7 Homestay Menarik Sekinchan yg PALING BEST

0
109997
penginapan sekinchan

Sekinchan merupakan salah satu tempat menarik yang terdapat di Selangor. Ianya memang terkenal dengan pemandangan sawah padi yang cantik serta menenangkan. Anda boleh bercuti di sini bersama rakan-rakan serta keluarga untuk melupakan kesibukan kota dan berehat. Banyak juga tempat-tempat menarik di Sekinchan yang boleh anda lawati bila ke sini seperti berbasikal mengelilingi sawah padi yang menghijau.

Sekinchan ni agak jauh juga daripada pusat bandaraya Kuala Lumpur, oleh itu lebih baik anda tidur untuk 1 ke 2 hari di sini. Homestay-homestay yang ada di sini juga sangat menarik dan cantik sama seperti pemandangan sawah padi mereka. Kami ada menyenaraikan homestay yang menarik di Sekinchan di bawah untuk anda pilih bila pergi bercuti di Sekinchan.

7 Homestay Menarik di Sekinchan


1.  Sekinchan Padi Box

sekinchan padi box

Jika anda berada di Sekinchan, anda mesti teringin nak bangun tidur berpemandangan sawah padi di pagi hari kan? Haa apa kata anda menginap di Sekinchan Padi Box yang merupakan tempat penginapan di tengah-tengah sawah padi. Pemandangannya memang sangat cantik kerana anda dapat melihat latar belakang padi yang menghijau serta menenangkan mata anda. Pasti sangat cantik apabila dapat melihat keindahan sawah padi terutama ketika matahari terbit dan terbenam. Akan tetapi, sawah padi ni ada masa-masa tersendiri untuk melihat kehijauanya. Bukan setiap masa menghijau.

Istimewanya Padi Box ini selain berada di tengah sawah padi, reka bentuk tempat penginapan ini sendiri. Manataknya, ianya menggunakan kontena yang diubah suai menjadi guest house. Warni-warni Padi Box ini juga menambah keseriannya yang membuatkan anda pasti teruja untuk meluangkan masa disini. Tangkap gambar memang cantik sangatlah, ada sawah padi yang hijau ditambah pula dengan warna-warni Padi Box ini.

Alamat: Jalan Tali Air 4, Kampung Parit Empat, 45400 Sekinchan, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Google | Phone: 019-320 5688


2. Farm Ville Sekinchan

farm ville

Selain menginap di Padi Box untuk mendapatkan pemandangan sawah padi, anda juga boleh pergi ke Farm Ville Sekinchan yang turut berada di sawah padi. Turut mengekalkan konsep kontena sebagai tempat penginapan sama seperti di Padi Box. Yang bezanya di sini tidaklah warna-warni dan warna utama yang digunakan adalah warna merah. Jadi memang naiklah bila anda tangkap gambar sambil berlatar belakangkan sawah padi yang hijau.

Selain menjadi tempat penginapan, mereka juga merupakan sebuah cafe yang sesuai untuk anda bersantai-santai sambil minum kopi dan menikmati pemandangan. Anda juga boleh menggunakan kemudahan yang ada disini seperti kolam renang, golf mini dan trampolin. Kolam renangnya tidaklah besar sangat tapi bolehlah untuk bermandi-manda. Harga juga bergantung kepada saiz bilik dan jenis bilik.

Alamat: 11304, Jalan Tepi Sawah, Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari

 Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 0172068666


3. Triangle Farm Cottage House

triangle

Sumber: Packngo_travel_murah

Salah satu homestay yang paling menarik di Sekinchan ni ialah Triangle Farm Cottage House. Reka bentuk homestay ini yang berbentuk segi tiga menjadikan tempat penginapan ini sangat unik dan dijamin akan memberikan satu pengalaman baru dan menarik kepada para pengunjung. Anda akan mendapat bilik yang bersih dan cantik ditambah pula persekitaran yang memang best untuk tangkap gambar. Ianya pasti menjadi salah satu tempat yang paling cun pernah anda pergi.

Anda yang ingin melupakan kesibukan kota dan ingin menenangkan minda serta jiwa, anda memang harus ke sini. Antara kemudahan yang boleh anda dapatkan ialah kemudahan bermain pingpong, memanah untuk kanak-kanak, berbasikal dan banyak lagi. Kalau anda kaki karoke, anda memang sukalah tempat ini kerana tempat untuk karoke pun ada disediakan. Untuk membuat aktiviti menanam pokok pun bagus juga dilakukan di sini. Anda hanya perlu membayar RM 8 seorang untuk sertai.

Alamat: Jalan Ban Kenal, Jalan Parit 5, 45400 Sekinchan, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari

 Lokasi | Laman WebUlasan Bisnes | Phone: 0172068666


4. D’Palong Homestay Sekinchan

d palong

Mesti seronok kan dapat menikmati suasan kampung berlatarbelakangkan sawah padi? Kalau anda-anda yang tiada kampung dan ingin merasai suasana kampung tu cubalah tinggal di D’Palong Homestay. Homestay ni memang cantik dan pastinya akan memberikan ketenangan kepada anda dan memberi memori indah kepada anda sekeluarga. Pastinya pemandangan sawah padi yang cantik boleh didapatkan di sini juga. Untuk aktiviti yang boleh dilakukan di sini, selain berjalan-jalan anda juga boleh buat bakar-bakar dan makan bersama-sama.

