Isi Kandungan
Port Dickson memang terkenal dengan pantai-pantai yang menjadi tarikan pelancong. Tempat-tempat penginapan tepi pantai di sini sesuai untuk anda yang bercuti bersama pasangan, keluarga atau rakan-rakan. Apabila anda menginap di sini pastinya akan mewujudkan satu suasana yang menenangkan dan romantis. Kawasan Port Dickson yang dekat antara satu sama lain, membuatkan pengunjung suka bercuti ke Port Dickson ini kerana dapat menjimatkan masa untuk ke sesuatu tempat.
Antara pantai yang menarik yang terdapat di Port Dickson ini ialah Pantai Tanjung Biru, Pantai Tanjung Tuan, Pantai Saujana, Pantai Cahaya Negeri dan Pantai Teluk Kemang. Pastinya anda akan teruja dengan keindahan tersendiri pantai-pantai ini.
Ramai yang bercuti di sini untuk meluangkan masa bersama keluarga besar ataupun bersama geng-geng untuk berkumpul beramai-ramai. Oleh itu, kami telah senaraikan homestay-homestay terbaik di PD untuk anda.
15 Homestay di Port Dickson
1. The Farmhouse PD @ Bandar Baru Sunggala
Kepada mereka yang teringin untuk menginap di villa ala-ala English style yang tenang dan santai, disinilah tempat yang sesuai untuk anda. Villa The Farm House PD yang hanya mengambil masa dalam 8 minit sahaja dari Teluk Kemang ini mampu menampung 20 orang dalam satu masa.
Villa yang cantik ini mempunyai 5 bilik tidur, 3 bilik air dan satu daripada bilik airnya pula mempunyai bathtub. Bilik tidur yang dilengkapi dengan katil queen, penghawa dingin dan kipas ini pasti akan menambahkan keselesaan kepada mereka yang menginap disini. Ruang tamu di villa ini juga sesuai untuk berkumpul dan melepak bersama keluarga kerana dilengkapi dengan TV LED, sofa, aircond dan kipas siling.
Bukan hanya itu, villa ini juga menyediakan kolam renang peribadi untuk dewasa dan juga kanak-kanak. Sambil memantau anak-anak bermandi-manda, ibu bapa boleh melakukan aktiviti barbeku di luar kerana mereka menyediakan tempat barbeku yang lengkap dengan pembakar barbeku beserta dengan 2 set meja 6 kerusi di patio villa.
Untuk mereka yang ingin memasak, anda tidak perlu risau kerana villa The Farm House PD juga menyediakan dapur gas, periuk nasi, microwave, pinggan mangkuk dan peralatan asas untuk memasak. Peralatan tambahan seperti iron, ironing board, hair dryer, dan penapis air coway juga disediakan. Kemudahan lain yang ada di villa ini ialah parking untuk 5 buah kereta yang pasti dijamin keselamatannya kerana di dalam kawasan yang berpagar.
Alamat: Lot 3731 B, Jalan Kg Sawah Sunggala, Bandar Baru Sunggala, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-11523534
2. Temasek Retreats @ Batu 2
Temasek Retreats adalah sebuah villa yang berkapasiti 30 orang ini terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Lokasinya mengambil masa dalam 10 minit pemanduan dari bandar Port Dickson. Villa ini terletak di tengah-tengah bandar, jadi ianya memudahkan anda untuk membeli barang keperluan. Anda pasti tidak akan menyesal untuk menginap di villa Temasek Retreats kerana persekitarannya yang tenang dan menghadap laut. Pagi dan malam anda akan disajikan dengan pemandangan matahari terbit dan matahari terbenam. Tidak lupa juga kepada pemandangan laut biru di depan mata.
