Isi Kandungan
Kebiasaanya jika mendengar perkataan pantai pasti anda akan terbayang Langkawi, Sabah, Pulau Pinang tapi sekiranya anda adalah warga KL dan Selangor anda tak perlu travel jauh untuk pergi ke pantai. Walaupun negeri Selangor terkenal dengan kesibukan kota namun adakah anda tahu Selangor ada destinasi percutian yang sempurna untuk beriadah mahupun bercuti di tepi pantai.
Ini adalah masa untuk anda berseronok bersama orang tersayang dengan keindahan matahari terbenam di pantai. Anda juga akan mendengar kicauan burung di sekitar pantai. Orang Selangor pun ada yang kurang arif tentang kawasan pantai di negeri Selangor. Tapi, usah gusar! Kami dah senaraikan lokasi pantai yang menarik untuk anda. Jadi, teruskan membaca sebab ada lokasi yang hidden gem juga tau! Nanti bolehlah bawa keluarga, pasangan, anak-anak dan sahabat untuk ke pantai.
1. Pantai Morib
Sebut sahaja Pantai Morib pasti semua orang tahu. Pantai Morib yang terletak di Kuala Langat memang terkenal di kalangan rakyat Malaysia. Pantai ini sentiasa menjadi tarikan pengunjung kerana keindahan panorama yang memang tidak dapat disangkal. Aktiviti popular di sini ialah bermain layang-layang, bola tampar serta bola sepak pantai. Walaupun ada sebahagian tepi pantai diubah menjadi taman rekreasi dan tempat orang awam untuk berjalan kaki tetapi masih ada lagi benteng pantai berpasir menuju ke utara ketika air surut.
Seronok kan dapat beriadah sambil melihat laut. Tak lupa juga di Pantai Morib banyak kemudahan yang disediakan antaranya ialah gerai makanan, gazebo, taman permainan dan pentas pelbagai guna. Anda juga boleh daftar masuk di hotel terdekat iaitu hotel Impian Morib. Kalau nak tahu di sini la Nora Danish dan Farid Kamil berlakon untuk filem Cuti-Cuti Cinta tu.
Baca lagi: Pantai Morib
Alamat: Pantai Morib, 42700 Banting, Selangor
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Setiap hari
Lokasi | Facebook | Ulasan GoogleÂ
2. Pantai Remis
Pantai Remis yang terletak di Kuala Selangor merupakan kawasan eko pelancongan yang semakin dikenali orang ramai. Ia sentiasa menjadi pilihan pengunjung untuk beriadah bersama keluarga dan anak-anak pada waktu hujung minggu. Tapi tidak sesuai kalau anda nak mandi di sini, kerana air laut yang bergelora dan ia ditambak dengan batu-batu besar.
Jangan risau banyak sahaja aktiviti santai lain yang anda boleh lakukan. Berkelah, berkhemah, memancing dan bermain layang-layang. Gerai makan dan cenderahati juga banyak di sini. Anda boleh menikmati makanan laut yang segar juga. Kalau anda nak berada lebih lama di sini, anda boleh menyewa kabin yang berdekatan yang dilengkapi dengan kemudahan BBQ dan kolam renang.
Alamat: Jalan Pantai Remis, Kampung Dungun, 45800 Jeram, Selangor
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Setiap hari
3. Pantai Cunang
Ini lah pantai hidden gem di Selangor. Tak popular tapi memang terjaga dan bersih. Sebab itu, Pantai Cunang pernah menjadi juara gelaran pantai angkat di Selangor pada tahun 2015. Infrastruktur yang dibina pula bertemakan alam semulajadi. Pasir pantai putih, air laut yang jernih memang membuatkan anda berasa tenang jika datang ke sini. Lebih-lebih lagi, tidak begitu ramai yang ke sini. Boleh la ada privacy sedikit.
Pantai Cunang juga merupakan pantai terbaik di sekitar Selangor dan Lembah Klang. Pantai ini memang dijaga rapi. Ada pokok rhu yang di taman di sepanjang persisiran pantai dan pokok bakau di dalam air. Jika anda suka OOTD dan berswafoto memang rugi kalau anda tak datang sini.
Alamat: 17, Jalan Pelangi 20, Pekan Tanjung Sepat, 42800 Tanjong Sepat, Selangor
Bayaran Masuk: RM 1
Waktu Operasi: Setiap hari
Lokasi |Â Ulasan GoogleÂ
4. Pantai Tanjung Rhu
Kalau anda berhajat nak datang ke sini, anda perlu singgah di Pulau Carey terlebih dahulu. Dah sampai di Pulau Carey, anda kena teruskan perjalanan sekitar 10-15 minit untuk sampai ke Pantai Tanjung Rhu. Kawasan pesisiran pantai pula berkepanjangan 2.5KM. Anak-anak pasti seronok dapat bermain pasir dan bermandi-manda di sini.
Pantai Tanjung Rhu ini merupakan kawasan pelabuhan nelayan di Pulau Carey. Lebih menarik lagi pantai ni terletak dekat dengan masyarakat orang Asli Mah Meri. Mereka masih mengamalkan cari hidup tradisional dan berpegang pada kepercayaan kepada nenek-moyang. Jika anda bertuah, anda akan dapat melihat mereka. Terutama sekali pada perayaan Hari Moyang. Bolehlah anda tahu akan adat dan dapat mendekati Orang Asal.
