Isi Kandungan
Pengalaman percutian yang bermakna dan hassle-free adalah pengalaman yang diingini ramai pelancong. Krabi, sebuah bandar terkenal di Selatan Thailand, menawarkan pelbagai tarikan pelancongan yang menarik dan berbaloi untuk dilawati. Bagi melancarkan perjalanan percutian anda ke Krabi, terdapat beberapa kemudahan atau fasiliti am di sekitar bandar yang perlu anda ambil perhatian.
10 Fasiliti Am Penting Untuk Anda Tahu Apabila Bercuti di Krabi
1. Pengangkutan Awam
Pengangkutan awam adalah salah satu kemudahan yang sangat penting dalam semasa merancang percutian di Krabi. Antara perkhidmatan yang available adalah:
- Bas
- Songthaew
- Tuk Tuk
Selain itu, perkhidmatan GrabCar dan motor teksi juga memberikan kemudahan untuk berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain dengan pantas dan selesa. Terdapat juga kedai yang menyediakan kemudahan kereta atau motorsikal sewa kepada penduduk tempatan dan sesuai untuk pelancong yang merancang perjalanan jauh.
2. PenginapanÂ
Pelancong yang ingin mempermudahkan perjalanan cuti mereka di Krabi perlu mempertimbangkan pelbagai pilihan penginapan di sini. Bandar ini menyediakan pelbagai jenis penginapan, dari hotel mewah bertaraf 5 bintang hingga penginapan bajet yang lebih ekonomikal bergantung kepada bajet anda. Terdapat juga pilihan penginapan yang terletak berdekatan dengan tarikan pelancongan utama di Krabi, memberikan kemudahan perjalanan serta menjimatkan masa untuk bergerak ke setiap satu destinasi percutian.
Berikut adalah beberapa penginapan yang boleh anda pilih di Krabi:Â
- 20+ Hotel Family-Friendly Pilihan Utama Pelancong di Krabi
- 15+ Hotel Budget-Friendly Di Krabi
- Top 5 Homestay Cantik dan Tenang di Krabi!
Jika anda merancang untuk melancong ke Krabi semasa percutian honeymoon, klik sini!
3. Pusat Membeli Belah & Kedai Makan
Pusat membeli belah dan kedai makan yang pelbagai adalah fasiliti lain yang sangat penting semasa bercuti di Krabi. Bandar ini menawarkan pelbagai pusat membeli-belah yang menjual berbagai jenis barangan dari moden ke tradisional, pakaian trendy, hingga cenderamata yang murah. Pasar tempatan seperti Krabi Town Night Market, Vogue Shopping Center dan Ao Nang Landmark Night Market sering menjadi tumpuan shopaholic di sini.
Pelancong dapat menikmati pengalaman membeli-belah untuk memenuhi keinginan mereka, sama ada untuk mendapatkan cenderahati atau kenang-kenangan dari sini. Selain itu, terdapat juga restoran tempatan yang menyajikan hidangan tempatan yang lazat dan authentic. Antara tempat makan yang berbaloi dikunjungi adalah @Ao-Nang Krabi, Halal Sofeya Tara Krabi dan Rabiangsuan Restaurant.
4. Pusat Kesihatan & HospitalÂ
Terdapat beberapa hospital dan klinik yang menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada penduduk tempatan dan pelancong. Jika berlaku kecemasan atau masalah kesihatan, pelancong dapat mencari bantuan perubatan dengan mudah dan pantas. Fasiliti kesihatan ini memberikan a sense of security kepada pelancong, dalam pada masa yang sama menjamin keselamatan dan kesejahteraan mereka semasa bercuti di Krabi.Â
Beberapa pusat kesihatan dan hospital di kawasan Krabi:
- Krabi Hospital
- SOS Railay Clinic
- Aonang Medical Clinic
- Dr. Somboon Polyclinic
- Wattanapat Hospital Ao Nang
- First Standard Clinic Ao Nang
- DeCare Pharmacy & Organics
- Suwanna Pharmacy (Ao Nang Branch)
5. Bank dan Mesin ATM
Krabi menyediakan kemudahan perbankan yang lengkap sebagai fasiliti umum untuk kegunaan pelancong yang memerlukan perkhidmatan kewangan semasa berada di bandar ini. Bank dan mesin ATM seperti Siam Commercial Bank atau ATM Krungsri Bank boleh dijumpai dengan mudah di pelbagai lokasi serata Krabi. Dengan jumlah yang banyak dan akses yang mudah kepada mesin ATM dan bank, pelancong dapat menguruskan kewangan mereka dengan mudah sepanjang percutian. Kewujudan fasiliti ini memberikan keselesaan kepada pelancong, memastikan mereka sentiasa mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan yang diperlukan.
