13 Homestay Di Johor Bahru – Macam Resort!

Johor merupakan sebuah negeri yang harus dikunjungi pelancong. Pelbagai tempat persinggahan yang menarik minat pelancong untuk datang ke sini. Terletak bersebelahan dengan Singapura, Johor Bahru ini tidak pernah sunyi daripada pengunjungnya. Antara tempat popular yang menarik yang boleh anda lawat seperti Legoland, Danga Bay, Zoo Johor, Pulau Sibu, Masjid Sultan Abu Bakar dan banyak lagi tempat. Semua tempat menarik ini terletak di Johor Bahru.

Selain daripada kemajuan dari segi tempat beriadah dan berhibur, anda juga tidak akan susah untuk menemukan tempat penginapan untuk anda yang datang beramai-ramai. Takkan anda datang ke Johor Bahru hanya satu hari saja. Tidak puas untuk berjalan!. Luangkan masa anda untuk menginap dan kemudiannya pusing-pusing di sekitar kawasan Johor Bahru ini. Dijamin untuk mencari homestay di Johor Bahru tidak susah dan lokasi juga turut strategik kerana berada di sekitar bandar.

13 Homestay di Johor Bahru ala ala Resort


1. OneRiimba Garden View Residence

riimba residence

OneRimba Garden View Residence merupakan sebuah homestay yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti kolam renang, jakuzi, set karaoke, tempat BBQ, gim mini dan juga pelbagai alat permainan. Kemudahan yang sedia ada ini boleh digunakan untuk mengisi masa santai bersama keluarga atau rakan semasa bercuti.

Homestay yang bertemakan taman rimba ini dipenuhi dengan pokok-pokok yang menghijau pastinya akan memberikan kesegaran dan ketenangan kepada anda. Rumah besar ini mampu memuatkan 26 hingga 28 orang dalam satu masa memandangkan terdapat 6 bilik tidur dan 6 bilik air. Cukup sesuai untuk penginapan dalam kumpulan besar ditambah lagi dengan kemudahan juga lengkap disediakan. Waktu malam di rumah ini lagi ditambah cantik dengan mainan cahaya daripada lampu-lampu yang dipasang. Pastinya akan membangkitkan mood yang ceria.

Alamat: No 1, Jalan Indah 12/8, Taman Bukit Indah, 79100 Nusajaya, Johor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


2. D’ Ambiience Private Garden & Pool Residence

D’ Ambiience Private Garden & Pool

Tempat penginapan yang besar dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan ini terletak di Taman Bukit Indah. D’Ambiience berada di lokasi yang strategik kerana terletak berdekatan dengan tempat-tempat tumpuan yang sering dikunjungi pelancong. Anda tidak akan mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi seperti Danga Bay, Legoland dan Paradigm Mall kerana berdekatan dengan homestay.

Selain itu juga, homestay ini turut berdekatan dengan Central Park yang sesuai untuk anda dan keluarga melakukan aktiviti outdoor seperti berbasikal, berjogging dan bersenam. Sambil-sambil bercuti, anda juga dapat menghirup udara segar dan dapat menenangkan fikiran.

Homestay yang mempunyai dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Antara kemudahan yang tersedia ialah kolam renang, set karaoke, tempat BBQ, dapur dengan kelengkapan memasak, peti sejuk, android tv dan lain-lain lagi. Rumahnya memang cukup besar dari kawasan dalam hingga ke luar. Reka bentuk rumah ini juga cukup mempersonakan dan moden. Anda pasti akan suka menginap di sini.

Alamat: 40, Jalan Indah 10/14, Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan


3. D’Niice Garden Villa

D' NIICE Garden Villa

Berlokasi di sekitar Johor Bahru, D’Niice Garden Villa sememangnya sebuah homestay yang tepat untuk anda menginap semasa bercuti. Homestay ini pastinya terletak berdekatan dengan pusat bandar yang memudahkan anda ke sana tanpa perlu memandu lama. Selain itu, homestay ini dikelilingi dengan pusat makan termuka yang menyenangkan juga anda untuk mencari makan.

