7 Farmasi Di Kota Bharu Yang Berikan Perkhidmatan Terbaik!

Sejak COVID-19 melanda dunia, ramai dari antara kita sudah mula peka tentang kesihatan diri sendiri. Buat anda yang tinggal di ibu negeri Kelantan, anda boleh pergi ke farmasi di Kota Bharu untuk mendapatkan pelbagai jenis ubat-ubatan serta suplemen seperti vitamin, superfood dan pelbagai produk kesihatan yang lain. 

Di farmasi, anda boleh mendapatkan semua itu termasuk khidmat nasihat dari ahli farmasi yang bertauliah. Anda juga boleh melakukan pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui tahap kesihatan diri anda dan keluarga. Dalam artikel kali ini, kami senaraikan 7 farmasi di Kota Bharu yang anda boleh kunjungi untuk dapatkan perkhidmatan terbaik.

7 Farmasi di Kota Bharu


1. ALPRO Pharmacy, Jalan Sultan Yahya Petra

ALPRO Pharmacy, Jalan Sultan Yahya Petra

Cadangan pertama untuk farmasi di Kota Bharu ialah farmasi Alpro yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu. Farmasi Alpro merupakan antara farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, jadi tidak hairanlah mereka mendapat 5 bintang dari 128 Google Review. 

Staf mereka yang profesional dan ramah adalah antara punca utama ramai pelanggan memilih membeli di sini. Ini termasuk juga pilihan ubat dan produk-produk kesihatan yang banyak membuatkan farmasi Alpro di Jalan Sultan Yahya Petra ini menjadi kegemaran pengunjung setianya. Susun atur dalamannya yang teratur juga memudahkan pelanggan mereka untuk mencari barang dengan lebih mudah.

Alamat: Lot 6 & 7, Jalan Sultan Yahya Petra, Seksyen 25, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-683 1923

WhatsApp ALPRO Pharmacy


2. Farmasi Lautan Kota Bharu, Jalan Sultan Ibrahim

Farmasi Lautan Kota Bharu, Jalan Sultan Ibrahim

Terletak di Jalan Sultan Ibrahim, farmasi Lautan ini adalah satu cawangan daripada lebih kurang 20 farmasi yang ada di sekitar Kelantan dan Terengganu. Diasaskan oleh Encik Lau Tiam Kwee pada tahun 1985 di mana beliau mahu menubuhkan sebuah farmasi komuniti di tempat asalnya, Kuala Terengganu. Farmasi Lautan mahu melebarkan sayap mereka di kawasan Pantai Timur Semenanjung terutamanya di kawasan yang sukar mendapatkan bekalan ubat dan produk kesihatan.

Para pelanggan mereka suka membeli di sini kerana staf yang peramah serta khidmat pelanggan yang bagus. Harganya juga berpatutan dan koleksi ubat-ubatannya juga meluas. Selain itu, kedai farmasi di Kota Bharu ini mudah dicari dan mempunyai ruang letak kereta yang banyak membuatkan pelanggan suka berurusan di Farmasi Lautan ini.

Alamat: 3183-C, Jalan Sultan Ibrahim, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-742 2326


3. eGrand Pharmacy, Jalan Sultan Yahya Petra

eGrand Pharmacy, Jalan Sultan Yahya Petra

Cadangan seterusnya ialah farmasi eGrand yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra. Farmasi ini berhasrat memberikan perkhidmatan berkaitan kesihatan dengan harga berpatutan untuk penduduk sekitar Kampung Lundang, Kota Bharu.

Kedainya yang luas, koleksi ubat-ubatan yang banyak, aturan dalamannya kemas membuatkan ramai pelanggan mereka memuji farmasi ini. Keramahan serta khidmat profesional ahli farmasi serta staf mereka juga menjadi salah satu sebab kenapa farmasi ini mendapat 5 bintang di Google review.

Menarik mengenai farmasi ini, mereka menyediakan VIP Lounge untuk para pelanggan penting mereka. Jadi jika anda berminat untuk mendapat layanan VIP, anda boleh menghubungi mereka untuk ketahui bagaimana caranya.

Alamat: 4712-F&G, Jalan Sultan Yahya Petra, Kampung Lundang, 15150 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.30 am – 10.00 pm), Jumaat (8.30 am – 12.30 pm, 2.30 pm – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 010-310 0294

WhatsApp eGrand Pharmacy


4. BIG Pharmacy, Kebun Sultan

BIG Pharmacy, Kebun Sultan

Farmasi BIG bukanlah satu nama asing di Malaysia ini. BIG atau ‘Be In Good Health’ telah diasaskan oleh Encik Lee Meng Chuan dan Puan Lim Sin Yin pada tahun 2006 di Uptown Damansara. Kini, farmasi BIG mempunyai lebih kurang 250 cawangan di seluruh Malaysia.

