Isi Kandungan
Tidak ramai yang mengetahui bahawa Labuan mempunyai beberapa tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi. Antaranya adalah Muzium Labuan, Taman Burung Labuan, Labuan Chimney Trail dan sebagainya. Selain itu, Labuan juga terkenal dengan mempunyai pulau-pulau dan pantai yang cantik.Â
Tapi bagi anda yang tidak pernah atau tidak biasa datang ke sini, mesti anda pening kepala mencari penginapan, bukan? Jangan risau, jom tengok senarai 10 homestay di Labuan yang sering menjadi pilihan pengunjung.
10 Homestay di Labuan
1. E-One City Homestay, Bandar Labuan
Homestay E-One City ini mempunyai 3 bilik tidur yang kemas dan dilengkapi oleh perabot asas. Terletak berdekatan di bandar Labuan, homestay ini sering menjadi tumpuan dan pilihan pengunjung apabila datang menginap di Labuan.
Mudah juga untuk anda yang ingin mencari keperluan harian atau untuk datang atas urusan kerja kerana ianya terletak di kawasan pentadbiran. Selain itu, homestay ini berdekatan dengan Lapangan Terbang Labuan. Jadi, ianya mudah untuk anda datang dan mencari homestay ini apabila anda tiba di Labuan.
Alamat: Â Bandar Labuan, 87000 Victoria, Wilayah Persekutuan Labuan
Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan
2. Labuan Desa Homestay, Kampung Sungai Lada
Homestay ini dikelilingi pokok yang menghijau, memberikan ketenangan kepada anda yang inginkan suasana yang tenang juga jauh dari kesibukan. Kemudahan perabot rumah yang diberikan oleh pemilik homestay ini juga lengkap, seperti tv, kerusi sofa, meja makan, peralatan dapur, mesin basuh dan sebagainya.
Di samping itu, lokasinya turut strategik, di mana ianya berhampiran dengan bandar Labuan, Lapangan Terbang Labuan, pusat pengajian pengajian dan sebagainya. Ini antara sebab homestay ini sering menjadi pilihan pengunjung yang datang untuk menginap. Harganya juga berpatutan dan berbaloi untuk anda.
Alamat: Â Simpang Ceria, Jalan Sungai Lada, Kampung Sungai Lada, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan
3. Jamaliah Homestay, Kampung Sungai Labu
Â
Homestay ini juga antara yang menjadi pilihan pelanggan kerana servis dan layanan yang diberikan sangat memuaskan.
Anda bukan sahaja dapat menginap di homestay yang cantik dan kemas ala-ala hotel ini, anda juga boleh mendapatkannya dengan harga yang jauh lebih murah berbanding homestay yang lain. Haa, sangat berbaloi kan?
Selain itu, lokasinya juga berdekatan dengan pantai. Jadi, bolehlah anda luangkan masa berjalan santai di tepi pantai sambil menikmati pemandangan dan melayan angin pantai. Seronok, kan?
Alamat: 703, Jalan Sungai Lada, Kampung Sungai Labu, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan
4. Mastura Homestay, Kampung Sungai Labu
Mastura Homestay juga menjadi pilihan ramai pengunjung kerana lokasinya yang terletak berhampiran dengan Pantai Layang-Layangan. Anda boleh berjalan kaki sahaja untuk ke pantai menikmati panorama dan suasana angin pantai. Dekat kan?
Selain itu juga, homestay ini berhampiran dengan padang futsal dan surau. Bolehlah anda ambil kenangan dan pengalaman untuk melakukan aktiviti di sini. Homestay ini turut menyediakan kelengkapan seperti mesin basuh, Wi-fi, peti ais, penghawa dingin dan sebagainya untuk kemudahan dan keselesaan anda.
Alamat: Lot SL0017, Kampung Sungai Labu, 87027 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan
 5. Kak Som Homestay, Kampung Lajau
Homestay ini mempunyai 2 unit yang mempunyai 1 bilik dan 2 bilik tidur untuk pilihan anda. Dilengkapi dengan perabot asas seperti kelengkapan dapur, penghawa dingin, katil, kerusi, tv dan sebagainya, rumah ini boleh memberi keselesaan kepada anda.Â
Harga yang ditawarkan untuk menginap di sini juga murah dan mengikut kemampuan anda. Anda perlu tempah awal sekiranya ingin menginap di sini memandangkan tempahan sentiasa penuh.