Homestay yang dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 4 bilik air ini sesuai untuk 15 hingga 18 orang dalam satu masa. Pelbagai kemudahan juga turut disediakan untuk anda seperti tempat BBQ, steamboat pot serta dapur dengan kelengkapan yang lengkap untuk memasak. Tidak ketinggalan juga, D’Nice Garden Villa juga mempunyai kolam renang yang luas dan bersih. Villa yang luas ini mempunyai reka bentuk dan dekorasi yang sangat moden dan ringkas. Anda yang sukakan rumah villa besar memang patut menginap di sini.

Alamat: 39, Jalan Indah 10/14, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan


4. Uniique Haus Pool

UNIIQUE HAUS POOL

Homestay yang terletak di Skudai, Johor Bahru, Johor ini memang sangat best dan menarik kerana rumah ini mempunyai sebuah pool table dan mahjong untuk melakukan aktiviti bersama keluarga, private swimming pool untuk bermandi-manda, mempunyai keluasan 7000 kaki persegi, dan dikelilingi oleh 10 ekar taman pusat yang sesuai untuk berjogging, berbasikal, bersenam dan bermain layang-layang.

Rumah ini agak besar kerana ianya mempunyai 6 bilik tidur yang mempunyai 15 katil yang mampu memuatkan sehingga 16 orang dan 5.5 bilik air. Bilik tidur pertama mempunyai 1 katil queen, 2 katil single, 1 katil dua tingkat dan 2 tilam. Bilik tidur kedua mempunyai 1 katil queen dan 2 katil single. Bilik tidur ketiga, keempat dan kelima pula masing-masing  mempunyai 1 katil king, 1 katil queen dan 2 katil queen. Bilik tidur keenam pula mempunyai 2 sofa bed, 2 tilam, 1 katil queen. Setiap bilik tidur pula dilengkapi dengan aircond dan rak pakaian. Memang sangat selesa dan sesuai untuk mereka yang mempunyai keluarga yang besar.

Selain itu, ruang tamunya pula dilengkapi dengan sofa yang selesa, tv, air-cond dan karaoke. Selain daripada itu, dapurnya pula lengkap dengan pelbagai peralatan seperti peti ais, dapur gas, penapis air, mesin basuh dan perkakas asas memasak. Jadi, anda tidak perlu risau jika anda ingin memasak disini. Disebabkan rumah ini sangat luas, anda juga dibenarkan untuk melakukan apa-apa majlis mahupun function, tetapi mestilah berhubung dengan pemilik terlebih dahulu dan akan dikenakan caj tambahan. Bukan sahaja itu, rumah mewah ini mempunyai banyak port-port untuk melepak seperti bersebelahan dengan swimming pool, jadi memang sesuai untuk bersantai bersama keluarga.

Selain itu, rumah ini juga mempunyai banyak ‘ootd spot’, memang Instagram worthy. Sebagai info tambahan, ianya hanya mengambil masa 3-5 minit untuk ke Sutera Mall dan 8-10 minit sahaja untuk ke Legoland, jadi untuk anda yang ingin pergi ke Legoland atau berjalan-jalan di bandar Johor Bahru, anda boleh cuba menginap disini. Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang anda untuk bercuti di villa mewah ini!

