Gereja St Paul Melaka – Sejarah & Tarikan Pelancongan Melaka

Satu tempat menarik di Melaka yang merupakan binaan lama Portugis yang masih ada yang sering mejadi tumpuan pelancong ialah Gereja St Paul di Melaka yang hanya bersebelahan dengan Pintu Gerbang Santiago ( Kota A Famosa). Terletak di kawasan yang agak tinggi di Bukit St Paul, binaan yang berusia hampir 500 tahun ini pernah menjadi sebuah gereja & juga gudang simpanan peluru senjata.

Apabila berada di sini, pelancong boleh melihat pemandangan sekeliling yang menampakkan pemandangan bandaraya Melaka sehinggalah laut Selat Melaka.


Lokasi Gereja St Paul di Melaka

gereja st paul melaka menarik
tangga menuju ke Gereja St Paul Melaka
  • Harga tiket: Percuma
  • Waktu operasi: setiap hari
  • Peta: Google Map
  • Lokasi: Pelancong boleh menaiki tangga yang terletak di belakang Kota A Famosa kira-kira 5 minit untuk sampai ke kemuncak Bukit St Paul yang menempatkan Gereja St Paul.

Latar belakang Gereja St Paul Melaka

bukit st paul melaka

Ringkasan sejarah tentang Gereja St Paul ini, bangunan ini dibina pada 1521 oleh seorang kapten Portugis ( Duarto Coelho) sebagai tanda syukur kerana terselamat dari serangan musuh ketika di Laut China Selatan. Nama bangunan ini pada mulanya adalah Nora Senhora & ditukarkan kepada Gereja St Paul oleh Belanda setelah menawan Melaka pada tahun 1641.

Ketika era British pula, gereja ini lebih berfungsi kepada gudang simpanan peluru senjata. Ianya sebagai persiapan tentera British untuk membuat serangan kepada pihak Jawa. Walaupun British cuba menukar nama bukit ini kepada nama Bukit Bendera namun ianya tidak berkekalan lama. Di gereja ini juga pernah menjadi tempat perkuburan beberapa orang pembesar Portugis & Belanda.


Lokasi strategik sebagai kubu

bukit melaka gereja portugis

Menaiki anak tangga menuju ke kemuncak Bukit St Paul memang agak memenatkan walaupun jaraknya tidaklah jauh. Kalau ke sini pada waktu tengahari disarankan untuk membawa payung & juga botol air mineral. Sekitar menyusuri anak-anak tangga ini sehingga ke kawasan Gereja St Paul, pelancong boleh melihat beberapa seniman jalanan yang melukis serta menjual lukisan & ada juga yang menyanyi.

Di sini juga terdapat beberapa gerai kecil yang menjual cenderahati seperti keychain, magnet peti, gambar, baju & sebagainya. Yang paling best kalau dah sampai ke kemuncak bukit, pengunjung boleh melihat pemandangan sekeliling yang mendamaikan sekitar Bandar Hilir Melaka. Tidak hairanlah dahulunya kawasan ini pernah menjadi menara pemerhati & kubu pertahanan kerana lokasinya yang sangat strategik untuk melihat pergerakan musuh keluar masuk.


Lokasi memerhati Sultan Melaka

kawasan bercuti bandar melaka

Sebelum kedatangan Portugis pada tahun 1511, Bukit St Paul ini dikenali dengan nama Bukit Melaka. Bahkan di kaki bukit inilah terletaknya Istana Kesultanan Melayu Melaka & lokasi bukit yang dekat dengan istana membolehkan Sultan Melaka untuk naik ke atas untuk melihat keadaan pelabuhan di muara Sungai Melaka.

Selepas penjajahan Melaka oleh tentera kolonis Portugis, kesemua bangunan Sultan Melaka seperti masjid & istana dirobohkan bagi membolehkan mereka membina kubu batu untuk menangkis serangan musuh pada masa akan datang.


Apa tarikan ada di dalamnya

apa menarik bandar melaka

Di luar perkarangan gereja ini terdapat sebuah tugu patung berwarna putih yang merupakan St. Francis Xavier. Di dalamnya pula pengunjung boleh melihat struktur bangunan lama ini yang masih kekal berdiri walaupun dalam keadaan usang. Maklumlah usia monumen ini pun sudah mencecah hampir 500 tahun.

Papan konkrit yang mempunyai tulisan & ukiran yang tersandar di dinding pula dahulunya merupakan penutup perkuburan pembesar-pembesar Portugis & Belanda yang ada di sekitar gereja ini.


Keutuhan struktur bangunan batu letrik

gereja st francis xavier

Memang kagum juga dengan keutuhan struktur bangunan yang menggunakan batu letrik / batu lada sebagai bahan binaan kubu. Selain Kota A Famosa, Gereja St Paul ini juga menggunakan bahan binaan yang sama dan pernah musnah dalam beberapa siri peperangan.

