10 Destinasi Percutian & Penginapan Di Raub – ‘NATURE’ & TENANG

Pasti anda tertanya-tanya apa yang ada dekat Raub ye? Anda pasti tahu kebun durian sahaja kan? Mana tidaknya, jika daerah Raub ini merupakan pengeluar durian terbesar di Malaysia. Haa, jom kami nak beritahu anda lokasi bercuti dan juga tempat menginap yang seronok dekat sini.

Ada lokasi yang boleh buat anda tengok gajah secara dekat. Kalau anda nak menginap di resort macam di Bali pun ada juga. Datang Raub waktu musim durian, kami ada senaraikan kebun durian yang terkenal dekat sini. Jadi, jom teruskan membaca. Barulah anda tahu lokasi mana satu yang menjadikan Raub ni salah satu destinasi percutian menarik di Pahang.


10 Destinasi Percutian & Penginapan Di Raub

1. Krau Wildlife Reserve

CariDestinasi Krau Wildlife Reserve

Berkeluasan 60349 hektar menjadikan Krau Wildlife Reserve sebagai tempat perlindungan haiwan liar terbesar di Semenanjung Malaysia. Ianya terletak di Gunung Titiwangsa dan dibina pada pemerintahan zaman British. Anda pasti akan teruja dapat melihat haiwan-haiwan yang susah nak lihat di tempat lain kerana semakin pupus.

Selain gajah, anda akan dapat melihat seladang dan juga burung merak Malayan. Spesies ini sangat unik dan jarang dapat dilihat. Anda dibenarkan untuk memberi makan kepada gajah dan juga melihat mereka mandi. Bawalah anak-anak anda datang ke sini. Dapat juga mereka berseronok dan kenal haiwan sambil belajar untuk menghargai dan menjaga habitat haiwan-haiwan ini.

Alamat: 324, C149, Kampung Sungai Klau, 27630 Raub, Pahang

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong | Email | Phone:0390866800


2. Raub Durian Orchard

CariDestinasi Raub Durian Orchard

Tahukah anda hampir keseluruhan durian musang king yang dijual di Malaysia datangnya dari Raub, Pahang? Jadi, jika anda ialah seorang hantu durian anda harus datang singgah ke Raub Durian Orchard. Lokasinya terletak hanya 15 minit dari bandar Raub dan mempunyai keluasan kebun 10 ekar. Memang besar bukan?

Terdapat lebih 400 pokok durian dari pelbagai baka ditanam di sini. Antaranya ialah durian tembaga, D24, jantung dan semestinya musang king. Nak lebih seronok, datang sini pada musim durian. Memang anda akan berasa seperti di syurga durian. Harganya juga berpatutan dan mengikut pasaran semasa.

Anda juga boleh dapatkan buah tempatan lain seperti rambutan, pisang, manggis dan duku di sini. Kalau nak memancing pun boleh memancing di sini. Best bukan? Sambil makan buah, sambil memancing. Dah datang sini, jangan lupa bawa pulang buah untuk keluarga tersayang. Ayuh, ke sini!

Alamat: Raub Durian Orchard, 27600 Raub, Pahang

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11 A.M – 3 P.M)

Hotel Terdekat | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone:0122170279

Whatsapp Raub Durian Orchard


3. Pulau Chekas Riverpools

CariDestinasi Pulau Chekas Riverpools

Anda nak beriadah bersama keluarga pada waktu hujung minggu? Anda patut singgah di Pulau Chekas Riverpools. Menariknya, aliran sungai berbeza. Di sebelah kanan aliran air sungai agak deras berbanding di sebelah kiri. Orang dewasa boleh mandi di sebelah kanan manakala kanak-kanak pula di kiri. Ada gelongsor mini juga disediakan untuk kanak-kanak. Pasti mereka berasa seronok dan teruja.

Ada banyak kemudahan disediakan di sini. Ada tandas, bilik mandi dan juga surau. Pondok-pondok kecil juga disediakan untuk anda duduk dan makan. Jika anda membawa durian, anda harus membayar RM10 sebagai deposit dan mereka akan membekalkan anda plastik. Sekiranya, anda membawa semula plastik berserta kulit durian deposit anda akan dikembalikan. Menarik bukan cara mereka menjaga alam sekitar?

