8 Homestay Terbaik di Seremban untuk Pilihan Anda!

Negeri Sembilan terkenal dengan tempat pelancongan yang cantik dan menarik. Bertambah seronok apabila negeri ini mempunyai pantai yang cantik dan makanan yang pelbagai. Ianya juga menjadi tumpuan bagi mereka yang tinggal berdekatan seperti Lembah Klang dan Melaka untuk datang bercuti dan berjalan bersama keluarga di sini pada hujung minggu. 

Tapi, bagi pelancong dari luar kawasan, mesti pening nak pilih homestay yang terbaik untuk menginap di kawasan Seremban. Jangan pening, jom kita tengok 8 homestay terbaik di Seremban untuk pilihan anda!

8 Homestay di Seremban


1. Homestay Alhaz, Taman Perwira

Homestay Alhaz, Taman Perwira

Homestay yang terletak di Taman Perwira ini menjadi antara pilihan pengunjung juga untuk menginap di Seremban. Homestay ini sangat besar dan mempunyai kolam renang kecil untuk anda mandi manda bersama keluarga mahupun rakan-rakan tersayang.

Pengunjung yang ingin bercuti di Seremban boleh menginap dengan harga yang murah dan berbaloi di homestay ini. Seterusnya, anda juga boleh menikmati BBQ sambil melepak bersama rakan-rakan. Rumah ini boleh muat sehingga 15 orang tau. Wah, mesti seronok kan dapat rumah yang selesa semasa bercuti ramai-ramai bersama insan tersayang.

Alamat: 388, Jalan Perwira 3, Taman Perwira, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Homestay Alhaz 


2. Ubaid Homestay, Taman Cengal Utama

Ubaid Homestay, Taman Cengal Utama

Homestay yang terletak di Seremban ini sangat cantik dan kemas. Mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air, anda tidak perlulah berebut untuk menggunakan bilik air apabila situasi mendesak, bukan? Rumah ini turut dilengkapi oleh perabot yang lengkap seperti penapis air, wifi, tv, peti ais dan sebagainya. 

Homestay ini juga berdekatan dengan tempat pelancongan yang menarik seperti Galeri DiRaja Tuanku Ja’afar, Gunung Angsi, Kompleks Kraf dan sebagainya. Haa, menarik kan? Bolehlah datang bercuti di hujung minggu ke sini bersama keluarga dan rakan-rakan anda. 

Alamat:  482, Lorong Cengal Utama 5/1, Taman Cengal Utama, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Semak Harga | Lokasi | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Ubaid Homestay


3. Kairos Villa, Pantai

Kairos Villa, Pantai

Homestay seterusnya adalah Kairos Villa yang terletak di Batu Pantai, Seremban. Villa besar ini sangat sesuai untuk dijadikan homestay bagi anda yang datang dalam kuantiti yang besar. Bagi anda yang mahu buat family gathering dan team bonding juga sesuai untuk menginap di sini.

Villa yang terletak di atas bukit ini memberikan suasana yang tenang dan nyaman bagi pengunjung yang datang. Jika anda ingin lari dari kesibukan kota, ini lah homestay yang sangat sesuai untuk anda. Cantik dan mewah kan? Bukan selalu boleh menikmati pemandangan matahari terbenam seperti ini. 

Cepat tempah homestay anda sekarang! 

Alamat:  Lot 3133, Jalan Pantai, Batu 9 Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Kairos Villa


4. Aimas Homestay Senawang, Taman Desa Orkid

Aimas Homestay Senawang, Taman Desa Orkid

Homestay 2 tingkat ini juga menjadi salah satu pilihan pengunjung yang datang untuk menginap di sini. Rumah ini mempunyai 2 bilik tidur penghawa dingin dan kelengkapan asas rumah yang lengkap.

Jika anda inginkan penginapan yang bajet, homestay ini boleh menjadi pilihan anda. Kebanyakan pelanggan juga berpuas hati dengan servis dan layanan yang diberikan. Lokasinya yang terletak berhampiran dengan tempat-tempat melancong yang menarik memudahkan anda untuk akses ke tempat yang dituju. 

Alamat: 27, Jalan Desa Orkid 2, Taman Desa Orkid, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Aimas Homestay


5. NZ Homestay Seremban, Taman Bukit Kepayang

NZ Homestay Seremban, Taman Bukit Kepayang

Homestay yang terletak di Bukit Kepayang ini merupakan homestay 2 tingkat yang mempunyai 4 bilik tidur. Rumah yang besar, cantik dan kemas ini sering menjadi pilihan pengunjung untuk melakukan team bonding, family gathering atau lepak santai bersama keluarga yang besar.

Dilengkapi dengan kelengkapan dan perabot yang kemas memberi keselesaan kepada pengunjung yang menginap di sini. Jika berkelapangan, anda juga boleh melawat tempat menarik yang berada di sekitar homestay ini seperti Taman Muzium Seremban, Bukit Galena Park 2 dan sebagainya. Menarik kan?