Alamat: 710, Jalan Bukit Kuda, Kampung Lajau, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
6. MyHome Ganggarak Homestay, Taman Ganggarak
MyHome Ganggarak homestay ini terletak berhampiran dengan bandar Labuan, memudahkan anda untuk mendapatkan makanan dan keperluan harian. Homestay banglo ini mempunyai laman yang cantik dan luas dan menawarkan 3 bilik tidur yang lengkap dengan perabot memberi keselesaan kepada anda yang menginap di sini.
Bagi anda yang ingin hantar anak belajar ke sini, homestay ini sangat sesuai untuk anda pilih. Hal ini kerana ianya berdekatan dengan Kolej Matrikulasi Labuan dan pusat pengajian yang lain.
Rata-rata pengunjung yang pernah menginap di sini memberikan komen yang sangat memuaskan tentang servis yang ditawarkan. Tempat persekitarannya juga sangat lawa dan kemas. Anda bolehlah tempah homestay ini sebelum terlambat.Â
Alamat: 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
7. Holiday Home/Pilly Homestay, Kampung Layang-layangan
Pilly Homestay ini menyediakan beberapa unit homestay dengan pelbagai jenis bilik mengikut kesesuaian bajet dan keselesaan anda. Dengan halaman yang besar, ia dapat memberikan kemudahan serta keselamatan untuk anda meletakkan kereta anda di dalam kawasan homestay.
Kemudahan dan layanan yang diberikan juga amat memuaskan. Pengunjung yang menginap di sini gembira dan berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Lokasi homestay ini juga berdekatan dengan pantai dan bandar. Jadi, mudah untuk anda mendapatkan keperluan anda jika menginap di sini!
Alamat: No. 13-5034, Jalan Okk Daud Kg, Kampung Layang-layangan, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan
8. Labuan Guest House, Kampung Pancur Hitam
Jika anda mahukan percutian dan penginapan yang trendy, anda boleh menginap di Labuan Guest House ini. Homestay kecil ini mempunyai 3 unit yang sentiasa menjadi rebutan pelanggan yang datang ke area Labuan.
Ini disebabkan oleh pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pemilik homestay ini. Antaranya adalah BBQ, kawasan yang luas untuk parking, berdekatan dengan pantai dan sebagainya.
Malah, anda bolehlah ber-OOTD’ bersama keluarga dan rakan tersayang di homestay ini. Pada waktu malam pula, anda boleh lepak santai ber-BBQ bersama sambil melayan angin pantai. Wahh, pasti seronok kan?
Alamat: Simpang 28, Kampung Pancur Hitam, Jalan Pohon Batu, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
9. Siang Homestay, Taman Lazenda Villa
Homestay 2 tingkat ini menyediakan kelengkapan dan kemudahan yang lengkap untuk anda yang ingin menginap di sini. Homestay ini terletak di Taman Lazenda Villa, berdekatan dengan tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Jadi, anda tidak perlu risau untuk ke destinasi yang dituju memandangkan jaraknya dari homestay ini berdekatan sahaja.
Alamat: 706, Taman Lazenda Villa 1, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan
10. Manah Homestay, Kampung Sungai Labu
Homestay ini mempunyai 5 unit rumah yang boleh anda pilih mengikut bajet dan keselesaan anda. Kesemua homestay mereka ini terletak berhampiran dengan pantai. Setelah penat berjalan di sekitar Labuan anda boleh singgah ke pantai berdekatan untuk berehat dan menikmati pemandangan.
Rumah ini sesuai bagi mereka yang datang bersama keluarga kecil. Ianya juga jauh dari kesibukan bandar. Malah, harganya juga murah dan berbaloi untuk anda. Bolehlah anda tempah penginapan anda di homestay ini.Â
Alamat: Kampung Sungai Labu, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-802 9142Â
Di Labuan, pilihan homestay yang menarik dan berbaloi adalah melimpah. Setiap satu daripadanya memiliki keunikannya sendiri, menjanjikan pengalaman yang berbeza kepada para pengunjung. Setiap homestay menawarkan nuansa yang unik dan menarik. Dari yang kontemporari hingga yang tradisional, sudah pastinya ada sesuatu untuk semua.Â
Jadi, kami berharap senarai 10 homestay ini dapat dijadikan sebagai panduan dalam perjalanan ataupun percutian anda di Labuan. Selamat berjalan-jalan dan menikmati keindahan Labuan!
Jika anda ingin melawat tempat menarik di Labuan sepanjang percutian anda, kami ada artikel untuk anda baca! Sila layari artikel kami, Tempat Menarik di Labuan – Aktiviti WAJIB lakukan, untuk ketahui lebih lanjut.