7 Homestay di Segamat yang Patut Anda Kunjungi!

Musim cuti sekolah bakal kunjung tiba? Anda sudah merancang percutian istimewa bersama keluarga tersayang? Bagi mereka yang mempunyai jumlah keluarga yang ramai, pastinya homestay menjadi pilihan berbanding hotel. 

Ini kerana homestay terbukti lebih luas dan selesa. Namun, terdapat beberapa faktor yang perlu anda ambil berat sebelum memilih homestay pilihan anda terutamanya dari segi harga dan kelengkapan yang disediakan. 

Kadangkala, ada pemilik homestay yang suka mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran yang tinggi terhadap pengunjung. Oleh itu, anda haruslah mengkaji dahulu tempat tersebut sebelum melakukan tempahan.

Bagi mereka yang memilih Segamat sebagai destinasi pilihan untuk percutian anda, di sini kami bantu anda dengan senaraikan tujuh pilihan homestay di Segamat yang patut anda kunjungi. Semoga membantu!

7 Homestay di Segamat


1. Homestay Segamat – Impian Sharezain, Bukit Siput

Homestay Segamat - Impian Sharezain, Bukit Siput

Homestay ini merupakan antara homestay yang sering menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin menginap di Bandar Segamat. Homestay ini sesuai untuk mereka yang bekeluarga besar kerana ianya memiliki 10 bilik standard. 

Setiap bilik tersebut dibina secara berkembar serta dilengkapi dengan bilik air, pendingin hawa, pemanas air dan pelbagai kelengkapan lain. Menariknya di sini, homestay ini memiliki dua jenis kolam renang khas untuk dewasa dan kanak-kanak.

Selain itu, homestay ini turut menyediakan mesin basuh untuk kegunaan anda. Jadi, anda tidak perlu untuk bersusah payah pergi ke dobi. Persekitarannya juga sangat luas dan selesa. Jadi, jika anda berkunjung ke Segamat, anda perlu cuba untuk menginap di sini!

Alamat: 6, Jalan West, Bukit Siput, 85020 Segamat, Johor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Segamat Impian


2. Homestay Segamat Villa Seri Intan, Kampung Sulir

Homestay Segamat Villa Seri Intan, Kampung Sulir

Homestay Segamat Villa Seri Intan ini juga sering menjadi pilihan pengunjung di Segamat. Hal ini kerana homestay ini memiliki suasana yang berkonsepkan tradisional, iaitu reka bentuk yang unik dan cantik.

Malah, bagi mereka yang pernah menginap di homestay ini, mereka turut mengesyorkan homestay ini kepada orang lain yang ingin mencari tempat penginapan di sekitar Segamat. 

Di samping itu, homestay ini menyediakan tempat letak kereta khas untuk anda secara percuma, jadi anda tidak perlu risau. Selain itu, homestay ini juga menyediakan beberapa kelengkapan lain yang pastinya dapat memudahkan urusan anda. Jadi, tunggu apa lagi, klik link di bawah untuk maklumat lanjut!

Alamat: Lot 1597 Jalan Sulir Kampung Sulir, Pekan, 85000 Segamat, Johor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Villa Seri Intan


3. Homestay Bandar Putra IOI Segamat, Jalan Putra 1/18

Homestay Bandar Putra IOI Segamat, Jalan Putra 1/18

Homestay yang terletak di tengah Bandar Segamat ini semestinya mampu menarik minat ramai pengunjung kerana lokasinya yang dikatakan agak strategik. Merupakan sebuah rumah yang mempunyai 4 bilik serta 2 bilik air, pastinya homestay ini sesuai untuk keluarga yang inginkan keselesaan.

Walaupun homestay ini dikatakan sedikit kecil kerana ianya adalah rumah berbentuk semi-d, namun anda tidak perlu risau. Bak kata pepatah, “kecil-kecil cili padi”, homestay ini menawarkan pelbagai kemudahan yang pastinya dapat memenuhi citarasa anda. 

Jika anda ingin mengetahui maklumat tentang lebih lanjut, anda boleh hubungi mereka dengan menekan butang WhatsApp di bawah.

