Isi Kandungan
Adakah anda memilih Teluk Intan sebagai destinasi pilihan untuk bercuti atau menetap di homestay? Pastinya anda telah merancang pelbagai aktiviti menarik yang akan anda lakukan sepanjang berada di sana.
Bandar Teluk Intan ini mempunyai tarikannya yang tersendiri iaitu mempunyai bangunan bersejarah jam tinggi. Selain itu, jika anda berkunjung pada waktu malam, bangunan tersebut pastinya akan kelihatan lebih cantik ditambah pula dengan hiasan lampu yang berwarna-warni.Â
Selain itu, Teluk Intan juga mengalu-alukan kedatangan kaki pancing. Hal ini kerana, terdapat banyak jeti bot-bot memancing yang terletak di pinggir bandar. Dengan adanya pelbagai tempat menarik ini, kami pasti ianya memikat anda untuk datang dan bercuti ke sini.Â
Namun, jika anda masih buntu untuk mencari tempat penginapan yang sesuai, jangan risau, kerana kami akan membantu anda dengan menyenaraikan top enam homestay terbaik di Teluk Intan yang patut anda cuba! Semoga membantu!
6 Homestay di Teluk Intan yg Best dan Selesa
1. Bayu Homestay Teluk Intan, Taman Seri Setia
Jika anda sedang bercuti dengan jumlah keluarga yang besar, anda boleh cuba untuk menginap di Bayu Homestay Teluk Intan. Terletak di Taman Seri Setia, Teluk Intan, homestay ini menawarkan penginapan yang lengkap dan sangat selesa.
Bukan itu sahaja, homestay ini juga turut mempunyai tempat khas untuk BBQ dan grill. Ianya sangat sesuai jika anda ingin berkumpul beramai-ramai bersama keluarga mahupun rakan-rakan rapat anda.Â
Homestay ini turut mempunyai tempat letak kenderaan yang luas dan besar, jadi anda tidak perlu risau jika anda datang beramai-ramai. Tambahan lagi, suasana homestay ini ketika waktu malam sangat menenangkan, dan menariknya, kolam untuk kanak-kanak juga ada disediakan. Menarik bukan?
Oleh itu, datanglah beramai-ramai dan rasailah sendiri pengalaman anda menginap di sini!
Alamat: No 9785, Jalan Pulai Taman Seri Setia, 36000 Teluk Intan, Perak
Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan
2. Little Kampung Vacation House, Taman Intan Baru
Little Kampung Vacation House memiliki keunikan yang mampu menarik minat para pengunjung untuk menginap di sini, tidak kira penduduk tempatan mahupun pelancong asing.Â
Memilih konsep rumah kampung, anda pastinya akan terasa seperti berada di kampung halaman dan semestinya akan menggamit kenangan lalu. Menariknya, homestay ini juga menyediakan sebuah garaj khas untuk setiap bilik. Jadi, anda tidak perlu berebut dengan pengunjung lain.Â
Walaupun homestay ini dikatakan tampak klasik dan eksklusif, namun anda tidak perlu risau kerana harganya sangat berpatutan. Buat anda yang mengimpikan suasana kampung yang tenang, maka ini adalah pilihan homestay yang terbaik buat anda.
Ayuh, tak perlu berlengah lagi, klik sahaja nombor di bawah untuk buat tempahan!
Alamat: 333A, Jalan Intan Baru, Taman Intan Baru, 36000 Teluk Intan, Perak
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan
3. Aufa Homestay, Taman Melor
Sering menjadi pilihan utama, Aufa Homestay ini dikenali dengan homestaynya yang sangat selesa di samping tuan rumahnya yang sangat baik dan peramah. Berkonsepkan rumah teres yang mempunyai tiga bilik dan dilengkapi dengan pendingin hawa, semestinya homestay ini memberikan anda keselesaan.Â
Istimewanya homestay ini, ia mampu memuatkan sehingga 15 orang pada satu masa! Jadi, jika anda bercuti bersama keluarga besar, ini adalah pilihan yang tepat. Selain itu, homestay ini juga terletak berhampiran dengan bandar, dan di sekitarnya juga terdapat pelbagai jenis kedai dan kemudahan lain.Â
Jika anda merancang untuk berkunjung ke sini, kami sarankan anda untuk menghubungi mereka terlebih dahulu kerana homestay ini sentiasa penuh, terutama ketika musim cuti sekolah!
