memang best makan di sini kerana suasan kekampungan mereka tu.

Peta LokasiJarak+60102693936

Alamat: Tanjong Kling, 76400 Tanjong Kling, Malacca

Waktu Operasi: 7.00 pm – 12.00 am


11. Selera Kampung & Ikan Bakar Bukit Rambai

selera kampung melaka

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Di bandaraya Melaka ni memang banyak kedai makan best yang pasti membuat anda pening kepala. Selera Kampung & Ikan Bakar Bukit Rambai ni memang wajib pergi kalau anda dah ada di bandaraya Melaka tu. Dah nama kedai pun selera kampung, jadi memang banyak pilihan makanan kampung yang sedap-sedap lagi murah di sini. Masak lemak ada, asam pedas ada, dan sudah tentulah ikan bakar. Kedai makan ikan bakar sedap Melaka ini memang selalu ramai orang terutama sekali waktu makan tengah hari. Maklumlah orang lapar nak lunch, mesti nak cari makanan sedap je.

Peta LokasiJarak+60129741250

Alamat: 140, Taman Rambai Permai, 75250, Melaka

Waktu Operasi: 8.00 am – 4.30 pm (kecuali Jumaat)


12. No.4 Persona Ikan Bakar Umbai

no 4 pesona

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kedai nombor 4 di Medan Ikan Bakar Umbai ini menyediakan menu makanan laut daripada pelbagai pilihan haiwan laut yang segar-segar. Kedainya kecil sahaja, maklumlah mereka hanya terletak di dalam medan selera, akan tetapi, setibanya waktu makan malam, kedai ikan bakar ini akan dibanjiri perut-perut yang lapar. Masakan mereka memang sedap-sedap belaka terutama sekali ikan bakar. Masakan siakap dan ketam antara yang paling digemari disini kerana saiz mereka yang besar dengan harga yang berpatutan.

Kalau anda datang beramai-ramai, anda juga boleh mencuba shellout mereka di mana mereka menhidangkan campuran hidangan laut untuk dimakan bersama-sama. Hanya RM 30 sahaja untuk 2 orang makan.

Peta LokasiJarak+601115180890Facebook

Alamat: Jalan Medan Ikan Bakar Umbai-Pernu Pengkalan Pernu, 75460, Malacca

Waktu Operasi: 4.30 pm – 11.30 pm (kecuali Rabu)


Itulah dia Restoran & medan Ikan Bakar Melaka yang popular dan sering menjadi pilihan pengunjung. Menu masakan ikan bakar mana yang best dan paling sedap sebenarnya bergantung kepada lidah masing-masing. Soalan yang subjektif susah nak jawab.

Semoga membantu kita semua menerjah ke lokasi-lokasi ikan bakar di Melaka kelak. Selamat mencuba dan jangan lupa SHARE yer. Wassalam.

4.1/5 - (38 votes)
Subscribe
Notify of
guest

21 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
alan
alan
4 years ago

aku rasa sedap dan murah. Gerai no 4, Umbai.

Pengemar seafood ..Melaka.
Pengemar seafood ..Melaka.
5 years ago

maaf., jika tersinggung, sya manusia biasa2 jer.. dh bbrapa kali makan, ada mmg bagus.. ada tmpt mmg out.. di umbai juga duyong.. 1. Umbai.. tmptnya…jika ckp lawa..mmg x lh.. mana ikannya fresh..boleh ke dpt fresh setiap hari?.Ikan kembong aje.. sya nmpk..mcm ikan kotak jer…. 2. Timbang sotong besar2 belaka.. 600grm, bila datang sotong hancur..bila tanya kenapa sotong mcm ni..?. xjwp.. terus kedapur semula.. bila bwk datang semula.. sotong kecik2… ini sudah lain. bila sya kecaunter.. tya.. langsung xboleh jwp.. ckp maaf berpuloh kali.. ini nmpk menipu sgt.. jdnya.. awasi lh..apa yg kita mahu makan dengan hasil yg kita dapat.. jika… Read more »

Mat Apiz
Mat Apiz
1 month ago

1. Muara Sg Duyong terbaikkkkk dah bertahun makan sini, tak tukar dah tempat lain…

Atoi
Atoi
5 years ago

Antara ke 4 – 4 medan ikan bakar ini, yg mana yg sedap ye?

Ilya
Ilya
6 years ago

Service yg teruk. Order 3 lauk saja ambil.masa satu setengah jam. Anak sampai mengantuk nk tidur lauk tk sampai.sampai.

Tak digalakkn datang makan disini.

Joe
Joe
5 years ago
Reply to  Ilya

Maaf blh tau.. Yg ini ikan bakar yg mana?

Dr Vivy datin sherry
Dr Vivy datin sherry
6 years ago

Camne nak joien lidah lidah nasi lemak ni?? Teringin la plaks . Teringin la plaks. Tengs

KakLis
KakLis
7 years ago

Saya dh cuba makan dekat Mukmin Ikan bakar memang puas ati..sedappp harga berpatutan dan fresh. Layanan baik. Mmg ketam masak telur masin dia sodappp sgtt.. ikan bakar kuah pencicah pun sedap..satar pun sy order…mmg sedap panas dan isi ikan yg terasa pedas2 enaknya.. next time akan ke sini lagi.. tq di atas rekemended di atas. #willrepeat

Ayu
Ayu
6 years ago
Reply to  KakLis

Boleh tahu mukmin ikan bakar ni mat area mn ye

Adrian
6 years ago
Reply to  Ayu

Dekat alai
Contact owner 011 23690300

Sweetheart
Sweetheart
4 years ago
Reply to  Ayu

Di alai n cawangan umbai no 7

Rahsia income pasif 2016

teringin nak g umbai nak kna ikan bakar juga….lapar pulak rasanya….

asni
asni
7 years ago

x blh lawan dgn ikan bakar di tanjung lumpur, kuantan. lgi sedap..

21
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x