Isi Kandungan
Adakah anda peminat makanan Cina terutamanya Dim Sum? Kalau jawapannya YA maka bulan puasa yang akan muncul Jun 2016 nanti bolehlah cuba untuk berbuka puasa di Sime Darby Convention Centre yang terletak di Jalan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Selain Dim Sum yang menjadi pilihan tetamu di sini, ada juga pilihan makanan dan juadah buka puasa lain baik masakan Melayu mahupun masakan goreng-gorengan yang santai. Terdapat 20 gerai ala bazar yang akan memasak makan secara live di depan tetamu dan pasti akan membuatkan anda tidak sabar-sabar untuk berbuka nanti.
Senarai Buffet Ramadhan 2016 <<
Menu buffet Ramadhan Sime Darby yang sangat menyelerakan
Antara pilihan makanan lain yang boleh anda dapati di Sime Darby Buffet Ramadhan 2016 nanti adalah:
- aneka lauk pauk melayu
- aneka makanan santai bergoreng seperti cucur, char kuew teaw, sizzling
- sup berempah
- steamboat
- kuih muih Melayu
- aneka kek & rojak sebagai pencuci mulut
- buah-buahan
- kambing panggang
- ketupat rendang
Dan pelbagai lagi pilihan makanan dan juadah puasa yang disediakan. Itu belum termasuk dengan pilihan aneka Dim Sum yang sedap dan memang sudah terkenal di SDCCÂ sebagai hidangan buffet yang menarik di Kuala Lumpur.
Early Bird Promo dan Harga  Buffet Ramadhan 2016 di Sime Darby
Seperti juga tahun lepas, bakal tetamu boleh mendapatkan harga buffet Ramadhan untuk seorang yang jauh lebih murah kalau beli awal-awal.
- Tempahan pada bulan March 2016: RM 79/dewasa
- Tempahan pada bulan April & May 2016: Â RM 89/dewasa
Selepas itu May 2016, harga akan naik kepada harga asal iaitu:
- Tempahan pada June 2016:
- Dewasa: RM 138
- Kanak-kanak (6-12 tahun): 50% diskaun
- Kanak-kanak (<6 tahun): Percuma
- Warga Emas( >60 tahun): 50% diskaun
Dengan pilihan harga yang ditawarkan walaupun pada harga asal, nilainya memang berbaloi kalau dilihat dari segi pilihan makanan yang eksklusif serta kredibiliti SDCC itu sendiri yang memang terkenal sebagai venue makan berbuffet pada setiap tahun dan sering menjadi lokasi makan untuk event-event yang korporat.
Lokasi dan Cara Tempahan
[learn_more caption=”Lihat Peta”] Â [/learn_more]
Sebarang pertanyaan lanjut tentang pakej buffet Ramadhan 2016 di SDCC ini anda boleh hubungi nombor/email di bawah:
- 03-2089 3799
- email: [email protected]
Alamat: Sime Darby Convention Centre, 1A, Jalan Bukit Kiara 1, 60000, Kuala Lumpur.
Selamat mencuba dan iftar bersama yang tersayang di SDCC, Kuala Lumpur.