Isi Kandungan
Koh Lipe, syurga pulau yang indah. Terdapat dua cara yang mudah untuk sampai ke sana. Perjalanan untuk ke sana memerlukan perancangan yang terancang dan kompleks. Sebagai pelancong, agak rumit jika tidak membuat kajian terlebih dahulu atau main redah sahaja pergi ke sana tanpa membuat fact checks. Mari kami kongsikan!
2 Cara Untuk Pergi Ke Koh Lipe, Thailand
1. Dari Pulau Langkawi, Malaysia
Perjalanan untuk sampai ke Koh Lipe dari Pulau Langkawi hanya mengambil masa sekitar 1.5 hingga 2 jam dengan hanya menaiki feri. Terdapat dua tempat yang menyediakan perkhidmatan tersebut iaitu Jeti Kuah Langkawi di Kuala Perlis dan Jeti Telaga Harbour Marina di Pantai Kok.
Jeti Kuah Langkawi, Kuala Perlis, Malaysia
Jeti Kuah Langkawi terletak di Pekan Kuah di pulau utama Langkawi, yang merupakan bandar terbesar dan berfungsi sebagai hab komersial dan pengangkutan pulau itu. Jeti Kuah Langkawi menawarkan perjalanan daripada Malaysia ke Koh Lipe, Thailand secara terus mengikut musim kemuncak (High Season) iaitu dari bulan November hingga April/Mei.
Jadual pergerakan feri di jeti ini bermula sekitar 11 pagi dan sekitar 2 petang (Waktu Malaysia) akan tetapi terdapat beberapa operator feri yang menawarkan perjalanan lebih awal daripada itu. Kebanyakan feri yang bertolak dari jeti ini akan sampai ke Pattaya Beach dimana lokasinya berdekatan dengan Immigration Office tidak jauh daripada Bundhaya Resort.
Bundhaya Speed Boat adalah salah satu operator feri berlesen dan dipercayai tersedia di jeti ini pada jam seawal 9 pagi dan 2 petang. Informasi lanjut layari busonlineticket.com.
Jeti Telaga Harbour Marina, Pantai Kok, Malaysia
Jeti Telaga Harbour Marina terletak di pantai barat Pulau Langkawi, berhampiran Pantai Kok. Jeti ini menawarkan tempat berlabuh dan perkhidmatan untuk bot dan kapal layar persendirian serta berfungsi sebagai terminal feri yang menghubungkan ke beberapa destinasi luar perairan negara seperti ke Koh Lipe. Sama seperti di Jeti Kuah Langkawi, ia turut menawarkan perjalanan ke Koh Lipe untuk musim kemuncak (High Season) sahaja.
Jadual pergerakan feri di jeti ini bermula sekitar 9:30 pagi dan sekitar 2:30 petang (Waktu Malaysia). Feri yang bertolak dari Jeti Telaga Harbour Marina ini akan sampai ke Pattaya Beach dimana lokasinya berhampiran dengan Bu-Nga Resort, Koh Lipe.
Telaga Terminal Ferry adalah operator feri berlesen dan dipercayai tersedia di jeti ini bermula pada jam seawal 9:30 pagi dan 2:30 petang. Informasi lanjut layari telaga-terminal.com.
Nota Penting:
*Kedua-dua perjalanan feri mengambil purata masa sekitar 1.5 hingga 2 jam untuk tiba ke Koh Lipe bergantung kepada keadaan semasa. Jadi, dinasihatkan untuk berada di jeti sekurang-kurangnya 1.5 jam awal daripada masa pelepasan.
2. Dari Hat Yai, ThailandÂ
Bagi anda yang mahu bercuti di Koh Lipe selain daripada musim kemuncak (High Season), perjalanan ini sesuai untuk anda. Dari Hat Yai, anda hanya perlu menaiki pengangkutan darat seperti bas, van atau kereta ke Jeti Pak Bara.
Terdapat beberapa ‘Pick-up Point’ yang sesuai untuk dipilih bagi memudahkan perjalanan anda. Antaranya ialah di Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai, Stesen Kereta Api Hat Yai, dan di lobi hotel (pastikan anda memberitahu nama penuh hotel yang anda diami semasa membuat tempahan). Smart En Plus, Jolly Travel dan Dee Travels Hat Yai adalah beberapa operator pengangkutan di Hat Yai turut tersedia untuk kesenangan anda.
