Isi Kandungan
Batu Pahat, atau disebut BP, adalah salah satu daerah yang terdapat dalam negeri Johor. Pada tahun 2009, Batu Pahat merupakan bandar yang ke 20 terbesar dari segi jumlah kepadatan penduduknya. Batu Pahat juga mempunyai banyak daerah, salah satunya ialah Parit Raja.
Menariknya penduduk Parit Raja dikelilingi oleh masyarakat Melayu dengan dialek Jawa. Jadi, jika ianya adalah pertama kali anda datang ke sini, anda jangan pelik jika terdengar orang Melayu bercakap dalam dialek Jawa.
Selain itu, Bandar Parit Raja juga semakin berkembang dengan adanya pusat pendidikan iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Dengan pertambahan pelajar yang semakin ramai, kini, terdapat pelbagai tempat serta lokasi menarik yang boleh dikunjungi di sini.
Jika anda mencari homestay di Parit Raja, jangan risau, kerana kami telah menyenaraikan 7 homestay di Parit Raja untuk pilihan anda!
7 Homestay Terbaik di Parit Raja
1. Homestay Adam, Jalan Parit DaunÂ
Homestay pertama ini adalah yang terbaik di Parit Raja, iaitu Homestay Adam yang terletak di Jalan Parit Daun. Menawarkan antara harga homestay yang murah di Parit Raja, mereka memberikan layanan mesra dan baik kepada pelanggan yang ingin menginap di sini. Jika anda ingin merasakan suasana kampung, homestay Adam adalah pilihan yang terbaik.
Dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang makan serta dapur, rumah ini lengkap dengan segala kemudahan untuk memastikan anda selesa sepanjang penginapan. Setiap bilik tidur mempunyai katil jenis queen, sesuai dengan saiz keluarga besar yang datang menginap. Lokasinya yang jauh dari bandar juga cukup memberikan anda ketenangan ketika menginap di sini.
Alamat: Lorong Taqwa, 1, Jalan Parit Daun, 86400 Parit Raja, Johor
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
2. Rumah Tamu Noorhani, Lorong Haji SarjiÂ
Terletak di Lorong Haji Sarji, Rumah Tamu Noorhani ini memberikan anda satu pengalaman yang cukup bermakna. Rupa bentuk rumah yang bercirikan moden ini cukup cantik bila dilihat. Sesuai jika anda mempunyai saiz keluarga yang kecil. Homestay yang berbentuk rumah tamu ini mempunyai kelengkapan yang serba lengkap untuk keluarga anda.
Jika anda ingin membuat BBQ bersama keluarga anda, anda dibenarkan berbuat demikian di halaman rumah ini. Terdapat juga kolam pasang siap untuk kanak-kanak yang ada di sini. Ruang tamunya juga dilengkapi dengan penghawa dingin.
Alamat: No 6 (1) & (2) Lorong Haji Sarji, Batu, 13, Jalan Kluang, 86400 Parit Raja, Johor
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Instagram | Ulasan Pelanggan
3. Homestay Mohadniza (Sebelah UTHM), Taman Bandar UniversitiÂ
Jika anda mencari homestay yang berdekatan dengan UTHM, Homestay Mohdniza adalah pilihan yang terbaik untuk anda bermalam. Terletak bersebelahan dengan UTHM, homestay ini juga berdekatan dengan tempat dan juga kedai makan, kedai serbaneka dan juga ATM. Sangat memudahkan untuk anda, tak perlu nak ke bandar untuk mencari barang keperluan!
Homestay ini juga lengkap dengan segala kelengkapan yang cukup memberi keselesaan kepada keluarga anda. Ia mempunyai 3 bilik tidur dan ruang tamu yang dilengkapi dengan penghawa dingin serta 2 bilik air. Jika anda ingin merasai seperti bermalam di rumah sendiri, homestay Mohdniza menawarkan keselesaan, kebersihan serta dekorasi rumah yang sangat cantik. Cukup selesa!