Villa ini juga mempunyai ‘clifftop’ yang dapat memperlihatkan pemandangan Selat Melaka yang sangat cantik. Anda juga boleh bermandi-manda di kolam renang peribadi dan jakuzi di luar villa yang disediakan sambil melihat pemandangan yang mengagumkan. Selain itu, villa ini juga menyediakan kolam renang untuk kanak-kanak. Villa ini mempunyai akses terus ke pantai, jadi ianya memudahkan anda untuk bersiar-siar di pantai pada bila-bila masa. Villa ini mempunyai ruang tamu yang dilengkapi dengan smart tv 55’, sofa dan ‘play room’ untuk kanak-kanak bermain. Villa ini juga menyediakan 6 bilik tidur yang dilengkapi dengan penghawa dingin, pemanas air dan alatan mandi.
Apa yang unik mengenai villa Temasek Retreats ialah ianya mempunyai dapur terbuka yang lengkap dengan perkakas dapur di luar villa dan kolam yang mempunyai bar mereka sendiri. Dapur terbuka ini memang sesuai untuk mengadakan BBQ kerana bersebelahan dengan kolam renang. Tidak ketinggalan juga, villa ini mampu menyediakan sebanyak 8-10 tempat parking kereta untuk anda yang menginap di sini. Yang pasti, ianya amat sesuai untuk mereka yang mempunyai keluarga yang besar untuk bercuti.
Alamat: 475, Jalan Pantai, Batu 2, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-668 6821
3. Ombak Villa Port Dickson
Ombak Villa menjanjikan anda pemandangan yang tidak semua villa mampu berikan. Hal ini kerana, Ombak Villa ini terletak betul-betul di tepi laut. Bayangkan anda menginap di sini, pastinya siang dan malam anda ditemani dengan ombak laut yang akan memberikan satu suasana yang nyaman.
Rumah Villa ini dilengkapi dengan 4 bilik tidur yang turut memuatkan 6 buah katil. Villa yang mampu menampung sebanyak 12 orang penginap ini turut mempunyai 3 bilik air yang selesa untuk digunakan. Antara kemudahan yang ada ialah kolam renang di luar rumah, kemudahan dapur serta kelengkapannya, tempat letak kereta yang luas dan juga kawasan taman yang didekorasi cantik di luar rumah. Disamping itu juga, pemilik villa turut menyediakan bahan minuman seperti kopi teh dan susu secara percuma untuk para penginapnya.
Alamat: 4994, Jalan Tanjung Gemuk, Taman Nlfcs, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-6823732
4. @12HavenÂ
Berlokasi di Taman Tanjung, Port Dickson, 12Haven merupakan sebuah banglo yang besar berkonsepkan seperti penginap di Bali. Anda pastinya akan teruja sewaktu menjejakkan kaki di sini kerana landskap tamannya yang sangat cantik. Disamping itu juga, 12Haven turut terletak di tepi laut yang menjanjikan anda pengalaman melihat matahari terbenam melalui villa ini sahaja. Kawasan luar rumah yang luas ini sangat sesuai untuk anda bersantai atau melakukan aktiviti bersama keluarga atau rakan.
Banglo besar yang boleh memuatkan sehingga 12-15 orang ini mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik mandi yang lengkap dengan perabotnya serta kemudahan lain yang akan memberikan anda keselesaan untuk berehat. Ruang tamu yang luas dan dilengkapi dengan pendingin hawa dan televisyen yang besar juga boleh dijadikan tempat anda bersantai atau melakukan aktiviti ringkas. Sudah tentu pada bahagian dapur dilengkapi dengan kemudahan memasak dan juga perkakas memasak.
Tidak ketinggalan, rumah banglo besar ini turut mempunyai kolam renang yang bebentuk unik untuk penginapnya. Selain itu, layanan yang mesra daripada pemilik villa juga pastinya akan membuatkan anda akan datang lagi ke villa ini untuk bercuti.
