Isi Kandungan
Mungkin kalau di bandar lain, penuh dengan kemodenan dan pembangunan sesuatu tempat yang ingin dijadikan tempat peranginan baru. Berbeza pula di Taiping yang dikenali sebagai sebuah bandar yang mempunyai tempat tertua di Malaysia. Di bandar Taiping ini, anda masih boleh menikmati percutian di tempat-tempat yang popular yang sering dikunjungi pelancong.
Tempat-tempat menarik di Taiping semuanya lengkap. Anda ingin mengunjungi zoo? Di Taiping terdapat Zoo Taiping iaitu zoo pertama di Malaysia. Selain Zoo, ada juga Muzium Perak yang mempunyai 8000 koleksi untuk dipamerkan. Dan yang paling popular ialah Taman Tasik Taiping yang mempunyai keluasan sebesar 64 hektar. Besar bukan!
Bukan sahaja banyak tempat-tempat menarik di sini, malah anda tidak akan susah untuk mencari homestay untuk tinggal beramai-ramai. Oleh itu, kami senaraikan homestay di Taiping bagi memudahkan lagi perancangan anda ke sini.
12 Homestay di Taiping
1. ArRayyan Homestay
ArRayyan Homestay menyediakan penginapan setaraf 5 bintang di rumah banglo besar ini. Lokasinya yang strategik juga terletak dekat dengan bandar Taiping yang hanya 2.8 KM sahaja jaraknya. Jika anda menaiki pengangkutan awam, anda boleh menggunakan pengangkutan KTM Taiping yang berada dekat dengan homestay ArRayyan Homestay.
Rumah banglo yang besar ini mempunyai 5 buah bilik tidur dengan kelengkapan bilik air di dalamnya. Dan yang pastinya turut dilengkapi dengan pendingin hawa agar penginapnya berasa nyaman. Laman yang luas juga sesuai untuk meletakkan kereta di dalam kawasan yang berpagar. Selain itu, laman ini juga sesuai untuk anda yang ingin melakukan aktiviti di luar rumah bersama keluarga atau rakan. Antara kemudahan lain ialah kolam renang kanak-kanak dan juga dapur untuk anda memasak. Terdapat juga sebuah gazebo untuk anda duduk bersantai ataupun boleh dijadikan port bergambar.
Alamat: 136, Lorong 1, Kampung Boyan, 34000 Taiping, Perak
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-5959058
2. Taiping Homestay Private Pool
Rumah banglo yang besar ini dijadikan sebuah homestay dengan kemudahan kolam renang persendirian. Kolam renang ini dibina berhampiran pintu tepi rumah memudahkan untuk anda mengawasi anak-anak anda ketika mereka sedang mandi kolam. Terletak di tengah-tengah antara bandar Taiping dan Kamunting, Taiping Homestay Private Pool menjadi tarikan kerana lokasinya yang strategik dan dekat dengan kedua-dua bandar.
Homestay ini juga turut menawarkan penginapan yang mempunyai 4 bilik tidur yang dilengkapi dengan pendingin hawa. Ruang tamu yang luas juga turut dilengkapi dengan pendingin hawa untuk keselesaan anda semasa duduk bersantai di ruang tamu rumah ini. Jadi, anda tak perlu gusar kerana keselesaan di homestay ini pastinya terjamin. Selain itu, kemudahan dapur turut disediakan untuk anda jika mahu memasak. Tidak kurangnya juga, kemudahan tempat untuk BBQ, mesin basuh dan jaringan Wifi juga turut tersedia untuk penginapnya.
Alamat: 234, Jalan Bukit 8, Kampung Tersusun Bukit Jaya, 34600 Kamunting, Perak
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-4758101
Whatsapp Taiping Homestay Private Pool
3. Tok Janggut Homestay & Retreat in Taiping
Tok Jangut Homestay & Retreat ini mempunyai 4 pakej penginapan untuk disewa berdasarkan jumlah orang yang menginap. Yang paling best, kesemua pakej penginapan mempuyai kolam renang tersendiri untuk anda. Selain kolam renang, kemudahan dapur dan juga tempat BBQ juga turut tersedia di dalam setiap pakej.