Homestay ini boleh dikatakan besar juga tau, memang macam rumah kampung lama. Maklumlah ianya separa batu dan separa kayu. Tersangkat kampung vibes. Luasnya pun memang luaslah untuk satu keluarga besar menginap di sini. Anda juga boleh melakukan aktiviti riadah bermain basikal sambil pusing-pusing kawasan sekitar. Untuk membuat tempahan anda boleh telefon atau Whatsapp nombor di bawah.

Alamat: Tali Air 7 Cross Ban 1 Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari

 LokasiFacebook | Ulasan Bisnes | Phone: 0192481976


5. Anjung Pool Villa Sekinchan

anjung pool villa

Anjung Pool Villa di Sekinchan merupakan homestay yang turut mempunyai pemandangan sawah padi yang cantik serta menenangkan. Homestay yang kelihatan moden ini sering menarik perhatian pengunjung yang ingin menginap di Sekinchan. Manataknya, homestay ini merupakan salah satu yang menyediakan indoor dan private pool kepada penginap mereka. Ramai yang menginap di sini untuk mengadakan sambutan hari lahir dan berseronok di dalam kolam renang. Akan tetapi, kolam renang mereka bukanlah besar sangat. Ianya sesuai sangat untuk pasangan mendapatkan suasana romatis untuk menyambut hari ulang tahun ataupun berbulan madu.

Anda kalau nak datang dan melihat pemandangan sawah padi, anda perlu datang pada waktu-waktu tertentu. Ini kerana, sawah padi bukannya sentiasa hijau serta mereka perlu disemai. Jadi, rancang betul-betul dan tengok waktu yang paling sesuai untuk anda mendapatkan pemandangan ini. Jika tidak, anda akan dapat pemandangan tanah lembab jelah.

Alamat: Ban 2, Lot 13402, Jalan Tali Air 11, Kampung Tengah Pasir Panjang, 45400 Sekinchan, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari

Semak Harga | Lokasi Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 0122352024


6. One Residence Sekinchan

one resident condo

Homestay ini adalah yang paling berbeza dari semua yang tersenarai. Ini kerana, One Residence Sekinchan merupakan sebuah kondo yang boleh diduduki pengunjung yang berkunjung ke kawasan Sekinchan ni. Kondo ini tidak terletak di tengah sawah padi tetapi di kawasan perumahan. Anda yang nakkan suasana bandar di Sekinchan tu boleh ke sini. Kalau anda nak meluangkan masa bersama rakan-rakan menyambut hari jadi, mungkin lebih sesuai untuk anda.

Ada kolam renang juga untuk anda bermandi-manda yang dikhaskan untuk penginap mereka sahaja. Tinggi juga tau condo ni dan keadaannya juga masih baik dan terjaga. Anda masih boleh menikmati pemandagan sawah padi dan matahari terbit dan terbenam di sini walaupun tidak berada di tengah-tengah sawah.

Alamat: Jalan Perdana 1, Taman Sekinchan Damai, 45400 Sekinchan, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari

Semak Harga | LokasiFacebook | Ulasan Bisnes | Phone: 0192555557


7. Sekinchan PADI Sentral Homestay

Sekinchan PADI Sentral Homestay

Sekinchan PADI Sentral Homestay merupakan sebuah tempat penginapan yang baru dibuka di Sekinchan. Konsep yang ingin diketengahkan pula sangat menarik iaitu Industrial Minimalist. Memang lain daripada yang lain. Selain itu, apa yang menariknya tentang homestay ini ialah anda akan melihat pemandangan sawah padi 360°. Memang anda tidak akan dapat pengalaman seperti ini di tempat lain. Homestay ini juga terletak di kawasan yang strategik, di mana anda akan menjumpai banyak kedai-kedai makan di kawasan sekitar. Jadi, anda tidak perlu risau untuk mencari restoran untuk makan apabila anda menginap disini.

Walaupun berkonsepkan minimalis tetapi kemudahan di dalam biliknya masih lengkap dengan keperluan-keperluan  asas seperti katil yang selesa, aircond, wifi percuma, tv, barang mandian, dan mandian air panas. Tambahan pula, anda juga akan melihat pemandangan sawah padi melalui tingkap besar yang jernih dari dalam bilik. Anda juga tidak perlu risau dengan tempat parking kerana pihak homestay ada menyediakan tempat parking kenderaan untuk mereka yang ingin menginap disini.

Homestay ini juga dilengkapi dengan CCTV, jadi anda tidak perlu risau dengan keselamatan anda sepanjang menginap disini. Oleh itu, apa tunggu lagi? Tempah bilik anda sekarang! Tetapi saranan saya, anda perlu datang menginap disini sebelum padi dituai, barulah anda dapat melihat kehijauan sawah padi yang terbentang. 

Alamat: Lot 3925, Jalan Parit 5, Sawah Site B, 45400 Sekinchan, Selangor

Semak Harga Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan


Banyak je kan tempat-tempat penginapan yang menarik di sekitar Sekinchan ni? Anda hanya perlu memilih mengikut bajet dan keinginan anda je. Dinasihatkan juga anda pergilah ke homestay yang dekat dengan padi. Barulah dapat melihat pemandangan padi serta matahari terbenam yang cantik. Lagipun nak tangkap gambar mestilah kena duduk di tempat yang cantik dan unik. Selamat bercuti!

4.5/5 - (12 votes)
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x