Alamat: 12, Lorong Tj 5, Taman Tanjung, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Semak Harga |Â Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-3900873
5. Villa Dua Puluh Sembilan
Villa Dua Puluh Sembilan diambil namanya daripada nombir rumah iaitu 29. Villa ini dilengkapi 3 bilik tidur di mana di dalamnya terdapat katil bersaiz queen dan juga pendingin hawa. Rumah villa ini juga mendapat ulasan pelanggan yang memuaskan dari segi kebersihan dan keselesaan. Pelbagai lagi kemudahan yang lengkap disediakan seperti pinggan mangkuk, pembakar roti, cerek dan periuk nasi.
Di kawasan luar rumah juga terdapat sebuah kolam renang yang luas. Kolam renang di villa ini tidak diletakkan klorin untuk keselamatan pengunjungnya. Pemilik villa ini turut meletakkan ‘canvas sail’ agar penginapnya boleh mandi di kolam renang ketika matahari terik. Tempat BBQ juga turut tersedia di luar dengan kemudahan sinki disebelahnya untuk menyenangkan anda. Villa ini juga turut terdapat sebuah pondok yang diengkapi dengan meja dan kerusi untuk anda makan atau duduk bersantai .
Alamat: Taman Rakyat, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Lokasi |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-2356391
Whatsapp Villa Dua Puluh Sembilan
6. Nur Banglo Homestay
Rumah banglo besar ini dijadikan homestay yang turut dilengkapi dengan kolam renang tersendiri. Lokasinya di Batu 4 agak strategik kerana berhampiran dengan pantai dan juga tempat-tempat tarikan pelancong. Dengan sewaan bermula RM 550 untuk semalam, anda akan dapat menikmati pelbagai kemudahan di homestay ini.
Homestay ini mempunyai 4 bilik dan semestinya setiap bilik mempunyai pendingin hawa. Jadi tidak perlu berebut memilih bilik kerana semua bilik dijamin akan memberi keselesaan. Rumah banglo yang boleh menampung seramai 16 orang dalam satu masa ini juga mempunyai 3 buah bilik air dengan kemudahan pemanas air. Selain itu, ruang tempat kereta yang luas boleh memuatkan sehingga 4 biji kereta di dalam kawasan villa.
Kemudahan lain yang turut tersedia seperti kemudahan dapur yang lengkap, perabot yang lengkap, pelbagai alat permainan kanak-kanak dan juga siaran televisyen. Pihak homestay yang baik hati juga turut menyediakan bantal,tilam dan toto tambahan. Bukan hanya itu, rempah-ratus untuk memasak, snek, gula-gula, kopi, teh dan gula turut disediakan secara percuma di homestay ini.
Alamat: No. 60, Jln SH 6, Taman Sunggala Hartamas, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
 Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 010-4076678
7. Villa 969
Jika anda mencari sebuah penginapan untuk hari keluarga atau untuk majlis yang memerlukan kawasan luar rumah yang luas, Villa 969 ialah jawapannya. Villa ini mempunyai kawasan laman yang luas dan besar. Lamannya ditumbuhi rumput tebal serta dikelilingi pokok yang menghijau. Oleh itu, laman Villa 969 ini sangat sesuai untuk anda melakukan aktiviti luar dalam kumpulan yang besar.
Bukan setakat laman sahaja yang menghijau tetapi pagar di Villa 969 turut digantikan dengan dekorasi rumput. Selain daripada dapat menjaga privasi anda di homestay ini, ia turut menjadi port menarik untuk bergambar. Menariknya lagi, di Villa 969, kolam renangnya agak unik dan besar. Jangan anda tidak tahu, kolam renang di Villa 969 ini dibina dengan mempunyai gelongsornya sekali. Anda akan berasa puas dan seronok apabila mandi di kolam renang ini.
Di sini terdapatnya 5 bilik tidur yang agak besar, 5 ekstra tilam dan satu sofa bed. Untuk pendingin hawa, hanya 4 daripada 5 bilik sahaja yang ada. Bilik air pula ada 3 dan masing-masing dilengkapi dengan pemanas air.
