Isi Kandungan
Kuala Pilah merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi apabila anda datang ke Negeri Sembilan. Antara tempat yang menarik ialah Ladang Alam Warisan, Muzium DiRaja Seri Menanti, NS Dairy Farm, Gunung Angsi dan sebagainya. Menarik kan?
Tapi anda masih belum mendapat homestay yang sesuai dan terbaik untuk menginap kan? Jangan pening-pening, jom kita tengok senarai homestay di Kuala Pilah untuk penginapan anda.
8 Homestay di Kuala Pilah
1. Sya Cottage, Seri Menanti
Sya Cottage ini merupakan antara homestay yang sering menjadi tarikan pengunjung sekiranya datang ke Kuala Pilah. Homestay ini agak kecil dan berkonsepkan vintage, mewujudkan suasana nostalgik sama seperti tidur di rumah nenek di kampung.
Lokasinya terletak di kaki bukit dan di kawasan kampung memberikan rasa tenang dan anda boleh menikmati suasana yang menghijau serta segar di sini. Anda juga boleh melakukan aktiviti seperti memancing bersama rakan-rakan atau keluarga anda.
Walaupun lokasinya terletak jauh dari bandar namun segala kemudahan seperti tv, peralatan memasak turut disediakan. Haa, jangan tunggu lama-lama untuk tempah penginapan anda di sini kerana ianya terhad dan sentiasa dipenuhi oleh pelanggan yang menginap di sini.
Alamat: Lot 2811, Kampung Ulu Panglang, Seri Menanti, 71550 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
2. Kuala Pilah Maryam Pool Homestay, Kampung Terusan
Jika anda ingin bercuti sambil melakukan aktiviti, homestay ini sesuai untuk anda menginap. Kuala Pilah Maryam homestay ini juga sering menjadi tumpuan dan rebutan pengunjung kerana rumahnya yang mempunyai suasana kampung yang tenang dan nyaman.
Rumah ini mempunyai kolam renang yang besar dan anda juga boleh ber”BBQ” bersama keluarga juga rakan tersayang di sini. Menariknya anda juga boleh memancing di kolam yang berdekatan di homestay ini.
Lepas memancing, bolehlah anda bersantai dan ber”BBQ” menikmati makanan bersama-sama. Seronok kan? Anda boleh bercuti dengan tenang di homestay ini.
Alamat: T34, Kampung Terusan, 72500 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan
3. Homestay Hafiz, Taman Nada Seruni
Berkonsepkan moden dan terletak di kawasan rumah estet homestay ini menjadi pilihan pengunjung untuk menginap di sini. Tempat penginapan ini juga dilengkapi dengan perabot yang cantik dan moden memberi keselesaan maksimum kepada anda yang datang.
Bukan itu sahaja, rumah ini turut menyediakan kolam renang untuk anda beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan pada waktu lapang. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air untuk kemudahan anda. Apa tunggu lagi, cepat tempah sekarang sebelum terlambat.
Alamat: No. 81, Jalan NS 5, Taman Nada Seruni, 72500 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
4. Homestay Warisan Dato Bahaman, Jalan Kampung Parit
Seterusnya dalam senarai ialah Homestay Warisan Dato Bahaman yang tidak kurang hebatnya dengan tempat penginapan lain yang kami kongsikan di sini. Berkonsepkan tradisional homestay ini memberi keunikan kepada anda yang datang dan menjadi tarikan pengunjung untuk menginap.
Lokasinya yang seperti berada di kampung dan kelengkapannya yang ditawarkan membuatkan semua pengunjung berpuas hati apabila menginap di sini. Anda digalakkan untuk membawa baju sejuk ke sini kerana suasana yang agak sejuk dan berkabus pada waktu pagi. Mesti seronok kan kalau dapat menginap di sini?
Alamat: No 16, Jalan Seremban Lama, Jalan Kampung Parit, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan
5. Twin Castle Homestay, Melang Tengah
Jika anda ingin merasakan percutian ala kampung, homestay ini merupakan salah satu pilihan penginapan yang sangat sesuai untuk anda. Rumah yang besar ini mempunyai 2 unit. Susunan perabot yang cantik dan kemas menarik perhatian pengunjung untuk datang ke sini.
Perkhidmatan dan layanan yang diberikan juga sangat bagus. Ramai pengunjung mencadangkan untuk menginap di sini sekiranya anda berada di kawasan Kuala Pilah. Harganya juga murah dan mampu milik. Anda kena cuba menginap di sini untuk merasai pengalaman seperti yang diperkatakan oleh mereka yang pernah menginap.
Alamat: JK 10, Kg. Melang Tengah, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
6. Teratak Noraini Homestay Kuala Pilah, Kampung Pelangai
Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik air yang luas dan selesa untuk kegunaan anda. Terletak di kawasan kampung dengan halaman yang luas memberi ruang untuk anda meletakkan kenderaan anda dan anak ada bermain di kawasn lapang.
Selain itu, homestay ini turut menyediakan tempat untuk anda ber”BBQ” secara percuma.Pendek kata, ia esuai untuk anda bercuti dan melakukan aktiviti santai bersama keluarga atau rakan-rakan. Homestay ini berhampiran dengan pekan Kuala Pilah, jadi mudah untuk anda mendapatkan barang keperluan dan makanan.
Alamat: Kampung Pelangai, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Lokasi |Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-439 9879
7. Homestay Pilah Perdana, Taman Bukit Pilah Perdana
Jika anda memerlukan homestay yang terletak di tengah-tengah pekan Kuala Pilah, homestay ini mungkin jadi pilihan anda. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur yang dilengkapi oleh katil, tilam dan bantal untuk keselesaan anda.
Anda juga tidak perlu risau untuk membeli mendapatkan barang keperluan kerana lokasinya yang berhampiran dengan pekan memudahkan anda untuk akses ke destinasi yang anda ingin tuju.
Alamat: 53, Jalan Sri Nirwana, Taman Bukit Pilah Perdana, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan
8. Teratak Akhma, Kampung Pulau Pandan
Terletak di Kampung Pandan, Kuala Pilah anda boleh merasai suasana kebun jika menginap di homestay ini. Kedudukannya yang berada di depan kolam membolehkan anda meluangkan masa untuk memancing di homestay ini. Kawasan meletakkan kereta juga luas untuk kemudahan dan keselamatan anda. Bolehlah anda merasai seperti pergi ke kebun berjalan santai di area homestay ini jika berkepalangan.
Alamat: 17, N112, Kampung Pulau Pandan, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-343 2550
Berikut merupkan senarai homestay di Kuala Pilah untuk penginapan dan rujukan anda. Jika datang ke Kuala Pilah jangan lupa senaraikan dan melawat tempat-tempat menarik di sini. Yang paling penting, berhati-hati di jalan raya dan pastikan anda selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Jika anda ingin berjalan dan mencari tempat menarik di area Kuala Pilah, anda boleh layari artikel Ada Apa Dengan Kuala Pilah? 10 Tempat Menarik Yang Wajib Anda Singgah!.