Alamat: 62, Jalan Uda Utama 7/6, Bandar Uda Utama, 81200 Skudai, Johor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


5. D’Impiio Garden Home

D'IMPIIO GARDEN HOME

Kalau dah namanya garden, pastinya rumah ini banyak pokok-pokok yang menghijau di sekeliling rumah. Memang sangat sesuai dipilih sebagai tempat percutian bersama keluarga dan rakan-rakan. Rumah ini mempunyai 4 bilik tidur dengan jumlah 6 katil kesemuanya dan boleh memuatkan 14 orang. Bilik tidur pertamanya mempunyai 1 katil king dan 2 tilam. Bilik tidur kedua dan ketiganya pula mempunyai 1 katil queen. Bilik keempatnya pula mempunyai 1 katil queen, 1 katil dua tingkat dan 2 tilam. Setiap bilik tidurnya mempunyai air-cond dan bilik airnya mempunyai pemanas air. Memang cukup selesa dan sesuai untuk menginap bersama keluarga.

Selain daripada itu, ruang tamunya juga dilengkapi dengan sofa yang selesa, smart tv, air-cond, karaoke dan permainan kanak-kanak. Memang sangat seronok untuk bersantai bersama keluarga disini. Selain itu, dapurnya pula dilengkapi dengan peti ais, pemanas air, penapis air Coway, dapur gas dan pelbagai perkakas dapur yang asas. Antara kemudahan yang ada di rumah ini adalah ruang BBQ, jadi ianya boleh menjadi salah satu aktiviti bersama keluarga pada waktu malam. Bukan itu sahaja, tempat penginapan ini juga hanya mengambil masa 7-10 minit sahaja untuk ke Legoland. Jadi, untuk anda yang ingin ke bercuti ke Legoland, anda boleh cuba menginap disini.

Selain itu, lokasi rumah ini juga berdekatan dengan kemudahan lain seperti AEON Supermarket dan Lotus’s Hypermarket yang hanya mengambil masa dalam 3-5 minit sahaja untuk ke sana. Jika anda ingin ke Pusat Bandar Johor Bahru pula hanya mengambil masa dalam 12-15 minit. Jadi, D’Impiio Garden Home ini memang sesuai dijadikan tempat penginapan anda semasa bercuti bersama keluarga.

Alamat: 22, Jalan Indah 1/2, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


6. De Impiiana Villa 

D'IMPIIANA VILLA

Anda tidak boleh lepaskan peluang untuk menginap di D’Impiiana Villa, Johor Bahru kerana villa ini mempunyai sebuah air terjun pertama di Johor Bahru untuk villa staycation. Menarik, bukan? Kalau dah ada air terjun pasti ada swimming pool. Villa ini juga mempunyai sebuah swimming pool yang cukup luas untuk anda meluangkan masa dengan bermandi-manda bersama keluarga.

Villa ini juga mempunyai 6 bilik tidur dan 12 katil kesemuanya. Bilik tidur pertama mempunyai 1 katil king, 1 katil single dan 2 tilam. Bilik tidur kedua, ketiga dan keempat pula masing-masing mempunyai 1 katil queen, 2 katil queen dan 1 katil queen. Bilik tidur kelima pula mempunyai 1 katil queen dan 1 katil single. Bilik terakhir iaitu bilik keenam mempunyai 2 katil queen dan 2 katil single. Memang sesuai untuk keluarga yang mempunyai kapasiti 16 orang. Villa ini mempunyai 5 bilik air dan kesemuanya dilengkapi dengan pemanas air. Villa ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin sepenuhnya sama ada di ruang tamu mahupun di setiap bilik tidurnya. Jadi, memang sangat selesa untuk menginap disini.

Selain daripada itu, ruang tamunya pula memang luas dan dilengkapi dengan sofa dan tv. Bolehlah anda bersantai dan melepak bersama keluarga di sini. Bukan itu sahaja, dapurnya juga lengkap dengan segala peralatan dan perkakas dapur seperti peti ais, microwave, pemanas air, periuk nasi dan pinggan mangkuk. Selain itu, halaman rumahnya agak luas dan boleh memuatkan 4 biji kereta untuk parking disitu. Untuk pengetahuan anda, pemilik tidak membenarkan untuk melakukan apa-apa parti atau majlis dan villa ini hanya untuk percutian yang menenangkan sahaja.

