Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Syurga Membeli Belah. Itulah panggilan yang selalu kita dengar kalau bercakap pasal Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Kat sini korang boleh membeli barang-barang seperti jersi, pakaian wanita, kuali belanga, toto, handbag berjenama(replika),coklat dan sebagainya pada harga yang murah-murah.

Kalau bawak isteri dan mak, siaplah nak menunggu. Pengkalan Kubor ni agak jauh kalau korang dari Kota Bharu, maklumlah lokasinya berdekatan dengan sempadan Thailand. Pengkalan Kubor juga terletak lebih kurang 6km dari Pantai Geting dan Pantai Sri Tujoh. Kalau datang ke sini bolehlah menyelam sambil minum air terus sambil shopping2 di sini. Dah nama melancong, kenalah datang.

pengkalan kubor tumpat kelantan

Pengkalan Kubor kebiasaannya dibuka seawal pukul 10 pagi dan akan tutup pada pukul 6 petang. Memandangkan time kami pergi ni ialah pada cuti sekolah maka kami pun datang lah awal sket dan tiba di sini sekitar pukul 10.45 pagi. Hajat di hati ingat tak nak bersesak dengan orang, rupa2nya orang lain lagi awal datang daripada kami..huh! Penuh parking beb. 2-3 kali pusing baru jumpa parking..fuh lega noo!

shopping pengkalan kubor kelantan

Alang2 dah parking depan kedai pinggan mangkuk, kami pun terjah masuk. Nasib baik kami dah ada pemanggang ajaib vantage di rumah, kalau tak konfem beli yang ni, made in italy ke? or design je italy? hehe

pinggan mangkuk tumpat kelantan

Wah !! memang banyak jugak kedai2 kat sini yang menjual pinggang mangkuk. Cantik-cantik dan harga pun berpatutan. Memang rambang mata kalau duk sini, kalau time nak beraya memang wajib datang sini mencari perkakas nak raya.

tempat shopping best tumpat

Macam di Langkawi, kat sini juga ada menjual coklat-coklat yang murah-murah. Of course lah kat Pulau Langkawi lagi banyak pilihan. Sekadar nak membeli untuk makan sendiri boleh lah kan.

beli belah cenderahati kelantan

Kebetulan kami ni tengah nak mencari periuk untuk guna time nak masak sup ke, kari ke dan lain-lain. Memang cantik sangat lah datang ke Pengkalan Kubor time ni. Memang banyak gile pilihan yang ada. Tapi korang kenalah pandai buat survey2. Jangan terus beli je. Banding2kan harga baru jadi pengguna yang bijak katanya.

belik periuk pengkalan kubor

Memang boleh tahan banyak kedai yang menjual kuali, pinggan mangkuk di sini. Bagi kaum wanita konfem korang akan rasa sejam tu ibarat seminit !! hehe..bagi sang suami apa yang boleh aku cakap, kita sabo jelah !! layan2…nak beli periuk satu je tapi pusing2 survey macam nak beli selori !! adoyai !

beli mainan murah kelantan

Selain terpaksa melayan kerenah si isteri, kalau korang ada ramai anak2 yang kecil, sabo jelah. Pandai2 lah korang tutup mata anak2 kalau lalu depan kedai macam ni kat Pengkalan Kubor.

bercuti ke tumpat kelantan best

Selesai membeli periuk, terus masuk ke area sini. Aiskrim Baba kalau anak korang nak belikan lah..jangan lah main tutup mata..singgit je pun..

beli toto murah kelantan

Kat sini juga banyak menjual toto yang murah2. Dan kalau datang ke deretan kedai macam ni, sebaiknya kalau dah nak beli sangat tu korang buat tawar menawar. Kalau korang pandai cakap Klate lagi bagus. Kalau korang tak pandai kecek Klate, cakap je “Gomo Klate Gomo”..Mesti dapat murah. hehe..pandai2 la ye korang belajar bahasa Kelantan.

beli beg wanita kelantan

Kedai macam ni korang kena tutup mata isteri korang. Cuba buat2 sembang dengan dia untuk membuatkan dia alpa seketika. Lepas kedai ni berhenti berlakon. Good luck to all husbands.

Pengkalan Kubor memang satu destinasi yang best kalau nak membeli belah especially time hari raya. Cuma korang kena bijak membuat survey dan tawar menawar di sini. Macam kat tempat lain jugak kadang2 ada juga peniaga yang nak cantas pelanggan luar dengan harga yg kadang2 tak masuk akal. Be a smart buyer yer !! Koordinat Pengkalan Kubor, Kelantan:  lat/lng: 6.229896,102.093565

4.1/5 - (18 votes)

Anda Mungkin Berminat

Mee Chambol Special Kak Yam

Kesedapan dan kehangatan mee chambol special  di kedai Kak Yam di Pengkalan Kubor, Kelantan masih terngiang-ngiang di benak fikiran CD. Ini merupakan kali ke...

Tempat Makan BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3

Dalam entri yang lalu saya ada kongsikan beberapa tempat menarik di Kelantan untuk pengunjung yang bercuti ke Kelantan dan seperti yang dijanjikan hari ini saya...

43+ Tempat Menarik di Kelantan Paling Popular Untuk Pelancong Lawati

Majoriti tempat-tempat menarik di Kelantan yang popular & sering menjadi kunjungan pelancong luar lebih tertumpu kepada kawasan pasar, tempat makan menarik, destinasi bersejarah &...

Nasi Ayam Kampung

Nasi Ayam Kampung Chabang 4 merupakan salah satu destinasi sarapan pagi yang agak popular di Daerah/Jajahan Tumpat. Lokasi kedai ini terletak kira-kira 10 minit...

26+ Makanan Tradisional Kelantan – SEDAP & WAJIB CUBA

Kelantan memang cukup terkenal dengan makanan-makanan dan kuih muih yang sedap-sedap. Lauk pauknya juga tidak kurang menariknya sehingga berkembang ke negeri-negeri lain. Kalau bercuti...

Nasi Ulam Cikgu

Kedai Makan Nasi Ulam Cikgu yang terletak di Kota Bharu merupakan salah satu destinasi yang amat popular untuk makan tengahari. Berkonsepkan menu makanan kampung ala...

3 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

3 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Ranbus
Ranbus
4 years ago

Sleeping bag ada jual tak kat pengkalan kubor?

Tiunh Tsye Yih
Tiunh Tsye Yih
5 years ago

Esok Jumaat kedai kedai di pengkalan kubur buka tak?

NUR FAIZANA JIDIN
NUR FAIZANA JIDIN
5 years ago
Reply to  Tiunh Tsye Yih

Jumaat buka.. Jumaat & sabtu paling ramai pengunjung sbb kat sini cuti hari minggu.. Kedai mmg semua buka x blh cuti.. Kalo hari biasa, kebanyakan peniaga cuti hari rabu.. Kecuali hari cuti sekolah atau perayaan, barulah xdak cuti nega.. Hehehe

Hubungi Kami

3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x