Isi Kandungan
Percutian ke Pontian, Johor pasti akan memberikan anda banyak kenangan manis bersama famili ataupun rakan-rakan. Mana tidaknya, terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi semasa berada di Pontian. Antaranya seperti taman negara dan pelbagai farm yang menarik untuk semua lapisan umur.Â
Maka, pencarian homestay yang selesa, luas dan bersih amat penting untuk memastikan semua ahli keluarga berasa gembira sepanjang percutian. Di sini kami telah senaraikan sebanyak tujuh homestay yang terkenal di Pontian!
7 Homestay di Pontian
1. Rumah Kita Homestay Pontian
Anda mencari penginapan selesa yang serba lengkap dengan parking yang luas? Rumah Kita Homestay adalah jawapannya! Terletak hanya 8 minit dari bandar Pontian dan 12 minit dari Pekan Nanas, homestay ini menawarkan keselesaan yang tidak mungkin dapat ditandingi. Dengan banglo yang luas serta dilengkapi pelbagai kemudahan seperti empat bilik berhawa dingin, dua bilik air lengkap pemanas air, Unifi Fiber, Astro TV, Coway Water Dispenser, dan mesin basuh automatik, setiap keperluan anda kami jamin akan dipenuhi dengan cara terbaik.Â
Menariknya lagi, homestay ini juga mempunyai kawasan parking yang luas, jadi anda tidak perlu risau soal keselamatan kereta anda. Bukan itu sahaja, dengan adanya kawasan yang luas ini, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti santai di sini termasuk dengan mengadakan majlis keraian atau apa-apa sambutan dengan bebas.
Dengan semua kemudahan ini, tidak hairanlah jika Rumah Kita Homestay merupakan pilihan yang sempurna untuk penginapan anda di Pontian, Johor. Banglo yang luas serta proses self check-in yang sangat mudah, Rumah Kita Homestay ini menawarkan privasi yang tinggi, memastikan anda merasa selesa seakan-akan sedang berada di rumah sendiri. Ia juga turut mempunyai dapur yang lengkap dengan peralatan, ruang tamu luas yang selesa, serta internet berkelajuan tinggi.
Alamat: Rumah Kita Homestay Pontian, Jln. Pt. Lapis 1, Kg Seri Bunian, Pontian, Johor.
WhatsApp Rumah Kita
2. Homestay Al-Jannah, Parit Majid
Homestay yang telah memperoleh 4.3 bintang di Google Review tidak kurang hebatnya. Rata-rata pelanggan mempunyai pengalaman manis sepanjang menginap di homestay ini. Mana tidaknya, homestay ini juga kemas, bersih dan sangat selesa untuk para pelanggan yang datang menginap.
Selain itu, homestay ini juga mempunyai keperluan asas yang mencukupi serta menyediakan penghawa dingin di ruang tamu dan semua bilik. Para pelanggan juga turut recommended homestay ini untuk pelanggan baru.Â
Alamat: No. 473, Lorong Yunus, Parit Masjid, 82000, Pontian, Johor
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | No telefon: 019-7703270
WhatsApp Al Jannah
3. Homestay Pontian, Kampung Duku
Homestay Pontian yang telah memperoleh 5.0 bintang di Google Review ini merupakan sebuah rumah yang berkonsep moden di bahagian luarnya. Jangan risau jika anda bercuti bersama keluarga kerana anda boleh parkir kereta anda di porch yang disediakan dan memastikan pintu pagar besi ditutup pada waktu malam.
Bukan itu sahaja, bahagian dalam homestay ini juga luas, termasuklah ruang tamu, dapur dan juga bilik tidur. Semuanya bersih dan tersusun elok. Para pelanggan amat berpuas hati menginap di homestay ini kerana tahap kebersihan dan keselesaan yang disediakan oleh tuan rumah. Lokasi homestay ini juga strategik, sesuai untuk anda yang datang bercuti di Pontian.Â
Alamat: J50, Kampung Duku, 82000 Pontian, Johor
4. Sri Makmur Pontian Homestay, Taman Seri Makmur
Pastinya anda inginkan sebuah homestay yang mempunyai sedikit privacy untuk anda dan keluarga. Inilah homestay yang sesuai dengan kehendak anda, Sri Makmur Pontian Homestay, yang telah memperoleh 4.7 bintang di Google Review. Homestay yang berada di corner lot di sebuah taman perumahan ini amat selesa bagi penginapan sebuah keluarga.Â
Homestay dua tingkat ini juga mempunyai porch yang luas untuk kereta anda, selain tahap kebersihan homestay ini yang sangat memuaskan. BIlik tidur yang selesa, ruang tamu yang luas serta dapur yang disediakan peralatan memasak dan kelengkapan dapur yang lain. Menarik, bukan?