Alamat: 2, Jalan Indah 7/6, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


7. The Riimbun Villa

THE RIIMBUN VILLA

The Rimbun Villa, sebuah villa yang mempunyai kapasiti maksimum 16 orang ini terletak di Johor Bahru, Johor Bahru. Villa mewah ini mempunyai sebuah private pool, ruang BBQ, pool table dan 6 bilik tidur. Bilik tidur pertama mempunyai 1 katil king dan 1 katil single. Bilik tidur kedua pula mempunyai 1 katil queen dan 1 katil single. Bilik tidur ketiga dan keenam pula mempunyai 1 katil queen manakala bilik tidur keempat dan kelima pula mempunyai 2 katil queen. Setiap bilik tidurnya pula dilengkapi dengan penghawa dingin, jadi memang selesa untuk menginap disini. Villa ini juga mempunyai 4.5 bilik air.

Selain itu, ruang tamunya juga sangat selesa untuk bersantai bersantai bersama keluarga kerana dilengkapi dengan sofa, tv, air-cond dan juga karaoke. Dapur villa ini pula lengkap dengan segala peralatan dapur seperti peti ais, dapur gas, penapis air dan segala perkakas asas untuk memasak, jadi anda tidak perlu risau jika ingin memasak semasa menginap disini. Selain daripada itu, villa ini juga berdekatan dengan taman rekreasi dan anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke sana. Ianya juga hanya mengambil masa 8-10 minit sahaja masa pemanduan untuk IKEA.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh melakukan apa-apa sambutan, majlis, parti tetapi akan dikenakan caj tambahan. Apa tunggu lagi? Tempah tarikh percutian anda di villa mewah ini sekarang!

Alamat: 42, Jalan Nipah, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


8. D’Niice Garden Xtra

D'NIICE GARDEN XTRA

D’Niice Garden Extra adalah homestay yang selesa untuk diinap. Homestay ini ialah rumah tambahan untuk anda jika D’Niice Garden Villa tidak mencukupi kapasiti yang anda mahukan. Jumlah kapasiti untuk kedua-dua homestay ini jika digabungkan adalah 30 orang. Memang sesuai untuk mereka yang ingin berkumpul bersama keluarga dalam kapasiti yang besar.

Rumah ini mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik air. Jika digabungkan kedua-dua rumah ini ianya mempunyai 7 bilik kesemuanya. Ketiga-tiga bilik tidur di D’Nice Xtra ini dilengkapi dengan 1 katil queen dan 1 katil single. Oleh itu, homestay ini boleh memuatkan 12 orang kesemuanya. Setiap bilik tidur pula mempunyai sebuah penghawa dingin untuk menambahkan keselesaan mereka yang menginap disini. Ruang tamunya pula mempunyai sebuah sofa, tv dan aircond. Bolehlah anda bersantai bersama keluarga disini.

Dapurnya pula lengkap dengan dapur gas dan peralatan asas memasak yang lain. Homestay ini juga mempunyai peralatan BBQ, jadi bolehlah ianya menjadi salah satu aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga disini.

Alamat: 34 Jalan Indah 29/11 Taman Bukit Indah 81200 Johor Bahru, Johor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Phone: 016-767 9998


9. Straits Hill Villa

Straits Hill

Rumah villa yang tersergam indah ini diinspirasikan daripada bangunan Spanish Casa pastinya akan membuatkan anda teruja sepanjang menginap di sini. Straits Hill Villa ini sangat sesuai untuk anda yang mahu melakukan hari keluarga atau majlis-majlis yang memerlukan kawasan yang luas di luar rumah. Hal ini kerana, Straits Hill Villa mempunyai taman yang sangat luas untuk anda melakukan aktiviti-aktiviti di rumah ini.

