Isi Kandungan
Pelbagai persiapan yang perlu dilakukan sekiranya anda mengambil keputusan untuk pergi bercuti. Sama ada bercuti di dalam atau luar negara, tempat penginapan merupakan salah satu perkara penting semasa merancang percutian anda.
Anda sudah pastinya mahukan tempat penginapan yang selesa, harga yang berpatutan dan lokasi yang dekat dengan tempat tumpuan pelancong, bukan?Â
Sandakan, Sabah merupakan salah satu favourite spot pelancong apabila tiba musim cuti. Ini kerana pelbagai tempat menarik yang boleh anda kunjungi dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan.
Dibawah, kami bantu anda dengan menyenaraikan 8 homestay di Sandakan, Sabah sekiranya anda merancang untuk bercuti di negeri di bawah bayu ini.Â
8 Homestay di Sandakan, Sabah
1. DGaia Homestay, Taman Sri RimbaÂ
DGaia Homestay, dengan keluasan yang memuaskan, homestay 2 tingkat ini sangat sesuai untuk anda yang bercuti bersama keluarga besar. Memandangkan homestay ini merupakan rumah teres yang terletak di kawasan perumahan, anda tidak perlu risau dengan isu parkir berbayar.Â
Mereka yang pernah menginap di homestay ini berpuas hati dengan tempat penginapan yang disediakan. Kelengkapan dapur seperti peti sejuk, peralatan memasak dan penapis air bersih semua disediakan. Bukan itu sahaja, pemilik homestay juga memastikan rumah berada dalam keadaan yang bersih dan selesa untuk para tetamu.Â
Tidak hairanlah sekiranya jadual tempahan homestay sentiasa penuh apabila tiba musim cuti mahupun hujung minggu. Harga yang berpatutan juga merupakan salah satu faktor D’Gaia homestay menjadi homestay terbaik di Sandakan.Â
Alamat: lot A403, Lorong Gaya 5, Taman Sri Rimba, Batu 7, Jalan Airport, 90000 Sandakan, Malaysia
Semak Harga | Lokasi |Â Facebook | Ulasan PelangganÂ
2. Sri Tinosan Homestay, Taman TinosanÂ
Sri Tinosan Homestay terletak di Taman Tinosan menjadi pilihan pelancong apabila melancong ke Sandakan kerana keadaan homestay yang bersih dan selesa. Tuan rumah juga sangat ramah apabila tetamu yang menginap mempunyai sebarang pertanyaan.Â
Salah seorang tetamu memberi komen bahawa terdapat banyak kemudahan berhampiran dengan homestay ini. Buat pengetahuan anda, Sri Tinosan Homestay juga terletak tidak jauh dari bandar Sandakan. Hanya 5 minit pemanduan dan anda akan sampai ke Bandar Utama. S
Alamat: Lot 6 Blok 10 Lrg 5 Taman Tinosan, Jalan Utara, Batu 4, 90000 Sandakan, Sabah
3. Izzanial Homestay, Bandar Indah
Selain keadaan rumah yang selesa, homestay yang menawarkan fasiliti yang menarik juga menjadi faktor utama pemilihan tetamu. Izzanial Homestay menawarkan fasiliti yang membuatkan tetamu berpuas hati dengan penginapan mereka. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti apabila menginap disini.Â
Homestay best di Sandakan ini menyediakan 3 bilik tidur, TV, WiFi percuma dan banyak lagi kemudahan untuk keselesaan anda dan keluarga. Terletak tidak jauh dari homestay ini adalah Taman Peringatan Perang dan restoran menarik seperti Rusteak Grill Bistronomy & Cafe.Â
Alamat: D1-4-6, Utama Court, 90000 Sandakan, Sabah
Semak Harga | Lokasi |Â Facebook | Ulasan PelangganÂ
4. Wynn Holiday Homes, Taman MutiaraÂ
Terletak di puncak bukit Taman Mutiara, Wynn Holiday Homes telah menjadi pilihan pelancong yang mengunjungi bandar Sandakan sejak 2016. Hanya 6km jarak untuk ke pekan Sandakan dan kurang dari 1km ke Bandar Kim Fong.Â
Homestay ini juga disertakan dengan kelengkapan seperti 4 bilik tidur, ruang tamu yang luas dan perkakas dapur untuk kegunaan anda. Paling menarik, anda juga boleh melakukan aktiviti BBQ bersama rakan – rakan atau keluarga apabila menginap disini. Tempat BBQ yang akan disediakan adalah percuma.Â
Anda boleh mula memasuki homestay yang ditempah pada jam 2 petang dan perlu mendaftar keluar pada jam 12 tengahari.Â
Alamat: TB-115, Lorong Mutiara 14, Taman Mutiara, Mile 3.5 North Road 90000 Sandakan, Sabah, Malaysia
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan PelangganÂ
5. Sandakan Nasalim Homestay, Taman NasalimÂ
Sandakan Nasalim Homestay dengan berkonsepkan interior mewah bukan shaja menarik minat tetamu untuk menginap, malah menjadi spot pilihan untuk bakal pengantin. Sejak awal beroperasi, homestay ini terkenal sebagai venue untuk mengadakan majlis perkahwinan.Â
Menurut tetamu yang pernah menginap juga, terdapat banyak parkir tersedia untuk kenderaan anda. Antara kemudahan lain termasuk mesin basuh, pengering rambut dan tempat BBQ. Kami sertakan informasi lebih lanjut tentang homestay ini. Klik sahaja link dibawah!