Tok Janggut Homestay & Retreat ini menawarkan pakej yang mampu menampung sehingga 20 hingga 35 orang dalam satu masa. Yang pastinya kesemua bilik tidur dilengkapi dengan pendingin hawa agar penginapnya berasa selesa untuk bermalam di situ. Pelbagai alat permainan juga turut tersedia bahkan basikal juga turut ada dan boleh digunakan secara percuma. Memandangkan Tok Janggut Homestay berkonsepkan suasana kampung, jadi anda boleh pusing-pusing di sekitar homestay menaiki basikal untuk mengambil angin yang segar dan tenang.
Alamat: Kampung Senduk ulu, 34850 Changkat Jering, Perak
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-3836867
Whatsapp Tok Janggut Homestay & Retreat
4. Sentosa Villa
Sentosa Villa merupakan sebuah resort yang menyediakan 2 jenis penginapan iaitu villa dan bilik. Sentosa Villa yang bertemakan alam semulajadi dikelilingi dengan pokok-pokok yang menghijau. Selain itu, tempat penginapannya dibangunkan dengan kayu yang kukuh tetapi tetap kelihatan moden. Penginapan ini pastinya memberikan anda suasana yang tenang dan mendamaikan. Terdapat juga sungai di sekeliling villa untuk anda menikmati pemandangan dan merasi kesejukkan air sungai.
Tempat penginapan yang disediakan sangat bersih dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Bilik dan villa juga terletak jauh antara satu sama lain. Jadi anda tidak akan terganggu dengan bunyi bising penginap lain sekaligus menjaga privasi anda. Sentosa Villa juga dijaga dengan kawalan keselamatan yang hanya membolehkan hanya kereta penginap sahaja yang boleh dibenarkan masuk. Pemandangan sungai yang cantik dapat dilihat melalui bilik anda sahaja.
Selain tempat penginapan, pokok yang berada di villa ini telah dilabel dengan nama beserta dengan gambar. Oleh itu, anda dapat menambah ilmu sambil bercuti. Ia bagus untuk pembesaran kanak-kanak malah orang dewasa juga turut boleh menambah ilmu pengetahuan untuk alam semulajadi.
Alamat: Jalan 8, Taman Sentosa, 34000 Taiping, Perak
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 05-8051000
5. Homestay Ustaz
Homestay ini terletak di Taman Saujana Jaya Asam Kumbang, Taiping. Homestay yang lengkap dengan kemudahan seperti di rumah ini pastinya akan membuatkan akan berasa puas hati dengan penginapan di sini. Turut tersedia kemudahan dapur yang lengkap dengan perkakas memasak, sinki dan peti ais sangat memudahkan anda sekiranya anda hendak masak di homestay ini.
Ustaz Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur di mana dua daripadanya mempunyai pendingin hawa. Selain penghawa dingin, bilik tidurnya turut dilengkapi dengan almari baju dan meja solek. Selain itu, Ustaz Homestay juga turut menyediakan buai dan katil bayi khas untuk anda yang mempunyai anak kecil. Jadi anda tidak perlu risau untuk membawa buaian anak anda semasa bercuti kerana homestay ini sudah menyediakannya.
Antara kemudahan lain yang tersedia ialah ruang tamu yang dilengkapi dengan sofa dan televisyen untuk anda berehat dan bersantai. Di luar rumah, kemudahan tempat BBQ turut disediakan dan ruang laman rumah juga sesuai untuk anda dan keluarga atau rakan berkumpul.
Alamat: 311, Jalan Saujana Jaya, Taman Saujana Jaya, 34000 Taiping, Perak
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-5773079
6. Taiping Cozy Homestay
Taiping Cozy Homestay mempunyai 2 buah unit homestay yang terletak bersebelahan sahaja. Terletak di Taman Simpang Makmur Taiping, homestay ini merupakan sebuah teres satu tingkat yang didekorasi secara minimalis tetapi mampu memberikan anda keselesaan dan kepuasan.