Rumah yang dilengkapi dengan 2 bilik tidur dan 3 bilik air ini mempunyai dekorasi dan susun atur perabot yang menarik. Anda pastinya akan terasa seperti sedang menginap di luar negara kerana reka bentuk rumah yang unik ini. Pelbagai juga kemudahan lain yang turut disediakan seperti Wifi, kawasan BBQ, kawasan letak kereta yang luas dan lain-lain lagi.

Alamat: No 19, Jalan Bertingkat Skudai, Straits View, 80200 Johor Bahru, Johor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

Whatsapp Straits Hill Villa


10. Villa Warisan JA

Villa Warisan JA

Villa Warisan JA merupakan sebuah villa yang mempunyai 8 suite room dan turut menawarkan pakej untuk pelbagai majlis. Dengan berkonsepkan rumah kayu, villa ini dibangunkan dengan dekorasi tradisonal pada zaman klasik dulu. Villa ini memaparkan seni ukiran kayu yang ditempah khas dari Jepara, Semarang Indonesia.

Setiap bilik yang dilengkapi dengan katil kayu klasik ini pastinya akan memberi satu pengalaman yang anda tidak dapat lupakan. Bukan setakat katil, malah perabot yang lain dan dekorasi dalaman bilik juga turut memaparkan suasana tradisonal. Selain itu, terdapat juga banyak spot yang cantik di sekitar kawasan villa ini untuk anda abdikan sebagai kenangan melalui sekeping gambar.

Alamat: 88, Jalan Abdul Rahman Andak, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan


11. Suria 1 Homestay JB 

Suria Homestay JB With Swimming Pool

Suria Homestay JB ini dilengkapi dengan kolam renang persendirian yang dihias cantik serta bersih. Homestay yang terletak di Taman Mount Austin ini agak ideal lokasinya kerana berada dekat dengan tempat-tempat yang menarik. Jadi anda tidak perlu memandu lama untuk ke tempat-tempat menarik ini.

Homestay ini menawarkan sebuah peginapan rumah yang mempunyai 5 buah bilik serta 4 bilik air. Selain itu juga, pihak homestay turut menyediakan tambahan 4 tilam bersaiz single tanpa bayaran tambahan. Kemudahan dapur dengan peralatan memasak juga turut tersedia di homestay ini memudahkan untuk anda masak bersama-sama. Jika anda mahu membuat BBQ, jangan risau kerana homestay ini juga turut menyediakan tempat BBQ. Anda hanya perlu membawa arang sahaja.

Ruang tamu yang agak luas juga sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga dan rakan sambil melayan Netflix yang tersedia di telivesyen. Kemudahan Wifi juga turut disediakan untuk penginapnya.

Alamat: 1, Jalan Mutiara Emas 9/21, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


12. Adrenaline Homestay

Adrenaline Homestay

Antara tarikan untuk anda menginap di Adrenaline Homestay ini ialah apartment ini mempunyai sebuah kolam renang yang luas dan bersih. Saiz kolam yang besar seperti kolam olimpik ini pastinya akan memberikan kepuasan dan teruja untuk berenang di kolam ini. Yang menariknya lagi, dari kolam renang ini anda akan menikmati pemandangan padang golf yang luas. Jadi selain berenang, anda juga boleh bersantai sambil menenangkan fikiran.

Homestay ini dilengkapi dengan 2 bilik tidur di mana di dalamnya lengkap dengan perabot dan pendingin hawa. Jangan risau jika anda hadir lebih daripada 4 orang, kerana homestay ini turut menyediakan tambahan tilam, toto dan bantal. Selain itu, kemudahan seperti televisyen, cerek elektrik, dapur masak juga ada di homestay ini. Wifi percuma dengan kelajuan 500mbps turut tersedia buat penginap homestaynya.

Lokasi Adrenaline Homestay juga strategik kerana berdekatan dengan tempat-tempat yang menarik seperti Ikea Tebrau, yang hanya mengambil masa 12 minit pemanduan untuk ke destinasi. Selain itu, jarak antara Adrenaline Homestay dengan Hospital Sultan Ismail juga hanya 10 minit sahaja.