Perjalanan dari Hat Yai ke Jeti Pak Bara mengambil masa sekitar kira-kira 2 hingga 2.5 jam bergantung kepada keadaan trafik semasa di jalan raya. Anda boleh rujuk laman web tertera untuk membuat semakan mengenai info semasa berkenaan waktu pergerakan dan tambang harga pengangkutan mengikut jenis kenderaan untuk ke Jeti Pak Bara:
12.go.asia | Klook | Bookaway.com
Sebaik tiba di Jeti Pak Bara, anda akan melanjutkan perjalanan anda dengan menaiki feri. Untuk pengetahuan anda, jeti ini merupakan jeti di Satun yang menghubungkan Koh Lipe ke kawasan utama Thailand. Tidak seperti jeti-jeti di Malaysia, Jeti Pak Bara dibuka setiap masa termasuklah sepanjang musim kemuncak (High Season) dan musim rendah (Low Season).
Terdapat banyak operator feri tersedia di Jeti Pak Bara ini mengikut jadual pelepasan feri untuk anda pilih. Satun Pakbara Speed Boat Club adalah salah satu operator yang popular digunakan untuk ke Koh Lipe. Feri dari operator Satun Pakbara Speed Boat Club ini bertolak sekitar 11:30 pagi dan 1:15 petang. Anda juga boleh menggunakan operator yang menawarkan destinasi yang sama seperti Dee Travels Hatyai dan Lipe Ferry and Speed Boat. Ingat, sentiasa peka dengan jadual semasa perjalanan feri untuk melancarkan perjalanan anda.
Nota Penting:
*Disarankan untuk tiba ke jeti sekurang-kurangnya 1.5 jam awal daripada masa pelepasan feri yang dpilih.
*Oleh kerana perjalanan ke Koh Lipe daripada Hat Yai dibuka sepanjang masa, disarankan untuk membuat tempahan tiket feri terlebih dahulu,kemudian, menempah tiket penerbangan untuk disesuaikan dengan masa dan perjalanan anda.
7 Fakta Bonus untuk Anda!
#Fakta 1:
Bagi pelancong Malaysia dari negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan daerah hulu Perak, anda boleh menggunakan border pass sahaja untuk melancong ke Koh Lipe. Selain dari negeri tersebut, penggunaan passport sah adalah perlu untuk melancong ke Koh Lipe.
#Fakta 2:
Tiada pengangkutan feri dari Langkawi (Telaga Harbour Marina) pada bulan Jun hingga September kerana musim monsun pada ketika itu.
#Fakta 3:
Jadual feri adalah mengikut musim maka disarankan untuk membuat tempahan atau pembelian tiket lebih awal agar perjalanan anda menjadi lebih lancar. Lebih baik juga menentukan jadual feri dahulu sebelum tempah tiket penerbangan.
#Fakta 4:
Pelancong akan dikenakan bayaran untuk kemasukan Tarutao National Marine Park kerana Koh Lipe tergolong dalam kawasan tersebut.
#Fakta 5:
Selidik terlebih dahulu info mengenai keadaan cuaca dan musim di Koh Lipe bagi mengelakkan ketidakpuasan hati anda semasa bercuti di sana.
#Fakta 6:
Anda perlu menaiki bot kecil dan berlabuh di kawasan perairan Pattaya kerana tiada jeti di Koh Lipe. Di Pattaya akan ada pegawai menguruskan pelancong untuk berurusan di Satun Immigration Checkpoint (Lipe) untuk cop passport.
#Fakta 7:
Dari Malaysia, penerbangan kapal terbang secara direct ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai (HDY) hanya boleh didapati dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sahaja. Lapangan terbang antarabangsa yang lain akan ada transit terlebih dahulu kemudian baru terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai (HDY).
Nak tahu info lanjut tentang Koh Lipe, Thailand? Klik sini!
Baca juga artikel dari kami tentang 8 Kemudahan Am Di Koh Lipe Anda Patut Tahu Sebelum Melancong!
Rumusannya, bagi anda yang mahu bercuti ke Koh Lipe, pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu untuk mengenali dan fahami perjalanan yang sesuai untuk anda agar anda lebih bersedia secara fizikal dan mental. Apa yang anda nantikan? Jom kita bercuti di Koh Lipe!