9 Resort & Chalet Tepi Pantai Di Pulau Tioman – RUGI TAK PERGI

Anda dah merancang untuk bercuti di negeri Pahang tapi tak tahu nak pergi dan menginap di mana? Jiwa anda dambakan ketenangan? Mata anda pula rindukan panorama biru laut?  Hentikan kegusaran anda tu! Ayuh kita melancong dan menginap di Pulau Tioman. Walaupun pulaunya kecil dengan hanya berkepanjangan 20 km dengan lebar 12 km, anda pasti akan terpukau dengan keindahan Pulau Tioman.

Tidak hairanlah jika ianya menjadi destinasi tarikan pelancongan yang terbaik di Malaysia dan sentiasa menjadi pilihan pelancong dalam membeli pakej pelancongan. Dikelilingi oleh hutan hujan yang tebal dan perairan air yang dipenuhi kehidupan marin, ada 1001 sebab bagi anda pencinta alam semula jadi untuk datang bercuti di sini. Jangan tunggu lama-lama dan segera datang ke sini kerana Pulau Tioman menanti kedatangan anda.


9 Resort & Chalet Tepi Pantai Di Pulau Tioman yg BEST

1. Salang Indah Resort

CariDestinasi Salang Indah Resort

Resort yang dikelilingi oleh hutan yang mekar, Salang Indah Resort merupakan lokasi penginapan yang wajib anda cuba jika sudah ke Pulau Tioman. Ianya kaya dengan alam semula jadi dan juga padat dengan kemudahan untuk para pelancong serta dengan aktiviti-aktiviti menarik untuk dilakukan. Ada 25 bilik yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian anda di sini. Ada untuk couple, triple dan juga family room. Pastinya, anda akan dapat kemudahan seperti akses wifi, televisyen skrin rata dan juga penghawa dingin.

Anda jangan lepaskan peluang untuk lakukan aktiviti snorkelling. Anda pasti akan terpesona dengan melihat pembentukan terumbu karang serta ikan-ikan kecil yang berenang di sekelilingnya. Anda dah selam air tu, apa kata jika anda merentasi hutan hujannya yang tebal serta berkepanjangan 3.5 KM. Anda akan sampai ke Ayer Batang dan Panuba Bay dalam masa dua jam. Pastikan anda pakai baju dan kasut yang sesuai ya?

Alamat: Salang Indah Tioman, Kampung Salang, Pulau Tioman, 26800 Kuala Rompin, Pahang

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong

Pakej Percutian


2. Sun Beach Resort

CariDestinasi Sun Beach Resort

Anda nak menginap di resort yang berkonsepkan Rumah Melayu? Jom, datang ke Sun Beach Resort. Bilik-bilik dan dekorasi dalam resort juga dibina dengan seni orang Melayu. Mempunyai 52 bilik secara keseluruhan ianya dilengkapi dengan kipas dan juga penghawa dingin. Anda boleh memilih bilik mengikut bilangan ahli keluarga anda. Ada bilik keluarga sehingga ke bilik pasangan untuk berbulan madu. Yang pastinya, anda tak perlu bersempit-sempit kerana ruangan bilik memang luas.

Dereten resort juga terletak di hadapan pantai. Buka sahaja pintu anda akan melihat pantai dan laut. Memang mengasyikkan. Kebersihan chalet ini juga berada di tahap optimum berdasarkan ulasan tetamu yang pernah tinggal di sini. Jarak dari Jeti Kampung Genting hanya 100 meter sahaja, lokasi yang mudah diakses dan memang dekat dengan resort. Anda boleh scuba diving, snorkelling, berkayak, berenang, jungle trekking dan macam-macam lagi. Tak rugi datang sini!

Alamat: Kampung Genting, Pulau Tioman, Pahang, 86807

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong

Pakej Percutian


3. Paya Beach Resort

CariDestinasi Paya Beach Resort

Turut dikenali dengan Paya Beach Spa & Dive Resort, Paya Beach Resort menawarkan penginapan tepi pantai. Resort ini hanya berjarak 5 minit berjalan kaki dari Jeti Kampung Paya. Perjalanan ke Pulau Ringgit mengambil masa 20 minit dan 40 minit untuk ke Air Terjun Mukut dan Pulau Tulai. Anda dah sampai Tioman, apa lagi pergilah lah snorkelling. Memang aktiviti yang wajib dilakukan di sini.