Alamat: Jalan Sagu 36, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

Whatsapp Adrenaline Homestay


13. Homestay Cinta Ayu Resort Apartment

Homestay Cinta Ayu menawarkan 5 unit homestay untuk anda dengan pulangan keselesaan yang berlipat ganda. Bukan sahaja memberikan anda keselesaan, malah homestay ini juga berbaloi dengan harganya yang berpatutan. Jika anda menginap di sini untuk 3 hari 2 malam, anda akan mendapatkan diskaun hampir 20%. Anda boleh memilih antara studio apartment ataupun apartment 2 bilik tidur.

Homestay yang bersih dan mewah ini turut dilengkapi dengan kemudahan perabot yang lengkap. Setiap bilik tersedia dengan katil yang selesa dan mempunyai almari untuk anda meletakkan pakaian. Di bahagian dapur juga turut terdapat kelengkapan dapur yang lengkap seperti peti sejuk, meja makan, sinki, dapur masak dan kabinet. Ruang tamu juga dihiasi dengan sofa yang empuk serta televisyen untuk anda bersantai bersama keluarga.

Homestay yang terletak di Skudai ini sungguh strategik kerana berada berdekatan dengan Johor Premium Outlet, Paradigm Mall, Legoland dan juga Lapangan Terbang Senai, Johor Bahru.

Alamat: Cinta Ayu Resort Apartment KM20, Jalan Pontian Lama, 81110, Johor Skudai, 81100 Johor Bahru, Johor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

Whatsapp Homestay Cinta Ayu


 

Bercuti di Johor Bahru pastinya akan memberikan anda satu pengalaman yang takkan dapat anda lupakan. Bukan setakat banyak tempat-tempat yang best untuk dilawati tetapi pemandangan bandar raya Johor Bahru juga pastinya akan memberikan satu kenikmatan dan kepuasan dalam percutian anda. Apa tunggu lagi, masukkan Johor Bahru dalam senarai wajib pergi anda!

5/5 - (7 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Pasar Malam Johor Bahru yg BEST

Pasar malam tidak hanya menjadi tempat berbelanjaan tetapi juga menjadi pusat makanan tempatan yang menawarkan pelbagai juadah yang lazat, sekaligus memberikan pengalaman budaya yang...

10 Pusat Karaoke Terbaik di Johor Bahru yang Anda Kena Cuba!

Tempat karaoke yang kami senaraikan ini merupakan antara yang menjadi pilihan pengunjung yang datang untuk berhibur bersama rakan-rakan dan keluarga mereka yang tersayang di...

10 Kedai Steamboat Johor Bahru Paling SEDAP

Sebagai sebuah negeri yang terkenal dengan pelbagai tempat menarik, Johor Bahru turut menawarkan sejumlah pilihan tempat makan terutamanya kedai steamboat yang menarik untuk dinikmati....

Senarai Top 10 Penginapan di Johor Bahru Yg Eksklusif

Jika anda merancang untuk melancong ke Johor Bahru, anda pasti akan gembira mengetahui bahawa terdapat pelbagai pilihan penginapan yang menarik di sini. Terdapat beberapa...

Legoland Malaysia – apa yang menarik?

Legoland Malaysia Johor Taman tema Legoland Malaysia Johor merupakan sebahagian dari Iskandar Malaysia. Kawasan ini merupakan kawasan pembangunan ekonomi di selatan negeri Johor yang menyaksikan...

TOP 10 Cafe Johor Bahru Paling BEST

Bagi anda yang merupakan pencinta kopi dan makanan unik serta mencari pengalaman makan yang luar biasa, terdapat pelbagai pilihan cafe Johor Bahru yang menarik...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Hanim
Hanim
1 year ago

One rimba memang best, baru lagi, bawa famili celebrate birthday haritu, memang best!

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x