Alamat: PD Villa Country Resort, 11, Jln PDV 3, Taman Rakyat, 71050 Teluk Kemang, Negeri Sembilan
Semak Harga |Â Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-3999340
8. Siti Homestay D’ Teluk Kemang
Jika anda inginkan sebuah penginapan dengan harga yang berpatutan, Siti Homestay Teluk Kemang PD ialah tempatnya. Dengan harganya yang berpatutan, anda akan dapat pulangan yang berbaloi dengan kemudahan yang lengkap tersedia di rumah ini. Kemudahan yang terdapat ialah kolam renang kanak-kanak, kelengkapan dapur, ruang tamu yang mempunyai televisyen dan tempat BBQ. Selain itu, terdapat 3 bilik tidur, 2 bilik mandi dan tempat letak kereta juga berada di dalam kawasan berpagar.
Melalui tawaran harga yang berbaloi anda dapat menikmati kemudahan seperti di villa-villa besar lain. Lokasi yang strategik juga memudahkan anda untuk ke tempat-tempat menarik di PD ini dan tempat yang terhampir ialah Dataran Teluk Kemang yang sememangnya popular. Untuk pengetahuan anda, homestay ini dikhaskan untuk muslim sahaja.
Alamat: 1063, Jalan Politeknik 20, Taman Politeknik, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Semak Harga |Â Lokasi | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-6861555
9. Reco Homestay@ The Regency
Reco Homestay ini yang mahalnya bukan harga penginapannya tetapi yang ‘mahal’ ialah pemandangannya. Mana tidaknya, bangunan homestay ini betul-betul menghadap pantai. Anda akan bangun pagi disajikan dengan pemandangan laut biru dan matahari terbit. Selain itu, jika anda mahu besantai di balkoni sahaja, anda sudah dapat menghirup udara laut yang segar.
Reco Homestay merupakan sebuah apartment yang lengkap kemudahannya. Segala kemudahan tersedia seperti bilik tidur, ruang tamu, meja makan dan juga kemudahan dapur. Kebersihan di homestay ini pastinya terjaga memandangkan pihak pengurusan sangat menjaga kebajikan penginapnya untuk keselesaan anda. Anda boleh memilih antara apartment 1 bilik yang boleh memuatkan sehingga 4 orang ataupun apartment 2 bilik untuk 6 orang.
Selain itu, terdapat juga kolam renang di bawah untuk anda melakukan aktiviti renang. Anda hanya tinggal memiih sama ada mahu mandi di kolam renang atau pun di pantai.
Alamat: 5th Mile, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Semak Harga |Â Lokasi |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-9428670
10. Grand LexisÂ
Grand Lexis sememangnya sebuah tempat penginapan yang terkenal di Port Dickson, Negri Sembilan. Lokasinya yang strategik berdekatan dengan bandar Port Dickson dan juga dekat dengan tol lebuhraya yang menyenangkan anda untuk mencari dan datang ke sini.
Dinspirasikan dari Bali, Grand Lexis ini didirikan di atas air di tepi laut pastinya akan memberikan anda satu pengalaman bercuti yang menarik. Menempatkan sebanyak 305 unit villa, di mana setiap villanya tersedia kolam renang peribadi. Oleh itu anda dapat menjaga privasi tersendiri semasa bercuti. Selain daripada kolam renang, anda turut boleh menikmati pancuran mandian yang tersedia di luar untuk anda membersihkan diri.
Perkara paling seronok untuk menginap di Grand Lexis ini bukan setakat kolam renang peribadinya tetapi turut terdapat taman berlandskap yang cantik untuk dijadikan port bergambar. Tidak cukup dengan itu, anda dapat bersantai sambil menghirup udara bayu laut dengan bersantai di balkoni yang menghadap ke laut. Terdapat juga lantai kaca jernih di mana anda dapat melihat air laut yang berombak di bawah kaki anda sahaja.
Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Semak Harga |Â Lokasi | Laman Web |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 06-6532200
11. D’Cosy Homestay
D’Cosy Homestay terletak di Taman Sunggala Hartamas ini mempunyai kolam renang peribadi untuk dewasa dan juga kanak-kanak. Rumah lot tepi ini mempunyai 4 bilik tidur yang lengkap dengan kelengkapan katil, kipas, pendingin hawa, meja solek dan juga almari baju. Terdapat juga tilam, bantal dan selimut tambahan yang disediakan untuk keselesaan anda. Ruang tamu dan ruang makan yang cukup luas pastinya akan memberikan anda satu kepuasan.
Jika anda hendak memasak di homestay ini, anda tak perlu risau kerana kelengkapan dapur serta perkakasnya lengkap untuk memasak. Selain itu, kawasan BBQ turut tersedia jika anda hendak berbaque bersama keluarga atau pun rakan-rakan. D’Cosy Homestay juga turut berdekatan dengan tempat-tempat popular yang menjadi tumpaun orang ramai seperti Muzium Tentera Darat, PD Gateway, Rumah Terbalik dan juga pantai-pantai yang cantik.
Alamat: 116, Jln SH 8, Kampung Sungala, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-8087571
12. Serenity At Port Dickson
Villa ini dibangunkan sempena nama anak sulung pemilik homestay ini dan juga nama “serenity” itu sendiri untuk melambangkan pemandangan yang cantik yang boleh anda temui di villa ini. Serenity terletak jauh sedikit daripada kesibukkan bandar sememangnya sesuai untuk anda yang bercuti untuk mendapatkan ketenangan. Ditambah lagi dengan kedudukannya yang dikelilingi dengan pokok-pokok yang menghijau serta kedudukan yang menghadap laut Selat Melaka pastinya akan memberikan anda keseronokkan dalam bercuti.
Villa besar berkonsepkan zaman kolonial ini mampu menampung penginap dalam kumpulan yang besar. Terdapat 5 bilik tidur yang setiap satunya dilengkapi dengan bilik air dan setiap bilik tidur menghadap ke laut. Jadi anda tidak perlu berebut untuk mendapatkan bilik dengan pemandangan yang cantik. Selain itu, terdapat juga kolam renang besar yang sentiasa dijaga kebersihannya untuk keselesaan penginapnya.
Alamat: 89, Rumah Rakyat Telok Pelanduk, Kampung Tanjung Pelandok, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-2113040
Whatsapp Serenity At Port Dickson
13. Rumah HipsterÂ
Nama “Rumah Hipster” sudah melambangkan konsep yang dibawa rumah ini. Rumah teres satu tingkat ini didekorasi untuk menampakkan mood moden dan juga stail. Gabungan warna yang menarik, hiasan yang digunapakai dan pemilihan perabot semuanya menunjukkan konsep hipster ini. Ia memberikan gambaran yang lebih ringkas dan bersahaja.
Homestay ini mempunyai pelbagai kemduahan yang tersedia lengkap. Ruang tamu dilengkapi dengan pendingin hawa, kipas, televisyen dan juga sofa yang empuk. Kemudahan dapur juga tersedia dengan perkakas yang lengkap seperti dapur gas, periuk nasi dan lain-lain lagi peralatan memasak. Terdapat juga 3 bilik tidur bersama 2 bilik air yang dilengkapi dengan pemanas air. Tidak ketinggalan, kolam renang untuk penginapnya.
Lokasinya turut strategik kerana berada berdekatan dengan tempat-tempat menarik seperti Ostrich Farm, Rumah Terbalik, Bukit Batu Putih dan Pantai Teluk Kemang.