Alamat: Pusat Rekreasi Pulau Chekas,Kampung Peruas, 27600 Raub District, Pahang

Bayaran Masuk: Dewasa (RM2)

Waktu Operasi:

  • Selasa – Khamis (11 A.M – 6 P.M)
  • Jumaat – Ahad (9 A.M – 6:30 P.M)

Hotel Terdekat | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:01151110848

Whatsapp Pulau Chekas Riverpools


4. Taman Tasik Raub

CariDestinasi Taman Tasik Raub

Anda nak melakukan aktiviti pada waktu petang sambil melihat pemandangan tasik? Jom, ke Taman Tasik Raub. Pengunjung yang datang ke sini kebiasannya datang untuk berjogging. Pastikan anda memakai kasut sukan. Ada juga yang datang hanya untuk lepak dan melihat keindahan Tasik Raub.

Memang sesuai anda datang ke sini untuk hilangkan tekanan dan keluarkan peluh. Sambil-sambil tu dapat juga lihat ragam manusia. Perkhidmatan sewa bot juga ada disediakan sekiranya anda ingin bersiar-siar di tasik. Keluarkan lensa kamera anda untuk berswafoto.

Alamat: Taman Tasik Raub, 27600 Raub, Pahang

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan Pelancong 


Penginapan Di Raub

5. Tanah Aina Fahad Ulu Dong

CariDestinasi Tanah Aina Fahad Ulu Dong

Anda mencari tempat penginapan eksklusif yang dikelilingi pokok dan berada di hutan? Tanah Aina Fahad merupakan pilihan yang ideal buat anda. Mereka menggunakan konsep eko pelancongan di mana resort ini tidak mencemarkan alam sekitar dan juga hutan. Anda berada di resort yang sunyi dan ditemani dengan bunyi unggas. Memang menenangkan.

Di sini semuanya kembali kepada asas. Anda akan dapat berpeluang mandi bersama bersama ikan eksotik yang akan mengelilingi kaki anda. Air sungainya juga jernih dan pastinya anda akan berasa segar setelah mandi. Anda boleh memilih untuk menginap di kabin ataupun khemah yang mereka dirikan.

Alamat: Tanah Aina Farrah Soraya, 8 Jalan Tras, 27600 Raub, Pahang

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong | Email | Phone:0166090493

Whatsapp Tanah Aina Fahad Ulu Dong


6. Bilut Hills Resort

CariDestinasi Bilut Hills Resort

Anda nak menginap di homestay yang besar dan selesa serta dikelilingi pokok durian? Bilut Hills Resort merupakan pilihan yang ideal bagi anda. Pemandangannya juga menyejukkan mata. Anda akan disajikan dengan panorama bukit dan juga hutan. Anda juga akan ditemani bunyi unggas pada waktu malam. Memang kesunyian yang anda cari.

Kemudahan yang disediakan untuk tetamu adalah bilik mesyuarat, bilik permainan, ruang KTV serta banyak lagi. Makanan yang dihidangkan untuk tetamu dipetik segar dari kebun sayur dan buah yang diusahakan di sekitar kawasan homestay. Anda juga boleh melakukan aktiviti seperti memandu ATV, memberi makan arnab dan juga belajar memanah. Anda boleh menyemak harga melalui pautan yang telah disediakan.

Alamat: Bilut Hills, 27600 Raub District, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Email | Phone:0162079036


7. Lembah Temir Resort

CariDestinasi Lembah Temir Resort

Anda dah bosan menginap di resort yang mempunyai pemandangan laut? Apa kata jika anda tukar kelainan dengan menginap di Lembah Temir Resort yang menawarkan pemandangan sungai? Senang cerita, anda buka sahaja pintu belakang bilik anda akan melihat sungai yang mengalir jernih. Dapatlah anda rendam-rendam kaki.

Anda juga boleh berenang, bermandi-manda atau berhanyut dengan pelampung di sini. Seronok bukan? Sungainya juga tidaklah terlalu dalam. Sesuai untuk kanak-kanak juga. Ada juga chalet yang dekat dengan air terjun. Terpulang kepada anda nak pilih yang mana. Dengar kata makanan di Lembah Temir ini sedap. Anda wajib cuba ayam rendang dan juga ikan patin masa tempoyak. Suasana yang tenang ditambah pula dengan makanan yang enak, pastinya akan buat percutian anda lebih bermakna.

