Isi Kandungan
Bukit Mertajam terkenal dengan stesen keretapinya yang juga merupakan stesen keretapi utama di Semenanjung Malaysia. Antara tarikan lain di Bukit mertajam ini adalah kehijauan taman rimbanya di samping memiliki pelbagai jenis bangunan keagamaan yang unik dan bersejarah.
Ha, jangan tak tahu, Bukit Mertajam ini juga merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan buat para ‘food hunter’ kerana terdapat pelbagai jenis makanan yang sedap. Bagi anda yang belum pernah sampai ke Bukit Mertajam ini, jangan lepaskan peluang untuk mengalami pengalaman yang menyeronokkan di sini. Ini merupakan destinasi terbaik jika anda ingin pergi bercuti bersama keluarga mahupun rakan-rakan.Â
Jika destinasi telah dipilih, kami pasti anda runsing untuk memilih tempat tinggal, bukan? Jika anda datang dalam kumpulan yang ramai, homestay adalah pilihan terbaik kerana kawasannya yang lebih luas dan selesa berbanding hotel.
Namun, bagaimana pula jika homestay tersebut tidak menepati citarasa anda pula? Jangan risau, di sini kami bantu anda dengan senaraikan enam pilihan homestay di Bukit Mertajam. Semoga membantu!
6 Homestay di Bukit Mertajam
1. 298 Homestay, Taman Sri Rambai
298 Homestay ini merupakan pilihan yang sangat tepat untuk mereka yang datang ke Bukit Mertajam dengan jumlah keluarga yang besar. Selain itu, homestay ini juga sering mendapat tempat di hati para pengunjung kerana kebersihannya yang sangat rapi.
Mereka akan memastikan homestay ini dijaga dengan baik dan memastikan homestay ini sentiasa bersih untuk keselesaan para pengunjung yang datang untuk menginap di sini.
Yang paling menariknya adalah homestay ini turut menyediakan satu bilik khas untuk karaoke. Buat anda yang ingin merasai pengalaman menginap di homestay yang selesa ini, klik saja nombor di bawah untuk berhubung dengan pemiliknya dan membuat tempahan!
Alamat: 298, Jalan Tembikai, Taman Sri Rambai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan
2. Homestay Bukit Mertajam by Radazos, Taman Penanti Kubang Semang
Walaupun homestay ini kurang dikenali dan kurang mendapat respons di laman Google, namun anda perlu tahu bahawa homestay ini juga merupakan antara homestay yang terbaik di Bukit Mertajam.
Homestay yang terletak di tengah pekan Penanti Bukit Mertajam ini mempunyai dua buah bilik tidur. Ia turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti dapur, mesin basuh, dan ampaian.
Homestay ini sesuai buat mereka yang inginkan keselesaan dan ketenangan. Hal ini kerana hiasan dalamannya adalah berkonsepkan moden dan terkini. Jika anda masih belum pilihan untuk memilih tempat penginapan, anda boleh cuba untuk menginap di sini dan rasai sendiri pengalaman yang selesa!
Alamat: No 4, Jalan Penanti 6, Taman Penanti Kubang Semang, 14400 Bukit Mertajam, Pulau PinangÂ
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan PelangganÂ
3. Lee Garden Resort Homestay, Taman Jaya
Melihat saja pada namanya yang unik, homestay ini pastinya menjadi tarikan utama bagi mereka yang mengimpikan homestay yang cantik, bersih dan selesa. Homestay yang luas ini memiliki sebanyak 15 buah katil dan mampu memuatkan sehingga 20 orang pada suatu masa.
Menariknya, homestay ini memiliki ruang balkoni yang cantik, pastinya anda akan menggemarinya di samping menikmati keindahan tanaman pokok dan bunga yang menghiasi kawasan homestay.
Bagi anda yang merancang bercuti bersama keluarga besar dan melakukan pelbagai aktiviti menarik, kami pasti homestay ini semestinya pilihan yang tepat buat anda.Â
Tambahan lagi, pemilik homestay ini dikatakan seorang yang sangat peramah dan mudah untuk berurusan. Jadi, anda tidak perlu berlengah lagi, jangan lepaskan peluang untuk menginap di homestay ini!
Alamat: 236, Persiaran Kuari, Taman Jaya, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-4803799
4. The Rumah (De Luma) BM City, Bandar Baru Perda
Jika anda mencari homestay yang sesuai dan pastinya disukai oleh anak-anak, The Rumah BM City ini pastinya menepati citarasa anda. Homestay yang dilengkapi dengan kolam kanak-kanak dan dewasa ini pastinya membuatkan anda tertarik untuk menginap di sini. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan fasiliti lain seperti sauna dan juga gimnasium.Â
Homestay ini mempunyai tiga bilik tidur yang dilengkapi dengan bilik air untuk setiap satu bilik. Pastinya ia memberikan anda keselesaan yang anda impikan sepanjang percutian anda!Â
Tambahan lagi, homestay ini juga dilengkapi dengan wifi dan juga kelengkapan dapur yang memudahkan anda untuk memasak. Dengan adanya pelbagai kemudahan ini, kami pasti anda tidak akan lepaskan peluang untuk cuba menginap di sini!
Alamat: Jalan Perda Selatan, Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
5. Vince Villa, Taman Bukit Indah
Ingin merasai pengalaman seperti berada di rumah sendiri? Vince Villa merupakan homestay yang direka khas untuk anda merasai suasana yang selesa dan seperti berada di rumah sendiri.
Uniknya, homestay ini dihiasi dengan hiasan dan perabot yang diperbuat dari kayu supaya kelihatan lebih elegan dan menarik. Homestay ini juga menyediakan pondok khas untuk anda yang ingin bersantai dan menghirup udara segar.Â
Selain itu, hiasan perabot yang diperbuat daripada kayu diiringi dengan tanaman hiasan yang menghijau pastinya memberikan anda ketenangan sepanjang anda menginap di sini. Apa tunggu lagi, klik saja link di bawah untuk membuat tempahan anda sekarang!
Alamat: 2a, Jalan Bukit Indah, Taman Bukit Indah, 14000 Bukit Mertajam, Penang
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan PelangganÂ
6. Alma Sweet Home, Taman Sri Rozhan
Jika anda ingin mencari penginapan homestay untuk masa yang singkat, namun masih ingin yang tampak eksklusif dan selesa, Alma Sweet Home ini adalah penyelesaian terbaik untuk masalah anda. Homestay ini menawarkan penginapan yang selesa untuk anda menginap dan berehat setelah penat seharian bersiar-siar di sekitar bandar.Â
Tambahan lagi, homestay ini turut menyediakan beberapa kemudahan lain seperti televisyen, mesin basuh, wifi dan sebagainya. Kami pasti anda akan gembira apabila menginap di sini. Jika anda ingin membuat tempahan, anda boleh saja klik nombor di bawah!
Alamat: 1, Lorong Alma Jaya 1/2, Taman Sri Rozhan, Alma, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8873 3710
Umum mengetahui bahawa tempat penginapan yang selesa juga memainkan peranan yang penting dalam merancang percutian yang menggembirakan. Malah, tempat penginapan yang selesa dan baik semestinya adalah kriteria wajib yang perlu ada sebelum membuat tempahan.
Oleh itu, kami harap artikel homestay terbaik di Bukit Mertajam ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat keputusan yang tepat. Namun, jika anda juga sedang mencari homestay di sekitar Kuala Terengganu, anda boleh melayari artikel kami di mana kami senaraikan 10 Homestay di Kuala Terengganu – Menarik dan Mesra Bajet .