Alamat: Residence, 1541, Jalan TBK 8/1, Taman Bukit Kepayang, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp NZ Homestay


6. Safira Homestay Seremban, Safira Apartment Seksyen E

Safira Homestay Seremban, Safira Apartment Seksyen E

Safira Homestay ini terletak di Safira Apartment mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Apartment ini mempunyai perabot yang lengkap seperti wifi, katil, tv, mesin basuh, peti ais dan sebagainya.

Lokasi yang berdekatan dengan pusat membeli belah seperti AEON, Mydin dan Lotus memudahkan anda untuk mencari makanan atau keperluan diri. Selain itu juga, homestay ini berdekatan dengan bandar Seremban jadi mudah untuk anda berjalan dan mencari makanan serta tempat menarik di kawasan berhampiran.

Homestay ini juga mempunyai ciri keselamatan CCTV, jadi anda tidak perlu risau tentang keselamatan anda. Jika anda berminat, anda boleh menempah melalui laman web Agoda mereka dengan menekan link Semak Harga di bawah.

Alamat: Safira Apartment Seksyen E, Persiaran S2/E1, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan


7. Homestay Bosa Senawang, Taman Nusa Intan

Homestay Bosa Senawang, Taman Nusa Intan

Homestay seterusnya adalah Homestay Bosa Senawang yang terletak di Taman Nusa Intan. Ia boleh menjadi alternatif kepada anda yang ingin mencari penginapan di kawasan Seremban kerana ia hanya 20 minit dari Seremban. 

Homestay ini pun tidak kurang juga hebatnya. Menariknya homestay ini, ia mempunyai 5 bilik tidur dan 5 bilik air. Anda juga boleh mendapatkannya dengan harga yang sangat murah dan berbaloi untuk seisi keluarga sekiranya datang menginap di sini.

Di samping itu, kawasan homestay ini senyap dan tenang. Jadi, anda tidak perlu pening dan bimbang dengan bunyi bising ketika sedang berehat dan bercuti. Beberapa pelanggan berpuas hati dengan keadaan homestay ini dan menyatakan hasrat untuk datang menginap lagi apabila ke Seremban. 

Alamat: 1362, 12, Jalan Nusa Intan 1, Taman Nusa Intan, 70450 Senawang, Negeri Sembilan

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Homestay Bosa


8. DF Zaheenulfitri Homestay,  Forest Heights

DF Zaheenulfitri Homestay,  Forest Heights

Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur yang dilengkapi oleh perabot untuk keseluruhan satu rumah. Homestay ini boleh muat sehingga 8 orang dalam satu rumah. Suasana dan keadaan rumah yang bersih dan kemas menjadikan homestay ini jadi pilihan di kalangan pengunjung yang datang ke Seremban. 

Kebanyakan pengunjung yang datang memberikan respon yang baik selepas menginap di rumah ini. Mana tidaknya, anda boleh dapatkannya dengan harga yang murah dan berpatutan!

Alamat: 638, Jalan Forest Heights 4/4, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp DF Zaheenulfitri


Ini adalah antara 8 homestay terbaik di Seremban untuk anda pilih dan cuba untuk percutian anda ke Negeri Sembilan. Sekiranya datang ke Seremban, jangan lupa singgah dan berjalan di tempat-tempat menarik serta mencuba makanan yang ada di sana.!

Jika anda ingin mencari penginapan keluarga yang lain di Seremban, anda boleh layari artikel 10 Penginapan Keluarga Terbaik di Seremban – Back to Nature.

4.7/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Tempat Menarik di Seremban Sesuai utk Hujung Minggu

Sedang merancang percutian ke Seremban, Negeri Sembilan tetapi masih buntu idea tentang tempat-tempat menarik yang ada di sana? Jangan risau, kami senaraikan 10 tempat...

Top 5 Kereta Sewa di Port Dickson & Seremban yg Terbaik

Adakah anda ingin melancong ke negeri Sembilan dan ingin mencari kereta sewa di Port Dickson dan Seremban yang best? Jika ya, anda berada di...

10 Penginapan Keluarga Terbaik di Seremban – Back to Nature!

Apabila merancang untuk mengadakan weekend getaway berkonsepkan alam semulajadi bersama keluarga, pasti anda akan terfikirkan destinasi-destinasi yang menjadi pilihan ramai seperti Janda Baik &...

10 Kafe ‘Instagrammable’ Di Seremban!

Pada masa kini, kafe moden sudah banyak terdapat di setiap tempat dan tidak susah untuk anda mencarinya. Kebiasaan menu-menu di kafe ini berbentuk seperti...

37+ Tempat Makan Best di Seremban Paling POPULAR untuk Pelancong

Seremban terkenal sebagai destinasi terbaik untuk seorang pelancong menerokai majoriti makanan kenegerian orang Negeri Sembilan. Sekiranya anda baru pertama kali nak bercuti di Seremban,...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x