7 Homestay Paling Best di Desaru!

Desaru sangat terkenal dengan keindahan pantai yang bersih dan sedap mata memandang. Ramai pengunjung yang datang ke Desaru untuk menikmati keindahan pantai di sini dan juga mengunjungi pelbagai tempat menarik, seperti Adventure Waterpark Desaru Coast, Tanjung Balau dan Kelip-Kelip Bujang.

Oleh itu, tempat penginapan yang selesa merupakan elemen yang paling penting kerana di situlah anda dapat merehatkan badan selepas penat berjalan-jalan. Di sini, kami telah senaraikan tujuh homestay di Desaru untuk anda memilih dan membuat kira-kira tentang keluasan dan keselesaan bagi anda yang datang bercuti bersama ahli keluarga ataupun rakan-rakan.

7 Homestay di Desaru


1. Aman Desaru Homestay, Bandar Penawar

Aman Desaru Homestay ini bukan sahaja selesa dan bersih, tapi owner homestay ini juga peramah dan juga senang untuk dibawa bincang. Tidak hairanlah homestay ini telah memperoleh 4.8 bintang di Google Review.

Selain itu, homestay ini turut menyediakan penghawa dingin di setiap bilik tidur. Pasti selesa, bukan? Lokasi homestay ini juga strategik kerana ia berdekatan dengan pelbagai tempat menarik seperti Tg Balau, Batu Sail , Rengit dan Pantai Desaru. Mudah untuk anda yang mungkin baru pertama kali ke Desaru.

Alamat: 1-5, Jalan Dato Jaafar 9, Bandar Penawar, 81930 Bandar Penawar, Johor

Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Aman


2. Rizan Homestay Desaru, Taman Mutiara Desaru

Rizan Homestay Desaru ini memperoleh 4.7 bintang di Google Review, dan pasti memberikan anda tempat penginapan yang terbaik untuk anda sepanjang anda berada di Desaru. 

Mana tidaknya, setiap bilik tidur dan ruang tamu disediakan penghawa dingin untuk keselesaan para tetamu, dapur juga dilengkapi dengan perkakas elektrik seperti Coway water dispenser dan microwave. Best, kan? 

Homestay ini pasti sesuai untuk anda yang inginkan kesederhanaan dan hanya inginkan tempat untuk berehat, bersantai, berkumpul bersama keluarga dan kawan-kawan. Homestay ini juga selesa, bersih dan kemas susun aturnya.

Alamat: No 11, Jalan Dato Jaafar 19, Taman Mutiara Desaru, 81930 Bandar Penawar, Johor

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Rizan


3. SYAZWAN Penawar Desaru Homestay, Taman Sri Penawar

(WIFI) SYAZWAN Penawar Desaru Homestay, Bandar Penawar

Juga dikenali sebagai Lavender Homestay, Syazwan Penawar Desaru Homestay ini menyediakan Unifi untuk para pelanggan yang menginap di sini. Selain itu, homestay yang telah memperoleh 4.7 bintang di Google Review ini juga memberi keselesaan kepada pelanggan di samping layanan terbaik oleh tuan rumah.

Ruang tamu di dalam homestay ini juga luas dan besar, sesuai untuk anda yang membawa bersama famili untuk bercuti di sini. Bilik tidur juga selesa untuk berehat dan homestay ini berada di kawasan kejiranan, maka anda tidak perlu rasa takut atau risau akan keselamatan anda kerana anda tidak keseorangan di sana. 

Alamat: 18, Jalan Lavender 6, Taman Sri Penawar, 81930 Bandar Penawar, Johor

Semak Harga | Lokasi | Laman web | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Syazwan


4. d KAMAR Homestay @Desaru, Taman Desaru Utama

d KAMAR Homestay @Desaru

Berkonsepkan moden dengan gabungan warna hitam dan kelabu, dekorasi ruangan dalam homestay ini tampak mahal. Sejuk mata memandang, bukan? Lagi-lagi selepas penat berjalan bersama keluarga, sudah semestinya anda ingin pulang berehat ke rumah homestay yang bersih, selesa dan kemas. 

Selain itu, d Kamar Homestay ini juga telah memperoleh 4.5 bintang di Google Review, dan semua ulasan pelanggan yang pernah menginap di homestay ini memberikan pujian terhadap fasiliti yang lengkap serta layanan tuan rumah yang tiptop! 

Alamat: 2, Jalan Beringin 3, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp d KAMAR


5. Homestay Desaru, Taman Desaru Utama

Homestay Desaru, Taman Desaru Utama

Homestay Desaru ini juga berada di sebuah taman perumahan, dilengkapi dengan porch yang luas untuk dua ke tiga kenderaan. Selain itu, ruangan dalam homestay ini juga selesa, kemas dan bersih. Nak menginap di sini selama beberapa hari pun rasa best sahaja, bukan ?

