Isi Kandungan
Apabila merancang percutian ke Hat Yai, Thailand, salah satu perkara penting yang perlu dipertimbangkan ialah tempat penginapan. Berikut adalah senarai tempat penginapan budget-friendly yang menarik perhatian pelancong di Hat Yai:
8 Budget-Friendly Hotel Yang Pelancong Kena Cuba Bermalam Di Hat Yai
1. ATK Garden Hills Hotel
ATK Garden Hills Hotel terletak strategik di tengah-tengah Hat Yai, sesuai untuk menerokai tarikan utama dalam jarak dekat seperti Kim Yong Market, Greenway Night Market dan Hat Yai Central Festival. Hotel ini menawarkan penginapan yang selesa dan menawarkan kemudahan asas. Bilik yang dilengkapi dengan baik menawarkan tempat tidur yang selesa. Selain itu, hotel ini juga menawarkan perkhidmatan Wi-Fi percuma dan kemudahan tempat letak kereta. Harga bilik di hotel ini bermula dari RM100 sehari, menjadikannya pilihan penginapan yang berbaloi bagi pelancong.
Alamat: 128 Soi Thaveerat karnjanavanit Rd. korhong hatyai songkhla, Prince of Songkhla University, Hat Yai, Thailand, 90110
Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook
2. Grand Plaza Hotel
Grand Plaza Hotel di Hat Yai terletak strategik dan mudah diakses. Menawarkan bilik yang selesa dengan kemudahan seperti televisyen, penyaman udara, bilik mandi, Wi-Fi percuma dan tempat letak kereta turut disediakan. Hotel ini juga memiliki restoran yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa. Dengan lokasinya yang berdekatan dengan tarikan utama seperti Kim Yong Market dan kedai makanan yang menarik, pasti menjadi rebutan pelancong luar. Bermula dari RM120 sehari, Grand Plaza Hotel menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang memastikan keselesaan anda sepanjang penginapan.
Alamat: 24/1 Senehanusorn Road.,Hatyai, Songkhla, Hat Yai Central, Hat Yai, Thailand, 90110
Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan
3. New Season Square Hotel
New Season Hotel terletak di kawasan Hat Yai, merupakan tempat penginapan yang strategik dan mudah diakses. Hotel ini menawarkan keselesaan dan kemudahan yang memenuhi keperluan pelancong dengan kadar yang minima. Hotel ini menyediakan ruang bilik yang luas dan selesa dilengkapi dengan kemudahan asas untuk memastikan keselesaan pengunjung termasuklah Wi-Fi percuma dan kemudahan tempat letak kereta. Hotel ini juga mempunyai restoran yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa. Harga bilik bermula dari RM 80 sehari menjadikan pilihan tempat penginapan ‘budget-friendly’ yang ideal dan ekonomikal ketika melancong ke Hat Yai.
Alamat: 106 Prachathipat Road, Tambol Haad Yai, Songkhla 90110, Hat Yai Market Area, Hat Yai, Thailand, 90110
Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook
4. Neo Grand Hotel
Neo Grand Hotel merupakan hotel yang terletak di tengah Hat Yai. Hotel ini menawarkan penginapan yang selesa dengan harga yang mampu milik, menjadi pilihan popular di kalangan pelancong. Bilik-biliknya yang selesa dilengkapi dengan kemudahan asas seperti televisyen, penyaman udara, dan lain-lain. Terdapat juga Wi-Fi percuma di seluruh hotel serta kemudahan tempat letak kereta bagi keselesaan pelancong. Hotel ini menawarkan harga bilik bermula dari RM90 sehari, memastikan penginapan yang selesa dan memenuhi keperluan pelancong di Hat Yai.
