Isi Kandungan
Malaysia memang sebuah bumi bertuah kerana dikurniakan banyak tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi. Bagi yang sukakan keindahan alam semula jadi, Pahang merupakan salah satu negeri yang kaya dengan pemandangan alam. Satu kawasan di Pahang yang menarik untuk dikunjungi ialah Janda Baik. Janda Baik memang sering dijadikan kawasan pilihan pelancong kerana keindahan alam yang ada disini dan cuaca yang cukup sejuk.
Haa anda yang bercuti tu mesti nak bawa satu keluarga ataupun nak pergi bersama geng-geng anda kan? Jadi mestilah nak cari homestay yang boleh memuatkan kumpulan yang besar? Ada banyak je homestay di kawasan Janda Baik yang boleh menginapkan anda sekeluarga. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.
11 Homestay Janda Baik
1. Asfana Villa
Bagi yang mencari tempat penginapan yang mampu memuatkan kumpulan yang besar di Janda Baik, anda boleh pilih untuk menginap di Asfana Villa. Villa yang bersuasanakan kampung ini memang sangat cantik danterdapat 3 bilik tidur beserta 1 bilik air. Memang macam rumah kampung lah. Rumahnya juga diperbuat dari kayu dan bereka bentuk rumah Melayu lama yang pasti akan memberikan suasana balik kampung kepada anda sekeluarga. Macam-macam aktiviti kekeluargaan yang boleh anda lakukan di sini. Anda boleh mandi sungai yang tak berapa jauh dari villa serta buat bakar-bakar bbq di luar rumah. Kedai runcit pun ada berdekatan kot-kotlah anda nak beli barang keperluan sikit.
Rumah penginapan ini memang dijaga dengan bersih dan rapi. Anda dijamin akan selesa bila tinggal di sini. Dahlah banyak pokok di sekeliling yang memberikan udara segar serta menambah kesejukan suhu. Ketenangan yang anda cari memang boleh dijumpai di homestay ini. Tidak lupa juga mereka ada kolam renang kecil untuk bermandi-manda. Servis yang diberikan tuan rumah juga terbaik dan sangat memuaskan.
Alamat: Lot 6154, Kg. Chemperoh, Janda Baik, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0126233772
2. D’Hut Janda Baik
D’Hut Janda Baik merupakan salah satu homestay yang berdekatan dengan sungai. Anda boleh melakukan aktiviti sungai seperti berkelah dan makan-makan. Sudah tentu boleh mandi-manda bersama keluarga juga. Yang bawa anak-anak kecil tu pastikan anda sentiasa berwaspada dengan keadaan air dan anak-anak anda.
Rumah ini memang cantik dan memberikan suasana kampung kepada pengunjung yang menginap di sini. Anda yang sukakan keindahan dan ketenangkan memang wajib datang. Anda dapat menghirup udara segar di kawasan yang bebas bunyi kereta. Pagi-pagi dapat bangun sambil bau embun-embun pagi dan melihat kehijauan alam, memang sesuatu yang menarik. Anda memang wajib datang jika ingin berkumpul beramai-ramai seisi keluarga.
Ianya mampu memuatkan sehingga 8 orang. Terdapat 2 bilik tidur dan 2 bilik air yang boleh digunakan. Katil pula ada 6 di sini. Bilik yang ada memang tak banyak tapi ruangan rumah ini sendiri agak besar untuk bersantai.
Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0129762526
3. Radiant Retreats
Jika anda nak cari satu tempat penginapan yang ada pilihan homestay, villa serta tempat berkhemah, anda bolehlah ke Radiant Retreats. Di sini memang ada banyak pilihan penginapan bertemakan alam semula jadi. Tempat ni agak luas kerana mereka siap ada site A dan site B yang menempatkan beberapa pilihan penginapan. Site A lebih kepada penginapan di bukit dan hutan manakala site B lebih kepada penginapan berdekatan sungai. Anda yang datang beramai-ramai boleh pilih antara 2 site tadi untuk menginap kerana kedua-duanya mempunyai penginapan yang mampu menampung ramai orang.
Anda boleh melakukan banyak aktiviti berkumpulan di sini seperti bbq, memancing, golf mini dan macam-macam lagi. Ramai juga pelanggan mereka yang datang ke sini untuk melakukan aktiviti team building untuk syarikat serta hari keluarga. Kem sekolah pun ada dilakukan di sini.
Alamat: Jalan Janda Baik Utama, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0133697460
4. Embun Luxury Villas
Haa kalau anda nak rasa seperti orang kaya yang tinggal di rumah besar-besar walaupun untuk beberapa hari, anda boleh datang ke Embun Luxury Villas. Namanya pun dah mewah, jadi sudah tentu ada akan dapat merasai pengalaman penginapan yang mewah juga. Anda yang nak berehat dan bersantai-santai tu memang wajib cuba villa yang menarik ini. Mereka ada menyediakan kolam peribadi serta kerusi rehat di tepi kolam. Dapatlah anda baring-baring sambil menghirup udara segar ataupun membaca novel. Lepastu anak-anak anda boleh bermain di kolam renang. Memang seronok sangat. Bilik yang disediakan adalah dari 1 bilik kepada 3 bilik didalam villa. Pilih je mengikut kehendak anda.