Homestay ini telah memperoleh 4.1 bintang di Google Review dan rata-rata pelanggan yang telah menginap di sini sebelum ini memberi ulasan yang positif. 

Alamat: No. 7, Jalan Beringin 8, Taman Desaru Utama, 82200 Bandar Penawar, Johor

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Homestay Desaru


6. Wann Homestay Desaru, Taman Desaru Utama

Wann Homestay Desaru

Sekiranya anda ingin mencari homestay yang minimal kerana anda lebih suka keluar berjalan-jalan semasa bercuti di Desaru bersama keluarga, bolehlah menginap di Wann Homestay Desaru. Ia dilengkapi dengan fasiliti asas seperti ruangan makan yang selesa, ruang tamu yang bersih, bilik tidur yang kemas serta disediakan juga TV untuk tontonan pelanggan.

Homestay ini juga telah memperoleh 4.1 bintang di Google Review dan semua pelanggan yang telah menginap di sini berpuas hati dan gembira dengan layanan yang diterima dari owner homestay.

Alamat: No, 13, Jalan Beringin 4, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Wann


7. Surian Homestay, Taman Desaru Utama

Homestay Desaru WIFI (Surian Homestay)

Anda sedang mencari sebuah homestay yang selesa untuk didiami oleh famili yang besar dan ramai? Jom ke Homestay Desaru Wifi (Surian Homestay) ini kerana homestay ini sangat selesa dan rata-rata pelanggan yang pernah menginap di sini amat berpuas hati.

Tidak hairanlah homestay ini telah memperoleh 4.0 bintang di Google Review dan mendapat lebih 111 ulasan pelanggan. Hebat, bukan? Fasiliti yang disediakan juga lengkap, termasuklah penghawa dingin di dalam bilik tidur, iron board, dan kelengkapan dapur. 

Oh ya, homestay ini juga menyediakan private pool untuk pelanggan mereka. Seronoknya dapat bermandi-manda di kolam renang pada hari siang yang panas, kan?

Alamat: 40, Jalan Cengal 2, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan 


Kami harap anda berjaya menemukan homestay yang menepati ciri-ciri yang anda mahukan. Untuk para pelanggan homestay, anda dinasihatkan untuk menjaga  kebersihan penginapan dan memastikan fasiliti yang diberikan dijaga dan digunakan dengan baik agar boleh digunakan oleh tetamu yang seterusnya. 

Jika ada sebarang kerosakan sebelum atau selepas anda check in, anda dinasihatkan untuk inform owner terlebih dahulu agar tiada salah faham yang berlaku. Diharapkan segala perancangan anda ketika bercuti di Desaru berjalan lancar!

Sekiranya anda mahu bercuti ke arah Pantai Timur, iaitu Pahang, kami telah sediakan satu artikel khas untuk anda. Anda boleh baca 69+ Tempat Menarik di Pahang Paling POPULAR Untuk Pelancong Lawati untuk memudahkan percutian anda nanti!

4.2/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 5 Kereta Sewa Kota Tinggi & Mersing yg Terbaik

Anda perlu bijak dalam mencari penyelesaian perjalanan yang dapat membantu anda merancang pengangkutan anda lebih awal untuk percutian anda dengan destinasi yang fleksibel serta...

13+ Tarikan Desaru Coast Adventure Waterpark Johor – Untuk Pelawat Kali Pertama

Dinamakan salah satu tempat percutian yang mesti dikunjungi di Johor, Desaru Coast Adventure Waterpark dibina di atas tanah berukuran 21 ekar dan menawarkan pelbagai...

TOP 10 Tempat Menarik di Kota Tinggi WAJIB Pergi

Kota Tinggi, sebuah daerah yang terletak di negeri Johor dan menawarkan pelbagai tempat menarik yang boleh memikat hati pengunjung. Dengan keindahan semula jadi yang...

Air Terjun Kota Tinggi – Destinasi Mandi Manda BEST di Johor

Bagi yang inginkan destinasi mandi manda air terjun di Johor, salah satu yang popular ialah di Air Terjun Kota Tinggi Resort yang terletak kira-kira 15...

2 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mohd Nadir
Mohd Nadir
10 months ago

Is it possible to list my homestay in Desaru with you?

Cari Destinasi
Admin
10 months ago
Reply to  Mohd Nadir

Hi Mr Nadir, yes pls whatsapp 0102216385 for listing enquiry.

Hubungi Kami

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x