Dihiasi dengan perabot kayu, setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin dan juga balkoni peribadi. Anda juga boleh menempah bilik suite terpilih dimana suite ini memberikan anda pemandangan tepi laut dan juga pantai. Istimewanya di sini, anda boleh membuat kejutan untuk yang tersayang dengan memesan hidangan barbeku persendirian dan menikmati makan malam romantik di tepi pantai. Tentunya, akan jadikan percutian anda lebih bermakna.

Alamat: Lot 71 & 77, Kampong Paya, Pulau Tioman, Johor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong

Pakej Percutian


4. Aman Tioman Beach Resort

CariDestinasi Aman Beach Resort

Lokasinya terletak hanya 100 meter dari Jeti Kampung Paya, Aman Tioman Beach Resort menampilkan atmosfera taman dan bar. Anda menginap di resort yang berkonsepkan taman tetapi masih dapat rasai angin laut. Paling penting, anda tidak akan terlepas akan panorama laut jernih Tioman. Selain mempunyai kolam renang batu, resort ini juga menawarkan balkoni di seluruh unit bilik. Jadi anda tak perlu keluarkan caj tambahan lebih hanya untuk mempunyai bilik yang ada balkoni.

Kemudahan yang disediakan di resort ini juga memang sangat memuaskan. Anda akan dapat menonton televisyen dengan televisyen skrin rata. Setiap bilik mempunyai bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian. Ada pilihan tetapan air panas juga jika anda tidak ingin mandi air sejuk. Anda juga boleh berjalan kaki ke kedai bebas cukai dan membeli-belah hingga penat. Borong lah apa sahaja yang anda hajati, harga memang terlajak murah!

Alamat: Lot 73 Kampung Paya Pulau Tioman, 26800 Mersing, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong

Pakej Percutian


5. The Barat Tioman Resort

CariDestinasi Barat Tioman Resort

Barat Tioman Resort terletak di Kampung Juara, Pulau Tioman. Dikelilingi oleh hutan tropika, resort ini berada di kawasan tengah perkampungan dan hanya berjarak 5 km dari Lapangan Terbang Tioman. Lokasi yang strategik dan memang mudah diakses. Anda boleh memilih untuk menginap di unit yang mempunyai pemandangan kolam renang atau anda boleh menaik taraf ke bilik yang berhadapan dengan pemandangan laut.

Kemudahan yang disediakan di setiap bilik juga mesra tetamu. Anda boleh menonton televisyen di televisyen skrin rata, peti sejuk mini, dan ada teh dan kopi disediakan untuk anda. Anda juga boleh duduk dan lepak di bar atas bumbung sambil menikmati pemandangan laut. Memang menenangkan!

Alamat: Lot 438 Kampung Juara Pulau Tioman, 26800 Kuala Rompin, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong

Pakej Percutian


6. Tunamaya Beach & Spa Resort

CariDestinasi Tunamaya Beach & Resort

Tunamaya Beach & Spa Resort mengambil masa dua jam perjalanan menaiki feri dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin. Untuk sampai ke Jeti Kampung Genting anda harus menaiki bot laju dan mengambil masa kira-kira 15 minit. Memperkenalkan villa-villa berkonsepkan moden dan berhawa dingin pastinya anda akan berasa seronok menginap di sini.

Resort ini juga ada menawarkan aktiviti snorkelling, dapatlah anda lihat ikan-ikan kecil di laut Tioman yang jernih ini. Anda pasti ingin berasa relaks sewaktu bercuti bukan? Anda patut cuba rawatan urutan badan di Spa Tunamaya. Anda pasti akan berasa lebih segar dan bertenaga selepas mendapat urutan di sini. Di setiap villa ada ruangan balkoni untuk para tetamu, bolehlah anda duduk dan nikmati angin laut Tioman.

Alamat: Lot 20 & 21, Sarang Burung, Kg. Mukut, 26800 Pulau Tioman, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong

Pakej Percutian


7. Panuba Inn Resort

CariDestinasi Panuba Inn Resort

Anda inginkan penginapan yang privasi? Panuba Inn Resort merupakan pilihan yang ideal untuk anda. Terletak di teluk persendirian utara Pulau Tioman dan mempunyai pantai berpasir yang putih, kehidupan marin yang menarik serta laut yang biru dan jernih. Meskipun lokasi resort ini terletak berjauhan dengan resort yang lain namun ia berada di lokasi yang damai dengan pemandangan yang menakjubkan. Barulah seronok dan ada privasi kan?