Alamat: 96 lorong nasalim, 7e, taman nasalim, 90000 Sandakan, Sabah
 Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
6. Sandakan Homestay D’Love Permata, Taman PermataÂ
Ibarat berada di rumah sendiri, Sandakan Homestay D’Love Permata adalah tempat penginapan yang terbaik untuk anda sekeluarga. Rumah teres dua tingkat yang luas ini mempunya 3 bilik tidur yang lengkap dengan penghawa dingin.Â
Bukan itu sahaja, anda tidak perlu risau tentang kelengkapan mandian. Dari tuala mandi sehingga sabun mandi semuanya telah disediakan oleh pemilik homestay untuk kemudahan tetamu. Homestay ini terletak berhadapan dengan Servay Hypermarket yang membolehkan anda untuk berbelanja sekiranya ingin memasak.Â
Antara kemudahan lain yang terletak berdekatan dengan homestay ini termasuklah restoran, dobi dan kedai kuih-muih. Tidak hairanlah sekiranya ramai tetamu yang gembira dan berpuas hati apabila menginap disini. Anda boleh menghubungi pemilih homestay di nombor yang kami sertakan dibawah.Â
Alamat: Lot A2, Block A, Taman Permata, KM 13, Jalan Labuk, 90000 Sandakan, Sabah
 Lokasi | Facebook | Ulasan PelangganÂ
7. Andi Homestay, Taman Indah JayaÂ
Sekiranya anda mencari tempat penginapan yang murah tetapi selesa, Andi Homestay adalah tempatnya! Homestay ini terletak berdekatan dengan Bandar Indah Jaya. Anda hanya memerlukan 2 minit untuk ke Bandar Indah Jaya dan 10 minit untuk ke pusat bandar Sandakan.Â
Pemilik homestay juga menyediakan kemudahan seperti kereta sewa sekiranya anda ingin berjalan-jalan disekitar bandar Sandakan.Â
Bermula dengan RM180/malam, homestay ini sangat berbaloi untuk didiami. Lengkap dengan peralatan dapur, mesin basuh dan televisyen, anda pasti tidak akan menyesal apabila menginap disini. Pemilik homestay juga sangat menjaga kebersihan rumah untuk keselesaan para tetamu.
Alamat: Blok 10, A169, Lorong Indah 7, Taman Indah Jaya, 90000 Sandakan, Sabah
Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan
8. Mickey Mouse Signature Suite, Bandar UtamaÂ
Homestay dengan interior kartun kegemaran ramai iaitu Mickey Mouse pasti membuat anak kecil anda teruja! Unit yang terletak di Sri Utama Condominium ini sangat terkenal dengan keunikan interiornya.Â
Dari pintu utama sehingga tandas, semuanya dihias dengan tema kartun Mickey Mouse. Homestay ini sangat sesuai sekiranya anda mempunyai anak kecil.Â
Selain hiasan dalaman yang menarik, kondominium ini juga terdapat kolam renang untuk anda dan anak-anak melakukan aktiviti bersama. Antara kemudahan berdekatan dengan homestay ini termasuklah Mcdonald, Giant Hypermarket dan hanya sejauh 4.4 kilometer untuk ke lapangan terbang Sandakan.Â
Alamat: Sri Utama Condominium, Bandar Utama, Mile 6, North Road, IJM, 90000 Sandakan, Sabah
Lokasi |Â Laman Web | Facebook |Â Ulasan PelangganÂ
Kami berharap senarai 8 homestay terbaik di Sandakan ini dapat memudahkan rancangan percutian anda. Homestay yang selesa, murah dan mewah, semuanya kami senaraikan di atas. Anda juga boleh terus menghubungi pemilik homestay melalui nombor telefon yang telah kami sertakan. Anda juga boleh melawati laman web agoda yang kami sertakan untuk menyemak harga homestay.Â
Ingin mengetahui tempat menarik yang boleh anda kunjungi di Sandakan? Baca artikel yang telah kami sediakan, 15+ Tempat Menarik di Sandakan Untuk Pelancong Terokai. Semoga bermanfaat!