Alamat: 10/1 Lamaisongkrew Road, Hat Yai Market Area, Hat Yai, Thailand, 90110
Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan
5. Casa 33 Hotel
Casa 33 Hotel di Hat Yai, Thailand adalah tempat penginapan ‘budget-friendly’ yang sangat disyorkan. Terletak berhampiran Kim Yong Market, harga bilik bermula dari RM70 sehari menjadikannya popular di kalangan pelancong muda. Bilik yang selesa dilengkapi dengan kemudahan asas seperti televisyen, penyaman udara, dan lain-lain. Terdapat juga akses Wi-Fi percuma di seluruh hotel. Casa 33 Hotel memberikan penginapan yang berbaloi dan memastikan keselesaan pelancong semasa melancong ke Hat Yai.
Alamat: 33 NiPhatsongkrao 1 Soi 4 Hatyai, Hat Yai Market Area, Hat Yai, Thailand, 90110
Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook | Instagram
6. Get Guesthouse Hotel
Get Guesthouse Hotel ialah sebuah rumah tetamu yang terletak di Hat Yai, menawarkan kemudahan lounge berkongsi. Berdekatan dengan pelbagai tarikan, termasuk The 60th Anniversary of His Majesty the King’s Accession ke The Throne International Convention Center. Hotel ini mempunyai kawalan keselamatan sehari penuh dan terletak berhampiran dengan pusat bandar. Setiap unit di rumah tamu ini dilengkapi dengan meja, TV skrin rata, bilik mandi peribadi dan penghawa dingin. Beberapa unit juga mempunyai balkoni. Pelancong juga boleh menyewa kereta melalui rumah tetamu. Dengan harga bermula RM 60, pelbagai tempat menarik yang perlu dikunjungi berdekatan hotel termasuk Menara Jam Hat Yai dan Stesen Kereta Api Hat Yai.
Alamat: 1/11 Suppasarn-rangsan Rd, Soi Pracharak (Near Thavorn-vararam temple,next to Sangsri soi2), Hat Yai Market Area, Hat Yai, Thailand, 90110
Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook
7. Bhava Residence
Bhava Residence Hotel adalah pilihan penginapan yang berpatutan bagi pelancong yang ingin menikmati percutian di Hat Yai, Thailand. Dengan suasana yang selesa, Bhava Residence Hotel menawarkan harga bilik yang berpatutan, bermula dari RM80 sehari. Hotel ini menyediakan bilik-bilik yang selesa dengan pelbagai kemudahan asas. Setiap bilik dilengkapi dengan televisyen, penyaman udara, dan keperluan asas yang lain. Jangan lupa untuk melawati tarikan pelancong berdekatan hotel ini seperti Kim Yong Market, Khlong Hae Floating Market dan membeli-belah di ASEAN Night Bazaar untuk mengisi masa lapang.
Alamat: 26 Soi Karnjanavanit 24, Tambon Kho Hong, Amphoe Hatyai, Chang Wat Songkhla, Hat Yai Market Area, Hat Yai, Thailand, 90110
Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Facebook
8. Hatyai Signature Hotel
Hatyai Signature Hotel adalah pilihan penginapan yang berbaloi untuk pelancong yang mencari penginapan berpatutan di Hat Yai, Thailand. Hotel yang berdekatan dengan Kim Yong Market ini menawarkan keselesaan dan kemudahan asas dengan harga yang mampu milik, memastikan pengalaman percutian yang menyenangkan tanpa menyakiti ‘bank’ anda. Hotel ini menyediakan bilik yang selesa dengan kemudahan asas seperti televisyen, penyaman udara, dan akses Wi-Fi percuma dan sebagainya. Hatyai Signature Hotel menawarkan harga bilik yang berpatutan, bermula dari RM60 sehari.
Alamat: 44 Noppakaow-Rimmaung Road Korhong Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan | Laman Web | Facebook
Dengan memilih penginapan yang berpatutan, anda boleh menjimatkan belanja penginapan anda di Hat Yai dan lebih banyak lagi belanja untuk menikmati tarikan pelancongan yang menarik di sekitar bandar ini. Ingat, sentiasa semak harga dan informasi terkini dari hotel untuk kelancaran percutian anda. Semoga senarai ini membantu anda merancang percutian yang berbaloi di Hat Yai!