Alamat: 18, Jalan Sri Makmur, Taman Seri Makmur, 82000 Pontian, Johor
Semak Harga | Lokasi | Ulasan PelangganÂ
5. Homestay Pontian De’ Jasa, Taman Jasa
Seronoknya kalau dapat menginap di homestay ini! Mana tidaknya, Homestay Pontian De’ Jasa ini sangat luas luar dan dalam. Terdapat kawasan porch yang luas di bahagian luar rumah dan ruang tamu yang besar dan luas di bahagian dalam. Sangat selesa untuk ahli keluarga ataupun rakan-rakan yang ramai, termasuk budak kecil.Â
Selain itu, homestay ini yang telah memperoleh 4.5 bintang di Google Review ini merupakan sebuah rumah dua tingkat yang pastinya memberikan anda keselesaan yang teramat! Terdapat empat buah bilik tidur yang mana tiga bilik daripadanya disediakan katil queen manakala satu lagi bilik tidur dengan satu tilam bersaiz single.Â
Alamat: 3, Jalan Jasa 2, Taman Jasa, 82000 Pontian, Johor
Lokasi | Laman Web | Ulasan PelangganÂ
6. Teratak Jentayu Homestay, Kampung Rambah
Adakah anda sedang mencari homestay ala-ala tradisional moden di Pontian? Anda juga inginkan sebuah homestay yang mempunyai kolam renang? Jom ke Teratak Jentayu Homestay! Homestay ini pastinya memenuhi citarasa anda, kerana bangunannya mempunyai unsur-unsur tradisional tapi moden, dan juga dilengkapi dengan kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Menarik. Bukan?
Teratak Jentayu Homestay ini yang telah memperoleh 4.5 bintang di Google Review sangat memberikan servis yang terbaik untuk setiap pelanggannya. Mana tidaknya, di sini juga anda boleh ber-BBQ bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Selain itu, homestay ini juga bersih dan luas, sangat selesa untuk anda dan keluarga. Jangan lupa untuk ke Facebook Page mereka bagi mendapatkan info terkini mengenai homestay tersebut.Â
Alamat: No 6, Lorong Haji Ahmad, Kampung Rambah, 82000 Pontian, Johor
Lokasi | Facebook | Email |Â Ulasan PelangganÂ
7. Homestay Pontian Classic Al-Idrus, Kampung Dalam
Jika kita perhatikan homestay ini berdasarkan gambar di atas, seperti ada vibe kampung, bukan? Sangat tenang, damai dan penuh dengan kehijauan. Inilah homestay Pontian Classic Al-Idrus, yang telah memperoleh 4.3 bintang di Google Review. Sangat cantik, bukan?
Homestay ini sangat sesuai bagi anda yang datang dengan kuantiti yang ramai. Bukan setakat selesa, banyak aktiviti keluarga juga boleh dilakukan di sini, seperti BBQ. Seronok, bukan? Selain itu, homestay ini juga luas dan bersih.Â
Alamat: No. 478, Jalan Mohd Salleh, Kampung Dalam, 82000 Pontian, Johor
8. Zanabaka Guesthouse, Taman Megah
Zanabaka Guesthouse yang telah memperoleh 5.0 bintang di Google Review ini telah mendapat banyak ulasan positif daripada pelanggan mereka. Homestay yang luas, besar, bersih serta tuan rumah yang baik dan peramah, memang patutlah homestay ini disukai ramai.
Rata-rata pelanggan memuji tahap keselesaan dan kebersihan homestay tersebut, sehinggakan mereka merasakan bagaikan berada di rumah sendiri kerana susun atur kabinet dan perabot yang teratur dan kemas. Hilang segala penat selepas berjam-jam berjalan di daerah Pontian, bukan? Oh ya, anda juga boleh melayari Facebook Page homestay ini untuk melihat lebih banyak feedback dan update terkini.
Alamat: 3, Jalan Megah 6, Taman Megah, 82000 Pontian, Johor
 Lokasi | Facebook | Email | Ulasan PelangganÂ
Semoga percutian anda di Pontian ini merupakan percutian yang paling bermakna dan gembira. Anda diingatkan juga untuk sentiasa menjaga kebersihan homestay yang anda inap. Ini juga untuk menjaga reputasi homestay dan semoga lebih banyak pelanggan dapat menikmati fasiliti yang anda perolehi.
Seterusnya, jom baca artikel 56+ Tempat Menarik di Johor Yang POPULAR & WAJIB Pelancong Lawati pula untuk tahu lebih banyak tempat pelancongan di Johor!