Alamat: 16, Jalan Universiti 20, Taman Bandar Universiti, 86400 Parit Raja, Johor
Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan
4. D’Jelutong Homestay, Kampung Parit JelutongÂ
Jika anda ingin merasakan suasana yang tenang jauh dari kesesakan lalu lintas, anda boleh bermalam di D’Jelutong Homestay yang terletak di Kampung Parit Jelutong. Homestay ini ialah sebuah rumah dua tingkat yang mempunyai banyak bilik yang membolehkan anda membuat pilihan mengikut citarasa dan saiz keluarga anda.Â
Selain itu, Homestay D’Jelutong ini turut menyediakan kemudahan ruang parkir kereta untuk anda sekeluarga. Malah, mereka turut menyediakan kemudahan WiFi percuma untuk pelanggan mereka.
Alamat: Jalan Parit Jelutong, Kampung Parit Jelutong, 86400 Parit Raja, Johor
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
5. Homestay Hj Hairuddin, Jalan Parit JambolÂ
Dengan suasana yang tenang dan damai, Homestay Hj Hairuddin ini sesuai untuk anda yang mencari ketenangan. Rumah ini mempunyai kemudahan parkir kereta yang berbumbung serta tempat BBQ untuk anda membuat aktiviti bersama keluarga.
Homestay ini turut menyediakan pakej yang bersesuaian dengan bajet anda. Tuan rumah juga akan memastikan kesemua kelengkapan yang ada dipenuhi. Peti ais juga penuh dengan makanan dan minuman yang disediakan oleh tuan rumah. Pasti anda berasa selesa dan merasakan seperti bermalam di rumah sendiri.
Alamat: Lorong Hj Salleh Itam, Off, Jalan Hj Abas, Jalan Parit Jambul, 86400 Parit Raja, Johor
Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan
6. Homestay Haji Esmon, Lorong Haji SarjiÂ
Homestay Haji Esmon ini baru sahaja beroperasi. Terletak di Lorong Haji Sarji, homestay yang berbentuk rumah tamu atau rumah persinggahan ini mempunyai 7 unit rumah: dua unit rumah terletak di Lorong Haji Sarji, satu unit di Taman Pintas Jaya dan empat unit lagi di Kampung Parit Jambol.Â
Homestay ini juga terletak di kawasan yang strategik dan mudah untuk anda askes ke tempat yang anda ingin pergi. Antara tempat yang berdekatan dengan homestay ini ialah UTHM, Pekan Parit Raja dan juga berhampiran dengan kedai makanan, restoran makanan segera dan mesin ATM. Homestay ini juga lengkap dengan segala kemudahan yang anda pasti inginkan.
Alamat: : No 3A & 3B Lorong Hj Sarji, Parit Raja, Batu Pahat, 86400 Batu Pahat, Johor
Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan
7. Mak Abah Homestay, Lorong SepakatÂ
Mak Abah Homestay yang terletak di Lorong Sepakat ini pasti memberikan anda suasana yang tenang. Homestay ini juga berada di kawasan yang strategik untuk memudahkan akses dengan pelbagai kemudahan. Antaranya ialah UTHM dan restoran makanan segera. Paling menarik, anda boleh jalan kaki sahaja untuk ke tempat yang anda ingin pergi.
Di homestay ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin pada setiap bilik. Dapur homestay ini juga lengkap dengan segala kelengkapan dapur. Ruang parkir yang selesa untuk kenderaan anda juga turut disediakan.
Alamat: Jalan Parit Haji Salleh Ros, &, Lorong Sepakat, 86400 Parit Raja, Johor
Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-7784732
Kami harap dengan menyenaraikan 7 homestay terbaik di Parit Raja ini, kami dapat membantu anda dalam mencari penginapan yang selesa untuk keluarga anda serta mudah untuk anda akses ke tempat yang ingin anda lawati.
Kalau anda merancang untuk berkunjung ke Muar pula dan mencari tempat penginapan di Muar, jom baca artikel Top 15 Homestay Bak Hotel di Muar. Semoga bermanfaat!