Penginapan yang disediakan di sini dibina dengan kayu dan terletak di atas panggung bukit yang dikelilingi oleh pokok kelapa dan tumbuh-tumbuhan bunga. Anda juga boleh pilih untuk menginap di rumah batu dua tingkat sekiranya anda datang bersama keluarga yang besar. Ada banyak aktiviti yang anda boleh buat di sini antaranya junggle trekking, snorkeling, berjemur dan juga mandi di kolam renang. Dapat juga anda terokai laut dan hutan.

Alamat: Panuba Inn Resort, Jeti Kampung Air Batang (Pulau Tioman) – Jeti Kampung Salang (Pulau Tioman), 26800 Pulau Tioman, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong


8. Japamala Resort By Samadhi 

chalet pulau tioman japamala

Anda pasti pernah mendengar akan Villa By Samadhi yang mewah di Kuala Lumpur bukan? Nah, di Pulau Tioman juga ada cawangannya iaitu, Japamala Resort By Samadhi. Ianya terletak di tengah-tengah hujan tropika Pulau Tioman dan berjarak 20 minit sahaja dari Lapangan Terbang Tioman. Anda ditawarkan dengan penginapan yang elegen dengan teres, manakala vila dan suite dihiasi dengan perhiasan kayu yang asli dan klasik.

Ciri-ciri hiasan dalaman juga diambil dari Bali. Rekaan tingkap juga dibiarkan terbuka agar cahaya matahari dapat masuk ke ruangan bilik. Anda boleh menikmati makanan di dua buah restoran yang memang terkenal di sini. Resort Tamarind Tioman yang menyajikan makanan Indo-China dan Thailand, manakala Restoran Mandi-Mandi menawarkan makanan barat. Anda wajib datang ke makan ke restoran ini, jika sudah sampai ke sini.

Alamat: Japamala Resort Kampung Lanting, 26800 Pulau Tioman, Pahang Darul Makmur

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong


9. Minang Cove Resort

CariDestinasi chalet pulau tioman Minang Cove

Anda inginkan tempat penginapan dengan kawasan pantai peribadi? Ayuh menginap di Minang Cove. Untuk sampai ke sini, anda harus menaiki feri dari Jeti Mersing selama 2 jam untuk sampai ke Jeti Kampung Genting. Perjalanan yang pastinya berbaloi kerana setibanya anda di sini, anda akan dapat melihat air laut yang biru dan sangat jernih.

Anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini contohnya snorkelling, jungle trekking dan juga pelancongan pulau. Tetamu juga boleh berjalan-jalan dan bersantai di sepanjang pantai. Anda juga boleh menikmati juadah di restoran yang menyajikan menu masakan tempatan dan juga antarabangsa. Resort ini juga turut menyediakan balkoni peribadi menghadap laut. Pastinya panorama yang memang sangat menakjubkan!

Alamat: Minang Cove, 86800 Tioman Island, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong

Pakej Percutian


Inilah antara resort dan chalet di tepi pantai yang dijamin akan memberikan anda penginapan yang selesa. Walaupun Pulau Tioman merupakan pulau yang kecil, tapi daya tarikan dan keindahannya memang tidak dapat disangkal lagi. Anda bukan sahaja boleh menginap tapi macam-macam aktiviti boleh anda lakukan di sini. Pastinya membuatkan percutian relaks dengan panorama laut yang indah anda akan lebih bermakna dan diingati. Jadi, selamat bercuti dan selamat datang ke Pulau Tioman.

4.7/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Pakej Percutian Pulau Tioman Yang Best

Pulau Tioman yang terletak di Pahang adalah salah satu destinasi percutian terkenal di Malaysia dan juga dunia. Yang menariknya, bentuk pulau ini kelihatan seperti...

Top 10 Pakej Honeymoon di Pulau Yang Best

Anda akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan anda terfikir di mana mahu pergi honeymoon atau berbulan madu bersama pasangan anda? Biasanya untuk honeymoon...

Bercuti di Pulau Tioman – Pulau yg BEST utk Bersantai

Setiap tahun Pulau Tioman menjadi destinasi percutian yang kerap dikunjungi pelancong tak kira dari dalam mahupun luar negara. Pulau di Pahang ini merupakan salah...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x