Alamat:  C149, 27630 Sungai Ruan, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Email | Phone:0122112259


8. Chalet Pak Teh

CariDestinasi Chalet Pak Teh

Di sini bukanlah hotel bertaraf 5 bintang tetapi jika anda ke sini anda pasti akan mendapat ketenangan. Ini kerana Chalet Pak Teh terletak di kawasan kampung dan berdekatan dengan sungai. Chalet yang dibina pula sepenuhnya menggunakan bahan binaan tempatan, bahan kitar semula dan juga ada kayu yang diambil dari hutan Pahang. Keseluruhannya, terdapat 21 chalet di sini.

Ada macam-macam aktiviti anda boleh lakukan ketika menginap di Chalet Pak Teh. Antaranya barbeku, berkhemah, hari keluarga dan sukaneka. Ada dewan makan yang besar sekiranya anda datang dalam kumpulan yang besar. Memang seronok ditambah pula dengan suasana kampung. Anda juga boleh mandi di sungai, memang menyegarkan!

Alamat: C150, Kampung Ulu Sungai, 27610 Raub District, Pahang

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Email | Phone:01132303630


9. Laman Pesona Resort & Spa

CariDestinasi penginapan raub Laman Pesona Resort & Spa

Bagi anda yang inginkan penginapan serta lokasinya mudah diakses dan berdekatan dengan bandar, Laman Pesona Resort & Spa ialah pilihan yang tepat. Kemudahan yang disediakan untuk memastikan anda para tetamu menginap dengan nyaman dan selesa. Anda akan dapat wifi percuma, keselamatan dikawal 24 jam, kedai serbaneka, tempat penyimpanan bagasi serta wifi di kawasan sekitar resort.

Hotel ini mempunyai 22 bilik tetamu dan mempunyai televisyen LCD dan juga penghawa dingin. Anda juga boleh mengeluarkan peluh kerana ada kemudahan gym disediakan. Ada juga bilik yoga, sauna, kolam renang dan juga kolam memancing. Kemudahan yang terbaik serta lokasi yang yang strategik. Jadi, jom menginap di sini.

Alamat: Lot 3 & 4, Seksyen 4, Kampung Baru, Darul Makmur Gesing, Cheroh, 27620 Raub, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Email | Phone:0198813842


10. Casabrina Vacation Villas

CariDestinasi penginapan raub Villa Aranya Harundulu

Anda inginkan penginapan ala-ala di Bali, Indonesia? Villa Aranya Harundulu sememangnya pilihan yang tepat bagi anda. Terletak di tengah-tengah flora dan fauna Raub, villa ini sememangnya sangat cantik dan menjadi pilihan pelancong dari luar negara. Arkitek yang mereka bentuk villa ini ialah Yoka Sara yang merupakan arkitek terkenal di Bali. Jadi, tak hairan lah hiasan luar dan dalamanan akan membuatkan anda berasa seperti di pulau Bali.

Ada juga jenis villa yang anda boleh pilih, Villa Aranya dan juga Villa Amertani. Anda boleh pilih nak tinggal di tingkat atas atau bawah. Sesetengah villa ada mempunyai balkoni untuk anda berehat dan bersantai sambil menikmati pemandangan hijau Raub. Bestnya di sini, sarapan adalah percuma untuk anda. Tak payah pening-pening nak sarapan pagi di mana.

Alamat: Lot 1460, Jalan Tras, Mukim Tras, 27600 Raub, Pahang

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:0169803222


Banyak je kan lokasi yang anda boleh kunjungi? Lagi-lagi ianya mendekatkan anda dengan alam sekitar. Destinasi yang tepat bagi anda yang nakkan ketenangan dan jauh dari bandar. Cuaca di sini juga redup dan tak panas. Ayuh, rancang percutian anda ke Raub. Memang berbaloi!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Restoran & Warung Di Raub – MESTI Singgah

Sebuah lagi daerah di negeri Pahang iaitu Raub. Lokasi terletak 265 km daripada ibu negeri Pahang iaitu Kuantan, Raub merupakan salah satu daerah yang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x