Isi Kandungan
Jika anda datang ke Seberang Jaya, sudah semestinya anda ingin melawati ke tempat-tempat menarik dan bersejarah. Pasti ramai yang belum tahu bahawa di Seberang Jaya terdapat Taman Burung, Taman Tunku, Masjid Jamek, kedai makan yang best dan banyak lagi.
Namun, setelah seharian berjalan-jalan, pastinya anda menginginkan penginapan yang selesa dan terbaik untuk berehat, bukan? Jadi, kami telah menyenaraikan 6 homestay berdekatan Seberang Jaya pilihan pengunjung untuk anda.
6 Homestay di Seberang Jaya
1. Teratak Bonda Homestay, Kampung Sutera
Homestay Teratak Bonda merupakan homestay yang sering menjadi pilihan pelanggan untuk menginap. Terletak di Kampung Sutera Seberang Jaya, homestay ini berkonsepkan rumah teres dua tingkat dan berpagar.
Homestay ini mempunyai 5 buah bilik yang lengkap dengan katil yang selesa untuk bermalam. Terdapat juga meja makan, televisyen dan sofa di ruang tamu. Oleh kerana homestay ini mempunyai halaman luas di hadapannya, pernah juga pelanggan menyewa untuk membuat majlis pertunangan dan perkahwinan di sini.Â
Jadi, homestay ini amatlah sesuai untuk anda yang menginginkan sebuah penginapan yang besar dan selesa. Harganya juga berpatutan, dan ramai pelanggan mengatakan pemiliknya memberikan servis yang terbaik. Jika berminat, anda boleh memilih homestay ini untuk menginap bersama keluarga ataupun rakan-rakan.
Alamat: Teratak Bonda Homestay, Kampung Sutera Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang
Lokasi | Facebook | Email | Ulasan PelangganÂ
2. Homestay Al Faizin, Taman Pauh Jaya
Homestay yang seterusnya bernama Al Faizin ini mempunyai okasi yang strategik kerana terletak di tengah bandar Seberang Perai. Homestay yang besar, cantik dan bersih ini mampu memuatkan 15 orang dewasa dalam satu rumah.
Ia menawarkan 4 buah bilik tidur yang dilengkapi dengan penghawa dingin. Juga terdapat 3 bilik air, ruang tamu lengkap dengan sofa, televisyen serta ruangan dapur yang lengkap dengan peralatan memasak. Jadi, homestay ini sangat selesa, seolah-olah berada di rumah sendiri.
Harganya yang ditawarkan juga berpatutan. Dan ramai pelanggan berpuas hati dengan servis yang diberikan dan mengesyorkan kepada anda. Jadi, anda boleh membuat tempahan melalui WhatsApp sekiranya ingin menginap di sini.
Alamat: 8, Lorong Pauh Jaya 4/4, Taman Pauh Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang
Lokasi | Facebook | Email | Ulasan PelangganÂ
3. Homestay Seberang Jaya, Desa Sembilang
Seterusnya, terdapat sebuah homestay di Seberang Jaya yang berkonsepkan apartment di ruangan paling bawah. Ianya juga berdekatan dengan Tesco Seberang Jaya. Harganya sewaan nya juga dikatakan murah berbanding dengan homestay lain.
Homestay ini menawarkan 5 buah bilik tidur, sofa, televisyen, peti sejuk, peralatan memasak dan banyak lagi. Setiap bilik tidur mempunyai banyak katil di dalamnya. Jadi, tidak risaulah jika anda mempunyai ahli ramai untuk menginap di homestay ini. Di ruangan luar pula terdapat kerusi dan meja batu, mudah untuk anda bersantai.
Rata-rata pelanggan memberikan ulasan yang positif berkenaan homestay ini. Jadi, jika anda inginkan homestay di Seberang Jaya yang murah mengikut keperluan bajet anda, jangan lupa pilih homestay ini!