Selain itu, di kawasan sekitar juga anda boleh melakukan aktiviti bermain ATV dan menunggang kuda. Aktiviti-aktiviti ini boleh ditempah sehari sebelum anda ingin melakukannya. Dahlah tempat pun jauh dari orang, memang dapat privasi jika ke sini. Makanan juga ada boleh pilih sendiri dan dimasak oleh chef yang pakar. Memang dijamin kesedapannya.
Alamat: Hulu Sum-Sum, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 092330376
5. D’Villa Janda Baik
D’Villa Janda Baik merupakan sebuah villa yang turut memberikan pemgalaman alam semula jadi yang menarik. Anda yang suka bersantai di kawasan rumah yang besar boleh cuba ke sini. Mereka ada kolam renang untuk digunakan pelanggan mereka dan memang puaslah untuk anda berseronok bersama-sama. Penginapan ini dikelilingi hutan hujan Pahang yang menambah lagi keindahan tempat ini. Anda akan bangun pagi sambil menghirup udara yang segar berserta pemandangan matahari terbit melalui pokok bukau.
Di sini anda boleh berjalan-jalan menikmati keindahan alam yang indah. Ada juga kolam itik untuk anda lihat. Lepastu, mereka juga ada sediakan permainan yang boleh dimain seisi keluarga seperti UNO. Tempat ni memang sesuai sangat untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Ianya memang agak jauh di atas bukit dan akan memberikan privasi kepada penginapnya.
Alamat: A319, Jalan Tanarimba Pine, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0127278319
6. Twinkle Villa
Terdapat satu villa di Janda Baik yang memberikan kelainan kepada pengunjung iaitu Twinkle Villa. Kenapa lain? Villa ni berkonsepkan moden dengan reba bentuk konkrit berpetak yang ringkas. Memang cantik terutama kepada mereka-mereka yang sukakan reka bentuk penginapan yang moden. Ruangan villa ini memang cukup besar untuk anda melakukan aktivit-aktiviti kekeluargaan.
Mereka ada menyediakan 4 jenis rumah yang boleh anda pilih mengikut keselesaan dan kapasiti anda. Ada Cengal House, Gaharu House, Resak House dan Meranti House. Rumah yang paling besar ialah Cengal House yang ada 4 bilik denga katil queen dan single. Anda boleh masak-masak di Cengal House ini kerana mereka menyediakan dapur yang lengkap untuk anda. Kalau nak bbq boleh buat di luar dengan fasiliti yang disediakan.
Alamat: Lot 350, Lorong Sum Sum Dua, Tanarimba, Janda Baik, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 03 33444253
7. Villa D’lina
Villa D’lina merupakan sebuah villa mewah yang terletak di Kampung Janda Baik, Bentong. Villa yang memberikan privasi dan ketenangan ini menjanjikan pengalaman penginapan yang terasing dan melegakan minda. Anda yang nak lari dari kesibukan kota dan nak lupakan masalah tu datang je ke sini. Memang terjaga dengan rapi tempat penginapan ini. Dahlah sangat luas, ada kolam renang pula tu. Bolehlah berehat-rehat di tepi kolam sambil membaca buku. Lepastu boleh terus terjun je dalam kolam. Mereka mengamalkan reka bentuk yang klasik dengan penggunaan kayu sebagai bahan utama pembinaan villa. Terdapat 3 bilik tidur dan 3 bilik mandi peribadi untuk digunakan.
Anda boleh membuat bakar-bakar bbq di sini kerana terdapat fasiliti yang disediakan untuk itu. Jika nak memancing pun boleh juga tapi kena lepaskan balik lah ikan tu. Boleh rilek-rilek dengan tenang di sini kerana servis yang diberikan memang tip-top. Anda kalau perlukan apa-apa boleh sahaja hubungi mereka dan mereka akan memberikan servis sebaik mungkin. Boleh lah tanya kat mana sungai yang berdekatan nanti.
Alamat: Jalan Cheringin Tengah 1, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Phone: 0102820085
8. Mandara Tree Villas
Nak berangan bercuti di luar negara? Tak perlu pergi jauh-jauh. Pergi je ke Mandara Tree Villas. Villa di sini cukup menggagumkan dengan pemandangan hutan yang mempersonakan. Anda pasti akan terpukau bila bangun pagi melihat matahari terbit melalui pokok-pokok yang menghijau. Bukan setakat pemandangan cantik, villa ini sendiri pun cantik juga. Mereka menggunakan kayu sebagai bahan utama untuk pembinaan villa ini. Sesuai sangatlah, dah dalam hutan tu dapat rumah yang diperbuat dari kayu. Baru dapat merasa percutian tu.