6. Kedai SerbanekaÂ
Kedai serbaneka seperti Tops Daily Soi Khao Keaw, Makro Food Service, dan Mother Marché Supermarket 5 merupakan beberapa fasiliti umum yang memudahkan perjalanan percutian di Hat Yai. Kedai-kedai serbaneka ini terdapat di pelbagai kawasan di bandar Krabi, memberikan keselesaan kepada pelancong untuk mendapatkan keperluan harian mereka atau stok makanan snek dengan mudah. Kedai serbaneka seperti 7-Eleven yang beroperasi 24 jam dan buka setiap hari adalah satu kelebihan yang memberi kemudahan ekstra kepada pelancong semasa melancong di sini.
Kedai serbaneka ini menjual makanan ringan, minuman, barangan harian, produk kebersihan, produk kecantikan, dan banyak lagi. Selain itu, kedai-kedai ini juga menawarkan khidmat pengisian semula kredit telefon mudah alih, topup kad SIM, dan perkhidmatan pengiriman wang. Fasiliti seperti ini memastikan pelancong dapat bercuti dengan lebih teratur dan tanpa kekurangan keperluan harian.
7. Keperluan Bagi Pelancong Muslim
Tanggungjawab sebagai individu beragama Islam tidak sepatutnya dilupakan walaupun semasa bercuti. Krabi menyediakan fasiliti am yang memudahkan pelaksanaan ibadah, seperti masjid, restoran halal, dan kedai-kedai yang menjual barang-barang keperluan agama. Pelancong Muslim dapat menjalankan ibadah dan memenuhi keperluan agama mereka dengan mudah dan selesa semasa berada di Krabi.Â
Antara masjid yang sering tempat persinggahan bagi pelancong Muslim:Â
- Krabi Central MosqueÂ
- Madinah Mosque Krabi
- Khlong Muang Mosque
- Heedayah Khlong Hin Mosque
- Al-Munawarah Mosque, Ao NangÂ
- Ban Ao Nam Mao Mosque, Ao Nang
8. Tempat Rekreasi
Krabi menawarkan kemudahan rekreasi sebagai salah satu kemudahan am di dalam bandar tersebut. Tempat-tempat ini sesuai untuk anda melakukan aktiviti seperti island-hopping dengan menikmati pemandangan air laut yang menakjubkan. Tempat ini juga menyediakan peluang untuk berehat bersama penduduk tempatan dan menjalin interaksi mesra dengan mereka.
Beberapa destinasi yang wajib dikunjungi di Krabi:
- Hat Noppharat Thara-Mu Ko Phi Phi National ParkÂ
- Khao Phanom Bencha National Park
- Krabi Urban ForestÂ
- Chao Fah Park
- Thara Park
9. Tempat Urut
Kemudahan yang sangat sinonim dengan daerah Krabi ialah kemudahan tempat urut yang boleh dijumpai di mana mana sahaja sepanjang jalan di bandar ini. Selain Thai traditional massage, tempat-tempat ini juga menawarkan pelbagai jenis servis lain termasuk manicure dan pedicure atau servis rambut braids. Rugilah jika anda ke Krabi tetapi tidak merasai pengalaman urut yang world-class di sini.
Antara tempat urut yang terkenal:Â
- Isaya Massage
- Naree Massage
- Massage Corner
- Sa-bai Thai Massage
- Patara Thai Massage
- Jane & June Massage
- Atta-Rak Massage Ao Nang
10. Lain-Lain Kemudahan
Lain-lain kemudahan yang juga terdapat di Krabi ialah Krabi Police Station untuk tujuan menjaga keselamatan negeri jika berlaku kejadian yang boleh mengancam nyawa penduduk tempatan dan pelancong. Banyak juga servis perkhidmatan aktiviti yang boleh ditempah di sini iaitu Port Takola Yacht Marina & Boatyard Krabi dan Sea Gypsy Divers atau Aqua Vision 5 Star IDC Dive Center untuk pelancong yang memerlukan bantuan khidmat dari diving instructor yang berpengalaman.
Secara keseluruhannya, Krabi menawarkan tarikan utama kepada pelancong dan juga menyediakan fasiliti am yang sangat berguna kepada penduduk tempatan dan juga pelancong asing. Percutian di Krabi pasti menjanjikan pengalaman yang seronok dan bermakna kepada semua.
Jadi, tunggu apa lagi? Mari kita bercuti di Krabi!