Walaupun saki baki bangunan ini terutamanya di bahagian dalamannya tidak sempurna seperti bangunan asalnya, namun bentuk binaan keseluruhan terutamanya kalau dilihat dari sudut luar seolah-olah seperti sebuah bangunan yang baru berusia puluhan tahun. Namun pada hakikatnya, ianya telah berusia hampir 500 tahun.


Adakah sebuah tabung?

monumen sejarah bandar melaka

Di satu bahagian di dalam bangunan Gereja St Paul ini terdapat sebuah lubang bawah tanah yang bertutup dengan jerigi besi. Sekali pandang seperti sebuah pintu masuk ke kawasan bawah tanah, dua kali pandang seperti sebuah kubur yang tidak berkambus.

Dan di dalamnya pula terdapat banyak wang-wang yang ditaburkan oleh pelancong terutamanya yang berbangsa asing. Secara logik akal ianya bukan sebuah tabung derma tetapi lebih kepada kepercayaan agama mereka tersendiri. Sebagai orang Islam, dilarang untuk mengikut perbuatan ini dengan niat yang tidak betul kerana boleh membawa kepada perkara syirik.


tarikan bersejarah bandar hilir melaka
pemandangan dari bukit melaka

Walaupun ke sini pada waktu tengahari, pelancong tidak perlu risau dengan cuaca panas terik kerana di perkarangan dataran sekitar Gereja St Paul Melaka ini mempunyai banyak pokok-pokok besar yang rendang. Memang sesuai juga untuk anda santai rehat seketika melihat pemandangan sekeliling sambil melayan bayu angin laut yang bertiup kencang terutamanya menjelang waktu petang.


Sekiranya anda seorang ibu bapa yang mempunyai anak-anak sekolah menengah, sangat dicadangkan untuk anda membawa anak-anak ke sekitar kawasan bersejarah di Melaka ini terutamanya di sekitar Kota A Famosa kerana mempunyai banyak monumen & tempat bersejarah yang dekat antara satu sama lain. Secara tak langsung, pendedahan sebegini untuk anak-anak akan memantapkan lagi ilmu mereka dalam subjek pelajaran sejarah di sekolah.

Akhir kata, kalau sudah terlanjur bercuti untuk melawat ke Kota A Famosa di Bandar Hilir Melaka, jangan lupa untuk bersenam seketika dengan menaiki Bukit St Paul untuk melihat salah satu kesan runtuhan kubu Portugis iaitu Gereja St Paul ini. Sekian & Wassalam.

4.7/5 - (11 votes)

Anda Mungkin Berminat

57+ Tempat Menarik di MELAKA Yang Popular untuk Dilawati Pelancong

Negeri Melaka walaupun kecil di atas peta tetapi merupakan antara destinasi pelancongan di Malaysia yang paling popular. Rata-rata tempat menarik di Melaka lebih signifikan...

7 Homestay di Alor Gajah yang Pasti Anda Suka!

Alor Gajah merupakan daerah yang tidak asing lagi bagi pengunjung yang suka bercuti ke Melaka. Antara tempat-tempat menarik yang boleh anda add to list...

Homestay Kontena Melaka: Homestay Menarik Yang Wajib Dikunjungi

Pada musim cuti sekolah ini, pasti ramai yang merancang ingin bersiar-siar mencipta kenangan istimewa bersama keluarga, betul tak? Sekiranya anda ingin ke Melaka, apa...

Muzium Kastam Melaka – Hub Menarik Melihat Rampasan Kastam

Sekiranya anda melancong secara bajet & mencari tempat menarik di Melaka yang ideal dengan poket anda, salah satu destinasi yang sangat dicadangkan di sekitar...

10 Kedai Steamboat di Melaka yang Anda Perlu Datang!

Kita biasa dengar Melaka terkenal sebagai bandar bersejarah dan mempunyai beberapa tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati. Selain dari mempunyai tarikan dan khazanah yang...

Tempat Membeli Belah di Melaka

Bercakap mengenai tempat membeli belah di Melaka, pilihan destinasinya memanglah tidak sebanyak di Kuala Lumpur ataupun di Selangor. Namun sekiranya anda ingin cuci cuci...

5 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

5 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Melakan
Melakan
1 year ago

Sebenarnya lubang bawah tanah yang bertutup dengan jerigi besi adalah kubur sementara untuk St Xavier

Agus efendi
Agus efendi
5 years ago

Hai q dari indonesia aku dulu pernah ke tempat itu,tempat nya bagus dan menarik apa lagi tempat bersejarahnya pokoknya asyik
Mungkin sekarang lebih bagus lagi daripada dulu

Gampo
Gampo
5 years ago

Hai aku dari Indonesia.Aku suka informasinya.Benar apa yang teman aku bilang.Melaka indah banget.

Fitri
Fitri
5 years ago
Reply to  Gampo

Saya dari Melaka

Susanti
Susanti
5 years ago

Hai saya dari Indonesia.Bagus ya informasi nya.Saya suka banget.

Hubungi Kami

5
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x