Isi Kandungan
Percutian yang menyeronokkan tidak akan sempurna tanpa adanya tempat penginapan yang menarik dan selesa. Setelah seharian anda bersiar-siar menikmati keindahan dan tempat menarik di Tambun, Perak, sudah pastinya anda memerlukan penginapan atau homestay yang selesa untuk anda berehat.
Berbanding dengan hotel dan chalet, homestay adalah pilihan yang lebih baik kerana ianya lebih berbaloi dan lebih privasi. Namun, beberapa faktor perlu diambil kira dalam memilih homestay yang sesuai.
Keselamatan, keselesaan dan harga merupakan antara faktor terpenting yang perlu dititikberatkan. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana di sini kami akan bantu anda dengan senaraikan tujuh pilihan homestay di Tambun. Semoga membantu!
7 Homestay di Teluk Intan
1. Homestay Puncak Tambun, Taman Puncak Tambun IndahÂ
Homestay ini menjadi pilihan ramai kerana lokasinya yang strategik iaitu hanya 5-15 minit sahaja untuk ke Lost World of Tambun. Homestay yang berkonsepkan minimalis ini sangat sesuai untuk anda yang datang bersama keluarga besar. Istimewanya, homestay ini menawarkan pemandangan Bukit Batu Kapur yang nyaman dari induk Banjaran Titiwangsa!
Selain itu, homestay ini turut menyediakan kemudahan lain seperti tempat BBQ, kolam renang dan ruang untuk bersantai. Anda bukan sahaja dapat berehat, malah turut dapat melakukan aktiviti bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain.
Namun, kami sarankan anda untuk merancang percutian anda dan menempah lebih awal kerana homestay ini sentiasa penuh terutama ketika musim cuti sekolah! Maklumlah, homestay ini sangat popular dan cantik!
Alamat: 92, Hala Tambun Indah 4, Taman Puncak Tambun Indah, Tambun, 31400 Ipoh, Perak
Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram |Â Email | Ulasan PelangganÂ
WhatsApp Homestay Puncak Tambun
2. MH Homestay Tambun A, Jalan Bandar Baru Tambun 7
Homestay seterusnya ini memiliki dua jenis, iaitu A dan B. Namun, jika anda berkunjung ke Tambun, anda boleh menempah jenis A kerana ianya terletak di Bandar Baru Tambun. Homestay ini menawarkan anda penginapan yang selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang pastinya memudahkan urusan anda ketika bercuti.Â
Konsep homestay ini dikatakan agak moden dan cantik, dan pastinya anda boleh jadikan setiap sudut di dalam homestay ini sebagai tempat untuk bergambar. Walaupun begitu, anda tidak perlu risau akan harganya kerana ianya sangat berpatutan. Cepat, tempah homestay anda untuk percutian yang lengkap dan selesa!
Alamat: 23, Jalan Bandar Baru Tambun 7, Bandar Baru Tambun, 31400 Ipoh, Perak
Lokasi | Facebook | Ulasan PelangganÂ
3. Tambun Pool Villa, Hala Taman Tambun 2
Jika anda mengimpikan penginapan yang selesa, indah dan menyeronokkan, Tambun Pool Villa ini merupakan pilihan yang sesuai untuk anda. Homestay ini hadir dengan kolam renang khas untuk anda dan uniknya, kolam ini dihiasi dengan lampu LED, tanaman hiasan serta air pancut yang menarik!
Selain itu, terdapat juga kolam ikan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis ikan seperti ikan koi dan ikan hiasan yang lain yang pastinya menarik perhatian anda. Dari sudut bilik pula, homestay ini menawarkan anda kualiti bertaraf lima bintang.
Menariknya, setiap bilik dihiasi dengan tema warna berbeza yang pasti akan memberikan anda ketenangan. Homestay ini juga menyediakan anda kemudahan lain seperti televisyen, wifi dan buaian untuk anda bersantai. Ianya terbukti salah satu homestay terbaik yang patut anda cuba sekiranya anda berkunjung ke Tambun!
Alamat: 2, Hala Taman Tambun 2, Taman Tambun, 31400 Ipoh, Perak
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Email |Â Ulasan PelangganÂ
4. Atlantis Pool Villa Tambun Ipoh, Taman Tambun Permai
Terletak berhampiran dengan Lost World of Tambun dan hanya 13 minit ke Bandar Ipoh, mereka yang menginap di Atlantis Pool Villa Tambun ini pastinya amat selesa kerana ruanganya yang cukup luas. Homestay ini mempunyai enam bilik tidur dan lima bilik mandi dan mampu memuatkan sehingga 17 orang.Â
Bagi anda yang merancang untuk berkumpul beramai-ramai dengan keluarga besar mahupun rakan-rakan, kami pasti homestay ini adalah pilihan terbaik. Selain itu, homestay ini juga turut menyediakan tempat untuk BBQ, jadi anda boleh melakukan aktiviti dan bersantai bersama-sama.