Alamat: A-G-05, Lorong Sembilang 32, Apartment Depan Masjid, Jalan Sembilang 2, Desa Sembilang, Perai, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang
Lokasi | Blog | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan
WhatsApp Homestay Seberang Jaya
4. Vintage Homestay, Lebuhraya Kurau Taman Siakap
Terdapat juga sebuah homestay yang berdekatan dengan kawasan Seberang Jaya yang bernama Homestay Vintage. Homestay yang berkonsepkan fully furnished ini telah mendapat sambutan hangat dari pelanggan-pelanggan sebelumnya. Jika anda membawa keluarga yang besar ataupun rakan-rakan, inilah homestay yang sesuai untuk anda.Â
Homestay yang mempunyai pagar ini sangat disyorkan kepada pelanggan yang mementingkan keselamatan. Bukan itu sahaja, halamannya yang luas juga akan memudahkan anda untuk parkir kereta dengan selamat.
Rata-rata pelanggan berpuas hati dan memberikan ulasan yang positif tentang homestay ini. Untuk sebarang pertanyaan mengenai homestay ini, anda boleh menghubungi pemiliknya melalui WhatsApp.
Alamat: 35, Lebuhraya Kurau Taman Siakap, 13700 Seberang Perai, Pulau Pinang
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan
5. Lampam Homestay, Seberang Jaya
Seterusnya, terdapat sebuah lagi homestay yang selesa dan besar, berkonsepkan rumah teres dua tingkat di Lorong Lampam. Homestay ini juga berpagar, jadi mudah untuk pelanggan parkir kereta mereka di dalamnya.
Ianya dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Jangan risau, setiap bilik mempunyai penghawa dingin. Terdapat juga perabot dan peralatan yang lain untuk memudahkan pelanggan yang menginap di sini. Bukan itu sahaja, wifi turut disediakan. Ramai pelanggan telah memberikan ulasan yang baik dan mengatakan homestay ini bersih dan besar.
Harga homestay ini untuk satu malam hanya RM250 sahaja. Murah dan berbaloi, kan? Jadi, jika anda berminat, jangan lupa untuk membuat semak harga terlebih dahulu dan rancang perjalanan anda agar semuanya berjalan lancar.Â
Alamat: 45, Lorong Lampam, Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang
Semak Harga | Lokasi | Blog | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan
6. Casa Cottage Muslim Homestay, Taman Pauh Jaya
Homestay yang menjadi pilihan pengunjung seterusnya bernama Casa Cottage Muslim yang terletak di Taman Pauh Jaya. Menariknya homestay ini kerana ianya berkonsepkan rumah teres 3 tingkat. Dalamannya yang kelihatan elegan dan mewah akan memberikan keselesaan kepada pelanggan yang datang menginap.
Homestay yang besar dan fully furnished ini mampu memuatkan ramai orang di dalamnya. Jadi, kepada anda yang memiliki keluarga yang besar, homestay ini sangat sesuai untuk anda.
Harga untuk satu malam homestay ini berjumlah RM370, tetapi ramai mengatakan pemiliknya dikatakan ramah dan mesra pelanggan. Jika anda memilih banyak hari untuk menginap, pemiliknya akan memberikan diskaun kepada anda! Wow, menarik kan?
Jika anda memerlukan kenderaan, pemiliknya juga menawarkan sebuah kereta Toyota Vellfire untuk disewakan kepada anda. Mudah, kan? Anda juga boleh melayari laman sosial Facebook homestay ini, jika ingin melihat feedback pelanggan-pelanggan yang pernah menginap di Casa Cottage Muslim.
Alamat: Casa Perdana, 40, Tingkat Pauh Jaya 2, Taman Pauh Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang
Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan
Jadi, kami telah menyenaraikan 6 homestay di kawasan Seberang Jaya yang menjadi pilihan pengunjung untuk anda. Semua homestay yang disenaraikan ini merupakan homestay yang terbaik, selesa dan besar untuk anda menginap di sini.
Walau bagaimanapun, kami menyarankan agar anda untuk menyemak harga dan merancang perjalanan terlebih dahulu supaya semuanya berjalan dengan lancar. Dengan berbuat demikian, diharapkan anda boleh menikmati percutian ini tanpa perlu risau tentang apa-apa.
Namun, jika anda ingin melancong ke Tawau dan juga mencari penginapan yang selesa, jangan lupa baca artikel kami, 6 Homestay yang Menarik Perhatian Pelancong di Tawau. Selamat bercuti!