Alamat: 57, Lorong 2, Taman Melor, 36000 Teluk Intan, Perak
4. Homestay Teluk Intan Tok Perak DB, Kampung Selabak
Bagi anda yang inginkan percutian yang menenangkan dan inginkan suasana kampung yang tenang, homestay Teluk Intan Tok Perak DB ini merupakan pilihan terbaik.Â
Lokasinya yang terletak di Kampung Selabak, kawasan kampung yang jauh dari bandar, menjadikannya salah satu homestay yang sering menjadi pilihan kerana ianya terhindar dari gangguan bunyi bising. Tambahan pula, keadaan perkampungan sekeliling yang tenang serta nyaman menambahkan lagi suasana yang mendamaikan.
Selain itu, kelengkapan yang disediakan seperti pendingin hawa pastinya menambahkan lagi keselesaan di sini. Oleh itu, kami pasti anda semestinya akan berpuas hati dengan layanan yang diberikan sekiranya anda memilih untuk menginap di sini!
Alamat: No 19 Lorong Taqwa, Taman Taqwa, Jalan Kampung Selabak, Jalan Padang Tembak, 36000 Teluk Intan, Perak
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
5. Anson Bali Living, Taman ManggisÂ
Lihat saja pada namanya anda boleh merasakan betapa eksklusifnya homestay ini. Anson Bali Living ini sememangnya menawarkan anda tempat penginapan yang sangat selesa.
Selain itu, homestay di Teluk Intan ini turut mempunyai restoran mereka sendiri. Anda sememangnya patut cuba untuk makan di sini kerana hidangannya yang lazat dan harga yang ditawarkan juga berpatutan.Â
Bagi mereka yang ingin bersantai di bilik sahaja, homestay ini pastinya menjadi pilihan utama anda kerana setiap bilik mereka dilengkapi dengan televisyen yang telah disertakan dengan aplikasi ‘Netflix’.Â
Klik sahaja butang WhatsApp di bawah dan buatlah tempahan anda sekarang, kami pasti anda tidak akan menyesal!
 Alamat: 1861, Jalan Manggis, Taman Manggis, 36000 Teluk Intan, Perak
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan
6. Homestay Hawa Teluk Intan, Taman Padang Tembak
Homestay Hawa atau Homestay Aisyah2 ini mempunyai tiga bilik tidur serta ruang tempat letak kenderaan yang luas, menjadikan ianya sesuai untuk mereka yang ingin bercuti bersama keluarga besar. Selain itu, homestay ini juga dilengkapi dengan kemudahan lain seperti pendingin hawa, peti sejuk, pemanas air dan banyak lagi.Â
Homestay ini juga mempunyai ruang dapur yang sangat luas serta alat perkakas yang lengkap, jadi anda boleh gunakannya untuk memasak. Walaupun masih belum ramai yang mengetahui tentang kewujudan homestay ini, namun anda boleh cuba dan kongsilah pengalaman menarik anda.
Jika anda seorang Muslim yang merancang untuk menginap di sini, anda juga masih beribadah dengan senang di sini. Hal ini kerana homestay ini terletak berdekatan dengan Masjid Taqwa di Jalan Padang Tembak.Â
Alamat: No.5, Lot 8446, Lorong Jaya, Taman Padang Tembak, 36000 Teluk Intan, Perak
Kami pasti, tempat penginapan yang selesa merupakan kunci utama dalam sebuah percutian. Percutian bersama keluarga pastinya akan menjadi lebih seronok dengan adanya aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama.
Oleh yang demikian, amat penting untuk anda mengkaji dahulu tempat penginapan yang ingin dipilih samada menepati kriteria anda ataupun tidak. Kami harap dengan adanya senarai homestay Teluk Intan ini, anda dapat membuat keputusan yang tepat.
Tempat penginapan sudah pun ada, bagaimana pula dengan aktiviti yang anda akan lakukan di sana? Jika anda masih tidak tahu mahu buat apa di Teluk Intan, anda boleh lihat artikel kami ini tentang 7 Tempat Menarik Di Teluk Intan – Untuk Seisi KELUARGA. Semoga membantu!