Kedua-dua unit homestay ini lengkap dengan pelbagai kemudahan. Terdapat 3 bilik tidur yang dilengkapi dengan 2 bilik air. Bilik tidur ini dilengkapi dengan katil bersaiz king, queen dan single. Kebersihan juga terjaga kerana cadar akan diganti baru sebelum penginap lain masuk. Selain itu, bilik tidur ini juga dilengkapi dengan kipas dan pendingin hawa. Manakala bilik air turut mempunyai pemanas air. Pihak homestay yang mesra pelanggan turut menyediakan teh, Milo, kopi, mi segera dan air mineral secara percuma kepada penginapnya. Kemudahan lain seperti Wifi, kemudahan dapur, meja makan dan ruang tamu juga tersedia dengan perabot yang akan membuatkan anda selesa.
Alamat: 101, Lorong Ru, Taman Simpang Makmur, 34700 Simpang, Perak
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-4306111
7. Guesthouse Taiping Dragon Place
Guesthouse Taiping Dragon Place merupakan sebuah banglo besar yang sesuai dijadikan tempat penginapan untuk percutian dalam kumpulan yang besar. Selain itu, homestay ini juga sesuai dijadikan tempat untuk anda mengadakan acara atau berkumpul bersama keluarga dan rakan. Hal ini kerana, kawasan banglo yang luas luar dan dalam sememangnya sesuai untuk melakukan aktiviti.
Kawasan laman yang ditumbuhi dengan rumput yang menghijau pastinya akan membuatkan anda berasa tenang kerana lokasi rumah ini juga terletak sedikit jauh dari kesibukkan bandar besar. Selain laman, ruang dapur dan ruang tamu juga cukup luas untuk anda berasa selesa menginap di sini. Terdapat 6 Bilik tidur yang turut dilengkapi dengan bilik air yang mempunyai kemudahan yang lengkap yang akan memberikan anda pulangan yang berbaloi. Setiap bilik tidur, ruang tamu dan ruang dapur dilengkapi dengan pendingin hawa. Guesthouse Taiping Dragon Place ini boleh memuatkan lebih 20 orang dalam satu masa.
Alamat: No 13, Lorong 4, Kampung Asam Kumbang, 34000 Taiping, Perak
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-4823164
Whatsapp Guest House Taiping Dragon Place
8. Taiping Homestay Husna Afina
Rumah Semi-D lot tepi ini mempunyai reka bentuk yang moden serta besar dan luas. Pelbagai kemudahan yang tersedia di sini yang pastinya berbaloi untuk anda menginap di sini. Homestay ini mempunyai 4 bilik tidur yang lengkap dengan pendingin hawa dan tilam serta bantal tambahan juga turut disediakan. Ruang dapur yang lengkap dengan kabinet moden juga turut dilengkapi dengan perkakas dapur yang cukup untuk anda memasak. Terdapat juga, mesin basuh, seterika dan televisyen untuk kemudahan anda yang menginap.
Di bahagian luar rumah, terdapat laman seluas 25×100 kaki yang sesuai untuk anda sekeluarga dan rakan-rakan untuk melakukan aktiviti. Selain itu, kerusi taman juga terdapat di luar rumah untuk anda duduk bersantai menikmati pemandangan siang dan malam. Kawasan rumah yang berpagar menjamin keselamatan anda sepanjang menginap di sini. Kawasan tempat letak kereta yang luas juga boleh memuatkan sehingga 5 buah kereta diletakkan dalam kawasan rumah.
Alamat: No 8 Lorong AD 29 Taman Aur Damai, 34000 Taiping, Perak
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-6959425
9. Lizz Homestay
Lizz Homestay menyediakan sebuah penginapan di sebuah rumah teres yang besar yang akan membuatkan anda selesa. Homestay ini lengkap dengan kemudahannya seperti dapur, bilik tidur, tandas, ruang tamu dan juga tempat letak kereta.
Kawasan homestay yang tidak sesak ini pastinya tidak akan membuatkan anda berasa terganggu apabila menginap di sini. Homestay ini mempunyai 4 bilik tidur di mana setiap bilik tidurnya dilengkapi dengan katil yang bersaiz queen. Kemudahan dapur turut tersedia untuk anda bersama dengan perkakasnya. Ruang tamu yang luas pastinya membuatkan anda berasa selesa untuk duduk bersantai sambil menonton televisyen. Di ruang luar rumah boleh memuatkan sehingga 2 biji kereta diletakkan di dalam kawasan berpagar.