Rata-rata pelanggan di Kota Bharu tertarik dengan farmasi ini kerana perkhidmatan tip-top yang diberikan oleh staf mereka. Staf mereka juga pengetahuan luas dan dengan sabar memberi penjelasan serta mencari penyelesaian bagi masalah mereka. 

Harga barang-barang di sini juga berpatutan selain daripada jenis ubat-ubatan serta produk-produk kesihatan yang pelbagai. BIG menjaminkan semua ubat serta produk kesihatan mereka adalah dari pembekal yang sah.

Alamat: 2899-P (PT 335 & 336, Jalan Kebun Sultan, 15350 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 9.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-5583 4676

WhatsApp BIG Pharmacy


5. Farmasi Sireh, Bandar Baru Lembah Sireh

Farmasi Sireh, Bandar Baru Lembah Sireh

Lokasinya yang berdekatan dengan Lotus Kota Bharu dan juga pusat pendidikan seperti UiTM Kota Bharu serta Kolej Poly Tech MARA menjadi penyebab Farmasi Sireh ini mendapat sambutan baik dari penduduk sekitarnya.

Selain dari servis terbaik dari staf mereka, farmasi Sireh juga menyediakan perkhidmatan delivery dari waktu 9 pagi hingga 5 petang. Mereka juga menyediakan khidmat pos pada anda yang duduk jauh dari Kota Bharu. 

Farmasi Sireh juga ada menjual peralatan rehab seperti kerusi roda, tongkat, tandas mudah alih dan pelbagai lagi peralatan rehab lain serta produk kesihatan. Anda juga boleh mendaftar keahlian secara percuma di Farmasi Sireh untuk menikmati faedah yang menarik.

Alamat: S/17 No. 9- H, Bandar Baru Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu Operasi: Isnin – Khamis & Sabtu – Ahad (9.00 am – 10.00 pm), Jumaat (2.00 pm – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1065 5430

WhatsApp Farmasi Sireh


6. Farmasi Kian, Bandar Kota Bharu

Farmasi Kian, Bandar Kota Bharu

Tempatnya yang strategik menjadikan farmasi ini cadangan farmasi di Kota Bharu yang seterusnya dalam artikel kami. Farmasi Kian ini terletak di belakang pasar Siti Khadijah dan bersebelahan Kompleks Beli-Belah Pantai Timor.

Farmasi Kian ini antara farmasi terawal di bandar Kota Bharu ini, menurut salah satu komen di Google review. Jadi, tidak hairan jika namanya sinonim dengan penduduk tempatan. Farmasi Kian ini juga mempunyai satu cawangan lain yang terletak di Jalan Padang Garong, Kota Bharu.

Harganya yang berpatutan, koleksi ubat-ubatan serta produk kesihatan yang banyak antara sebab pelanggannya setia membeli di farmasi ini. Pendek kata, macam-macam ada di sini untuk menepati keperluan anda! Farmasi Kian juga mengadakan pelbagai pemeriksaan kesihatan serta nasihat perubatan dari ahli farmasi bertauliah mereka. 

Alamat: PT 144, PT 145, Jalan Parit Dalam, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-743 8866

WhatsApp Farmasi Kian


7. Caring Pharmacy, KB Mall

Caring Pharmacy, KB Mall

Pada tahun 1995, telah tertubuhnya farmasi Caring oleh 5 sekawan yang mengambil kursus yang sama di Fakulti Farmasi, Universiti Sains Malaysia. Kini, cawangannya dapat dilihat di serata Malaysia. Cawangan farmasi Caring di KB Mall ini merupakan cawangan yang pertama di Kelantan. 

Ramai menyukai pengalaman mereka membeli di farmasi ini kerana harganya yang lebih murah berbanding farmasi di Kota Bharu yang lain. Selain itu, terdapat ahli farmasi yang akan memberikan nasihat tentang ubat-ubatan yang anda ingin beli. 

Anda juga boleh melakukan pelbagai pemeriksaan kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, pengurusan berat badan, kempen berhenti merokok dan macam-macam lagi. Seterusnya, anda juga boleh menganalisis DNA untuk mengenal pasti penyakit keturunan yang anda mungkin boleh hidapi. Mereka akan mengambil sampel air liur anda untuk dianalisis dan menghubungi anda setelah keputusan keluar. 

Alamat: KB Mall, Lot G17 & G18, G Floor, No 1, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-743 2928


Kami harap artikel ini dapat mendapat membantu anda memilih farmasi di Kota Bharu untuk keperluan kesihatan anda. Kesimpulannya, kita perlu lebih peka dengan tahap kesihatan diri sendiri dan keluarga lebih-lebih lagi selepas pandemik COVID-19. Moga-moga semakin ramai rakyat Malaysia celik tentang hal perubatan dan kesihatan serta mengamal gaya hidup sihat.

Jika anda mencari farmasi di sekitar Kota Kinabalu, kami ada artikel untuk anda! Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh melawati artikel kami, 10 Farmasi Top Dan Terbaik di Kota Kinabalu Yang Anda Perlu Kunjungi.

 

4.3/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x