Alamat: SPDH, Kampung Sungala, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-11951845
14. Homestay 133 VillaÂ
Homestay ini terletak di Bandar Teluk Kemang iaitu merupakan lokasi yang strategik kerana dekat dengan kawasan pantai. Jarak antara homestay dan pantai sejauh 1.5 KMÂ dan hanya memakan masa lebih kurang 7 minit sahaja untuk sampai. 133 Villa ini terletak dalam kawasan yang mempunyai kawalan keselamatan yang ketat. Oleh itu, keselamatan anda serta kereta akan terjamin.
Villa 2 tingkat ini mempunyai 4 bilik tidur dan ruang yang dilengkapi dengan kipas dan pendingin hawa untuk keselesaan penginapnya. Pelbagai kemudahan lain turut tersedia seperti kolam renang, tempat BBQ, kemudahan dapur, ruang makan yang besar dan juga kawasan laman untuk anda melakukan aktiviti luar.
Paling seronok di villa ini, terdapat sebuah bilik permainan yang didalamnya penuh dengan pelbagai mainan. Antara mainan yang ada ialah carrom, snooker, dart, congkak, dam haji dan tabletop football game.
Alamat: 13, Jalan PDV3, PD Villa Country Resort,, Taman Rakyat, Telok Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-3304632
15. Annisa Homestay
Annisa Homestay terletak di kawasan desa yang pastinya akan memberikan anda ketenangan sambil-sambil menghirup udara yang segar. Terdapat 5 unit homestay yang tersedia dengan kemudahan yang lengkap.
Terdapat seunit homestay merupakan penginapan di sebuah rumah. Antara kemudahan yang ada ialah ruang tamu yang luas, 2 bilik tidur dengan katil bersaiz queen dan juga bilik air. 2 bilik tidur tersebut turut dilengkapi dengan pendingin hawa. Terdapat juga kemudahan dapur untuk penginapnya memasak. Unit ini mampu untuk menampung sehingga 18 orang.
2 buah unit yang lain dikhaskan untuk 15 orang sahaja pada setiap unit. Kemudahan yang ada ialah ruang tamu, bilik air, 2 bilik tidur dan cerek elektrik. Di unit ini tiada disediakan kemudahan dapur. Manakala 2 unit lain merupakan penginapan bilik yang menempatkan 2 katil. Kemudahan yang tersedia ialah televisyen, pendingin hawa dan jug elektrik.
Alamat:Â Lorong Yamah, Taman Dato Haji Abdul Samad, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: +60192537322
16. Rossa HomestayÂ
Jarak antara Rossa Homestay dan juga Pantai Teluk Kemang hanya memakan masa 3 minit sahaja. Hal ini kerana, Rossa Homestay terletak di Teluk Kemang juga. Rumah teres 2 tingkat ini juga menawarkan anda 4 bilik tidur dengan 3 daripadanya mempunyai pendingin hawa untuk keselesaan anda. Terdapat juga toto dan bantal tambahan disediakan. Selain itu, homestay ini juga menyediakan dapur untuk anda sekiranya hendak masak. Tidak ketinggalan, homestay ini juga turut menyediakan set BBQ untuk anda.
Anda yang inginkan penginapan selesa tanpa peraturan yang ketat seperti hotel boleh cuba homestay ini. Lagipun, ianya terletak di kawasan kejiranan. Anda akan rasa lebih selamat kerana adanya orang sekeliling.
Alamat: No.59, Taman Baru Kemang, 71050 Teluk Kemang, Negeri Sembilan
Lokasi |Â Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-9349087
Port Dickson bukan sahaja terkenal dengan tarikan pantai-pantainya, akan tetapi banyak juga tempat-tempat yang popular dan best untuk dikunjungi. Antara tempat yang menarik yang boleh anda lawati ialah Ostrich Farm, Rumah Terbalik, Muzium Tentera Darat, Extreme Park, 3D Art Gallery dan lain-lain lagi. Jadi, rancanglah percutian anda ke PD ni sebaiknya. Jangan lupa selitkan juga homestay-homestay di atas dalam perancangan percutian anda!