4 Homestay Baru Cantik Di Hat yai

Jika anda sedang mencari homestay di Hat Yai, terdapat beberapa pilihan menarik yang boleh anda pertimbangkan.

Homestay adalah pilihan yang popular di kalangan pelancong kerana ia memberikan suasana seperti di rumah dengan kemudahan yang selesa. Berikut adalah beberapa homestay yang menarik di Hat Yai yang anda boleh pertimbangkan.


4 Homestay Baru & Cantik Sesuai Untuk Percutian Santai Di Hat Yai!

1. Family Room Di Praram’s House + Private Pool Villa 

Kredit Gambar: airbnb.com

Homestay ini menawarkan bilik keluarga di Praram’s House yang dilengkapi dengan kolam renang peribadi. Mempunyai 2 bilik tidur yang merangkumi 3 katil, ia sesuai untuk kapasiti 6 orang tetamu dan menyediakan ruang yang luas untuk anda dan keluarga anda bersantai. Anda akan dapat menikmati suasana yang tenang dan kemudahan yang selesa di sini. Bagi mereka yang menggunakan kereta atau kereta sewa, homestay ini menyediakan tempat letak kereta sebagai kemudahan.

Selain itu, homestay ini juga mempunyai kemudahan akses Wi-Fi, connecting room dari bilik ke bilik, penghawa dingin, kelengkapan keselamatan seperti CCTV dan First Aid Kit, kolam renang, BBQ, akses ke pantai dan lain-lain. Secara keseluruhannya, ia sesuai bagi mereka yang bercuti bersama rakan-rakan ataupun keluarga untuk bersantai-santai.

Alamat: Hat Yai, Songkhla, Thailand

Hotel Terdekat | Semak Harga | Ulasan Pelanggan 


2. Praram’s House + Private Pool Villa

Kredit Gambar: airbnb.com

Berdekatan homestay yang dinyatakan di atas, terdapat juga homestay dari Pemilik yang sama turut menawarkan Praram’s House yang juga dilengkapi dengan kolam renang secara private. Homestay ini mempunyai 5 bilik tidur dengan 6 katil yang boleh memuatkan sehingga 10 orang tetamu, menjadikannya pilihan terbaik untuk keluarga yang lebih besar atau kumpulan rakan. Anda semestinya akan dapat menikmati keselesaan dan privasi di sini sepanjang percutian anda.

Selain itu, homestay ini juga mempunyai pemandangan yang cantik terdiri daripada garden view, mountain view, pool view dan resort view. Homestay ini juga dilengkapi dengan kemudahan akses internet dan Wi-Fi, First Aid Kit untuk keselamatan, kolam renang, kelengkapan dapur dan servis sarapan serta perkhidmatan pembersihan sewaktu tempoh menginap. Secara keseluruhannya, ia sesuai bagi mereka yang bercuti bersama rakan-rakan ataupun keluarga besar untuk bersantai dan berehat.

Alamat: Hat Yai, Songkhla, Thailand

Hotel Terdekat | Semak Harga | Ulasan Pelanggan 


3. The Canale Villa 1

Kredit Gambar: airbnb.com

Homestay ini terletak di Tambon Kho Hong dan menawarkan The Canale Villa 1 yang boleh memuatkan sehingga 8 orang tetamu. Ia menawarkan kemudahan yang lengkap termasuk ruang tamu, dapur, dan bilik tidur yang selesa. Homestay ini dilengkapi dengan 2 bilik tidur dan 7 katil sesuai untuk percutian bersama rakan-rakan atau keluarga. Anda akan dapat merasai pengalaman yang santai di sini sepanjang percutian anda.

Homestay ini juga mempunyai akses tempat letak kereta tersedia ada berserta dengan balkoni dan outdoor kitchen membolehkan anda untuk membuat aktiviti seperti BBQ. Pendek kata, ia sesuai bagi mereka yang bercuti bersama rakan-rakan ataupun keluarga untuk bersantai dan berehat sambil menikmati suasana hujung bandar di Thailand.

Alamat: Tambon, Kho Hong, Chang Wat Songkhla, Thailand

Hotel Terdekat | Semak Harga | Ulasan Pelanggan 


4. The Canale Pool Villa Hat Yai

Kredit Gambar: airbnb.com

Daripada Pemilik The Canale Villa 1, The Canale Pool Villa Hat Yai ini adalah homestay yang berkapasiti besar mampu memuatkan sehingga 14 orang tetamu. Homestay ini mempunyai 5 bilik tidur dengan 12 katil sesuai untuk mereka yang melancong secara kumpulan yang ramai. Ia adalah pilihan yang baik untuk keluarga besar atau kumpulan yang lebih besar. Homestay yang terletak hanya 2-3KM dari bandar Hat Yai ini dilengkapi dengan kolam renang dan kemudahan-kemudahan yang selesa untuk memastikan anda memiliki penginapan yang menyenangkan.

Antara kemudahan tersedia dalam homestay ini adalah kolam renang, pool table, internet, kelengkapan dapur dan peralatan BBQ serta sistem keselamatan CCTV dan First Aid Kit untuk memudahkan anda semasa tempoh menginap. Tempat penginapan ini sesuai bagi mereka percutian mewah secara santai dan relaks di sana.

Alamat: Tambon Khuan Lang, Chang Wat Songkhla, Thailand

Hotel Terdekat | Semak Harga | Ulasan Pelanggan 


Setiap homestay di Hat Yai yang tersenarai ini menawarkan kemudahan yang selesa dan suasana yang santai untuk membuat penginapan anda di Hat Yai menjadi lebih menyenangkan. Buatlah pilihan yang terbaik untuk percutian anda di sana!

Jangan lupa untuk subscribe CariDestinasi untuk kemaskini yang terkini!

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

8 Budget-Friendly Hotel Di Hat Yai

Apabila merancang percutian ke Hat Yai, Thailand, salah satu perkara penting yang perlu dipertimbangkan ialah tempat penginapan. Berikut adalah senarai tempat penginapan budget-friendly yang...

5 Tempat Menarik Di Songkhla, Bandar Berdekatan Hat Yai

Songkhla antara salah satu bandar yang berdekatan dengan Hat Yai ini menyimpan pelbagai sejarah menarik untuk kita terokai! Dengan seni binanya yang menakjubkan berserta...

3 Tempat Menarik Di Trang, Bandar Berdekatan Hat Yai

Jika anda merancang perjalanan ke Trang setelah puas berjalan-jalan di Hat Yai, pastikan anda ketahui destinasi popular ini. Trang, sebuah wilayah di selatan Thailand menawarkan...

7 Cara Untuk Pelancong Bersiar-Siar Di Hat Yai

Apabila melawat Hat Yai, penting untuk tahu alternatif untuk anda bersiar-siar di sekitar bandar ini. Terdapat pelbagai pilihan yang memudahkan anda untuk sampai ke...

6 Hotel Sesuai Untuk Honeymoon Di Hat Yai

Percutian bulan madu merupakan peristiwa yang istimewa dan romantis untuk pasangan baru berkahwin. Jika anda merancang untuk berbulan madu di Hat Yai, terdapat beberapa...

3 Itinerari Perjalanan Percutian Di Hat Yai & Songkhla

Jika anda ada perancangan untuk ke Hat Yai mahupun Songkhla tapi tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika berada di sana, kami sediakan cadangan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x