Walau bagaimanapun, anda disarankan merancang cuti anda terlebih dahulu sebelum menempah homestay ini. Hal ini kerana ia hanya dibuka untuk pengunjung dari Ahad hingga Khamis sahaja.
Alamat: 5, Lengkok Tambun Permai 2, Taman Tambun Permai, 31400 Ipoh, Perak
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email |Â Ulasan PelangganÂ
WhatsApp Atlantis Pool Villa Tambun
5. Maira Homestay Tambun Ipoh, Taman Tambun Baru
Homestay ini merupakan sebuah rumah dua tingkat dihiasi dengan taman landskap sesuai untuk anda sekeluarga menginap dan bersantai. Homestay ini sering menjadi pilihan ramai kerana terletak di taman perumahan strategik berhampiran dengan pelbagai kemudahan seperti kedai runcit, klinik dan masjid.
Homestay ini pastinya memenuhi citarasa anda kerana dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta memberi anda keselesaan. Kebanyakan pengunjung yang telah menginap di sini sangat berpuas hati dengan layanan baik yang diberikan serta mencadangkan pada kawan-kawan yang lain untuk datang menginap di sini.
Di sini juga, anda tidak perlu risau akan keselamatan kereta anda. Ini kerana anda akan disediakan dengan tempat letak kenderaan yang luas dan muat sehingga empat buah kereta. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk datang dan menginap di sini sementar slot masih kosong!
Alamat: Taman Tambun Baru, 31400 Ipoh, Perak
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan
6. My Kampung Chalet, Ampang Baru New Village
Melihat saja pada namanya, pasti anda sudah dapat menggambarkan suasana yang tenang dan nyaman seperti berada di kampung halaman. My Kampung Chalet ini semestinya sesuai buat anda yang mengimpikan suasana yang aman damai.
Menariknya tentang homestay ini, harganya yang sangat berpatutan. Anda boleh mendapatkan homestay ini dengan harga bermula RM80 untuk satu malam. Berbaloi bukan?Â
Keadaan bilik ini berkonsepkan rumah kampung dan tradisional. Namun, anda tidak perlu risau, walaupun dikatakan kampung, anda akan merasai nikmat udara semula jadi yang pastinya nyaman dan tenang.
Selain itu, pemilik homestay ini juga dikatakan peramah dan sangat mesra. Satu tips untuk anda yang ingin berkunjung ke sini, anda disarankan untuk datang pada waktu perayaan ataupun cuti sekolah, kerana anda boleh mendapatkan homestay ini dengan harga tawaran yang menarik!
Alamat: Plot 160184, Ampang Baru New Village, 6, Jalan Ampang, Bandar Baru Tambun, 31350 Ipoh, Perak
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email |Â Ulasan PelangganÂ
7. Homestay Kak Jah Lost World, Taman Pakatan Jaya
Jika anda merancang untuk bercuti ke Lost World of Tambun, pastinya anda inginkan tempat penginapan yang berhampiran dengan destinasi yang ingin dituju., bukan? Jadi, Homestay Kak Jah ini merupakan pilihan yang tepat untuk anda kerana ianya terletak berhampiran dengan taman tema tersebut.Â
Walaupun rumah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang anda perlukan dan semuanya serba lengkap, namun anda tidak perlu risau akan harga kerana ia sangat berpatutan. Homestay ini juga sentiasa berada dalam keadaan bersih tau! Cepat klik nombor di bawah untuk membuat tempahan!
Alamat: 29, Jalan Pakatan Jaya 1, Taman Pakatan Jaya, 31150 Ulu Kinta, Perak
Lokasi | Facebook | Ulasan PelangganÂ
Kami yakin anda pastinya amat teliti dalam membuat pemilihan tempat penginapan yang terbaik. Jadi, kami harap dengan senarai homestay terbaik di Tambun yang telah kami sediakan ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat keputusan yang tepat.
Jika anda juga sedang mencari homestay yang menarik di sekitar Kuala Terengganu, anda boleh melayari artikel kami di mana kami senaraikan 10 Homestay di Kuala Terengganu – Menarik dan Mesra Bajet.