Kawasan luar villa ini memang luas dan anda boleh melakukan aktiviti-aktiviti kekeluargaan. Nak mandi kolam renang pun ada juga. Kawasan dalam pula terdapat 2 bilik tidur serta ruang tamu yang luas. Kalau datang sini pasti anda akan melupakan segala tekanan hidup yang ada tu.
Alamat: Pahang Lot 28602, Lorong Cheringin Tengah, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0193885590
9. Charis Pool Villas
Dah nama pun Charis Pool Villas, mestilah semua villa mereka dilengkapi dengan kolam renang. Anda boleh tempah satu villa tu dan kolam renang renang tu dapat anda gunakan sekali. Reka bentuk villa di sini memang sangat cantik dan menyejukkan mata. Tak cukup dengan itu, villa ini terletak betul-betul dekat dengan Sungai Chemperoh yang dapat menyejukkan badan. Ada tangga yang disediakan daripada villa untuk terus ke sungai yang hanya terletak di belakang villa. Dapatlah merasa mandi sungai tu. Anak-anak anda mesti suka. Tapi hati-hati sikit dengan batu-batu sungai yang licin serta arus air yang tidak menentu.
Selain itu, di sini anda dapat melakukan aktiviti-aktiviti kekeluargaan seperti bermain bola tampar dan ATV. Ya! Anda boleh sewa ATV disini dan bawa jalan-jalan. Seronok kan? Kalau taknak main ATV pun takpa. Anda boleh melakukan aktiviti mencabar lain seperti meredah hutan untuk ke air terjun dan juga main paintball. Senang cerita banyaklah aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan Janda Baik ni.
Alamat: Charis, Kampong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0129981403
10. Villa Have2
Bukanmainkan nama villa ni? Villa Have2 tau. Nampaknya orang have-have jelah mampu tinggal di sini. Jangan risau anda boleh tong-tong harga kerana villa ini mampu memuatkan seramai 20 orang. Okaylah tu dalam lebih dari 3 keluarga boleh tinggal di sini. Villa yang mempunyai 6 bilik ini mampu memuatkan anda yang ingin tinggal dengan kumpulan yang besar. Boleh luangkan masa bersama-sama beramai-ramai di sini. Memang cantik sekali villa ni. Kenalah dengan namanya. Mewah sungguh! Mereka ada banyak ruang untuk anda melakukan aktiviti kekeluargaan dan bersantai-santai.
Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini. Antara fasiliti yang disediakan ialah tempat karaoke, trampolin, kolam renang peribadi dan kolam memancing. Banyak kan aktiviti yang ada boleh dilakukan. Jika anda nak bakar-bakar bbq pun tiada masalah. Mereka ada sediakan kelengkapan bbq. Dapur pun turut ada untuk masak-masak. Selain itu, mesin basuh dan pengering pakaian juga ada. Nak berbasikal mengelilingi kawasan pun boleh. Fuh memang macam-macam lah ada di sini. Anda pasti takkan bosan.
Alamat: Lot 5358, Jalan Cheringin 2, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0162410862
11. Homestay Rumah Bonda Janda Baik
Anda mesti nak homestay yang memberikan suasana kampung agar percutian anda lebih bermakna kan? Homestay Rumah Bonda harus menjadi pilihan anda. Anda akan menikmati pemandangan dan keindahan hutan yang memberikan udara segar. Dapatlah anda menikmati percutian hari keluarga anda. Dapat menenangkan fikiran dan berseronok juga. Mereka ni juga ada fasiliti yang lengkap kalau-kalau nak lakukan aktiviti hari keluarga.
Untuk yang pergi beramai-ramai sesuai sangat tinggal di Teratak Bonda yang boleh memuatkan dalam 2 ke 3 keluarga seramai maksimum 15 orang. Kalau nak kecil, sini anda boleh tempah Teratak Cucunda untuk 5 ke 6 orang dan nak kecil lagi untuk 1 keluarga anda boleh ambil Teratak Anakanda
Yang paling gempak sekali, di homestay ini anda boleh mandi sungai kerana sungai ada di kawasan ini. Memang belakang homestay je sungai. Boleh berseronok bermandi-manda dengan air sungai yang sejuk. Bagusnya air sungai di sini tak dalam sangat. Memang sesuai untuk anak-anak kecil bermandi-manda. Tapi jangan leka keranan air sungai ni tidak tentu derasnya.
Alamat: Lot 8547-425, Kampung Orang Asli Hulu Chemperuh, 28750 Bentong, Pahang
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 0139496699
Haa macam mana? Banyakkan homestay dan villa yang cantik-cantik di Janda Baik ni. Apa kayta anda survey dulu harga-harga yang ditawarkan dan membuat pilhan mengikut bajet yang anda tetapkan. Jangan lupa juga untuk merancang percutian anda dengan kemas agar semuanya berjalan dengan lancar. Serta pastikan anda tempah awal-awal agar anda dapat homestay yang anda inginkan.