7 Cara Untuk Pelancong Bersiar-Siar Di Hat Yai

Apabila melawat Hat Yai, penting untuk tahu alternatif untuk anda bersiar-siar di sekitar bandar ini. Terdapat pelbagai pilihan yang memudahkan anda untuk sampai ke destinasi yang diingini di sekitar Hat Yai. Jom kita ambil tahu!


7 Cara Untuk Pelancong Bersiar-siar Di Sekitar Hat Yai

1. Menaiki Tuk-Tuk

Kredit Gambar: IG @afonsoviews

Tuk-tuk adalah kenderaan teksi beroda tiga yang ikonik dan pelancong boleh dapatinya di Hat Yai. Tuk-tuk menyediakan keseronokan dalam perjalanan anda dalam menambah pengalaman budaya dan mudah untuk didapati di kawasan tempat pelancongan.

Bagi memastikan pengunaan Tuk-tuk anda berbaloi, sentiasa membuat rundingan tambang harga dengan pemandu Tuk-tuk bagi membolehkan anda mengawal kos perjalanan ketika berada di sana.

Hotel Terdekat


2. Menaiki ‘Songthaew’

Kredit Gambar: railtravelstation.com

Tuk-tuk adalah kenderaan teksi beroda tiga yang ikonik dan pelancong boleh dapatinya di Hat Yai. Tuk-tuk menyediakan keseronokan dalam perjalanan anda dalam menambah pengalaman budaya dan mudah untuk didapati di kawasan tempat pelancongan.

Bagi memastikan pengunaan Tuk-tuk anda berbaloi, sentiasa membuat rundingan tambang harga dengan pemandu Tuk-tuk bagi membolehkan anda mengawal kos perjalanan ketika berada di sana.

Hotel Terdekat


3. Menaiki Teksi Motorsikal

Kredit Gambar: centarahotelsresorts.com & theguardian.com

Teksi motorsikal merupakan pilihan popular pelancong di sekitar Hat Yai kerana kemudahan dan kelajuan mereka. Teksi motosikal mudah digunakan di atas jalan dan lalu lintas dengan lebih mudah berbanding kenderaan lain, menjadikannya cara yang cepat dan cekap untuk sampai ke destinasi di bandar. Selain itu, ia sesuai untuk perjalanan jarak dekat, terutamanya apabila pergi ke jalan dan lorong yang sempit.

Teksi motorsikal ini juga mudah untuk didapati terutama di sekitar hotel dan amat sesuai digunakan untuk jangka masa yang pendek.

Hotel Terdekat


4. Menaiki Kereta Sewa

Kredit Gambar: IG @2carrental

Menyewa kereta sewa memberi kebebasan kepada pelancong untuk menerokai Hat Yai dan kawasan sekitarnya mengikut keselesaan pelancong dan kesesuaian masa. Menaiki kereta sewa membolehkan pelancong untuk mengakses kawasan terpencil atau tempat yang mempunyai kurang tarikan orang ramai. Bagi yang berkeluarga, pilihan untuk menyewa kereta adalah pengangkutan yang ideal kerana ia lebih selesa dan selamat sewaktu melancong.

Antara cadangan untuk anda menyewa kereta sewa di sana iaitu:

Hotel Terdekat


5. Menaiki Motorsikal Sewa

Kredit Gambar: IG @salan.rental

Menyewa motosikal memberi kebebasan kepada pelancong untuk menerokai Hat Yai dan kawasan sekitarnya secara santai tanpa sebarang panduan dari pemandu pelancong. Mereka juga boleh sampai ke lokasi yang terpencil dengan mudah dan berhenti di mana-mana sahaja yang mereka suka. Fleksibiliti ini membolehkan pengalaman perjalanan menaiki motosikal lebih peribadi dan spontan.

Antara cadangan untuk anda menyewa motorsikal sewa di sana iaitu:

Hotel Terdekat


6. Menaiki ‘Grab Car’

Kredit Gambar: Thai News & Grab Thailand

Penggunaan Grab di Hat Yai sangat berguna terutama sekali kepada pelancong. Anda boleh menggunakan aplikasi Grab untuk ke mana-mana tempat menarik dengan mudah. Menerusi aplikasi ini, anda dapat melihat harga yang dikenakan dalam waktu sebenar dan dapat menjimatkan masa anda ketika melancong.

Hotel Terdekat


7. Berjalan Kaki

Kredit Gambar: unsplash.com

Hat Yai merupakan kawasan pusat bandar yang agak padat. Jadi terdapat banyak tarikan yang jaraknya dekat antara satu sama lain dan bersesuaian untuk berjalan kaki. Cara alternatif ini lebih jimat dan pelancong berpeluang untuk melihat budaya tempatan, seni bina unik, kedai makan tempatan dan pasar-pasar serta Hotel Terdekat yang ada di sekitar Hat Yai.

Hotel Terdekat


Dengan pelbagai pilihan pengangkutan yang ada di Hat Yai, anda boleh menjelajahi bandar ini dengan mudah dan selesa. Setiap cara pengangkutan itu menawarkan pengalaman yang unik dan berbaloi. Jadi, pilihlah pilihan pengangkutan yang sesuai dengan keperluan anda dan nikmati perjalanan yang menyeronokkan di sekitar Hat Yai!

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Top 9 Tempat Shopping di Hat Yai yg Best

Bagi para pelancong yang suka berbelanja macam-macam semasa melancong, Hat Yai menawarkan banyak pilihan tempat shopping untuk ANDA! Dari pusat membeli-belah moden hingga pasar...

3 Tempat Menarik Di Dannok, Bandar Berdekatan Hat Yai

Dannok ialah sebuah bandar kecil terletak di berhampiran Bandar Sadao dan terkenal dengan perdagangan sempadan yang sibuk dan berdekatan dengan Malaysia. Pekan yang juga...

6 Hotel Sesuai Untuk Honeymoon Di Hat Yai

Percutian bulan madu merupakan peristiwa yang istimewa dan romantis untuk pasangan baru berkahwin. Jika anda merancang untuk berbulan madu di Hat Yai, terdapat beberapa...

8 Fasiliti Am Di Hat Yai Yang Anda Patut Tahu

Percutian adalah satu pengalaman yang membawa keceriaan dan kegembiraan kepada kehidupan kita. Salah satu destinasi popular di Thailand yang menawarkan pelbagai tarikan pelancongan adalah...

14 Tips Penting Sebelum Melancong ke Hat Yai

Sebelum melancong ke Hat Yai, kami sediakan 14 tips penting yang berguna sewaktu anda berada di sana. Dengan mengetahui tips ini, anda akan dapat...

5 Tempat Menarik Di Yala, Bandar Berdekatan Hat Yai

Jika anda dalam perjalanan menuju ke Hat Yai atau pulang dari Hat Yai menghala ke Bukit Berapit menggunakan pengangkutan darat, anda pasti akan merentasi...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x