Alamat: 12, Jalan Putra 1/18, Bandar Putra, 85000 Segamat, Johor

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Homestay Bandar Putra


4. Homestay Berata Segamat, Kampung Berata

Homestay Berata Segamat, Kampung Berata

Jika anda masih mencari tempat yang sesuai untuk berkumpul seisi keluarga dan mengadakan pelbagai jenis aktiviti, Homestay Berata ini adalah pilihan jawapan yang tepat! 

Tarikan utama di sini adalah homestay ini menyediakan kolam bagi dewasa dan kanak-kanak. Menariknya kolam tersebut adalah kerana ia sangat luas serta berbumbung! Selain itu, homestay ini turut menyediakan tempat untuk anda mengadakan BBQ dan mempunyai ruang santai yang bersih dan selesa.

Jika anda berkunjung ke sini, jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan tempat ini pada waktu malam. Hal ini kerana anda dapat merasai suasana seperti berada di kampung halaman!

Alamat: Lot 1006, Jalan Mohamad, Kampung Berata, 85000 Segamat, Johor

Semak Harga | Lokasi | Blog | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Homestay Berata


5. Homestay Hajjah Rozana, Kampung Batu Hampar

Homestay Hajjah Rozana, Kampung Batu Hampar

Homestay Hajjah Rozana yang terletak di kawasan Kampung Batu Hampar ini memberikan anda peluang untuk merasai pengalaman bercuti yang seronok dan selesa. Homestay ini menawarkan bilik yang pastinya membuatkan anda selesa dan dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain. 

Jika anda masih mencari tempat untuk menginap di kawasan Segamat, anda boleh menginap di sini. Pastinya anda akan berasa gembira kerana ianya menepati citarasa anda. Tidak perlu berlengah lagi, klik butang WhatsApp di bawah untuk membuat tempahan!

Alamat: Jalan Temenggong, Kampung Batu Hampar, 85000 Segamat, Johor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Homestay Hajjah Rozana


6. My Segamat Homestay, Bandar Putra 

My Segamat Homestay, Bandar Putra 

Jika anda mementingkan keselamatan, homestay ini adalah pilihan yang pastinya menepati citarasa anda. Terletak di Bandar Segamat, homestay ini dilengkapi kawalan CCTV 24 jam dan semestinya harga yang dikenakan juga amatlah berpatutan. 

Jangan risau sekiranya kelengkapan yang disediakan tidak mencukupi, anda boleh minta kemudahan tambahan seperti tuala dan linen katil dengan bayaran tambahan. Jika anda merancang untuk bercuti ke Segamat, tempahlah homestay ini, pastinya anda tidak akan menyesal!

Alamat: 32, Jalan Putra 1/17, Bandar Putra, 85000 Segamat, Johor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp My Segamat Homestay 


7. Aurora Homestay, Segamat (Deluxe), Buloh Kasap

Aurora Homestay, Segamat (Deluxe), Buloh Kasap

Aurora Homestay ini dibina khusus buat mereka yang datang bercuti tetapi ingin berjimat. Homestay ini menyediakan bilik yang selesa buat pengunjung, dan didatangi dengan pendingin hawa serta beberapa kelengkapan keperluan yang lain. 

Walaupun kurang mendapat ulasan di laman Google, namun majoriti dari mereka memberi ulasan yang positif. Jika anda ingin mencari penginapan yang selesa dengan harga berpatutan, anda patut cuba untuk menginap di sini!

Alamat: No 7, Jalan Sejati 6, Taman Tasik Sejati, Buloh Kasap, 85000 Segamat, Johor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Aurora Homestay


Kesimpulannya, kami harap dengan adanya artikel tujuh homestay di Segamat yang patut anda kunjungi ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat pilihan terbaik untuk percutian anda ke Segamat.

Kami yakin setiap orang pastinya mengimpikan sebuah percutian yang menggembirakan, dan salah satu faktor yang menyumbang kepada kegembiraan itu adalah tempat penginapan yang selesa. Semoga artikel ini bermanfaat buat anda!

Jika anda juga sedang mencari homestay di sekitar Bangi, anda boleh melayari artikel kami di mana kami senaraikan 7 Homestay di Bangi Yang Selesa Untuk Keluarga Anda.

5/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x