Alamat: Pantai Tanjung Rhu,Jalan Pulau Carey, 42000 Pulau Carey, Selangor
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Setiap hari
5. Pantai Redang Sekinchan
Kalau anda dah bosan hendak pergi melihat sawah di Sekinchan apa kata anda ubah angin untuk pergi ke Pantai Redang? Pantai Redang juga merupakan salah satu hidden gem di Selangor. Pantai Redang sangat dekat dengan restoran makanan laut di Bagan Lalang jadi anda boleh lepaskan craving makan makanan laut yang murah dan segar.
Kalau anda berjalan di persisiran pantai dan jauh dari jeti anda mungkin akan menemui tempat yang menarik dan terpencil untuk bergambar, kutip cengkerang dan tengok burung. Anda boleh melihat matahari terbenam sekitar pukul 7 petang. Rugi la kan dah datang pantai tapi tak tengok matahari terbenam.
Alamat: Pantai Redang Sekinchan,25, Jalan Jpt, 45400 Sekinchan, Selangor
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Setiap hari
Lokasi | Ulasan GoogleÂ
6. Pantai Acheh
Pantai Acheh ini sunyi kerana tak ramai pengunjung yang datang ke sini. Sesuai kalau anda nak hilangkan tekanan dan tak ingin berada di pantai yang sesak. Pemandang di sini juga indah. Anda akan dapat melihat kapal-kapal kerana lokasinya yang berada di bawah Pelabuhan Klang.
Anda boleh beriadah dan berkelah bersama keluarga tetapi anda tidak boleh mandi di sini. Ini juga merupakan kawasan memancing yang terkenal di kalangan kaki pancing tetapi masih ramai yang tidak tahu akan kewujudan pantai ini.
Alamat: Pantai Acheh, 42000 Pulau Indah, Selangor
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Setiap hari
7. Pulau Ketam
Pulau Ketam ini terletak di Sungai Klang dan hampir dengan pelabuhan Klang dan merupakan kawasan perkampungan nelayan masyarakat Cina yang harmoni. Ia sudah wujud sejak tahun 1880 lagi. Anda pasti tertanya-tanya apa yang menarik di sini kerana lokasi Pulau Ketam berada di kawasan industri perkapalan.
Jika anda hendak ke sini, anda perlu menaiki feri dan harus melalui kawasan bakau. Anda jangan terkejut ye jika sudah sampai di sini anda melihat pengangkutan utama yang masyarakat di sini gunakan ialah basikal. Anda pasti akan rasa seperti berada di zaman klasik. Anda akan melihat mereka membaiki jala, memproses udang dan banyak lagi. Sudah tentu bukan senario yang akan dapat lihat di kota. Ia akan jadi pengalaman yang baru untuk anda.
Alamat: Pulau Ketam, Port Klang, Selangor.
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Setiap hari
8. Pantai Bagan Lalang
Pantai Bagan Lalang yang terletak di selatan Selangor merupakan satu lagi pantai yang gah di Selangor. Mana tidaknya, resort mewah iaitu Avani Sepang Gold Coast terletak di sini. Jangan risau untuk isi perut kerana dekat sini memang berderet kedai makan dan kedai cenderahati. Sampai rambang mata nak pilih kedai mana yang nak pergi.
Kawasan pantai yang panjang dan luas memang akan buat anda puas hati. Dekat sini memang banyak hotel, resort dan chalet jika anda ingin bermalam. Harga juga tidak la terlalu mahal. Pantai Bagan Lalang juga menjadi port untuk kaki pancing. Panorama di sini menjadi tumpuan untuk para pengunjung menikmati laut.
Alamat: Bagan Lalang, 43950 Tanjong Sepat, Selangor
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Setiap hari
9. Pantai Kelanang
Pantai Kelanang merupakan pantai yang kurang dikunjungi. Jadi bagi anda yang inginkan privasi ini ialah lokasi yang tepat untuk anda. Pantai Kelanang dipenuhi dengan pokok kausarina maka sangat sesuai untuk anda berkhemah dan berkelah.
Harus diingatkan bahawa di Pantai Kelanang ini tak semuanya pasir. Ada yang bercampur dengan lumpur jadi anda harus berhati-hati ketika memilih tempat untuk berkelah dan berkhemah. Aktiviti lain yang anda boleh lakukan di sini ialah menangkap ketam dan kutip cengkerang.
Alamat: Pantai Kelanang, Kampung Kelanang, Selangor
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Setiap hari
10. Pantai Bagan Nakhoda Omar
Keunikan yang terdapat di Pantai Nakhoda Omar ialah ia menghadap arah matahari terbenam dan juga menjadi laluan bot-bot nelayan sewaktu air pasang. Anda boleh beriadah bersama keluarga duduk di tepi pantai sambil melihat pemandangan laut. Ditambah pula dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa pasti akan membuatkan anda lebih tenang.
Anda juga akan dapat melihat banyak pokok bakau di sini. Fauna seperti helang merah dan bangau laut juga ada di sekitar pantai. Anak-anak pasti teruja jika dapat melihat haiwan ini. Oh ya, di sini juga terdapat banyak gerai makanan. Jadi tak perlu gusar untuk alas perut anda.
Alamat: Jalan Satu Pantai Bno, 45200 Sabak, Selangor
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Setiap hari
Dah pergi ke lokasi-lokasi di atas jangan lupa untuk sentiasa menjaga kebersihan kawasan pantai. Jangan tinggalkan sampah anda di merata tempat. Kita harus sentiasa menjaga alam sekitar kerana cuma kita yang mampu mengekalkan kebersihannya.
Pelancong dari luar negara juga pasti akan berasa senang untuk melawat pantai di Malaysia jika kita kekalkan kebersihannya. Jadi anda bolehlah beriadah di kawasan yang bersih dan tidak dipenuhi dengan sampah. Oleh itu, selamat ke pantai!