Alamat: no.69 taman tekkah, impian 1, 34000 Taiping, Perak
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-6992595
10. Zakiah Homestay
Zakiah Homestay ini terletak di Taman Paduka Setia mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Turut tersedia selimut, toto, dan bantal tambahan untuk penginapnya agar lebih selesa. Bilik airnya juga turut lengkap tersedia sabun mandi dan juga syampu yang boleh anda gunakan secara percuma. Pihak Homestay sangat menjaga kebersihan bilik air dan bilik tidur agar para penginapnya berasa selasa menginap di homestay ini.
Ruang dapur yang luas dan mempunyai kabinet juga turut dilengkapi dengan perkakas memasak. Kemudahan lain yang disediakan ialah peti sejuk, mesin basuh, seterika dan lain-lain lagi keperluan. Ruang tamu juga luas dan lengkap dengan televisyen.
Lokasi Zakiah Homestay juga dekat dengan bandar Taiping yang hanya 5 minit sahaja daripada homestay. Selain dekat dengan bandar, Zakiah Homestay juga turut dekat dengan tempat menarik seperti Bukit Larut dan Air Terjun Burmese Pool.
Alamat: 73, Susur Paduka Setia 1, Kampung Boyan, 34000 Taiping, Perak
Lokasi| Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-9060569
11. Sense Taiping Homestay
Homestay ini terletak di Taman Bukit Mas yang boleh dikatakan lokasi yang strategik kerana berada hampir dengan kemudahan dan tempat-tempat yang menarik. Sense Taiping Homestay ini dekat dengan Aeon Taiping dan Tesco Taiping memudahkan anda untuk mencari barang keperluan dan makanan. Selain itu, tempat menarik berhampiran seperti Tasik Taiping dan Zoo & Night Safari hanya memakan masa 10 minit pemanduan untuk sampai.
Penginapan homestay ini lengkap seperti berada di rumah sendiri. Terdapat 5 buah bilik yang besar dan bersih untuk anda berehat dan tidur. Bilik ini juga turut dilengkapi dengan pendingin hawa. Ruang dapur yang luas turut lengkap dengan perkakas memasak dan juga peti ais untuk anda menyimpan makanan sejuk beku. Ruang tamu mempunyai sofa, televisyen dan Wifi cukup memberikan anda keselesaan untuk duduk bersantai bersama keluarga atau rakan.
Alamat: 129, Jalan Dato Mah Poh Nui, Taman Bukit Emas, 34000 Taiping, Perak
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-6278865
Whatsapp Sense Taiping Homestay
12. Taiping Homestay (Raintown) Lake View
Raintown Homestay merupakan sebuah rumah teres dua tingkat yang didekorasi secara simple dan minimalis tetapi memberikan keselesaan kepada anda. Walaupun homestay ini kelihatan biasa tetapi kemudahan yang tersedia lengkap seperti homestay yang lain. Homestay ini mempunyai 3 buah bilik tidur di mana kesemua bilik tidur memunyai katil yang bersaiz queen, kipas dan pendingin hawa. Terdapat juga kemudahan dapur untuk anda menyediakan masakan yang ringkas. Di dapur juga turut terdapat peti sejuk, meja dan kerusi untuk makan. Biarpun sederhana tetapi homestay ini lengkap dengan kemudahannya untuk anda bermalam di Raintown Homestay.
Alamat: 50, Lorong 26, Taman Lake View, 34000 Taiping, Perak
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-414 2334
Whatsapp Raintown Taiping Homestay
Banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi di Taiping ini. Jangan risau, anda tidak akan bosan datang ke Taiping malah tidak cukup masa untuk melawati tempat-tempat menarik yang berada di sini. Rancang percutian anda dengan sebaiknya dan bawa keluarga dan rakan-rakan datang bercuti di Taiping. Jangan lupa untuk pilih salah satu homestay dalam senarai ni!